CLICK n GO

Tuesday, August 14, 2012

Ramadan Bukan Bulan Tidur



Mintak mahap la ye, Ramadan bukan bulan tidur. Ramadan bulan jihad. Ramadan bulan al-Qur'an. Al-Qur'an diturunkan di bulan Ramadan, malah semua kitabullah yang lain juga diturunkan di bulan Ramadan. Al-Qur'an diturunkan sebagai petunjuk untuk seluruh umat manusia. Petunjuk Allah untuk membezakan yang baik dan yang buruk, yang hak dan yang bathil. Dasar tauhid ialah beriman kepada Allah.


Tugas pertama manusia beriman ialah menjadi Khalifah di muka bumi ini iaitu wakil Allah untuk mangatur urus planet bumi dengan undang2 Islam. Khalifah sebagai pengalang ganti Rasulullah untuk menegakkan kerajaan Islam mengikut undang2 Islam. Aku ini manusia beriman dan memikul amanah sebagai Khalifah yang mengatur urus dengan undang2 Islam. Jika gagal bertugas sebagai Khalifah maka gagallah aku.


Di bulan Ramadan ini setiap amalan fardu akan digandakan nilaiannya menjadi 70x ganda. Menuntut ilmu adalah wajib. Berada di majlis ilmu lebih baik nilaiannya daripada solat sunat 1,000 rakaat. Maka jika aku berada di majlis ilmu di bulan Ramadan ini maka aku mendapat kelebihan 1,000 rakaat x 70 = 70,000 kali ganda...fuyoo. Siapa yang berada di majlis ilmu memang bijak.


Tugas kedua manusia ialah sebagai hamba Allah. Seorang hamba yang menyerah diri kepada Allah secara total bukan separuh-separuh. Mengurus atur hidup mengikut Islam termasuklah akidah, syariat, ibadah dan akhlak. Insan yang takut dan patuh kepada al-Qur'an. Insan yang menjadikan al-Qur'an dan sunnah sebagai petunjuk.


Ketiga, Jin dan manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah. Taat dan menyerah diri iaitu sentiasa patuh kepada perintah Allah. Masuklah kamu ke dalam Islam itu seluruhnya. Sayugia diingatkan barangsiapa yang menidakkan hukum Allah walau satu sahaja pun akan menjadi pengikut syaitan. Iblis dulu makhluk yang warak tetapi akibat tidak mematuhi hanya satu perintah Allah untuk tunduk sujud hormat kepada Nabi Adam menjadikan dia makhluk yang kufur. Iblis menjadi kufur aba'a kerana tidak patuh dan kufur istakbar kerana menyombong diri kepada perintah Allah. Manusia yang jahat itu ialah yang sombong dan mengingkari perintah Allah.


Keempat, manusia ini kena contohi Rasullullah. Apa jua ajaran Agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, kita kena patuh. Apa jua larangan yang disampaikan oleh Rasulullah maka kita kena tinggalkan tanpa ada dolak-dalik. Hanya Islam sebagai cara hidup yang sebenar. Hanya al-Qur'an sebagai petunjuk yang sebenar. Orang yang beriman yang berjaya ialah yang beriman dengan rukun iman yang enam. Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mendirikan kerajaan Islam pada 1 Sept 1622M bersamaan dengan 26 Safar Tahun ke-14 Kerasulan Baginda. Siapa kata Islam tiada Negara tiada Kerajaan? Al-Qur'an itu perlembagaan hidup umat Islam.


Pada zaman Nabi, segala isi al-Qur'an dibaca, difahami dan diamalkan. Undang2 Islam jadi dasar perlembagaan. Puasa bulan Ramadan diwajibkan pada tahun 2H sebagai tarbiyyah ruhani, iaitu setelah mantapnya iman, tertegak Islam, dan perubahan kiblat. Setelah solat difardukan disyariatkan puasa Ramadan maka manusia yang beriman tunduk patuh kepada Allah zahir dan batin.


