Saturday, December 23, 2017

Buku Baru



Buku GENG MASJID ini adalah buku ke-3 saya. Mula berada dipasaran pada bulan November 2017. Maka kini sudah masuk dua bulan buku ini di pamerkan dan di iklankan di toko-toko buku dan media-media sosial. Ramai juga ahli masyarakat yang telah memilikinya malah sudah habis membacanya. 

Saya ingin kongsikan beberapa komentar dan feedback yang saya terima. Semoga segala input ini dapat saya guna sebagai panduan untuk memperbaiki lagi isi dan teknik penulisan saya di karya yang akan datang. Saya juga sedang menunggu penerbitan tiga lagi karya saya. Yang satunya sudah diberi greenlight untuk diterbitkan. Dua karya lagi sedang dinilai oleh pihak penerbit. Doakan semoga dilulus untuk penerbitan. 

Niat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar ia berkembang menjadi ilmu bermanfaat untuk kebaikan ummat. Sekurang-kurangnya di hadapan Allah saya bisa menyatakan bahawa ini antara usaha saya menolong agama Allah dengan menyebar luas mesej dakwah ke tengah masyarakat. Agar buku ini sebagai warisan dan pusaka yang saya tinggalkan bagi tatapan ahli masyarakat di serata alam. 

Bagi para peminat dan pembaca blog SOT ini, saya menyeru dapatkah senaskah buku Geng Masjid ini. Semoga dengan pembelian ini, dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu dan dakwah dan memungkinkan buku saya ini diulang cetak. Terima kasih dan saya doakan kebahagiaan untuk semua yang membeli buku terbaru saya ini.


KOMENTAR

Saya beli.dah terima td.dah start bc.very interesting..megggunakan bahasa yg mudah tp message nya ttp sampai..tahniah
~Datin Nor Baini Yusuf, 6/11/17.

Hisham, dah terima.. Looks good but belum baca habis.. Baru balik berubat/mengurut
~Fatah Ali, 7/11/17

Geng Masjid padat dengan ilmu ...menarik dan penuh penghayatan umpama kita berada didalam majlis ilmu itu sendiri...
Muka surat 120 memberikan 6 perkara yang penuh hikmah...yg membuatkan saya merenung jauh...
Sebenarnya saya tidak nampak apa yang perlu dikomenkan pun...penulisan tuan padat..tetapi jika tuan bertanya...mungkin tuan boleh menulis tentang khadam masjid...tentang sumbangan kita terhadap masjid...membina insitusi masjid...dan membawa masjid itu ke rumah....?
~Nor Arisham Bakar Al-Bakri, 18/12/17

Reading this book by my dear friend Hisham. Good book with your tea and toast.... It is light, easy and enlightening. Tahniah Hisham.
~Prof Dr Nordin Abu Bakar, 8/11/17

Bukunya berciri santai dengan lenggok bahasa yang bersahaja. Namun sangat berkesan dihati. Seolah-olah si penulis berbicara secara langsung dengan si pembaca. Menarik bukan?
~Nora Razali, 9/11/17

Waalaikumussalam....sy bkn la pandai sgt nk komen2 ni....what I can say is:
1)bahan bacaan yg santai, tak de berat kepala nk baca
2) bahasa penulisan yg mudah senang nk faham
3) overall ok la.... tahniah!
~Pn Sofiawati Omar, 16/11/17

saya suka kisah2 sahabat@ulamak yg di selitkan, dan di relate dgn keadaan semasa..
~Naim Adham, 18/11/17

Alhamdulillah, tahniah sahabat. Bacaan santai yg ilmiah...baru nak mula..
~Hj Suhaimi Saidin, 17/11/17

En Hisham minta saya komen pasal buku dan pena tulisan.., ini lah komen saya sbb ada kekosongan dalam penyampaian dan rasanya dtg dari pegarang itu sendiri. Saya pohon maaf atas komen saya ini dan ianya datang dari hati saya.
~Dato’ Hj Muhd Opandi Che Wook, 2/11/17

Terbaikk buku ni.saya cari sampai ke jusco cheras selatan
~Wan Azmi Wan Ahmad, 17/11/17

Waalaikumussalam...baru berkesempatan baca buku tu...terharu...bahasa yg santai sesuai utk semua golongan...relaks tp terkesan
~Pn Norhayati Yusuf, 18/7/17

Gaya penulisan tuan sudah ok. Jadi kekalkan gaya sebegitu. Pembaca lebih sukakan gaya berkongsi cerita.
~Pn Najah Dawam, 16/11/17

Nampak lebih mantap dari Kaki Masjid
~Annuar Abdullah, 4/11/17

Buku Geng Masjid ini perlu di miliki oleh setiap keluarga dan dijadikan bahan bacaan santai di rumah. Pengisian nya ringkas tapi padat dengan coretan kejadian2 yang agak lazim bagi masyarakat setempat tempuhi. Teruskan penulisan Tuan Hj, di harap pada penerbitan akan datang dapat isi kandungan di dalamnya di selitkan dengan hadis2 sebagai 'icing'.
~Tn Shaharudin Mohd Nor, 28/11/17

assalamualaikum ...sy baru baca buku 'geng masjid', di surau pernec tkt16...sgt menarik dan santai.Tahniah dan semoga diberi istiqomah dlm menyebarkan ilmu yg bermanafaat.
~Yahya Padiman, 29/11/17

