CLICK n GO

Saturday, October 30, 2010

The Red Warriors - Pahlawan Merah Kelantan

Barisan Kemungkinan Kelantan : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha.


The Red Warriors kembali ke medan juang dengan semangat pahlawan sejati untuk menebus maruah dan mencipta sejarah. Darah merah mengalir di setiap salur dan urat membawa sejuta harapan anak negeri bagi memartabat Kelantan ke pesada pasukan elit juara Piala Malaysia. Dengan adunan pemain2 penuh bakat dan kukuh jatidiri oleh pihak pengurusan yang lebih professional semenjak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan pasukan bola Kelantan sebuah pasukan yang digeruni sekali gus dihormati kawan dan lawan, pahlawan sejati bukan pendekar celup.


Apakah malam ini bakal menjanjikan sebuah kemuncak kejayaan dalam pendakian ke mercu tertinggi pertandingan bolasepak tempatan? Kelantan sejaridulu memang punyai peminat setia yang sanggup jatuh bangun bersama, asalkan perjuangan bersifat pahlawan bukan pondan di medan juang. Peminat setia Kelantan adalah yang terbaik dan paling fanatik. You never walk alone.


Namun biarlah pesanan TGNA menjadi ingatan bahawa kita ini membawa nama baik negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah yang penuh hemah, lemah lembut dan adap sopan. Janganlah diberi ruang untuk pihak tertentu memberi imej buruk kerana kelakuan biadab beberapa kelompok peminat yang memang liar dan kurang asam. Jangan lupa solat walaupun ghairah memenuhi stadium seawal 4 ptg.


TGNA berkata, beliau yakin Kelantan akan menang dan para penyokong juga mampu menunjukkan teladan yang baik dengan sentiasa berpegang kepada akhlak yang dianjurkan oleh Islam. Jelasnya, kerajaan negeri akan turut memberi insentif kepada pemain bola sepak Kelantan kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia.


Motto “Permainan Cantik, Penyokong Terbaik”. Begitulah slogan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.


“Kita datang ke Bukit Jalil untuk menjadi juara", tegas B Sathianathan jurulatih Kelantan.


“Sekali sejarah tercipta, ia akan menjadi lebih mudah untuk generasi seterusnya mengikut jejak langkah,” kata Sathia. “Jika Kelantan menang kali ini, saya percaya pembangunan bola sepak di Kelantan akan meningkat mendadak".


Semoga Stadium Bukit Jalil malam ini menyaksikan sebuah Final Piala Malaysia yang klasik yang boleh di jadikan rujukan sepanjang zaman. Final Piala Malaysia kali ini adalah ulangan Final pada tahun lepas yang menyaksikan pertandingan berat sebelah yang dikuasai pasukan N9, namun pada tahun ini rasanya kesenambungan dari perjuangan yang belum selesai pada tahun lepas memberi sedikit kelebihan kepada pasukan Kelantan dengan barisan penyerang dan enjin tengah yang lebih konsisten dan menyengat.


Maka ramalan awal yang mengatakan bahawa N9 sebagai pasukan underdog oleh kebanyakan akhbar tempatan dan pundit bola negara kemungkinan besar ada kebenarannya.


The Red Warriors
bakal menjadi JUARA malam ini !!


------------------------o-------------------------------o---------------------------o------------
Alhamdulillah, Kelantan berjaya mencipta sejarah sebagai JUARA PIALA MALAYSIA 2010 mengalahkan N9 dengan jaringan 2-1. Bravo !!

@@@

Friday, October 22, 2010

Jangan Mengeluh

Seorang penyair ada menyatakan "Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan bahawa engkau tidak punya apa-apa padahal bumi, langit dan bintang-bintang disediakan untukmu."

Jangan mengeluh. Banyak nikmat yang Allah berikan pada kita. Dan banyak ujian yang hebat diberikan pada orang lain berbanding kita. Banyakkan bersyukur. Itu yang sebaiknya. Mari kita sama2 muhasabah diri.

Saya ada seorang teman. Anaknya ditimpa penyakit kulit yang kronik. Puas dia berubat ke sana ke mari. Habis duit tak payah nak kira. Isterinya pula ditimpa penyakit misteri dan selalu sakit2. Bila ‘haid’ perdarahannya banyak dan tidak berhenti. Dia mengsyaki masalah ‘saka’ yang ada dalam badan isterinya. Inilah ujian Allah kepadanya. Saya kata bersabarlah dengan ujian ini, insyaAllah ia akan berlalu jua.

