Tuesday, December 02, 2014

Cinta itu Verb

Cinta adalah perbuatan (verb) bukan sekadar ungkapan. Pernah seorang sahabat bertemu Rasulullah dan mengungkap kata, "Aku cinta Allah." Rasulullah bertanya, "Apa buktinya?" Dia menjawab, "Aku sanggup mati di medan jihad di panah di leher di sini hingga tembus di sini," sambil menuding jarinya ke lehernya sebelah sisi kiri dan kanan. Rasulullah menyatakan,"Sekiranya kamu benar maka Allah akan membenarkan kamu." 

Tidak lama selepas itu di medan perang, Allah telah memberikan kematian yang diminta itu kepada sahabat tadi, syahid di tembusi anak panah berbisa yang masih melekat menembusi batang lehernya. Rasulullah melihat jenazah sahabat yang gugur itu sekejap bila di beritahu. Pabila sahabat bertanya, " Kenapa ya Rasulullah melihat sejenak cuma?" Rasulullah menjawab,"Aku malu melihat Bidadari-bidadari Syurga yang mengerumuni jasad beliau." 

Cinta adalah perbuatan, bukan sekadar ungkapan kosong tanpa penghayatan. Adapun kita tidak? Buat apa pun kita, sentiasa mengharap sesuatu balasan atau imbuhan. Kenapa zikir? Supaya murah rezki, nak itu nak ini. Kenapa istighfar? Supaya mudah dapat zuriat. Memang tidak salah untuk bertawassul dengan ibadah yang kita buat, mengharap tidak pada yang lain melainkan Allah.

Bagi orang yang maqam tinggi, kenapa tidak buat sesuatu tanpa dia mengharap sesuatu? Kerana cinta. Minta mereka kepada Allah adalah kerana menunaikan perintah Allah supaya meminta kepada Allah, kerana menjunjung perintah Allah.

Kita solat hajat seolah macam nak memaksa Allah tunaikan hajat kita. Seolah paksa Allah beri sesuatu. Hakikatnya kita bukan memaksa. Terpulang kepada Allah yang Maha Memberi. Seolah-olah Allah yang ambil nikmat daripada kita. Nikmat itu bukan milik kita. Semua milik Allah. Allah Maha Memberi.

Bukankah orang melihat Allah jadikan Adam. Di perintah para jin dan malaikat sujud hormat kepada Adam. Adam tinggal di Syurga Allah dan kemudian di keluarkan ke bumi. Menjadi khalifah di muka bumi Allah. Hakikatnya Allah nak jadikan Khalifah di bumi ini sebelum Adam di cipta lagi. Maka turunnya Adam ke muka bumi itu ialah suatu kemuliaan sebenarnya.

Kita ini anak cucu cicit Adam adalah daripada keturuna Nabi. Sebelum jasad bersatu dengan ruh, ruh kita berada di Syurga Allah. Ruh kita amat kenal hakikat Allah SWT. Allah Maha Pencipta, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pentadbir, Allah Maha Pengasih. Ruh amat kenal hakikat Allah, amat percaya Allah berkuasa. 

Pabila turun ke bumi Allah gabungkan ruh tadi dengan jasad. Allah gabung diri dengan nafsu, satu elemen yang amat kuat dan dominan. Di tumpang pula oleh Syaitan, satu elemen yang tidak sekuat nafsu sebenarnya. Ruh yang kenal Allah bergabung dengan jasad yang tak kenal Allah. Realitinya bila engkar kepada Allah maka tidak layak jadi khalifah di bumi ini. Layak jadi khalifah itu ialah bila kenal Allah.

Ruh dan jasad, sufi dan haraki itu mesti berjalan seiring supaya mencapai hakikat seorang khalifah yang layak mentadbir dan memegang amanah Allah dengan semua urusan di bumi ini. 

"Ku hadapkan wajahku kepada Allah." Jangan sekali-kali lalai untuk taat kepada Allah. Allah suruh kita fokus dalam solat. Namun di sana masih ada ruang Allah selitkan makhluk2 yang boleh dijadikan ikutan iaitu para Nabi, para Soddikin, dan para Syuhada'. Manusia yang telah berjasa mengingat Allah dan membawa manusia mengingat Allah.Bumi ini akan di warisi oleh orang2 soleh, guru2 mursyid. 

