Buku GENG MASJID ini adalah buku ke-3 saya. Mula berada
dipasaran pada bulan November 2017. Maka kini sudah masuk dua bulan buku ini di
pamerkan dan di iklankan di toko-toko buku dan media-media sosial. Ramai juga
ahli masyarakat yang telah memilikinya malah sudah habis membacanya.
Saya ingin kongsikan beberapa komentar dan feedback yang
saya terima. Semoga segala input ini dapat saya guna sebagai panduan untuk
memperbaiki lagi isi dan teknik penulisan saya di karya yang akan datang. Saya
juga sedang menunggu penerbitan tiga lagi karya saya. Yang satunya sudah diberi
greenlight untuk diterbitkan. Dua karya lagi sedang dinilai oleh pihak
penerbit. Doakan semoga dilulus untuk penerbitan.
Niat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar ia
berkembang menjadi ilmu bermanfaat untuk kebaikan ummat. Sekurang-kurangnya di
hadapan Allah saya bisa menyatakan bahawa ini antara usaha saya menolong agama
Allah dengan menyebar luas mesej dakwah ke tengah masyarakat. Agar buku ini
sebagai warisan dan pusaka yang saya tinggalkan bagi tatapan ahli masyarakat di
serata alam.
Bagi para peminat dan pembaca blog SOT ini, saya menyeru
dapatkah senaskah buku Geng Masjid ini. Semoga dengan pembelian ini, dapat
menyumbang kepada perkembangan ilmu dan dakwah dan memungkinkan buku saya ini
diulang cetak. Terima kasih dan saya doakan kebahagiaan untuk semua yang
membeli buku terbaru saya ini.
KOMENTAR
Saya beli.dah terima td.dah start bc.very
interesting..megggunakan bahasa yg mudah tp message nya ttp sampai..tahniah
~Datin Nor Baini Yusuf, 6/11/17.
~Datin Nor Baini Yusuf, 6/11/17.
Hisham, dah terima.. Looks good but belum baca habis.. Baru balik berubat/mengurut
~Fatah Ali, 7/11/17
Geng Masjid padat dengan ilmu ...menarik dan penuh
penghayatan umpama kita berada didalam majlis ilmu itu sendiri...
Muka surat 120 memberikan 6 perkara yang penuh hikmah...yg membuatkan saya merenung jauh...
Sebenarnya saya tidak nampak apa yang perlu dikomenkan pun...penulisan tuan padat..tetapi jika tuan bertanya...mungkin tuan boleh menulis tentang khadam masjid...tentang sumbangan kita terhadap masjid...membina insitusi masjid...dan membawa masjid itu ke rumah....?
~Nor Arisham Bakar Al-Bakri, 18/12/17
Muka surat 120 memberikan 6 perkara yang penuh hikmah...yg membuatkan saya merenung jauh...
Sebenarnya saya tidak nampak apa yang perlu dikomenkan pun...penulisan tuan padat..tetapi jika tuan bertanya...mungkin tuan boleh menulis tentang khadam masjid...tentang sumbangan kita terhadap masjid...membina insitusi masjid...dan membawa masjid itu ke rumah....?
~Nor Arisham Bakar Al-Bakri, 18/12/17
Reading this book by my dear friend Hisham. Good book with
your tea and toast.... It is light, easy and enlightening. Tahniah Hisham.
~Prof Dr Nordin Abu Bakar, 8/11/17
~Prof Dr Nordin Abu Bakar, 8/11/17
Bukunya berciri santai dengan lenggok bahasa yang bersahaja.
Namun sangat berkesan dihati. Seolah-olah si penulis berbicara secara langsung
dengan si pembaca. Menarik bukan?
~Nora Razali, 9/11/17
~Nora Razali, 9/11/17
Waalaikumussalam....sy bkn la pandai sgt nk komen2
ni....what I can say is:
1)bahan bacaan yg santai, tak de berat kepala nk baca
2) bahasa penulisan yg mudah senang nk faham
3) overall ok la.... tahniah!
~Pn Sofiawati Omar, 16/11/17
1)bahan bacaan yg santai, tak de berat kepala nk baca
2) bahasa penulisan yg mudah senang nk faham
3) overall ok la.... tahniah!
~Pn Sofiawati Omar, 16/11/17
saya suka kisah2 sahabat@ulamak yg di selitkan, dan di relate
dgn keadaan semasa..
~Naim Adham, 18/11/17
~Naim Adham, 18/11/17
Alhamdulillah, tahniah sahabat. Bacaan
santai yg ilmiah...baru nak mula..