Tgk tajuk ingat berkisar hal2 dlm masjid..tp sebenarnya ttg realiti hari ni...janji nk bg fb ttg buku ni tp blm berkesempatan lg. Maaf ya akhi hisham.
~Pn Ruhani, 29/11/17

"Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP Mu di syurga nanti, InsyaAllah."
p/s: bagi rakan2 yang belum mendapatkan buku Kaki Masjid n Geng Masjid bolehlah beli sekarang sebelum terlambat. Amat berguna untuk rujukan diri.
~Tn Hj Misbah Hj Ahmad, 4/12/17

"Takutlah kamu akan Allah. Apa yang dipersiapkan untuk hari esok? Hari esok adalah alam kubur. Bagaimana keadaan kamu mengadap Allah nanti?"
Dengan gaya penulisan yang santai dan bersahaja. Insya-Allah naskah ini dapat dijadikan motivasi dan panduan untuk berubah menjadi salah seorang dari 'Geng Masjid'. Seimbangkan dunia dan akhirat kita.Jangan terlalu mengejar keduniaan sehingga terlupa akhirat yang kekal abadi.
~Razif Ab.Aziz, 5/12/17

Perkongsian pengalaman dan ilmu yang baik.
~Ahmad Fairoz, 7/12/17

Seronok baco buku demo...
Tahniah! ~Razali Mohamed, 9/12/17



Wednesday, October 04, 2017

Teroris Itu Mat Salleh


Saya dan isteri bersantai semalam dengan berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di Rawang. Kami mengambil peluang menonton filem terbaru Jackie Chan berjodol The Foreigner. Saya gemar menonton filem lakonan Jackie Chan kerana ia bermutu dengan jalan cerita yang baik dan sudah tentu padat aksi penuh seni bela diri dan stun. Beberapa tahun kebelakangan ini filem-fiem beliau memang dituju untuk pasaran antarabangsa dengan team produksi yang besar dan kos penerbitan yang tinggi (US$35 juta).

Apa yang menarik dalam filem ini ialah penonjolan aspek keganasan teroris yang telah mengorbankan banyak nyawa orang awam di bumi London. Jenayah ini telah dilakukan oleh grup pengganas dari Ireland yang sangat bermusuhan dengan British. Untuk pertama kalinya isu teroris tidak dikaitkan dengan orang Islam. Jackie Chan sebagai orang Asia mungkin tidak mahu menyentuh sensitiviti orang  Asia yang sebahagian besarnya beragama Islam. Malah Jackie Chan mahu menyedarkan dunia bahawa elemen teroris dan keganasan adalah milik semua, bukan tertumpu kepada sesuatu etnik atau agama.

Filem ini mengisahkan Quan lakonan Jackie Chan seorang businessman low profile di kota London yang cuba melupakan masa lampaunya sebagai tentera elit yang berhijrah ke luar negara asbab kekejaman perang di negaranya, tapi terpaksa kembali ke medan aksi pabila satu-satu warisnya yang masih hidup iaitu anak perempuannya terbunuh dalam satu tragedi pengeboman bermotif politik di tempat awam oleh kumpulan pengganas Irish (IRA). Dia berusaha gigih mencari pengganas yang bertanggungjawab itu dan bertembung dengan konflik seorang ahli politik British lakonan berkesan Pierce Brosnan yang latarbelakangnya dahulu dalam IRA mungkin mengetahui siapa yang melakukan keganasan itu.

Kembali kepada realiti (bukan filem), dunia dikejutkan dengan peristiwa tembakan rambang ke atas kelompok penonton Festival Music Country di Las Vegas, USA pada 1 Oktober 2017. Pada ucapan lintas langsung di kaca TV, Preiden Donald Trump menyifatkan jenayah ini dilakukan oleh orang gila maniac (bukan teroris).

Andaian sinonim teroris mestilah (selalunya) orang Islam. Walaupun pengganas ini dilapurkan menggunakan beberapa laras rifle otomatik yang berjaya membunuh 59 orang dan mencederakan lebih 500 orang yang lain. Berikut saya paparkan beberapa petikan berita yang saya dapati di internet sebagai memberi sedikit gambaran apa yang sebenarnya berlaku.

Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain pada satu festival muzik di Las Vegas Strip dengan menembak dari tingkat 32 sebuah hotel selama beberapa minit sebelum ditembak mati oleh polis. Angka kematian yang disifatkan polis sebagai pengiraan awal itu akan menjadikan serangan terbabit sebagai insiden pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, mengatasi insiden pembunuhan 49 orang di kelab malam Orlando tahun lalu. Ribuan pengunjung yang panik melarikan diri dari tempat kejadian sehingga ada yang dipijak ketika anggota keselamatan cuba mengesan dan membunuh lelaki bersenjata itu. Ramai pengunjung konsert yang dalam keadaan terkejut dengan pakaian dibasahi darah kelihatan merayau-rayau di jalanan selepas serangan itu. Sherif Clark County, Joseph Lombardo, memberitahu pemberita suspek adalah seorang lelaki tempatan Las Vegas yang bertindak sendirian dan dipercayai tiada kaitan dengan sebarang kumpulan militan. "Kami tidak tahu apa kepercayaannya," kata Lombardo. "Pada masa ini kami percaya dia satu-satunya pelaku."[1]

Penyerang Las Vegas, Stephen Craig Paddock, yang menyeludup masuk senjata ke dalam hotel dan melepaskan tembakan rambang kepada pengunjung konsert dari tingkap bilik hotel di tingkat 32, dikatakan seorang kaki judi tegar. Bapanya pula pernah merompak bank dan disenaraikan antara individu paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Akauntan bersara berusia 64 tahun itu mempunyai rumah dengan teman wanitanya di lapangan golf di Mesquite, Nevada, 130 kilometer ke timur laut pusat perjudian Amerika Syarikat. Dia dikatakan kerap menghantar biskut kepada ibunya yang berusia 90 tahun di Florida.

Menurut adik lelakinya, Eric Paddock, abangnya tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melakukan antara jenayah pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah AS. Daesh mendakwa Paddock adalah antara 'tenteranya' yang memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan melancarkan serangan atas nama Islam. Ia memberikan nama Abu Abdel Bar al-Amriki kepada Paddock, bermakna 'Si Amerika'. Namun FBI berkata, mereka tidak nampak sebarang kaitan antara Paddock dengan pergerakan pengganas itu menyebabkan negara itu dalam kebingungan memahami motif kejadian malam kelmarin, yang meragut 59 nyawa dan lebih 500 lagi cedera. Paddock ditemui mati, dipercayai membunuh diri, apabila pasukan SWAT menyerbu biliknya di Hotel Mandalay Bay, antara hotel terkemuka di Las Vegas.[2]

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini berkata, lelaki bersenjata dalam tembakan besar-besaran di Las Vegas kelmarin adalah 'seorang individu sakit,' namun enggan menggelarnya keganasan domestik. Pemimpin itu juga berkata, undang-undang pemilikan senjata api akan dibincangkan kemudian. "Kami akan berbincang mengenai undang-undang senjata sejajar dengan masa," kata Trump kepada media di Rumah Putih. Ditanya jika insiden tembakan itu adalah tindakan keganasan domestik, Trump menambah: "Penyerang adalah lelaki yang sakit, lelaki gila. Saya fikir, dia mungkin menghadapi banyak masalah dan kami sedang menyiasat latar belakangnya dengan teliti."

Dalam pada itu di Las Vegas, penyiasat kini berusaha mencari maklumat mengapa seorang pesara akauntan menembak mati sekurang-kurangnya 59 orang dan mencederakan lebih 500 lain dalam satu konsert terbuka, dari bilik hotel tingkat 32 yang dipenuhi senjata. Ketika AS berdepan insiden tembakan besar-besaran paling dahsyat dalam sejarah, pihak berkuasa memberi reaksi berhati-hati terhadap dakwaan Daesh bahawa Stephen Craig Paddock, 64, melakukan serangan bagi pihak kumpulan militan itu. Polis berkata, Paddock,   yang tidak memiliki rekod jenayah, memecahkan tingkap bilik hotelnya sejurus selepas 10 malam Ahad dan menembak tanpa henti senjata automatik ke arah ribuan pengunjung konsert di bawah. Dalam rakaman pembunuhan disiarkan CNN, bunyi tembakan tanpa henti kedengaran ketika pengunjung menjerit dan mencari tempat berlindung tanpa tahu dari mana tembakan dilepaskan. Daesh menerusi kenyataan dalam talian mendakwa, Paddock adalah seorang daripada 'askarnya' namun Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, ia tidak menemui sebarang kaitan dengan sherif tempatan menggambarkan penyerang sebagai seorang 'lelaki sakit jiwa' yang gemar bersendirian. [3]

Sebagai konklusi umum atas tajuk ancaman teroris ini, saya cenderung untuk menyatakan bahawa kumpulan pelampau atau tindakan keganasan ini boleh berlaku di dalam mana-mana masyarakat atau tamadun manusia, hatta di Negara-negara maju seperi USA dan Britain sekali pun. Selalunya atas ketidakpuasan hati akan sesuatu perkara. Maka sangatlah tidak adil untuk melabel ungkapan teroris itu kepada individu atau kumpulan orang Islam semata sebagaimana yang berlaku sekarang. Tanggapan prejudis begitu sungguh tidak benar.

