"Assalamualaikum Tuan Nazir. Agak janggal kunjungan ke Masjid as-Salam tidak terisi dengan majlis ilmu. Jika ramai Ustaz-ustaz yang masih bercuti maka ramai juga Ustaz-ustaz yang free dan sudah habis cuti. Jangan tangguh lagi kesenambungan majlis2 ilmu yang memang sinonim dengan Masjid ini. Para ahli jamaah amat rindu dan hauskan pengisian ilmu. Bukankah peringatan demi peringatan itu sesuatu yang berterusan kerana kita ini insan yang lemah. Apatah lagi para syaitan sudah terlepas daripada belenggu. Marilah kita sama-sama raikan kemenangan di Syawal ini bukan lesukannya setelah berjuang hebat di sepanjang 29 hari Ramadan yang berlalu."
Pada pengamatan saya di hari-hari terakhir Ramadan yang lalu bilangan para jamaah masih bertahan kepada 10 saf (40 x 10 = 400) dan ada 8 saf di anjung (8 x 10 = 80) dan 5 saf wanita (5 x 40 = 200) iaitu berjumlah 680 ahli jamaah kurang lebih. Alhamdulillah.
Kunjungan saya di 5 & 6 Syawal ini pada solat isyak menunjukkan penurunan iaitu tinggal 2 saf sahaja (2 x 40 = 80 orang). Kita raikan kemenangan atau kita raikan kekalahan sebenarnya?
Sepanjang Ramadan yang lalu kita di hidangkan dengan tazkirah setiap malam oleh 29 orang Ustaz yang berbeza dengan ilmu dan gaya penyampaian yang pelbagai yang datang dari sedekat Sg Buloh
hinggalah sejauh Sg Patani Kedah di utara sana atau Pulau Melaka Kelantan di timur sana.
Itulah kelebihan Masjid ini yang sentiasa semarak dengan majlis2 ilmu. Sudah menjadi trademark, maka tidak hairanlah bila dinobatkan sebagai masjid kedua terbaik di Selangor selepas Masjid Negeri Shah Alam pada tahun lepas.
Saya perhatikan para jamaah begitu teruja dan menaruh minat yang tinggi, terutamanya kepada para Ustaz tersohor yang pandai menyampaikan isinya dan bijak menghidupkan suasana. Tahniah para Dae'i dan Ustaz sekelian. Hanya Allah yang bisa memberi ganjaran pahala buat kalian.
Tahniah juga kepada Tuan Nazir dan AJK Biro Dakwah yang pandai mengatur program dan memanfaatkan kehadiran ahli khariah yang ramai dengan slot2 ilmu begini. Objektifnya tercapai. Alhamdulillah.
Iktikaf dan Qiam di masjid sepanjang 10 terakhir Ramadan mendapat sambutan hangat. Kekadang juadah sahur yang disediakan pihak masjid tidak mencukupi. Qiamullail dan solat tasbih berjamaah sentiasa disertai oleh tidak kurang daripada dua saf. Solat subuh berjamaah pula tidak kurang daripada 5 saf setiap hari. Semoga Lailatul Qadar diketemukan pada tahun ini buat saya dan insan2 terpilih. Alhamdulillah.
Masjid ini hidup di sepanjang Ramadan. Bacaan surah al-Waqiah secara beramai-ramai selepas subuh dan surah al-Mulk selepas solat witir menjadi rutin harian. Selepas asar pula di adakan halaqah Qur'an. Tadarus al-Qur'an juga berterusan walaupun sambutannya agak menurun berbanding di awal Ramadan. Apapun agenda pengajian al-Qur'an terus hidup mekar di masjid ini. Alhamdulillah.
Setelah tarbiyah Ramadan yang intensif ini dilalui, maka saya sekelaurga pun balik kampung pada 29 Ramadan. Perjalanan pemandu professional selalunya mengambil masa 8 jam untuk jarak 600km (KL-KB). Namun saya macam biasalah, kalau mengantuk berhenti, tidur sat. Kali ni rasanya tidak kurang dari tiga kali berhenti tidur yang agak panjang dan banyak kali berhenti tak tidur (isi minyak, ke tandas, dsb). Hasilnya bertolak dari rumah sekitar 5:00 ptg dan sampai di kampung pada pukul 7:00 pagi. Berapa lama tu? 14 jam...he he. Takpe biar lambat asal selamat. Jalan clear sebenarnya sebab ramai orang sudah balik kampung awal lagi. Saya je yang agak last minute. Maka lambat saya tadi bukanlah disebabkan masalah trafik.
