CLICK n GO

Monday, February 23, 2015

Tauhid Sufi

Hanya sa nya amal itu adalah dengan niat. Sesungguhnya sah amal itu jika ada niat. Contoh pada suatu petang yang hujan dua orang pemuda singgah di masjid. Seorang niat iktiqaf dan seorang lagi tak niat iktiqaf masjid. Maka sepanjang tempoh pemuda yang pertama tadi berteduh di masjid berkenaan maka dia mendapat ganjaran pahala kerana niatnya tadi, insha Allah, Manakala pemuda seorang lagi itu sekadar dapat berehat sajalah sambil melayan facebook di smart fon dia.

Ada seorang datang berjumpa Ustaz perihal masalah dia ada penyakit was2 tika solat, kadang2 rasa macam tak baca fatihah lagi, kadang rasa macam belum sujud lagi, dan sebagainya. Maka Ustaz pun kata, "Mu tak payah solat, sebab mu gila. Mu sudah hilang akal. Orang gila memang dia tak ingat." Ini bukan kes syak tapi was2. Ia mainan setan.

Mudah sebenarnya menghadir niat dalam hati. Niat itu ialah silau atau lintasan dalam hati, "Aku solat fardu Isyak." Bila ada niat maka sah amal. Berdasarkan niat seseorang itu akan mendapat samada baik atau jahat. Niat baik akan dapat pahala. Manakala niat jahat akan dapat dosa bila dia melakukan perlakuan dosa itu.

Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah hakikat yang sangat utama hingga pada frasa ini kesan atau hasilnya di ulang sama seperti asbab. Berbeza pada contoh, "Siapa rajin dia akan berjaya." Asbab rajin, hasilnya berjaya.

Orang sufi berjalan dengan rasa bukan dengan aqal. Tauhid sufi ialah hakikat tauhid. Sesiapa yang ingin jadi sufi maka penggallah lehernya, membawa erti tinggalkan aqalnya dan bergerak dengan mata hati. Tinggal aqal dan gerak dengan hati baru jauh jangkau mu.

Hijrah Rasulullah ke Madinah itu ialah hijrah jasad secara simbolik sahaja. Hijrah jasad tidak penting. Yang penting ialah hijrah ruh daripada akhlak buruk kepada baik. Islam tidak akan tertegak di muka bumi ini jika manusia tidak hijrah pada ruh. Perasaan cinta kepada Rasulullah ialah pada ruh yang benar2 cari Allah.

Sufi bergerak melalui cinta. Allah tidak mahu ada yang lain antara Dia dengan kita. Cinta ada dua iaitu cinta atas ke bawah dan cinta bawah ke atas. Cinta Allah kepada hamba dan cinta hamba kepada Allah. Allah memulakan cinta-Nya kepada orang ini. Maka Allah membalas cinta dan rindu orang ini kepada-Nya. Cinta yang begitu tulen. Allah yang bubuh cinta dalam hati lalu kita bisa balas cinta kepada Allah. Bukan atas daya upaya kita tapi atas anugerah Allah belaka.

Cinta bawah ke atas ialah cinta orang awam. Kita cinta kepada Allah tetapi melalui orang yang bawa kita mengenal Allah. Cinta kita sebelum sampai kepada Allah telah berpecah kepada orang ini dan orang itu. Jika terhijab setakat orang ini maka cinta itu tadi tidak sampai kepada Allah.

Engkau yang mendatangkan orang ini untuk aku dapat mengenal Allah. Lupa bahawa orang ini sekadar asbab. Perjalanan menuju Allah. Daripada Allah iaitu mentakruf diri kepada Allah. Dengan Allah iaitu Dia memimpin kita. Kepada Allah iaitu untuk sampai ke penghujung kepada Allah.

Tidak ada orang yang boleh ajar secara senpurna kecuali Engkau. Nak khusyuk, kena minta kepada Allah. Ilmu Allah yang maha luas, maka jangan jemu untuk menuntut ilmu. Itu hak seorang hamba. Semoga kita mendapat kelazatan ilmu dan sendawa dengan kesedapan dan kemanisannya.

@@@

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...