Seorang kawan yang lain sudah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun namun masih tidak dikurniakan anak walaupun pelbagai usaha dilakukan. Seorang rakan lagi hanya dikurniakan Allah anak tunggal yang kini berusia 12 tahun. Seorang lagi rakan juga dikurniakan anak tunggal yang sebaya dengan anak kedua saya berusia 18 tahun dan sama2 menuntut di UIA.

Penyanyi tersohor Negara yang punya harta berjuta masih juga tidak dikurniakan anak. Seorang rakan sekerja nampaknya hidup agak mewah dan memandu kereta BMW 5series namun setelah 7 tahun berkahwin masih tidak mempunyai zuriat. Sesungguhnya anak itu rezki Allah kepada hambanya. Bersyukurlah dengan nikmat anak ini.

Bertemu jodoh juga suatu nikmat Allah. Kawan saya seorang akauntan kini sudah berumur 38 tahun, namun masih belum berkahwin. Hidupnya masih sabagai anak muda, sibuk bermain futsal dan menghabiskan masa tanpa haluan. Mencari jodoh juga satu komitmen. Mungkin dia masih takut pada bayang sendiri dan gagal membuat komitmen. Jadilah dia bujang terlajak.

Ada pula yang diberi ujian oleh Allah dalam persoalan jodoh ini. Masa belum berkahwin mak datuk lawanya bakal isteri atau baiknya bakal suami. Bila dah berkahwin habis segala kecantekan lenyap segala kabaikan. Ada pula selepas berkahwin rumahtangga jadi purak puranda. Apabila gagal melalui ujian dari Allah banyak perkahwinan berakhir dengan penceraian pula.

Maka bila kita di beri ruang oleh Allah dengan sebuah keluarga yang bahagia, isteri dan anak2 yang baik maka itulah nikmat yang tidak terhingga. Bersyukurlah dan janganlah mengeluh lagi. Bandingkan dengan saudara kita yang kurang bernasib baik.

Seorang suami mengharapkan seorang isteri yang pandai memasak dan mengurus rumahtangga. Namun tidak semua isteri punyai skil memasak ini. Ramai juga yang bergantung kepada orang gaji untuk memasak di rumah atau terpaksa saban masa makan makanan yang dibeli. Ini semua ujian. Nikmat makan ni pun satu hal juga. Maka bersyukurlah jika diberi nikmat oleh Allah seorang isteri, suami atau anak yang pandai memasak.

Lihat pula kepada saudara OKU kita. Berat ujian yang Allah berikan kepada mereka berbanding dengan manusia yang sempurna pancaindera. Bersyukurkah kita? Atau apakah kita rasa biasa-biasa saja? Kalau Allah tarik balik sebelah kaki kita bagaimana? Kalau Allah hilangkan sebelah tangan kita bagaimana? Kalau Allah ambil balik mata kita macamana? Maka bersyukurlah kita kerana Allah dengan sifat rahmat-Nya pengasih-Nya telah memberi segala kemudahan kepada kita. Maka perlukan kita mengeluh lagi?

Kebahagiaan adalah kesenangan hati. Apabila saya membeli rumah di sini ia menyenangkan hati. Kawasannya luas, udaranya bersih dan suasananya nyaman. Ada pemandangan bukit, tasek dan kehijauan. Sebuah rumah untuk kembali selepas penat bekerja di ofis. Sebuah rumah untuk berehat dan bersama keluarga. Dengan harga yang termampu, Alhamdulillah. Bagi saya inilah nikmat dari Allah. Ramai juga yang memandang secara negatif dan penuh prejudis namun apa yang penting tanyalah hati kita. Bahagiakah kita?

Berbanding pula dengan saudara yang lain yang terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih pada sebuah rumah yang lebih kecil pada sebuah lokasi yang lebih sesak. Seorang kawan membeli sebuah rumah yang berharga melebihi RM350k dengan keluasan yang tidak seberapa. Mungkin dikelabui dengan lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar atau kemudahan awam yang lain. Namun hakikatnya kesenangan yang tidak berbaloi dengan pelaburan yang dikeluarkan. Mungkin dia bahagia namun ramai pula yang dihijab sehinggakan duka itu menjadi bahagia dan sebaliknya. Itu juga ujian Allah. Allah akan memilih dikalangan hamba-Nya untuk dikurniakan nikmat kebahagiaan itu.