@@@



[1] https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2017/10/332821/angka-korban-tembakan-las-vegas-cecah-lebih-50-orang
[2] https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2017/10/332935/penyerang-las-vegas-kaki-judi-tegar
[3] https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2017/10/333211/penembak-vegas-seorang-individu-sakit-trump

Tuesday, October 03, 2017

Buku GENG MASJID


Alhamdulillah buku saya yg ke-3 sudah berada di final stage penerbitan dan akan di cetak pada penghujung bulan ini. Insya-Allah akan ready di kedai-kedai buku pada bulan November 2017. Buku ini santai tapi sampai. Ilmu bermanafaat yang mahu dikongsikan terselit di setiap kisah dan penceritaan. Manhaj tarbiyyah dan mesej dakwah menjadi intipati utama dalam coretan yang tidak mengundang jemu. Design hipster dengan paper back bersama illustrasi yang catchy memberi rasa ringan dan ingin tahu untuk membaca ke bab seterusnya hingga habis. Buku ini adalah sequel untuk buku Kaki Masjid. Sama tapi tidak serupa. Isinya kadang bernas, panas, dan rimas. Namun usah liat untuk muhasabah diri. Kerana masa terus berlalu pergi. Yang lepas itu lepaslah tapi yang mendatang ini biarlah ada nilai tinggi menanti. Nantikan kemunculannya GENG MASJID !!

@@@

😎Untuk tempahan awal sila WA saya di 019-3832132
😎Bila stok ready akan di Pos Laju dengan kadar segera
😎Exclusive dgn kata2 mutiara dan tandatangan penulis.

#GengMasjid 
#BestsellerToBe
#FreshDariLadang

Tuesday, September 26, 2017

Geng Masjid

Assalamualaikum sahabat sekelian 😎

Alhamdulillah pihak penerbit kini berada di fasa akhir untuk menzahirkan buku ketiga karya hishamAR.

Buku ini di beri jodol GENG MASJID, sequel buku saya sebelum ini KAKI MASJID.

Ada empat pilihan design cover yg telah di draft oleh designer. Apa kata sahabat sekelian buat pilihan design yg paling best. 

Nyatakan pilihan A B C atau D di ruang komen.


Monday, September 04, 2017

SEMBELIH CARA ISLAM


ORANG BARAT TERKEJUT DGN CARA ISLAM MENYEMBELIH LEMBU

Semakin maju penelitian ilmiah semakin membuktikan kebenaran Islam.

Sila lihat penelitian ini.

1. Nabi Muhammad tidak pernah belajar cardiology tapi syari’at nya membuktikan penelitian ilmu modern.

2. Melalui penelitian ilmiah yang dilakukan oleh dua staf ahli penternakan dari Hannover University, sebuah university terkemuka di Jerman. Prof.Dr. Schultz dan rakan nya, Dr. Hazim, keduanya memimpin satu padukan penelitian terstruktur untuk menjawab pertanyaan:

*Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara Syari’at Islam yang murni (tanpa proses pemingsanan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan pemingsanan)?*

3. Keduanya merancang penelitian yg sangat canggih, mempergunakan sekelompok lembu yg telah cukup umur (dewasa). Pada permukaan otak kecil lembu2 itu dipasang electrode (microchip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG). Microchip EEG dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak, untuk merakam dan mencatat bacaan rasa sakit lembu ketika disembelih. Di jantung lembu2 itu juga dipasang Electro Cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar kerana disembelih.

4. Untuk mengelak dari kesalahan, lembu2 dibiarkan selesa dengan EEG maupun ECG yang telah terpasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa selesa itu dianggap cukup, maka separuh lembu disembelih sesuai dengan Syariat Islam yang murni, dan separuh lagi disembelih dengan menggunakan cara pemingsanan yang digunakan di Barat.

5. Dalam Syariat Islam, penyembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang sgt tajam, dengan memotong tiga saluran pada leher bahagian depan iaitu: saluran makanan, saluran nafas serta dua saluran pembuluh darah: arteri karotis dan vena jugularis.

6. Patut pula diketahui, syariat Islam tidak menyarankan teknik pemingsanan. Sebaliknya, cara Barat mengajarkan atau bahkan mengharuskan agar ternak dipingsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.

7. Selama penelitian, EEG dan ECG pada seluruh lembu itu dicatat untuk merakam dan mengetahui keadaan otak dan jantung sejak sebelum pemingsanan (atau penyembelihan) hingga ternak itu benar-benar mati. Nah, hasil penelitian inilah yang sangat ditunggu-tunggu!

8. Dari hasil penelitian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu dapat diperoleh beberapa hal sbb.:

*Penyembelihan Menurut Syariat Islam*

Hasil penelitian dengan menerapkan amalan penyembelihan menurut Syariat Islam menunjukkan:

Pertama
Pada 3 detik pertama setelah ternak disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu bahagian depan terputus), tercatat tidak ada perubahan pada grafik EEG. Hal ini bererti bahwa pada 3 detik pertama setelah disembelih itu, tidak ada indikasi rasa sakit.