Setelah beraya di kampung sepanjang 4 hari dan berjaya menziarah sanak saudara sekadar termampu, maka kami pun bertolak pulang ke KL. Sekali lagi tiada masalah besar soal trafik kerana pulang ke KL agak awal. Cumanya macam biasalah, kalau saya ngantuk maka saya pun berhenti tidur sat. Saya sebanarnya cuba lari daripada trafik jem di laluan KB-Macang-K.Krai yang selalunya merugikan masa 2-3 jam. Maka kami memilih laluan KB-Rantau Panjang-Jeli-KL. Bukan apa anakanda sekelian nak pi shopping kat Rantau Panjang. Maklumlah masing2 kaya dengan duit raya.
Bertolak dari Rantau Panjang sekitar 4:00 ptg dan sampai di KL sekitar 5:00 pagi. Hmmm...13 jam perjalanan. Takpe...biar lambat asalkan selamat walaupun biar cepat asalkan selamat pun boleh diamalkan. Alhamdulillah. Allah selamatkan kami di perjalanan yang jauh ini.
Beberapa kenangan manis saya lalui pada keraian hari raya ini. Pertamanya saya dapat berbual mesra dengan anak sepupu saya yang punyai sindrom 'OKU mental' yang suka menyendiri dan tidak mahu berjumpa orang dan hanya keluar rumahnya pada waktu orang tiada atau selepas tengah malam. Saya punyai banyak kenangan bersamanya semasa dia remaja dan saya kanak2 dulu, mentelaah buku di bawah asap pelita pada tahun2 1970an. Kini saya berpeluang bertanya khabar dan berbual mesra dengannya.
Dia pula walau pun OKU tetapi seorang pekebun salak yang berjaya. Dia memiliki ratusan pokok salak yang ditanam di sekitar rumahnya dan tanah2 terbiar yang lain. Sekali tok peraih datang ambik buah salaknya, jumlahnya bukan ber kg tetapi ber tan. Tahun ini sahaja sudah RM6,000 hasil jualan buah salaknya yg memang gred A.
Bila saya tanya macamana dia mula penanaman pokok salak ini? Katanya asal benihnya diberikan oleh bapa saudaranya iaitu salak Sabah. Dia menyemai benih dan terus membiak subur dan berkembang hingga kini. Di akhir pertemuan kami, dia mengambil sadatnya untuk menuai beberapa tandan salak untuk dihadiahkan kepada saya. Saya agak tidak kurang daripada 5 kg buah salak fresh yang diberikan kepada saya tidak sepadan dengan sedikit duit raya yang saya hulurkan buatnya.
Kenangan kedua ialah teruja bila diraikan oleh sepupu saya yang sudah beberapa tahun tidak saya kunjungi. Dia yang kematian suami pada awal tahun ini, di temani oleh anak2 dan cucu2nya. Semasa kami mahu pulang, anak sepupu saya memberikan duit raya RM50 seorang kepada tiga anak saya. Terharu saya mengenangkannya. Alangkan tinggi keraian beliau kepada saya. Sedangkan saya hanya menyumbang duit raya yang seciput cuma buat anak2nya. Semoga Allah murahkan rezkinya. Amiin.
Marilah kita raikan kemenangan di bulan Syawal yang mulia ini dengan meneruskan ketaatan kita kepada Allah SWT. Teruskan ibadah dan amal soleh. Teruskan solat fardu berjamaah, solat2 sunat dhuha, tahajjud, rawatib, dan witir. Membaca al-Qur'an dan terjemahannya. Menghadiri majlis2 ilmu, memahaminya dan menyebarkannya, insyaAllah. Bersedekah dan berbuat baik. Dan jangan lupa ibadah khusus kita di bulan Syawal ini iaitu puasa enam.
Semoga kita tergolong dalam kelompok manusia yang bertakwa yang mendapat redha Allah dan layak meraikan kemenangan setelah berjaya beramal soleh di sepanjang Ramadan yang baru enam hari berlalu itu. Harapnya ini bukan Ramadan Terakhir. Semoga Allah masih memberi nyawa kepada saya dan anda untuk bertemu Ramadan tahun hadapan.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Friday, August 24, 2012
Thursday, August 16, 2012
Salam Aidil Fitri Semoga Berseri
Nampaknya Ramadan mula melabuhkan tirainya. Hari ini sudah 27 Ramadan. Apakah sudah mendapat Lailatul Qadar yang dicari malam tadi? Apapun ada dua malam lagi untuk meneruskan pencarian ini jika masih belum ketemukan. Teruskan iktikaf dan beribadah di masjid.
Petikan dari blog Pondok Habib saya kongsi di sini..
Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”
Kemudian ada seorang sahabat bertanya, “Apakah musibah itu, ya Rasulullah?”
“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya, dan siksaan kubur terkecuali, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?”Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadan, air mata mereka menetes. Hati mereka sedih.