Ada pula seorang kawan ini yang diberi peluang oleh Allah untuk menyelesaikan segala masalah hutang den bebanan kewangannya dengan dikurniakan Allah durian runtuh dari beberapa sumber. Namun nikmat yang Allah kurniakan itu tidak dihargai dengan sebaiknya. Hutangnya hanya dilangsaikan sekadar 70% tetapi yang menyedihkan ia kembali membuat hutang yang baru. Membeli rumah baru dan barangan yang tidak termampu. Mengerjakan ibadah haji jauh sekali. Maka kembalilah dia kepada kedudukan asalnya sebelum mendapat durian runtuh itu malah menuju kepada keadaan yang lebih teruk pada pandangan saya.

Segeralah muhasabah diri. Terlalu banyak nikmat dan peluang yang Allah berikan namun kita tetap mengulangi kesilapan yang sama. Namun Allah tidak jemu memberi peluang dan nikmatnya yang banyak. Semoga kita insaf.

Di dada2 akhbar kita membaca kisah2 tragis yang berlaku. Kes2 kemalangan contohnya yang terbaru di lebuhraya melibatkan bas express yang meragut 12 nyawa itu di mana anggota badan terputus dan berkecai sehingga menyukarkan pengecaman mayat. Kes pembunuhan warga Mongolia yang diletupkan sehingga berkecai tulang gemulannya di Shah Alam beberapa tahun lalu. Dan yang terbaru kes pembunuhan di Banting yang lagi dahsyat sehingga tulang2nya juga hilang menjadi debu sahaja.

Marilah kita berdoa setiap selepas solat agar hidup kita dalam iman dan mati kita juga dalam iman. Kita mohon hidup dalam kesenangan dan diperelokkan kematian kita. Hidup ini sementara saja ibarat seorang musafir di padang pasir yang panas terik berhenti berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang. Berhentinya itu sekadar menghilang penat dan berehat seketika. Perjalanan masih jauh menuju alam akhirat yang kekal abadi itu.

Secara fizikal mati kita nanti akan diiringi kain kapan putih bersih. Namun sebagaimana beberapa kisah di atas ada antara kita yang tidak dapat diiringi walaupun oleh kain kapan sedangkan harta peninggalannya berjuta-juta ringgit. Semoga kita dikurniakan kematian yang elok.

Manusia yang beruntung ialah mereka yang sentiasa bersedia menghadapi kematian. Kerana kematian itu bukan titik penamat kehidupan tetapi adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru. Tiada lagi yang dapat membantu melainkan amal jariah, doa anak yang soleh dan ilmu bermanafaat yang kita tinggalkan.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki pelbagai kebaikan dan kenikmatan. Oleh itu renungkanlah dan bersyukurlah.

  1. "...sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..."(Surah Ibrahim: Ayat 34)
  2. "Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?" (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 21)
  3. "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya..." (Surah An-Nahl: Ayat 83)
  4. "Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Surah Ar-Rahman: Ayat 13)

@@@

Saturday, October 16, 2010

Kebahagiaan Hidup

Dalam melalui kehidupan ini sering kita dikelirukan dengan apa sebenarnya yang kita tercari-cari atau terkejar-kejar. Sering banyak masa kita dihabiskan dengan urusan kerja.Jarang ada masa untuk pengisian ilmu atau berdamping dengan perkara yang ada manafaat untuk umat atau mengurus soal keluarga tercinta. Atau memikir hala tuju kita dalam persinggahan yang begitu sementara di dunia fana ini. Betapa setiap hari itu sebenarnya mendekatkan kita pada titik kematian kita. Maka apa sebenarnya kebahagiaan itu? Saya menerima sebuah kiriman artikel dalam siri Mutiara Hati pada email saya hari ini. Dan saya ingin sebarkan ilmunya di sini perihal topik kebahagiaan.


Saya paparkan sebuah artikel oleh Dr Aminudin Mansor untuk manafaat kita semua.


KEBAHAGIAAN bukan terletak pada banyaknya wang ringgit atau harta semata-mata kerana kebahagiaan berkait rapat dengan ketenangan hati. Kebahagiaan adalah kesenangan hidup, suasana aman serta kemujuran yang dilalui seseorang dalam kehidupan.


Kebahagiaan terletak dalam hati, apabila hati bahagia akan terpancar kebahagiaan di wajah seseorang. Rumah tangga bahagia juga menyumbang ke arah kebahagiaan hidup dalam masyarakat.


Tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Khaldun pernah mengatakan:

“Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis yang ditentukan Allah dan sifat perikemanusiaan.”

Tokoh Islam, Ma’adz bin Jabal pernah menyatakan:

“Sesungguhnya tak boleh bagi kamu mempunyai kebahagiaan di dunia. Dan engkau lebih berhajat lagi kepada kebahagiaan di akhirat. Maka mulai dengan kebahagiaan kamu dari akhirat lalu ambilkan. Sesungguhnya engkau akan lalu di atas kebahagiaan dari dunia, maka hendaklah engkau mengaturnya.”