Kedua
Pada 3 detik berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penury Nancy grafik secara bertahap yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu2 itu benar-benar hilang kesedaran. Pada saat tersebut, tercatat pula oleh ECG bahwa jantung mulai meningkat aktiviti nya.

Ketiga
Setelah 6 detik pertama itu, ECG pada jantung merakam ada nya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota tubuh dan mengepam nya keluar. Hal ini merupakan refleksi gerakan koordinasi antara jantung dan sumsum tulang belakang (spinal cord). Pada saat darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di Bahamian leher tersebut, grafik EEG tidak naik, tapi malah turun hingga ke zero level. Hal ini diterjemahkan oleh kedua peneliti ahli itu bahwa: *“No feeling of pain at all!” (tidak ada rasa sakit sama sekali!)*

Keempat
Kerana darah tertarik dan di pam oleh jantung keluar tubuh secara maksima, maka dihasilkan healthy meat (daging yang sehat) yang layak doing makan oleh manusia. Jenis daging dari hasil sembelihan semacam ini sangat sesuai dengan prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.

Penyembelihan Cara Barat

Pertama
Segera setelah dilakukan proses stunning (pemingsanan), lembu terhuyung jatuh dan rebah. Setelah itu, lembu tidak bergerak-gerak lagi, sehingga mudah dikendalikan. Oleh karena itu, lembu dapat pula dengan mudah disembelih tanpa meronta-ronta, dan (nampaknya) tanpa (mengalami) rasa sakit. Pada saat disembelih, darah yang keluar hanya sedikit, tidak sebanyak bila disembelih tanpa proses stunning (pemingsanan).

Kedua
Segera setelah proses pemingsanan, tercatat adanya kenaikan yang sangat nyata pada grafik EEG. Hal itu menunjuk kan adanya tekanan rasa sakit yang diderita oleh ternak (karena kepalanya dipukul, sampai jatuh pingsan).

Ketiga
Grafik EEG meningkat sangat tajam dengan kombinasi grafik ECG yang turun ke batas paling bawah. Hal ini menunjuk kan adanya peningkatan rasa sakit yang luar biasa, sehingga jantung berhenti berdenyut lebih awal. Akibatnya, jantung kehilangan kemampuannya untuk menarik darah dari seluruh organ tubuh, serta tidak lagi mampu mengepam nya keluar dari tubuh.

Keempat
Karena darah tidak tertarik dan tidak di pam keluar dari tubuh secara maksima, maka darah itu pun membeku dalam urat-urat darah dan daging, sehingga dihasilkan Unhealthy Meat (daging yang tidak sehat), yang dengan demikian menjadi tidak layak untuk dimakan oleh manusia. Disebutkan dalam khazanah ilmu dan teknologi daging, bahwa timbunan darah beku (yang tidak keluar saat ternak mati/disembelih) merupakan tempat atau media yang sangat baik bagi pembiakan bakteria pembusuk, yang merupakan agen utama merosak kualiti daging.

*Bukan Ekspresi Rasa Sakit!*

Meronta-ronta dan meregangkan otot pada saat ternak disembelih ternyata bukanlah ekspresi rasa sakit! Sangat jauh berbeza degas dugaan kita sebelumnya! Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita bersama, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka, pastilah disertai rasa sakit dan ngilu. Terlebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka yang menganga lebar…!

Hasil penelitian Prof. Schultz dan Dr. Hazim membuktikan yang sebaliknya. Iaitu bahawa pisau tajam yang menghiris leher (sebagai syariat Islam dalam penyembelihan ternak) ternyata tidaklah ‘menyentuh’ saraf rasa sakit. Oleh kerana nya kedua peneliti ahli itu menyimpulkan bahawa lembu meronta-ronta dan meregangkan otot bukanlah sebagai ekspresi rasa sakit, melainkan sebagai ekspresi ‘keterkejutan otot dan saraf’ saja (iaitu pada saat darah mengalir keluar dengan deras). Mengapa demikian? Hal ini tentu tidak terlalu sulit untuk dijelaskan, karena grafik EEG tidak membuktikan juga tidak menunjukkan adanya rasa sakit itu.

Subhanallah… Memang selalu ada jawapan dari setiap pertanyaan tentang kebenaran Islam. Selalu ada penguatan Allah dari setiap adanya usaha pelemahan dari musuh Agama yang mulia ini.

Sebenarnya, sudah tidak ada alasan lagi menyimpan rasa tak sanggup melihat proses penyembelihan korban, karena kita sudah tahu bahawa haiwan ternak tersebut tidak merasakan sakit ketika disembelih. Dan yang paling penting, kita dapat mengerti hikmah dari salah satu Syariah Islam dan keberkahan yang tersimpan di dalamnya.