Betapa tidak. Bulan yang penuh keberkahan dan keridhaan Allah itu akan segera pergi meninggalkan mereka. Bulan ketika orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah. Bulan yang Allah bukakan pintu-pintu syurga, Dia tutup pintu-pintu neraka, dan Dia belenggu setan. Bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Bulan ketika nafas-nafas orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada minyak kesturi. Bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka. Bulan ketika Allah menjadikannya sebagai penghubung antara orang-orang berdosa yang bertaubat dan Allah Ta’ala.
Mereka menangis karena merasa belum banyak mengambil manfaat dari Ramadan. Mereka sedih karena kuwatir amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa mereka belum dihapuskan. Mereka berduka karena boleh jadi mereka tidak akan bertemu lagi bulan Ramadan yang akan datang.
***
Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis melalui highway PLUS, saya tengok keadaan trafik menghala ke utara sudah sesak. Sekolah sudah cuti. Balik kampung sudah bermula. Balik kampung sudah sinonim dengan raya. Soalan atau sapaan peberet di kala ini kepada taulan atau kenalan ialah, "Bila balik kampung?", "Kampung kat mana?" dan "Berapa lama balik kampung?"
Balik kampung juga mempunyai aura raya terutamanya untuk kanak2 dan remaja. Tanpa balik kampung aura raya menjadi agak lesu dan kurang rempahnya. Ada seorang bapa mengadu bahawa dia sebenarnya stress dan tertekan bila nak balik kampung, tapi mengenangkan pengharapan dan keceriaan anak2 menyebabkan dia terpaksa mengorban rasa. Kalau diikut hati, ingin saja dia menghabiskan cuti raya di rumah sendiri di kota metropolitan ini.
Antara penyumbang stress si bapa tadi agaknya ialah melihat tayar kereta yang botak, enjin yang belum diservis, soal duit raya, soal duit minyak, dan perbelanjaan untuk balik kampung yang banyak. Tu tak masuk soal baju raya dan kueh raya lagi. Besok dah balik dari kampung kena fikir soal budget nak buat open house lagi...ish ish. Mana tak stress member, di top-up pula dengan leteren bini atau kerenah anak2 dsb.
Ada pula kisah raya yang sepatutnya semakin mengeratkan silaturahim menjadi sebaliknya pabila masing2 bermasam muka atau memendam rasa. Bukan apa kadang tu benda2 remeh saja. Berebut bilik tidur atau bilek air di rumah mak kat kampung contohnya. Atau terperasan ada insan2 yang memberi senyuman sinis atau sindiran halus. Atau menjadi segan tak bertempat atau rendah diri yang tak tinggi melihat kenderaan saudara2 lain yang canggih memenuhi laman. Ye lah den dok pakai kereta lama lagi dah masuk 12 tahun balik kampung, sedangkan si Dolah atau si Mamat tu saling tahun upgrade kereta, terbaru ni bawak balik VellFire warna hijau pekat. Adus tercabar sungguh ego den..
Balik kampung sementelah orang tua masih ada ni sangatlah afdal. Kalau depa takda besok lagi la janggal nak balik kampung. Nak dok umah sapa? Umah adik-beradik sendiri pun rasa tak selesa, yelah masing2 ada anak menantu sendiri yang kena dilayan. Tiba2 kita pula dok menumpang...ish macam melukut di tepi gantang la pulak. Rusak program orang lain je. Last2 pi check-in hotel buat base menginap.
Balik kampung ialah masa bersilatulrahim sebenarnya. Ikhlaskan niat. Kuntumkan senyuman walaupun pahit. Banyakkan berkorban untuk orang lain walaupun kekadang mengguris hati dan perasaan sendiri. Kita hendak membahagiakan orang terutamanya orang tua kita yang sudah tua itu. Apa salahnya berhenti dari memkirkan kepentingan diri sendiri buat sejenak. Lagipun balik kampung kita ini bukannya lama sekadar 3, 4 hari gamaknya.
Inilah masanya untuk ziarah saudara mara, waris, orang kampung, kenalan dan sahabat. Suasana ziarah tu ada. Tak macam di kota yang menetapkan budaya 'open house' sebagai masa terbaik untuk ziarah. Ziarah tak perlu memakan masa yang lama, sekadar manjamah juadah yg terhidang , membasah tekak dengan air sirap dan bertegur sapa bertanya khabar dan bertukar-tukar kisah suka duka atau memori lama. Itulah silaturahim longgar yang mau kita rapat dan utuhkan. Ambillah peluang ziarah seberapa banyak yang dapat. Kena pandai atur jadualnya. Biar masa tidak terbuang di jem jalanraya. Jadikan balik kampung tahun ini yang termanis adanya..

Tuesday, August 14, 2012
Ramadan Bukan Bulan Tidur
Mintak mahap la ye, Ramadan bukan bulan tidur. Ramadan bulan jihad. Ramadan bulan al-Qur'an. Al-Qur'an diturunkan di bulan Ramadan, malah semua kitabullah yang lain juga diturunkan di bulan Ramadan. Al-Qur'an diturunkan sebagai petunjuk untuk seluruh umat manusia. Petunjuk Allah untuk membezakan yang baik dan yang buruk, yang hak dan yang bathil. Dasar tauhid ialah beriman kepada Allah.