Jelasnya, kesenangan hidup dan suasana aman di dunia adalah atas daya usaha kita sendiri, begitu juga kebahagiaan akhirat, kita perlu berusaha mendapatkannya. Melalui amalan baik dan ketakwaan kepada Allah, segala kebahagiaan pasti tercapai.


Ada pandangan cendekiawan Islam mengatakan, untuk mencari bahagia, bebaskan hati daripada dendam dan rasa takut. Hidup sederhana, mengharap sedikit, memberi banyak. Isi dan penuhkan harapan dengan kasih sayang. Lupakan kepentingan diri dan ingatlah orang lain. Lakukan kebaikan sesama manusia seperti anda ingin diperlakukan.


Kalangan remaja sering tersalah anggap mengenai kebahagiaan, mentafsirkan kebahagiaan adalah keseronokan dan keinginan hidup bebas tanpa kongkongan. Sebenarnya itu semua bukanlah kebahagiaan.


Kehidupan yang menjurus kepada kebahagiaan dipilih remaja sering mengakibatkan mereka terjerumus ke kancah pergolakan hidup, pergaulan bebas, melepak, berkeliaran tanpa membuat kerja berfaedah.


Tokoh Islam, Hamka pernah berkata,

“Kekayaan harta benda, pangkat atau kedudukan yang tinggi tidaklah dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur. Malah, bertambah banyak kekayaan atau bertambah tinggi kedudukan, bertambah jelaslah kekerdilan jiwa dan kekurangan seseorang. Oleh sebab itu, kayakan batin lebih dulu untuk menghadapi kemungkinan naik atau kemungkinan turun.”

Ketenangan jiwa juga boleh membawa kebahagiaan dalam hidup seseorang. Firman Allah yang bermaksud:

“Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)


Dalam kehidupan bermasyarakat, selalu terjadi perkara berlawanan. Orang miskin dilihat serba kekurangan dan menderita, hidup mereka tenang, bergembira dan bahagia. Orang kaya, serba mewah, berilmu pengetahuan, tetapi hidupnya resah, cemas dan selalu merasa tidak puas.


Sesuatu kita miliki, jika tidak diterima dengan keimanan dan jiwa bersih, hanya akan membuat diri menjadi keluh-kesah. Kita harus menyedari tidak selamanya orang mampu menghadapi kesukaran menimpanya dan tidak selamanya orang berhasil mencapai tujuannya dengan baik.


Oleh itu, remaja perlu dididik dengan keperibadian yang luhur dan jiwa sihat supaya mampu menghadapi apa juga masalah. Dalam kehidupan, kita harus berusaha menjaga kemuliaan hati pada setiap tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan.


Mencari jalan menuju kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat penting dan setiap umat Islam mestilah berusaha untuk mencapai matlamat ini. Teruskanlah mendidik hati dan jiwa supaya mencapai ketenangan serta kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

@@@

Thursday, October 14, 2010

Limpahan Hidayah Allah

"How's life?", itulah pertanyaan yang selalu keluar dari kawan2 yang lama tak jumpa. Saya menjawab, "Life is never been better". Kawan agak teruja dengan jawaban saya itu kerana kebiasaannya saya akan menjawab, "Teribble" atau "Tough life". Kehidupan ini telah memberi kesedaran sebenarnya siapalah kita untuk berkata bahawa hidup ini susah dan payah, kerana nikmat yang Allah kurniakan itu terlalu banyak. Justru kita kenalah memandang segala sesuatu itu dengan sudut yang positif bukan negatif. Ianya adalah pilihan, tetapi mengapa kita tidak memilih dari sudut yang positif?


Pagi tadi saya menghadiri satu event anjuran IBM di Hotel OneWorld. Antara kata2 dari penyampainya seorang Mat Salleh ialah, "Do you want to know the Truth?" sambil menayangkan slides untuk menonjolkan kehebatan Software dan Hardware keluaran IBM. IBM pernah dan masih menguasai dunia IT dan juga sebahagian dunia Bisnes. Namun kalau dilihat segala kehebatan itu kecil benar untuk dibandingkan dengan kehebatan ciptaan Allah. The Truth sebenarnya ialah Allah itu maha hebat. Dari sekecil zarah hinggalah ke sebesar bintang di langit, bukalah mata, pandang dan fikirlah kerana di sana ada kehebatan ciptaan Allah.


