CLICK n GO

Monday, November 02, 2015

Amanah Di Rumah Allah


Alhamdulillah kebanyakan Masjid di Selangor sudah mengadakan mesyuarat memilih calon pegawai dan jawatankuasa Masjid untuk sesi 2016-2018 semalam. Khabarnya tarikh terakhir untuk mengadakannya ialah sehingga hujung minggu ini sahaja.

Masjid di khariah saya telah berjaya melunaskan mesyuarat berkenaan semalam. Saya sekadar menjadi pemerhati pada pemilihan yang lalu.

Namun pada kali ini saya adalah anak khariah yang berdaftar, maka saya bersama isteri dan dua anak saya pun menyertailah mesyuarat ini dan dapat mengundi angkat tangan memilih AJK.

Pegawai2 masjid iaitu jawatan Nazir hinggalah ke siak masjid hanya di calonkan nama untuk di pilih oleh pihak jabatan agama. Ahli khariah hanya sekadar mencalonkan sahaja.

Saya lebih suka memerhati perjalanan mesyuarat. Kelihatan ada satu kelompok yang seolahnya mahu berkempen atau melobi nama2 untuk dicalonkan bagi menggantikan AJK yang ada secara en-block berdasarakan kriteria mereka.

Sebelum masuk ke dewan solat ada di edarkan kertas nama2 calon ini. Macam kempen PRU la pulak. Ini menimbul sedikit kecoh krana di larang berkempen sebenarnya.

Kelihatan banyak muka2 yang agak asing yang makna kata sukar kelihatan di masjid sebelum ini tiba2 muncul sebagai watak2 yang vokal. Tidak kurang juga yg emosi. Mesyuarat pemilihan calon ini menjadi tumpuan rupanya.

Jika calon2 yang ditampilkan itu memang muka2 regular di masjid ini rasanya tidak kelihatan janggal sangat. Tapi bila orang2 yang tak selayak di angkat tetapi di calonkan maka rasanya tidak bagus untuk permaslahatan umum.

Ustaz pada kuliah maghrib bebrapa hari sebelum ini ada mengesakan agar kita melihat jawatan yang di pegang ini sebagai amanah besar dan wajar di berikan kepada tokoh2 masyarakat yang layak.

Jawatan itu adalah tanggungjawab yang besar. Ia akan di persoalkan di akhirat kelak. Justru pesan ustaz carilah orang2 di kalangan anak khariah yang amanah dan baik untuk diangkat menjadi pemimpin masjid.

Para pegawai dan AJK masjid adalah pemacu kepada pengimarahan masjid dan keharmoniannya sebagai pusat tumpuan dan kasih sayang umat setempat.

Sof kepimpinan dan pengurusan sesuatu masjid boleh menjadi asbab untuk mencapai masjid terbaik di daerah atau negeri masing2. Agenda utama sudah tentu program2 pengisian ilmu yang seimbang untuk mendidik masyarakat.

Jemaah rindukan majlis2 ilmu yang bermanfaat, pengajian kitab2 muktabar, pengajian aqidah dan tauhid, feqah dan usul fiqh, pengajian hadith, akhlak, sirah nabi, pengajian tafsir, dan ilmu tasauf dan kesufian.

Ahli khariah mungkin tidak resah jika sekali sekala di selit dengan kesedaran2 politik atau soal kepartian dan isu2 semasa namun janganlah majoriti majlis ilmu yang dianjurkan biro dakwah menjurus ke arah itu sahaja. Biar ada keseimbangan dalam pengisian ilmu agama dan makanan ruhani ini.

Jika dicalonkan dan terpilih maka anggaplah ia bebanan besar yang mesti dipikul dan di lunaskan tugasannya dengan penuh quality.

Negeri Selangor kaya dengan para ilmuannya kerana menjadi pusat tumpuan pusta pengajian agama dan akademik. Pilihan masih banyak.

AJK perlu peka untuk menapis ustaz2 yang di jemput supaya satu jam majlis setiap malam itu dipenuhi padat ilmu bermanfaat bukan sekadar sembang kosong tanpa hala atau lebih teruk sekadar melepas batuk di tangga dengan tidak melakukan homework atau persiapan kerana sekadar mahu habis cepat dan mengharap salam bersampul di penghujungnya.

Maka sangat malanglah kalau itu yang selalu berlaku. Maksudnya di sini AJK perlu pantau prestasi para ilmuan yang di jemput dan silibus ilmu yang di bawa.

Tidak semesti ustaz yang sama terus menerus menjadi ustaz tetap saban minggu atau bulan sedangkan mutu penyampain ilmunya sangat lemah.

Para jemaah dan anak khariah juga wajar diberi ruang dan platform untuk menyatakan suara, komen dan cadangan. AJK perlu bincang sgala input berkenaan dan mengambil tindakan susulan yg wajar.

Jadikan peti2 cadangan sebagai satu kemestian yang hidup bukan dibiar berabuk tanpa ruh atau kegunaan. Galakkan masyarakat untuk menambah baik dengan cadangan2 yang membina.

Kutipan dana masjid juga mesti telus. Kalau boleh setiap kutipan tabung bergerak di majlis2 ilmu pada kuliah maghrib di umumkan pada malam berikutnya oleh pengacara majlis.

Usah berbangga dengan jumlah dana terkumpul yang banyak. Yang penting itu semua adalah sumbangan orang ramai infaq ke jalan Allah.

Menjadi tanggung jawab pihak masjid untuk membelanjakannya dengan berhemah bagi manafaat ramai.

Pulangkan semula kepada masyarakat dalam bentuk penganjuran program2 pengajian ilmu, program aktiviti masyarakat, penganjuran sukan, modul2 kebajikan, jamuan makan dan gotong royong.

Juga sediakan peruntukan untuk membantu warga khariah yang di timpa musibah, kepayahan, dan kesempitan hidup.

Masjid sebagai pusat untuk ahli khariah datang mengadu hal dan mencari penyelesaiannya.

Kepada yang di calonkan sebagai barisan pegawai masjid dan para AJK yg sudah di pilih jemaah, selamat menyiapkan diri untuk bertugas bagi sesi 2016-2018 di Rumah Allah dengan penuh keikhlasan kerana Allah, bukan kerana mengharap pujian makhluk atau sekadar mengejar gah menjawat jawatan semata.

Kepada sof kepimpinan sekarang, masih ada dua bulan lagi untuk bertugas dgn dedikasi. Jangan pula bila dah tahu tiada jawatan, diri pun hilang dari muncul di Masjid.

Semoga tugasan kita semua ini ada nilaian di sisi Allah.

@@@

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...