Tugas pertama manusia beriman ialah menjadi Khalifah di muka bumi ini iaitu wakil Allah untuk mangatur urus planet bumi dengan undang2 Islam. Khalifah sebagai pengalang ganti Rasulullah untuk menegakkan kerajaan Islam mengikut undang2 Islam. Aku ini manusia beriman dan memikul amanah sebagai Khalifah yang mengatur urus dengan undang2 Islam. Jika gagal bertugas sebagai Khalifah maka gagallah aku.
Di bulan Ramadan ini setiap amalan fardu akan digandakan nilaiannya menjadi 70x ganda. Menuntut ilmu adalah wajib. Berada di majlis ilmu lebih baik nilaiannya daripada solat sunat 1,000 rakaat. Maka jika aku berada di majlis ilmu di bulan Ramadan ini maka aku mendapat kelebihan 1,000 rakaat x 70 = 70,000 kali ganda...fuyoo. Siapa yang berada di majlis ilmu memang bijak.
Tugas kedua manusia ialah sebagai hamba Allah. Seorang hamba yang menyerah diri kepada Allah secara total bukan separuh-separuh. Mengurus atur hidup mengikut Islam termasuklah akidah, syariat, ibadah dan akhlak. Insan yang takut dan patuh kepada al-Qur'an. Insan yang menjadikan al-Qur'an dan sunnah sebagai petunjuk.
Ketiga, Jin dan manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah. Taat dan menyerah diri iaitu sentiasa patuh kepada perintah Allah. Masuklah kamu ke dalam Islam itu seluruhnya. Sayugia diingatkan barangsiapa yang menidakkan hukum Allah walau satu sahaja pun akan menjadi pengikut syaitan. Iblis dulu makhluk yang warak tetapi akibat tidak mematuhi hanya satu perintah Allah untuk tunduk sujud hormat kepada Nabi Adam menjadikan dia makhluk yang kufur. Iblis menjadi kufur aba'a kerana tidak patuh dan kufur istakbar kerana menyombong diri kepada perintah Allah. Manusia yang jahat itu ialah yang sombong dan mengingkari perintah Allah.
Keempat, manusia ini kena contohi Rasullullah. Apa jua ajaran Agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, kita kena patuh. Apa jua larangan yang disampaikan oleh Rasulullah maka kita kena tinggalkan tanpa ada dolak-dalik. Hanya Islam sebagai cara hidup yang sebenar. Hanya al-Qur'an sebagai petunjuk yang sebenar. Orang yang beriman yang berjaya ialah yang beriman dengan rukun iman yang enam. Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mendirikan kerajaan Islam pada 1 Sept 1622M bersamaan dengan 26 Safar Tahun ke-14 Kerasulan Baginda. Siapa kata Islam tiada Negara tiada Kerajaan? Al-Qur'an itu perlembagaan hidup umat Islam.
Pada zaman Nabi, segala isi al-Qur'an dibaca, difahami dan diamalkan. Undang2 Islam jadi dasar perlembagaan. Puasa bulan Ramadan diwajibkan pada tahun 2H sebagai tarbiyyah ruhani, iaitu setelah mantapnya iman, tertegak Islam, dan perubahan kiblat. Setelah solat difardukan disyariatkan puasa Ramadan maka manusia yang beriman tunduk patuh kepada Allah zahir dan batin.
Kemudian Allah uji dengan Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan. Bulan Ramadan ialah bulan kemenangan. 313 tentera Islam menewaskan 1000 orang tentera kafir Quraish. Umat Islam berjaya menawan Kota Mekah di bulan Ramadan pada tahun 8H. Dengan iman yang tulin dan kental, Allah menurunkan pertolongan-Nya untuk menghapuskan kerajaan toghut. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 16H tentera Islam yang seramai 20,000 orang berjaya pula menewaskan tentera Rom yang berjumlah 400,000 orang di Perang Yamuk. Kemenagan ini juga berlaku di bulan Ramadan. Ini merintis jajahan takluk Kerajaan Islam meliputi penawanan Mesir, Jordan, Turki dan Sepanyol. 25,000 tentera Islam berjaya mengalahkan 500,000 tentera Parsi juga berlaku di bulan Ramadan. Bulan Ramadan bukan bulan tidur tetapi bulan jihad.
Namun kealpaan umat Islam pada iman dan amal menjadikan mereka lemah bermula daripada kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia Sepanyol pada tahun 1924M. Kejatuhan Kerajaan Uthmaniah dengan bantuan Kamal altartuk. Habis negara Islam di jajah oleh British, Sepanyol, Itali, Portugis dan Belanda. Kerajaan Islam tunduk kepada penjajah. Mesir mengikuti perlembagaan Lord Kromox dan Malaysia kekal bersama perlembagaan Lord Reed hingga ke hari ini. Yahudi dan Nasrani melantik pemimpin boneka mereka untuk memerintah negara2 Islam.