Setelah pulang ke ofis, saya menyiapkan sebuah sebutharga dan mendapatkan tandatangan CEO. Ketika itu saya perasan yang tangan saya dipenuhi dakwat hitam yang bocor dari pen Artline200 Fine 0.4 yang sepanjang pagi ini masih melekat di poket baju saya. Namun Allah Maha Pengasih dan Penyayang, melimpah kasih sayang kepada saya dengan sekadar membocorkan dakwat hitam mengenai jari2 dan tidak di baju puteh saya. Kemudian teringat saya yang pen ini telah termasuk dalam washing machine tempoh hari yang menjadi punca utama musibah dakwat bocor ini. Terfikir saya jika Allah memutuskan untuk melimpahkan dakwat pen itu semasa ia berada di poket saya sepanjang pagi maka impaknya tentulah menyedihkan.


Dalam perbualan saya dengan kawan saya Sdra Wahab tadi setelah bertanya khabar, saya berkata "setiap hari kita ini semakin hampir dengan detik kematian kita, maka seorang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa ingat garis kematiannya itu dan sentiasa bersedia untuk melintasi garisan penamat itu". Sudah berapa ramai rakan sebaya kita sudah meninggal dunia. Malah mereka yang umurnya jauh lebih muda pun sudah menemui ajal. Maka faktor umur atau kesihatan bukan lagi ukurannya. Yang penting kita sentiasa berwaspada dan bersedia.


Sebelum berangkat ke ofis pagi tadi, saya sempat menghantar isteri ke pasar. Alhamdulillah rezki anak kami Amir yang kini bercuti semesta 2 bulan, diterima untuk bekerja menjadi pembantu kepada Ustaz Sabri peniaga ikan di pasar ini. Beliau juga adalah guru kafa dan pernah mengajar anak2 saya. Ustaz menerangkan bahawa ini bukanlah berkerja dengan erti kata sebenarnya tetapi lebih kepada latihan. Ustaz memberitahu bahawa dia dulu pernah dilatih oleh bapa saudaranya untuk berniaga.


Katanya lagi perniagaan sebenarnya boleh memberi kekayaan. Saya teringat perihal adik Ustaz Sabri iaitu Azmi yang menjadi pembantunya selama ini, kini mengambil cuti setahun untuk menuntut ilmu di negara timur tengah sebelum menunaikan ibadah haji. Ustaz Sabri memberitahu adiknya yang berumur sekitar 30an itu seorang yang berwawasan. Segala hasil pendapatannya dikumpulkan, membeli tanah kat kampung, dan untuk misi ke timur tengah ini beliau membawa sekurang-kurangnya RM100,000 tunai. Hebat bukan, hanya sebagai peniaga ikan, yang ke pasar borong Selayang setiap pagi selepas selesai menunaikan solat tahajjudnya sekitar pukul 4 pagi. Bagaimana Allah memilih hamba-Nya untuk diberi kesenangan itu.

Berbalik kepada anak saya Amir ini, Alhamdulillah mulai esok dia akan berkhidmat dengan Ustaz Sabri bermula pukul 6:30pagi dan berakhir sekitar 9:30pagi. Semoga banyak ilmu bermanafaat yang akan di perolehinya. Semoga semangat untuk berniaga berjaya dipupuk. Kalau di rumah semasa cuti ini, bangun pun lambat dan asyik dok mengadap facebook je, maka sekurang-kurangnya ada sedikit pengisian berfaedah untuknya, mangajar susah payah mencari rezki dan asas2 dalam perniagaan.


Teringat saya kisah Abdul Rahman Bin Auf, sahabat Rasulullah yang juga hartawan yang hebat yang terpaksa meninggalkan segala hartanya di Mekah dan berhijrah sehelai sepinggan ke Madinah. Apabila di anjurkan untuk dia diberi bantuan dari sumber Baitul Mal, dia dengan mudah menolaknya dan meminta untuk diberikan tempat untuk berniaga di Pasar Madinah. Di sana dia telah membina semula empayar bisnesnya hingga bejaya menjadi hartawan yang tiada tolok bandingnya, yang ringan tangan untuk menyumbang kepada jalan Agama. Sesungguhnya berniaga adalah sesuatu yang mulia dan merupakan sunnah Rasullullah.


Limpahan Hidayah Allah terus diberikan kepada insan-insan pilihan. Sentiasalah kita berdoa kepada Allah dan bergantung harap kepada-Nya supaya kita termasuk ke dalam kelompok itu. Saya ada menerima satu e-mail kiriman Hj Husen yang begitu menyentuh hati yang ingin saya kongsikan di sini. Kisah seorang insan terpilih yang mendapat hidayah Allah.