KABAR INI HARUS TERSEBAR DEMI MEMBUKTIKAN, APA YANG ISLAM PERINTAHKAN SANGAT BERGUNA BAGI MANUSIA

#CnPEnterprise
#IlmuBermanfaat

Wednesday, July 19, 2017

BUKU Kaki Masjid 2.0 - COMING SOON

12/6/17

Aslmlkm Pn Najah

Dengan lafaz Bismillah sempena Hari Nuzul Quran 17 Ramadan ini, sebagaimana yg saya janjikan tempoh hari bersama ini saya kembarkan manuskrip buku KAKI MASJID 2.0 Gulai Kawah Untuk Dakwah untuk penilaian pihak Puan.

Jazakallah.


22/6/17

Aslmlkm Pn Najah

Mohon respon Pn berkenaan manuskrip Gulai Kawah Untuk Dakwah ini. 

Jazakallah.


22/6/17

Waalaikumsalam wbt,
Manuskrip ini masih lagi menunggu giliran untuk dinilai. Jika sudah selesai akan dimaklumkan kepada tuan kelak.
Terima kasih.


22/6/17

Ok Pn, terima kasih.


10/7/17

Salam tuan,
Saya sedang meneliti mauskrip Gulai Kawah Untuk Dakwah tuan. Ada sedikit persoalan yang saya mahu dapatkan daripada tuan. Tuan adakah terdapat bab-bab dalam manuskrip ini diambil semula daripada bab-bab manuskrip asal Kaki Masjid, yang tidak dimasukkan ke dalam buku Kaki Masjid tuan? Kerana saya ada perasan ada bahagian tertentu yang saya pernah terbaca, mungkin daripada manuskrip pertama tuan dulu.
Mohon kepastian tuan atas perkara ini.
Terima kasih.


12/7/17

Assalamualaikum wbt,
Tuan, saya telah selesai meneliti manuskrip Kaki Masjid 2 tulisan tuan. Setakat ini saya positif dan tiada masalah untuk ianya diterima. Walaubagaimanapun, saya sedang menantikan respon daripada editor syariah kami berkenaan manuskrip tuan ini. InshaAllah, tuan akan saya saya maklumkan berita selanjutnya sebaik saya mendapat respon daripada editor syariah kami tersebut.
Harap maklum.

13/7/17

Assalamualaikum wbt,
Tuan, setelah mendapat respon positif daripada editor syariah kami, maka dengan sukacitanya ssaya ingin maklumkan bahawa manuskrip tuan, Kaki Masjid 2 diterima untuk diterbitkan. Jadual penerbitannya akan disusun dan InsyaAllah akan diterbitkan dalam masa terdekat.
Tahniah tuan.

18/7/17

Wa'alaikumussalam Pn Najah

1. Allhamdulillah syukur kpd Allah dan terima kasih kepada Puan dan Mustread kerana meluluskan manuskrip Kaki Masjid 2 untuk penerbitan dalam masa terdekat ini. Semoga ada manafaat untuk masyarakat. Ia telah mengembalikan semula semangat saya yang agak down setelah percaturan tidak menjadi yang menimpa manuskrip Tabligh tempoh hari. 
2. Maaf kerana tidak menyemak eMail Puan terlebih awal. 
3. Ya benar, ada beberapa bab yang di drop dari manuskrip Kaki Masjid yang saya rasakan ada relevan untuk kesenambungan di Kaki Masjid 2, telah saya masukkan.
4. Saya juga memohon agar konsep cover buku dalam tona warna hitam puteh sebagaimana buku Kaki Masjid di kekalkan, agar tampak iras yang identical dgn imej hipster dan santai.
5. Saya mendoakan agar urusan penerbitan buku terbaru saya ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Aamiin.

Jazakallah.
HishamAR
18/7/17, 6:45pm

Pencinta Subuh




BICARA PENCINTA SUBUH


Kepada sekelian pencinta subuh
Damai yang teramat indah
Kokok ayam di kejauhan
Di sirami kicauan burung
Udaranya segar dan nyaman
Membelai hati yang tenang
Syukur di bangkit dari tidur
Dari dengkur yang panjang
Hidup semula setelah mati


Dingin air membasah jasad
Mencair ketulan darah beku
Menjana.minda dan nurani
Azan subuh yang berkumandang
Sayu mengejut manusia yang lena
Untuk meng Agung sang Pencipta
Solat itu lebih baik dari tidur
Pencinta subuh mengerti itu
Bahasa jiwa mencorak hakikat

Hari ini di pilih lagi ke rumah Nya
Berjaya bangkit membelah dingin
Sukses angkat selimut yang berat
Atau dakapan isteri yang sedap
Tegar menyahut seruan azan
Mencari damai yang hilang
Meraih ruhani yang tenang
Aku seorang pencinta subuh
Maka bersaksilah unggas di taman
Sehingga jasad di kandung badan
Subuh yang indah tetap kudamba
Sebagai kasih yang panjang.