Tulisan jawi dihapuskan hingga umat Islam sudah tidak tahu mengaji al-Qur'an. Umat Islam menjadi lemah. Perancangan 5S untuk melemahkan iman umat Islam terus dipromosikan secara skala besar. Sekularisma yang memisahkan antara politik dan agama. Sport atau sukan yang mana baru berlalu sukan Olimpik London yang diadakan pada bulan Ramadan sebagai tidak menghormati langsung bulan mulia umat Islam ini. Malah di negara kita juga perlawanan bolasepak pasukan Malaysia dengan Arsenal dan Manchester City juga diadakan pada malam2 di bulan Ramadan.
Islam terus dihina dan tidak diambil kira kerana umat Islam yang semakin lemah. Umat Islam dilalaikan dengan Sukan. Seterusnya budaya Songs atau nyanyian dan hiburan yang melalaikan. Kemudian Selebriti iaitu kelompok artis yang menjadi kegilaan dan idola anak-anak muda. Anak2 muda menjadikan artis sebagai idola mereka bukan para ulama muktabar. Umat Islam juga dilemahkan dengan budaya Sex. Maka lengkaplah 5S yang dicipta dan disusun untuk melemahkan umat Islam oleh Yahudi dan Nasrani yang sangat dengki kepada Islam yang syumul.
Akhir sekali tugas manusia diutuskan ialah untuk membentuk gerakan2 Islam bagi membela kepentingan umat Islam. Wajib ada satu golongan yang menyeru kepada kebaikan. Setelah 90 tahun Mesir hidup dengan cara barat maka takdir Allah gerakan Ikhwan Muslimin berjaya membentuk sebuah kerajaan baru di sana. Seluruh negara sekularisma akan hancur oleh kebangkitan gerakan2 Islam, insyaAllah.
Hi anak muda, Ramadan bukan untuk tidur yang lesu. Ramadan ini bulan jihad. Bulan kemenangan. Bangkitlah daripada tidur yang panjang. Penuhi 5 hari terakhir Ramadan ini di tirai pencarian Lailatul Qadar. Rancakkan siang dengan al-Qur'an dan taqwa. Penuhi malam dengan iktikaf, solat malam, dan munajat yang puas. Ramadan bukan bulan tidur. Ramadan bulan sedar tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka. Agar rahmat Allah lebat luruhnya, membawa jutaan keampunan, yang bisa meleraikan diri dari azab api Neraka Allah. Yang akhirnya melayakkan diri menjadi ahli bersekutu seumur hidup pada kelompok manusia2 beriman yang terpilih menjadi ahli Syurga Allah. Amiin.
@@@
Sunday, August 12, 2012
Mencari Lailatul Qadar
"Teruskan juang anak muda. Jangan lesu. Ramadan tinggal sikit lagi. Amalkan iktikaf. Mohon Allah temukan Lailatul Qadar."
"Sibukkan dengan Lailatul Qadar. Bukan sibuk di Jalan TAR atau Kamdar."
"Fasa terakhir. Penuhi 10 terakhir ini dengan iktikaf, qiam, Qur'an, zikir & doa. Pencarian Lailatul Qadar bermula di siang hari. Usah lalai dan rugi lagi."
Antara mesej yang saya hantar kepada ahli keluarga dan sahabat.
Apakah itu mencari Lailatul Qadar?
Lailatul qadar adalah sesuatu hal yang besar yang perlu dicari oleh setiap orang yang beriman. Antara kelebihan malam ini disebutkan dalam sebuah hadis;
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Ketika Ramadan tiba, Rasulullah saw bersabda: "Telah datang kepada kalian bulan Ramadan bulan yang penuh berkah. Di dalamnya Allah mewajibkan kalian berpuasa; di dalamnya pintu-pintu syurga dibuka lebar dan pintu-pintu neraka ditutup rapat dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, dan barangsiapa tidak mendapati malam itu maka ia telah kehilangan pahala seribu bulan." [9133] Sahih Riwayat Ahmad
***
Saya petik di blog IKIM dinyatakan...
Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatgandakan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.
Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isya berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isya.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.
***
Petikan dari blog ini pula menjelaskan tentang persediaan hati yang bersih dan suci sebagai pra-syarat untuk mencari dan menyambut pendaratan malam yang penuh kemuliaan itu...
Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlaku Lailatul Qadar untuk beribadah semaksima mungkin. Hanya pada malam yang dimaksudkan itu! Apakah cara ini betul? Sedangkan, Islam tidak mengajar demikian. Memburu satu malam bernama Al Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti dan usaha membersihkan hati secara konsisten.