In the program called "ONE FAMILY" on MAJD channel the speaker was Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee). He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED.


THEN HE TOLD A STORY OF AN AMERICAN NON MUSLIM MAN WHO WAS DISCUSSING ABOUT ISLAM WITH HIM WHILE HE WAS WATCHING LIVE ON BROADCAST OF SALAT ISHA FROM KAABAH, ON TV The American man was so amazed of how crowded is the masjid, more than 3 million Muslims were there at the last nights of the holy month of Ramadan, so crowded, so disorganized.


The sheikh asked the Non-Muslim man: How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?
He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floors
The man said: OH, this's will make it about 12 hours then

The sheikh said: put in your mind that they are from countries all over the world with different languages.
The American man said : It’s IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said (ESTAWOO)=Arrange yourselves


And within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !!


The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:


ASH-ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH.


(I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)

@@@

Saturday, October 09, 2010

Kawan Atau Kenalan ??

Mengikut kata seorang CEO "kawan adalah seseorang yang bukan musuh". Hmmm betul jugak tu. Skop yang agak luas untuk definasi kawan. Carilah beribu kawan kerana beribu kawan itu sangat sedikit, tapi jangan cari seorang pun musuh kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak. Menunjukkan bahawa elok jangan dok cari pasal dengan orang, takut jadi bermusuh la pulak. Sebuah senyuman apabila dibalas dengan sebuah senyuman maka sudah terjadi dua senyuman. Elok ke tak elok tu? Rasanya elok "to break the ice", semoga dari situ wujud sebuah perkenalan yang mungkin berlanjutan menjadi kawan bukan sekadar kenalan.

Jadi kawan atau kenalan? Apa penilaiannya? Kenalan itu rasanya ialah seseorang yang pernah kita kenali atau pernah kita bertegur-sapa. Mungkin kita mengenali namanya atau dari mana asalnya dan di mana rumahnya atau di mana tempat kerjanya. Apabila ada sesuatu keperluan mungkin kita akan menghubungi nya terutamanya bersangkutan dengan soal kerja. Soal perbincangan atau perbualan mungkin perkara rasmi dan tidak kepada soal peribadi. Jika dijemput untuk bertandan ke rumah mungkin pelbagai alasan di beri untuk menolaknya.
Kawan atau sahabat pula ialah seseorang yang kita rasa selesa untuk berkongsi cerita walaupun menyentuh soal keluarga atau peribadi. Apabila ditimpa kesusahan atau memerlukan sesuatu bantuan, kawan akan tampil membantu. Maknanya dia bukan mendampingi kita semasa senang sahaja tetapi sanggup bersama kita di masa susah juga. Itulah kawan.

Pagi tadi seorang kawan iaitu Saudara Bakar yang saya kenali sejak tahun 1982 lagi semasa menuntut di universiti telah menelefon pada pukul 6:42 pagi. Saya pun telefon balik beliau setelah melihat "miss call" di telefon saya setelah selesai solat subuh itu. "Hang telefon aku tadi?" tanya saya. "Ya, aku nak ajak hang satu family pi breakfast". Saya pun error sat. Apa kena si Bakar ni. Buang tabiat ke apa. "Tak ada la, aku tahun ni tak buat open house jadi aku niat nak belanja hang satu keluarga", katanya. "Hang jemput aku open house jadi aku jemput hang pi bereakfast la..he he".
Maka kami pun pi sarapan la kat Restoran Salam Sentosa pada pukul 8:15 pagi sebagai memenuhi undangan Saudara Bakar. Ukhwah persaudaraan terus kukuh walaupun sudah 28 tahun berlalu semenjak pertama kali saya mengenali beliau. Isteri dan anak2 saya juga menjalin hubungan yang baik dengan isteri dan anak2 Bakar. Alhamdulillah, bagi saya Bakar adalah seorang kawan, bukan sekadar kenalan. Beliau ringan tangan membantu jika saya memerlukan pertolongan. Tutur bicaranya ikhlas tanpa ada bayangan hipokrit.

Dalam kehidupan ini, banyak orang yang kita kenali dari dulu hingga sekarang. Perjalanan yang jauh. Rasanya kita boleh menilai yang manakah kawan dan yang manakah sekadar kenalan di jalanan. Dari pandangan mata kasar dan detik hati kecil pada setiap pergaulan dan perhubungan itu, insyaAllah akan jelas di depan kita siapa dia. Seorang kawan atau kenalan dan yang penting bukan musuh.
Niat kita berbuat baik. Kawan yang baik membawa kita kepada kebaikan, insyaAllah.