Sepasang suami isteri yang sudah 18 tahun kahwin. Maknanya sudah 18 tahun isteri tadi berkhidmat menjaga urusan makan minum suaminya. Pada suatu hari dia memasak makanan yang kurang enak daripada bahan2 yang layu dan kurang segar. Si suami tetap makan hidangan itu dengan senyap tanpa komplen atau komen. Sesudah itu dia mendakap isterinya dan mencium dahi isterinya, "Inilah makanan yang saya rasa di zaman kita mula2 kahwin dulu." Ia telah mengingatkan si suami untuk mengembalikan keghairahan dan kerinduan semasa zaman bulan itu dalam kehidupan mereka.

Kita persembah macamana pun kepada Allah, Allah tetap terima. Dalam usha kita memperbaiki amalan kebaikan, di selang seli dengan perlakuan dosa namun Allah Maha Pengampun. Allah bukan Maha Pemarah atau Maha Pembenci, Maha Pendendam.  Allah tetap pandang hamba Nya dengan kasih sayang. Sesuai dengan makna sifat-sifat Allah yang penuh kemuliaan.

Siapa yang bisa membawa ruhani kita untuk kenal sifat2 Allah ini kalau bukan para guru2 mursyid dan para alim ulamak muktabar. Ku hadapkan segala-galanya kepada Allah. Berpandukan manusia terpilih iaiatu para Nabi, Soddikin, Syuhada', termasuklah para Solihin dan guru2 murabbi tadi. Golongan yang akan memandu dan membawa kita taat kepada Allah.

Tika kita melafazkan tassyahud, segala kemuliaan segala kehebatan adalah untuk Allah. Makhluk hanyalah wasilah. Masih ada ruang untuk memasukkan manusia2 soleh. Sesiapa yang menafikan ilmu kesufian maka dia sebenarnya juga menafikan satu tugas para Nabi. Antara tugas Nabi ialah mentazkiah para sahabat. Tiada jalan untuk sampai ke maqam2 ini melainkan menundukkan nafsu jahat bagi mencapai kemuliaan ruh dan jasad melalui jalan suffah iaitu dengan berdampingan dengan para ahli sufi.

Wali Allah Rabiatul Addawiyah pernah berkata, "Pabila benar kecintaan dan kerinduan kepada Allah, maka semua yang lain teramat mudah dan senang."

Murid2 ini adalah pencinta kepada gurunya. Pabila murid2 ini melawat gurunya, maka mereka telah dibaling batu oleh gurunya maka bertempiaran lari mereka. Guru tadi bertanya, "Benarkah murid2ku ini kasih kepada ku?"

Allah tidak pernah menghadang kita daripada mengapai setiap keredhaan dari sisi Nya. Kerana setiap sesuatu berasal daripada tanah. Semuanya tidak bisa memudaratkan. Biar semua orang marah kepadaku asalkan Allah redha kepada ku. Jangan pula semua orang redha kepada aku tapi Allah murka kepada ku.

Tika Aisyah RA di fitnah di zaman Nabi, Allah telah menurunkan ayat dalam surah An-Nur untuk membersihkan Aisyah daripada fitnah itu. Ayahanda Aisyah iaitu Abu Bakar telah menganjurkan Aisyah supaya bertemu Rasulullah untuk menzahirkan rasa terima kasih atas penyampaian wahyu Allah yang memulihkan nama baiknya yang tercemar asbab fitnah itu. Namun Aisyah berkata, "Aku tidak berterimakasih kecuali kepada Allah." Seoalahnya Aisyah tidak nampak kepada Rasulullah tika itu yang hakikatnya ialah wasilah. Inilah kecintaan yang hakiki. Inilah jiwa2 yang tinggi didikan Rasulullah SAW.

Kita hanya sama level dengan hewan jika menghukum sesuatu berdasarkan lima pacaindera semata. Jiwa akan jadi hebat bila kita menggunakan pancaindera ke enam iaitu Qalbu (Ruh) yang membezakan kita dengan hewan dan makhluk lain. 

Justru jangan jemu melazimi majlis2 ilmu saban malam. Untuk memandu diri keluar dari belenggu kejahilan dan bebas menjadi orang alim, yang ada ilmu untuk memandu iman yang kukuh kepada Yang Maha Pencipta bagi melayakkan kita menjadi hamba-Nya, satu jawatan dan kedudukan yang tinggi maqamnya di sisi Allah. 

Maka fahamlah kita bahawa cinta kepada Allah dan Rasul itu bukan sekadar ungkapan di bibir yang manis tetapi lebih daripada itu hendaklah di zahirkan dengan perbuatan dan penghayatan hati dan perasaan. Cinta sampai ke akhir hayat.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...