Ia bagaikan atlet 100 meter yang berlari beribu-ribu kilometer dalam tempoh beribu-ribu jam sebagai persediaannya untuk menghadapi hari perlumbaan yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 minit dengan jarak 100 meter.
Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.
***
Kita sudah di war-warkan bahawa Lailatul Qadar ini ialah satu malam yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan). Anugerah ini yang hanya terdapat dalam bulan Ramadan, Allah anugerahkan untuk umat Nabi Muhammad agar umat ini berpeluang menyaingi amal ibadah umat Nabi-Nabi terdahulu yang rata2 punyai jangka hayat yang lebih panjang mencapai ratusan malah ribuan tahun. Sekiranya umat ini mendapat Lalilatul Qadar sebanyak 10 kali sepanjang hayatnya (purata usia 60-70 tahun) maka ia sudah dapat menyamai kurang lebih nilaian 830 tahun, maknanya dapat menyaingi umat2 terdahulu. Allah Maha Adil.
Yang nyata mengikut banyak riwayat hadis, Lailatul Qadar ini letaknya pada salah satu dari 10 malam terakhir Ramadan terutamanya malam-malam ganjil. Malam ke-21 dan ke-23 sudah berlalu. Yang tinggal ialah malam ke-25, ke-26, dan ke-29.
Ingatlah sesuatu anugerah hebat perlukan usaha gigih, jerit payah dan pengorbanan bukan sekadar duduk mengharap dan meneka sahaja. Ayuh kita penuhi hari-hari Ramadan yang berbaki ini dengan amal soleh. Kita mohon dengan penuh pengharapan agar Allah temukan kita dengan Lailatul Qadar pada kali ini.

Monday, August 06, 2012
Ramai Yang Cerdik Tapi Gila?
Pada zaman Nabi ada seorang muslimat yang berpenyakit gila sawan (epilepsi) datang berjumpa Rasulullah, “Ya Rasulullah, aku ada penyakit gila, tolonglah doa supaya aku sembuh daripada penyakit gila ini.” Selalunya penyakit ini datang secara mendadak dan berkala.
Rasulullah pun memberi dua pilihan kepadanya, “Pertama, kalau engkau sabar menerima ujian Allah ini maka Allah janjikan Syurga untukmu. Kedua, aku boleh berdoa memohon supaya engkau sembuh daripada gila tapi aku tak jamin Syurga untuk mu.”
Maka setelah berfikir sejenak muslimat tadi pun berkata, “Gila pun gilalah, janji dapat Syurga.” Satu pilihan yang bijak. Bersabar pada segala ujian Allah pada hidup yang sementara ini, untuk hidup kekal abadi di Syurga Allah yang penuh kenikmatan itu.
Seterusnya muslimat tadi mengadu kepada Rasulullah, “Aku masa gila, tidak dapat mengawal diriku. Kainku terselak. Tudungku terselak. Maruahku tercalar.” Dia menyambung lagi, “Ya Rasulullah, doakan supaya kainku dan tudungku tidak terselak lagi, supaya maruahku terpelihara.” Tu dia permintaan ikhlas daripada seorang hamba kepada Kekasih Allah. Orang gila yang cerdik. Orang gila yang ada maruah diri. Rasulullah mendoakan dia dan kainnya tidak terselak lagi dan maruahnya tidak tercalar lagi.
Tapi berlainan dengan zaman kita ini. Ramai orang cerdik tapi gila? Ramai orang cerdik yang tiada maruah diri. Macamana tu bang? Cakap biar berlapik. Ramai orang sensitip. Aaahh peduli apa aku…
Orang cerdik tapi gila. Bila dia cerdik tapi masih derhaka kepada Allah SWT. Cerdik tapi tak guna akal fikiran kurniaan Allah untuk taat kepada Allah. Orang cerdik yang guna akal, hanya ada satu pilihan sahaja iaitu taat kepada Allah. Wahai manusia hendaklah kamu mengabdikan diri dengan taat kepada Allah. Allah yang cipta kita dan mak bapak kita. Apa kau ingat mak bapak yang cipta kita?
Kalau memandu di lebuhraya, jika ada sebuah kereta ini memandu menentang arus melanggar peraturan lebuhraya, maka bila polis tahan dia dan diperiksa, maka ternyata pemandunya orang gila maka polis tu patut saman dia ke tak? Tak makan saman, sebab dia gila. Tapi jika dia orang waras maka dia akan di hukum. Kerana orang berakal dan waras tiada pilihan melainkan mengikut peraturan. Begitulah sebagai hamba Allah, tiada pilihan melainkan kena mematuhi segala peraturan dan hukum Allah.