@@@

Monday, October 04, 2010

Karakter Manusia

Pelbagai karakter manusia boleh dilihat apabila kita menghadiri open house raya sebagai tetamu atau apabila kita menjadi hos open house melihat kepada para tetamu yang hadir atau tetamu yang dijemput tetapi tidak hadir atau tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab.


Apabila saya Google atas topik "Karakter Manusia" maka antara yang terpapar adalah topik berkenaan dengan karakter manusia melalui kentut mereka. Berikut saya paparkan untuk menjadi rujukan atau sekadar penglipur lara di kala melayari alam siber.
  1. ORANG YANG TIDAK JUJUR -Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain
  2. ORANG BANGANG - Orang yang menahan kentutnya berjam jam
  3. ORANG YANG BERWAWASAN JAUH - Orang yang tahu bila dia hendak kentut
  4. ORANG SENGSARA - Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut
  5. ORANG YANG MISTERI - Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu
  6. ORANG YANG GUGUP- Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut
  7. ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI - Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum
  8. ORANG YANG SADIS - Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain (kes dok asrama dan yang sewaktu dengannya)
  9. ORANG YANG PEMALU- Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri
  10. ORANG YANG STRATEGIK - Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain
  11. ORANG YANG BODOH - Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan agin yang keluar
  12. ORANG YANG PELIK - Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"
  13. ORANG YANG SOMBONG - Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya
  14. ORANG YANG PERAMAH - Orang yang sering mencium kentut orang lain
  15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL - Orang yang selalu kentut bersembunyi
  16. ORANG YANG AKUATIK - Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop - bloopp"
  17. ORANG YANG ATHLIT - Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman
  18. ORANG YANG JUJUR - Orang yang sering mengaku apabila terkentut
  19. ORANG YANG PINTAR - Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang
  20. ORANG YANG ROMANTIK - Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi..
Berbalik kepada persoalan karakter manusia yang boleh di kaji pada open house, melalui pengalaman saya menjadi hos open house pada setiap tahun sejak 18 tahun kebelakangan ini, maka pemerhatian saya perihal tetamu yang datang adalah seperti berikut:
  1. Orang yang ikhlas - menunjukkan kesungguhan untuk mengahadiri open house apabila dijemput. Dan sekiranya tidak dapat hadir juga kerana sebab-sebab yang tidak dapak dielakkan maka dia akan memberi alasan yang munasabah dan sebenarnya, tidak tipu-tipu. Tidak segan memberi pujian dan senyuman kepada tuan rumah samada berkenaan juadah yang dihidangkan, kemeriahan majlis, atau komen positif perihal rumah berkenaan. Dan komen itu penuh ikhlas dan berhemah yang bisa memupuk keutuhan bersilaturahim.
  2. Orang yang negatif - suka mencari keburukan dan kekurangan pada setiap ruang. Payah hendak memuji tapi minat sungguh untuk mengutuk. Jarang melihat kebaikan kerana dada penuh sifat irihati akan kelebihan tuanrumah berbanding dia atau sekadar merasa terlalu ego atau bangga diri. Orang seperti ini sebenarnya menyakitkan hati saja. Mungkin bukan salah dia tapi perpektifnya adalah dari sudut negetif. Rasanya tuanrumah tidak akan menjemputnya lagi di lain kali, perabih boraih je...tak ada manafaat.
  3. Orang yang munafik - apabila di jemput, suka menjawab InsyaAllah tetapi sebenarnya jauh di sudut hati maksud sebenarnya ialah InsyaAllah tidak hadir. Maka apabila tiba hari yang dijanjikan maka dia memberi alasan yang pelbagai demi untuk tidak hadir sebagaimana niat asalnya tadi. Kesian dia kerana memiliki sifat itu.
  4. Penyeri Majlis - tetamu yang ceria selalu, enjoy the food, memberi keseronokan kepada tuan rumah, ikhlas dan tidak hipokrit, juga dapat berinteraksi dengan tetamu yang lain walaupun tidak pernah berjumpa sebelum ini. Dia merasa seronok berada pada majlis ini dan komennya adalah positif dan membuahkan senyuman kepada tuan rumah.
Saya juga berpeluang menghadiri puluhan mungkin ratusan open house raya samada berskala kecil, sederhana atau besar-besaran anjuran para kenalan, korporat, pertubuhan, atau orang politik. Tanpa prejudis saya sukalah mengkategorikan karakter manusia yang saya perhatikan pada majlis-majlis ini seperti berikut:
  1. Makan Free - apabila free maka kita balun habis, isi pinggan tu sampai melimpah. Kalau satay tu ambik 38 cucuk terus. Bukan tak boleh, boleh tapi jangan sampai membazir.
  2. Makanan tak cukup - selalunya hos nya excited dan menjemput semua orang tapi pada masa sama tak bajet makanan betul-betul. Akibatnya tinggal kuah je. Tetamu bengang giler, dalam hati kutuk abis. Ini bagi saya hos kena banyak belajar. Ukur baju di badan sendiri. Tak usah syok sendiri dan buang masa orang lain.
  3. Juadah yang ringan - ni pun satu hal, kalau nak jemput orang tu buatlah betul-betul. Cuba bayangkan member tu datang sekeluarga dari Putrajaya, tol je dah RM12, memandu hampir 120km jauhnya, tiba2 sampai2 makan mee sup ngan air sirap je, tak berbaloi betul. Menyampah aku.
  4. Hos bangga diri - asyik puji diri sendiri je. Tak gheti nak ambik hati tetamu, malah menyakitkan hati ada le. Tetamu tu datang kerana di jemput. Maka insafla ye, orang bukan suka sangat nak terhegeh-hegeh datang ye.
  5. Tetamu tak gheti bahasa - ini pun satu hal jugak. Mari rumah orang tapi buat hal sendiri bila dah jumpa geng. Berborak macam nak rak, tak peduli kat hos yang bersusah payah menjemput dia. Ish ish kurang asam betul ye.
  6. Money no object - hos kira orang berada, jadi budget untuk open house kira ribu2 la ye. Catering dan siap ada pelbagai island lagi. Ada island ABC & cendol, island rojak buah dan mee rebus, island kambing panggang, island BBQ ayam, dan island kuay teoy penang. Hos kira goyang kaki je, semuanya ada orang serve. Ok la jugak, janji rock. Tetamu ok je sebab kenyang he he..
Itulah saja buat kali ini. Hingga berjumpa di lain siaran. Semua yang baik jadikan panduan dan yang tak elok tu dijadikan iktibar dan titik untuk berubah ke arah yang lebih baik. Niatnya suci dan murni. Jazakallah.