~Hj Suhaimi Saidin, 17/11/17
~Hj Suhaimi Saidin, 17/11/17
En Hisham minta saya komen pasal buku dan pena tulisan..,
ini lah komen saya sbb ada kekosongan dalam penyampaian dan rasanya dtg dari
pegarang itu sendiri. Saya pohon maaf atas komen saya ini dan ianya datang dari
hati saya.
~Dato’ Hj Muhd Opandi Che Wook, 2/11/17
~Dato’ Hj Muhd Opandi Che Wook, 2/11/17
Terbaikk buku ni.saya cari sampai ke jusco cheras selatan
~Wan Azmi Wan Ahmad, 17/11/17
~Wan Azmi Wan Ahmad, 17/11/17
Waalaikumussalam...baru berkesempatan baca buku
tu...terharu...bahasa yg santai sesuai utk semua golongan...relaks tp terkesan
~Pn Norhayati Yusuf, 18/7/17
~Pn Norhayati Yusuf, 18/7/17
Gaya penulisan tuan sudah ok. Jadi kekalkan gaya sebegitu.
Pembaca lebih sukakan gaya berkongsi cerita.
~Pn Najah Dawam, 16/11/17
~Pn Najah Dawam, 16/11/17
Nampak lebih mantap dari Kaki Masjid
~Annuar Abdullah, 4/11/17
~Annuar Abdullah, 4/11/17
Buku Geng Masjid ini perlu di miliki oleh setiap keluarga
dan dijadikan bahan bacaan santai di rumah. Pengisian nya ringkas tapi padat
dengan coretan kejadian2 yang agak lazim bagi masyarakat setempat tempuhi.
Teruskan penulisan Tuan Hj, di harap pada penerbitan akan datang dapat isi
kandungan di dalamnya di selitkan dengan hadis2 sebagai 'icing'.
~Tn Shaharudin Mohd Nor, 28/11/17
~Tn Shaharudin Mohd Nor, 28/11/17
assalamualaikum ...sy baru baca buku 'geng masjid', di surau
pernec tkt16...sgt menarik dan santai.Tahniah dan semoga diberi
istiqomah dlm menyebarkan ilmu yg bermanafaat.
~Yahya Padiman, 29/11/17
~Yahya Padiman, 29/11/17
Tgk tajuk ingat berkisar hal2 dlm masjid..tp sebenarnya ttg
realiti hari ni...janji nk bg fb ttg buku ni tp blm berkesempatan lg. Maaf ya
akhi hisham.
~Pn Ruhani, 29/11/17
~Pn Ruhani, 29/11/17
"Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami
termasuk dalam senarai VIP Mu di syurga nanti, InsyaAllah."
p/s: bagi rakan2 yang belum mendapatkan buku Kaki Masjid n Geng Masjid bolehlah beli sekarang sebelum terlambat. Amat berguna untuk rujukan diri.
~Tn Hj Misbah Hj Ahmad, 4/12/17
p/s: bagi rakan2 yang belum mendapatkan buku Kaki Masjid n Geng Masjid bolehlah beli sekarang sebelum terlambat. Amat berguna untuk rujukan diri.
~Tn Hj Misbah Hj Ahmad, 4/12/17
"Takutlah kamu akan Allah. Apa yang dipersiapkan untuk
hari esok? Hari esok adalah alam kubur. Bagaimana keadaan kamu mengadap Allah
nanti?"
Dengan gaya penulisan yang santai dan bersahaja. Insya-Allah naskah ini dapat dijadikan motivasi dan panduan untuk berubah menjadi salah seorang dari 'Geng Masjid'. Seimbangkan dunia dan akhirat kita.Jangan terlalu mengejar keduniaan sehingga terlupa akhirat yang kekal abadi.
~Razif Ab.Aziz, 5/12/17
Dengan gaya penulisan yang santai dan bersahaja. Insya-Allah naskah ini dapat dijadikan motivasi dan panduan untuk berubah menjadi salah seorang dari 'Geng Masjid'. Seimbangkan dunia dan akhirat kita.Jangan terlalu mengejar keduniaan sehingga terlupa akhirat yang kekal abadi.
~Razif Ab.Aziz, 5/12/17
Perkongsian pengalaman dan ilmu yang baik.
~Ahmad Fairoz, 7/12/17
~Ahmad Fairoz, 7/12/17
Seronok baco buku demo...
Tahniah! ~Razali Mohamed, 9/12/17
Tahniah! ~Razali Mohamed, 9/12/17