Hisham AR
7:27am, 7/7/2017
Hulu Selangor

Wednesday, June 14, 2017

Sebuah Kematian



Ajal maut telah Allah tentukan
Tidak lewat sesaat
Tidak cepat sesaat
Tika di puncak bahagia
Ajal bisa tiba menjemput
Segala yang lain sekadar asbab

Darah tinggi, kencing manis, hyper tension
Sekadar asbab
Hakikat ialah ajal maut sudah tiba
Justru tika nyawa masih ada
Tika nafas masih berhembus
Tika nikmat oksigen dan nitrogen yg Allah bagi free ini
Maka berbuat baik walau sebesar zarah

Pahala jadi rebutan
Usah berbuat jahat walaupun sekelumit cuma
Dosa jangan dipandang ringan
Kerana ajal maut bakal tiba tanpa diduga
Bila tiba dia maka segala sudah tiada guna
Terpisah ruh dari jasad
Berpindah dari alam dunia ke alam barzakh
Dua alam yang berbeza

Natijah kebaikan di alam dunia
Bakal menyediakan taman2 syurga di alam barzakh
Namun sebaliknya
Menjadi lubang2 neraka jika amal tak banyak mana
Terputus sudah hubungan dengan dunia
Yang tinggal hanya tiga sebagai talian hayat
Doa anak yang soleh
Ilmu bermanfaat
Dan amal jariah

Itulah hakikat kehidupan
Alam dunia yang bersifat sementara
Alam akhirat yang kekal abadi
Kena tempuh alam barzakh, alam mahsyar, alam mizan, titian sirat
Perjalanan yang jauh
Bekalan amal kena banyak
Matawang pahala sangat berharga
Cari sebanyaknya di dunia ini
Agar mudah dan bersedia di perjalanan nanti

Segalanya Allah ambil kira
Tiada yang terlepas walau tersembunyi
Percaturan Allah sangat adil
Mohon perlindungan Allah
Dari muslihat nafsu dan godaan syaitan
Mohon redho Allah pada setiap sesuatu
Mohon redho Allah untuk dapat bahagia hidup di alam barzakh
Untuk selesa hidup di alam mahsyar
Mohon redho Allah agar berat timbangan amal
Mohon redho Allah supaya berjaya lepas meniti titian sirat sepantas kilat

Mohon redho Allah supaya dapat layak memasuki syurga Allah
Minta jauh dari bakaran api neraka Allah
Kita tiada apa
Semua yang kita ada ini milik Allah semua
Datang kita tiada apa
Pergi kita bawa dosa bawa pahala
Sebuah kematian yang pasti.


hishamAR
28.3.2017
Hulu Selangor


Friday, March 10, 2017

Buku KAKI MASJID terbitan Mustread Sdn Bhd



Orang beriman yang cinta Masjid ibarat ikan masuk ke air, kerana nalurinya ke situ, ingatannya sentiasa untuk ke Rumah Allah. Hatinya lega dan seronok setiap kali dapat duduk di Masjid, dapat niat iktikaf, dapat mendirikan solat-solat sunat, dapat zikrullah dan membaca al-Qur’an. Pernah lihat ikan bila di lepaskan ke dalam air kolam? Gembira dia tidak terkata.

Bersiap siaga untuk ke Masjid walaupun saban hari mungkin sampai hampir senja ke rumah dari tempat kerja. Hatinya terikat di Masjid. Terasa rugi benar jika tidak menghadiri kuliah-kuliah maghrib yang diadakan setiap malam di Masjid. Segala ilmu yang dia dapat di catit, di pahat di dada, di amalkan dan disebarkan.

Teruja sungguh dia menatap jadual kuliah dengan slot-slot ceramah penuh setiap bulan tertampal di papan kenyataan Masjid. Sibuk dia menyemak ustaz mana yang tertera namanya di situ. Tenang jiwanya.


Semua para asatizah ini menjadi pencerah penyuluh jalan belaka dengan ilmu tasauf, tauhid, feqah, tafsir, tajuk umum, pengajian kitab, hadis dan sirah. Pelajaran dan pengajian ilmu yang percuma. Kenapa tidak menyahut nya? Rugi Tuan-tuan. Jadilah kaki Masjid bukan kaki sembang, kaki pancing atau kaki karoke.

Syukur benar dia bila dipilih Allah untuk dapat mendirikan solat-solat fardu secara berjemaah di Masjid. Itulah ibaratnya seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa untuk sentiasa taat kepada Allah. Jadual kuliah di ambil berat. Setiap bulan di cetak dan di tampal ke dinding untuk rujukan. Sayang untuk terlepas walaupun satu slot majlis ilmu itu.

Begitu teruja dia untuk ke Rumah Allah menyambut pelawaan Allah bertandan pada setiap kesempatan masa yang ada. Tika laungan iqamat keluar dari celah bibir muazzin maka dia terus bersegera untuk memenuhi saf pertama kerana faham sangat dia akan fadhilat berdiri di saf pertama pada setiap perlakuan solat berjemaah itu. Ibarat ikan puyu masuk ke air.