@@@

Saturday, October 02, 2010

23 Syawal

Aneka Biskut Raya

Beng Kang, Belda & Tapai

Kek Carrot (1.5kg) & Nasi Impit kawin


Kawan2 Ofis

Jiran Tetangga

Juadah Nasi Dagang Kelantan (ada sambal)


Hari ini Sabtu 23 Syawal. Alhamdulillah kami menerima kunjungan 118 tetamu jemputan yang meraikan suasana 23 Syawal ini. Isteri dibantu anak2 yang bertungkus lumus menyediakan juadah merasa puas walaupun penat. Daripada 202 yang ada dalam senarai jemputan (termasuk anak2), 118 telah hadir, Alhamdulillah. Kami menerima tetamu seawal 2:00ptg dan tetamu terakhir beredar sekitar 10:22 malam.

Kami sangat teruja apabila menerima kunjungan mereka terutamanya yang pertama kali berkunjung ke teratak kami, seperti Lokman, Rosman, Zaiton, Mat Syaril, Syed, Hj Nawi, Kamarudin, Zul, Anuar, Bazlan, Ismail, Yus, Hisham, Kak Salmi, Afikah, Ros, dan Ust Sabri. Terima kasih juga kepada Hj Zainudin, Hj Munir, Hj Azmi, Hj Khairi, Pak Nor, Kak Yam, Nizam, W.Rohaimi, Bakar, Eddy, dan kawan2 anakanda. Jazakallah.

Tiada pembaziran berlaku. Habis licin 6 kilo nasi dagang, gulai 10 ekor ikan tongkol saiz besar, Gulai udang 2.5 kg, Air sirap 2 kg, kek coklat (14"x14"), kek carrot, tapai 1kg bungkus daun pisang, belda merah, nasi kapit kawin pulut (istimewa), kuah kacang dan sambal, dan biskut raya (nestum crispy, chip sporties dan cornflake crunchy). Semua juadah kami adalah buatan sendiri (isteri saya le..) dan memang itulah trademark kami setiap tahun. Rata2 para tetamu nampak happy dan memuji kesedapannya...he he.

Hujan renyai2 di awal pagi memberi seribu rahmat. Penyudahnya juga hujan renyai2. Saya pun akan tidur melayan kepenatan badan ini. Jam menunjukkan 12:03am.


@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...