Lihat bumi yang terhampar luas ini. Siapa yang cipta? Kita belajar sains, bumi ini bulat. Tapi Allah jadikan bumi ini terhampar untuk kita, walaupun bumi ini bulat. Kalau tak naya kita asyik terjatuh je la kot. Lihatlah langit luas yang tergantung tanpa tiang itu? Turun pula air dari langit. Keluar jutaan tumbuhan sebagai rezki untuk kamu. Air untuk kamu minum. Apa kau ingat Syabas yang buat air?
Surah Al-Mulk ayat 30 - Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang berpancar mengalir?”
Seorang suami atau seorang pemimpin yang membiarkan isteri di sisinya tidak menutup aurat di khalayak ramai, jika dia awal2 dah istiharkan bahawa isterinya gila maka tidak mengapa. Tapi jika tidak, maka termasuklah dia pada kategori manusia yang cerdik tapi gila. Cerdik tapi tak guna akal fikiran. Bukankah tuntutan menutup aurat itu peraturan Allah yang wajib dipatuhi?
Janganlah engkau jadikan akal sebagai tanding2an pada perintah Allah. Judi yang haram bila diberi lesen menjadi halal. Manusia mencabar hukum Allah secara berdepan. Hukuman rejam atau 100 sebatan bagi kesalahan zina, tapi engkau buat undang2 lain denda RM5000 atau sebat atau penjara. Kamu tahu semuanya perihal perintah Allah tapi masih engkar, kekal menderhaka. Allah beri akal, beri otak untuk berfikir, untuk patuh dan taat pada segala perintah Allah. Jadi realitinya jika tidak patuh pada perintah Allah maka tak ada akal dan tak ada otaklah jawabnya.
Semua urusan masyarakat adakah taat kepada perintah Allah? Semua urusan Negara adalah ikut perintah Allah? Allah larang minum arak, zina dan hisap rokok, adakah kita patuh? Adakah kita patuhi segala perintah Allah ini? Jika masih tidak patuh maka tidak mencapai tahap takwa.
Sebaik bekalan untuk bertemu Allah ialah bekalan takwa. Dalam keadaan kamu bawa setiap amalan pada ketaatan dan setiap dosa pada kederhakaan, maka sebaik-baik bekalan ialah takwa. Siapa yang ikut petunjuk maka tiadalah kebimbangan sebaliknya siapa yang mendustakan ayat2 Allah maka kekal dalam Neraka Jahannam.
Sempena berlalunya separuh pertama Ramadan dan kita sudah berada di separuh masa kedua maka afdal sangatlah untuk kita sama2 muhasabah. Memerhati dan menilai semula aktiviti kita untuk dua minggu Ramadan yang sudah berlalu. Berjaya atau tidak? Membentuk diri menjadi diri bertakwa atau masih kekal seperti dulu juga?
Kalau ibadah puasa di bulan Ramadan ini objektifnya untuk mendapat takwa, maka kat manakah bahagian puasa ini yang menyebabkan kita menjadi takwa? Sebab tak makan tak minum menjadikan kita takwa? Ramai orang pelarian yang tak makan sebab tak ada makanan. Ramai orang sakit tak makan. Ada orang mogok lapar tiga minggu. Apakah mereka dapat takwa?
Otomatik puasa sebab menyangka Ramadan bulan puasa maka puasanya tak dapat takwa? Puasa kerana nak buka puasa maka puasanya tak dapat takwa? Atau bersahur kerana takut lapar maka sahurnya tak dapat takwa. Ketakwaan hanya boleh datang bila puasa atas sebab mematuhi perintah Allah. Puasa kerana perintah Allah. Buka puasa kerana perintah Allah. Bersahur walaupun dengan sebiji kurma dan seteguk air kerana taat kepada perintah Allah akan melahirkan takwa.
Takwa pada definasi yang paling mudah ialah taat perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Pada setiap khutbah Jumaat khatib mengajak manusia untuk bertakwa kepada Allah. Pada ibadah puasa nasi yang halal dimakan itu tidak boleh dimakan, apatah lagi tak tutup aurat yang haram itu lagilah tak boleh dibuat. Jangan jadi golongan yang tidak bersedia mematuhi perintah Allah. Maka jadilah manusia yang benar2 cerdik dan celik agama untuk sama2 menuju takwa.
“Kakak ni puasa ke?” tanya seorang pemuda kepada penjual kueh di bazar Ramadan. “Eh kenapa awak tanya macam tu?” Pemuda tadi menjawab, “Sebab Kakak tak pakai tudung.” Agak melenting kakak tadi dan terus berkata, “Saya tak pakai tudung tapi hati saya ikhlas.”
Tiada perkataan ikhlas dalam derhaka pada Allah. Yang sedihnya ialah kakak tadi merasa dirinya betul walaupun tidak memakai tudung. Amat malang jika tidak mengambil berat soal dosa pahala. Kalau derhaka pada Allah maka tiada ikhlas. Dalam kita berpuasa di bulan Ramadan, masih banyak kita derhaka pada Allah?