Tambahan lagi dia tidak kedekut untuk menyebarkan salam dan mengukirkan senyuman kepada setiap tetamu Allah bila bertentang mata atau berselisih bahu. Begitu juga ringan tangannya bersedekah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap malam untuk di masukkan ke dalam tabung bergerak Masjid. Atau peluang khidmat pada setiap kesempatan yang ada. Bahagia nya dia seperti ikan pulang ke air atau sireh pulang ke ganggang.

Berbeza pula dengan orang yang munafik atau tiada keikhlasan di hati. Datang dia ke Masjid itu boleh diumpamakan sebagai burung masuk ke sangkar. Terasa terpenjara jiwa, hati berkecamuk, minda tidak tenang dan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membebaskan diri dari sangkar yang mencengkam itu. Sekejap berlunjur, sekejap berpusing, kerap ke bilik air, sekejap menguap, acap kali tertidur. Keluh kesah dia. Mata menyudut pada kelemahan dan kekurangan.

Pantang ada sebutan daripada Ustaz yang berceramah yang terkena batang hidungnya atau menyentuh soal-soal kebenaran walaupun pahit maka punggungnya terasa panas macam duduk atas bara api dan cuping telinganya terasa pedih dan dia pun tidak segan untuk bangun berlalu pergi dan terus keluar dari Masjid. Ada makhluk sebegini. Rajinlah memerhati. Yang sedihnya ramai dari kelompok ini ialah golongan veteran yang rumah kata pergi kubur kata mari, namun hidayah masih terhijab untuknya.

Ada pula ramai jemaah yang usai solat terus bangkit macam kuih bangkit pergi entah kemana terutamanya tika solat jumaat. Begitu sombong dengan Allah hinggakan tiada kesempatan untuk zikrullah barang sebaris dua atau menadah tangan untuk berdoa bergantung harap pada Yang Esa? Sibuk sangatkah? Hingga masa 24 jam yang Allah bagi ini tidak cukup buat mu? Janganlah jadi manusia jahil yang tidak kenal diri. Begitu banyak nikmat yang Allah bagi dengan percuma, tapi engkau jadi angkuh, sombong dan lupa diri.

Ada juga manusia yang tidak ikhlas untuk beribadah di Rumah Allah. Pergi ke Masjid membawa nawaitu yang tidak jelas. Apakah kerana jawatan aku sebagai AJK, atau kerana menghabiskan masa lapangku, atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Wallahu'alam. 



Ketidakikhlasan ini kadang-kadang terserlah jua dengan izin Allah. Pelbagai penyakit hati menguasai dirinya. Maka tergolonglah mereka di kalangan orang-orang yang rugi. Kenapa rugi? Kerana segala amal ibadahnya tadi tiada nilaian walau sekupang di sisi Allah SWT. Kekedang tu dia jadi asing atau segan untuk ke Masjid kerana sifat dendam kesumat atau rasa tidak puas hati yang terbuku di hati.


Sebagai konklusi pilihlah untuk berada dalam kategori mana. Janganlah di sia-siakan masa yang ada. Usahlah lagi dibazirkan baki usia yang tinggal ini. Ya Allah berkati sisa-sisa usia ku ini. Aku kah ikan yang terjun ke air itu atau aku kah burung yang terperangkap dalam sangkar emas? Tepuk dada tanya iman. Tuan suluh diri Tuan, saya suluh diri saya. Ya Allah, pilihlah aku jadi Kaki Masjid yang tegar, tidak mudah goyah.


NOTA: Dapatkan buku KAKI MASJID di bookstore berdekatan anda mulai bulan Mac 2017. Cepat sebelum 3,000 naskah cetakan pertama habis terjual di pasaran.

@@@

Saturday, January 07, 2017

Kaki Masjid

Nantikan kemunculan buku kedua saya berjodol KAKI MASJID
tidak lama lagi In shaa Allah


Apa makna jadi ahli Masjid? Hati terpaut kepada Masjid. Rindu dan cinta kepada Masjid. Sangat ingin berkunjung ke Masjid. Sentiasa peka dan sedia untuk ke Masjid. Rasa resah bila tidak ke Masjid. Rasa teruja dan sangat syukur dipilih Allah untuk ke Masjid. Itulah ciri utama Ahli Masjid.


Ini rezeki, kerana tidak semua dapat datang ke Masjid. Islam mendorong kita jadi orang baik dengan berada di Rumah Allah. Islam mengajak kita bercakap dan mendengar benda baik. Islam mengajar kita untuk membuat amal soleh bagi mendapat petunjuk dan redha Allah.

Kita datang ke Masjid juga hari ini kerana nak faham agama supaya dapat beramal dengan perkara baik-baik. Bukan sekadar taat menjalani solat fardu berjemaah tetapi setia duduk di majlis-majlis ilmu yang berlangsung saban malam. Cerdiklah siapa yang datang ke Masjid. Beruntunglah sesiapa yang terpilih untuk datang ke Masjid. Daftarlah dalam minda masing-masing, aku ini Ahli Masjid. Masjid tempat peberet aku, In shaa Allah.


11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI MASJID."

"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)


5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."


7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)
* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...