Kemudian Allah uji dengan Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan. Bulan Ramadan ialah bulan kemenangan. 313 tentera Islam menewaskan 1000 orang tentera kafir Quraish. Umat Islam berjaya menawan Kota Mekah di bulan Ramadan pada tahun 8H. Dengan iman yang tulin dan kental, Allah menurunkan pertolongan-Nya untuk menghapuskan kerajaan toghut. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 16H tentera Islam yang seramai 20,000 orang berjaya pula menewaskan tentera Rom yang berjumlah 400,000 orang di Perang Yamuk. Kemenagan ini juga berlaku di bulan Ramadan. Ini merintis jajahan takluk Kerajaan Islam meliputi penawanan Mesir, Jordan, Turki dan Sepanyol. 25,000 tentera Islam berjaya mengalahkan 500,000 tentera Parsi juga berlaku di bulan Ramadan. Bulan Ramadan bukan bulan tidur tetapi bulan jihad.


Namun kealpaan umat Islam pada iman dan amal menjadikan mereka lemah bermula daripada kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia Sepanyol pada tahun 1924M. Kejatuhan Kerajaan Uthmaniah dengan bantuan Kamal altartuk. Habis negara Islam di jajah oleh British, Sepanyol, Itali, Portugis dan Belanda. Kerajaan Islam tunduk kepada penjajah. Mesir mengikuti perlembagaan Lord Kromox dan Malaysia kekal bersama perlembagaan Lord Reed hingga ke hari ini. Yahudi dan Nasrani melantik pemimpin boneka mereka untuk memerintah negara2 Islam.


Tulisan jawi dihapuskan hingga umat Islam sudah tidak tahu mengaji al-Qur'an. Umat Islam menjadi lemah. Perancangan 5S untuk melemahkan iman umat Islam terus dipromosikan secara skala besar. Sekularisma yang memisahkan antara politik dan agama. Sport atau sukan yang mana baru berlalu sukan Olimpik London yang diadakan pada bulan Ramadan sebagai tidak menghormati langsung bulan mulia umat Islam ini. Malah di negara kita juga perlawanan bolasepak pasukan Malaysia dengan Arsenal dan Manchester City juga diadakan pada malam2 di bulan Ramadan.


Islam terus dihina dan tidak diambil kira kerana umat Islam yang semakin lemah. Umat Islam dilalaikan dengan Sukan. Seterusnya budaya Songs atau nyanyian dan hiburan yang melalaikan. Kemudian Selebriti iaitu kelompok artis yang menjadi kegilaan dan idola anak-anak muda. Anak2 muda menjadikan artis sebagai idola mereka bukan para ulama muktabar. Umat Islam juga dilemahkan dengan budaya Sex. Maka lengkaplah 5S yang dicipta dan disusun untuk melemahkan umat Islam oleh Yahudi dan Nasrani yang sangat dengki kepada Islam yang syumul.


Akhir sekali tugas manusia diutuskan ialah untuk membentuk gerakan2 Islam bagi membela kepentingan umat Islam. Wajib ada satu golongan yang menyeru kepada kebaikan. Setelah 90 tahun Mesir hidup dengan cara barat maka takdir Allah gerakan Ikhwan Muslimin berjaya membentuk sebuah kerajaan baru di sana. Seluruh negara sekularisma akan hancur oleh kebangkitan gerakan2 Islam, insyaAllah.


Hi anak muda, Ramadan bukan untuk tidur yang lesu. Ramadan ini bulan jihad. Bulan kemenangan. Bangkitlah daripada tidur yang panjang. Penuhi 5 hari terakhir Ramadan ini di tirai pencarian Lailatul Qadar. Rancakkan siang dengan al-Qur'an dan taqwa. Penuhi malam dengan iktikaf, solat malam, dan munajat yang puas. Ramadan bukan bulan tidur. Ramadan bulan sedar tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka. Agar rahmat Allah lebat luruhnya, membawa jutaan keampunan, yang bisa meleraikan diri dari azab api Neraka Allah. Yang akhirnya melayakkan diri menjadi ahli bersekutu seumur hidup pada kelompok manusia2 beriman yang terpilih menjadi ahli Syurga Allah. Amiin.


@@@

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...