Hari ini sempena cuti Nuzul Qur’an, bagaimana aktiviti kita? Apakah menghabiskan separuh hari dengan tidur? Bersantai dan berehat atau menonton cerita korea?
Sangat afdal sebenarnya untuk kita tadabbur Qur’an. Semak berapa banyak ayat2 Allah yang aku taat. Berapa banyak ayat2 Allah yang aku derhaka? Muhasabah diri. Bersahabat dengan al-Qur’an. Jadikan al-Qur’an teman karib. Bakal menemani kita hingga ke alam kubur, memayungi kita di Padang Mahsyar, membimbing kita melalui titian sirat, memberi syafaat dan menemani kita di Syurga nanti.

Thursday, August 02, 2012
Ramadan Bulan Latihan
Bulan Ramadan ini ialah bulan latihan untuk mentaati Allah. Rupanya Allah latih kita solat teraweh di masjid supaya melekat tabiat solat berjamaah di masjid. Rupanya Allah syariaatkan bangun bersahur itu untuk melatih kita bangun qiamullail, bersolat malam, bermuhasabah di hadapan Allah pada malam gelap dan sunyi.
Maka jadilah kamu hamba Allah bukan hamba bulan Ramadan. Jangan jadikan Ramadan ini sekadar adat, orang buat kita pun ikut buat. Hayatilah ruh Ramadan itu. Besederhana pada yang halal. Berlumba-lumba dan bersegera pada ibadah dan kebaikan. Dan membenci segala bentuk maksiat dan keburukan.
Di Masjid dan surau, Alhamdulillah jamaah yang datang masih ramai. Namun yang tak datang pun masih ramai juga. Bulan Ramadan secara konsisten berlalu dari hari ke hari, kini sudah melangkah ke hari ke-13. Islam adalah agama akhir zaman untuk seluruh umat akhir zaman.
Di Sweden ada seramai 8 juta penduduk dan 1 juta daripadanya adalah Muslim. Dikala barat mula berhijrah kepada Islam, terbukti sebagai agama yang paling laris menerima penganut baru. Namun statistic di Negara kita pula menunjukkan 80% Muslim tidak solat fardu 5x sehari semalam. Maknanya daripada 10 juta Muslim di Malaysia ini 8 juta tidak solat. Hanya 2 juta yang solat. Manusia terus sombong pada Allah.
Lihat disekeliling. Walaupun puasa di bulan Ramadan tapi yang perangai tak solat terus sombong dan tidak solat. Yang tidak menutup aurat masih kekal tidak menutup aurat. Yang mengumpat dan bercakap besar pun masih meneruskan tabiat itu. Ramadan atau tidak sama saja. Ada ramai yang anti tazkirah anti peringatan. Ramai yang sensitip tak boleh ditegur, hiduplah dalam dunia sendiri yang syok sendiri. Manusia sombong tidak mahu kepada menghadirkan diri ke majlis2 ilmu di masjid dan surau, berlagak sombong bagai tepu dengan ilmu, sudah bijak semua, sudah tahu semua perkara.
Ramai yang main2 saja dengan Ramadan, tidak serius. Ramai yang memperolok-olokkan Ramadan. Fenomena sesak masjid di awal Ramadan dan semakin pupus menjelang akhir Ramadan seakan sudah jadi budaya yang diterima pakai. Para ustaz juga dok mengulang fenomena itu hinggakan masyarakat menjadi biasa, terpahat di minda. Sedangkan kita sepatutnya menggalakkan masyarakat untuk melakukan perubahan.
Semakin ke penghujung Ramadan sepatutnya semakin melimpah Masjid dan surau. Berduyun-duyun jamaah yang iktikaf di Masjid pada 10 terakhir Ramadan. Transformasi Ramadan yang kita inginkan.
Ramadan ini penghulu segala bulan. Usah di sia-siakan Ramadan yang datangnya setahun sekali. Di sana ada suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Selagi manusia tidak kembali taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka selagi itulah manusia akan rosak binasa.
Di Peranchis setiap hari ada 5-10 orang yang memeluk agama Islam, manusia yang mendapat hidayah dan kesedaran untuk berubah. Namun di Malaysia ini rusaknya umat Islam pabila statistic anak luar nikah menunjukkan angka 90 kes setiap hari secara purata.
Maka marilah kita sama2 memainkan peranan untuk mengubah diri sendiri dan ahli keluarga kita untuk bersemangat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini dan menghayati kebarokatan Ramadan ini bagi memastikan bahawa latihan di bulan Ramadan tidak sia-sia.
Semoga di penghujung nanti kita akan graduate dengan meraih kemenangan menjadi manusia yang bertakwa yang diberi keampunan oleh Allah, di bebaskan daripada api Neraka-Nya dan menjadi manusia terpilih yang layak untuk mendapat nikmat Syurga-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...