Monday, October 04, 2010

Karakter Manusia

Pelbagai karakter manusia boleh dilihat apabila kita menghadiri open house raya sebagai tetamu atau apabila kita menjadi hos open house melihat kepada para tetamu yang hadir atau tetamu yang dijemput tetapi tidak hadir atau tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab.


Apabila saya Google atas topik "Karakter Manusia" maka antara yang terpapar adalah topik berkenaan dengan karakter manusia melalui kentut mereka. Berikut saya paparkan untuk menjadi rujukan atau sekadar penglipur lara di kala melayari alam siber.
  1. ORANG YANG TIDAK JUJUR -Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain
  2. ORANG BANGANG - Orang yang menahan kentutnya berjam jam
  3. ORANG YANG BERWAWASAN JAUH - Orang yang tahu bila dia hendak kentut
  4. ORANG SENGSARA - Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut
  5. ORANG YANG MISTERI - Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu
  6. ORANG YANG GUGUP- Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut
  7. ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI - Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum
  8. ORANG YANG SADIS - Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain (kes dok asrama dan yang sewaktu dengannya)
  9. ORANG YANG PEMALU- Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri
  10. ORANG YANG STRATEGIK - Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain
  11. ORANG YANG BODOH - Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan agin yang keluar
  12. ORANG YANG PELIK - Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"
  13. ORANG YANG SOMBONG - Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya
  14. ORANG YANG PERAMAH - Orang yang sering mencium kentut orang lain
  15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL - Orang yang selalu kentut bersembunyi
  16. ORANG YANG AKUATIK - Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop - bloopp"
  17. ORANG YANG ATHLIT - Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman
  18. ORANG YANG JUJUR - Orang yang sering mengaku apabila terkentut
  19. ORANG YANG PINTAR - Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang
  20. ORANG YANG ROMANTIK - Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi..
Berbalik kepada persoalan karakter manusia yang boleh di kaji pada open house, melalui pengalaman saya menjadi hos open house pada setiap tahun sejak 18 tahun kebelakangan ini, maka pemerhatian saya perihal tetamu yang datang adalah seperti berikut:
  1. Orang yang ikhlas - menunjukkan kesungguhan untuk mengahadiri open house apabila dijemput. Dan sekiranya tidak dapat hadir juga kerana sebab-sebab yang tidak dapak dielakkan maka dia akan memberi alasan yang munasabah dan sebenarnya, tidak tipu-tipu. Tidak segan memberi pujian dan senyuman kepada tuan rumah samada berkenaan juadah yang dihidangkan, kemeriahan majlis, atau komen positif perihal rumah berkenaan. Dan komen itu penuh ikhlas dan berhemah yang bisa memupuk keutuhan bersilaturahim.
  2. Orang yang negatif - suka mencari keburukan dan kekurangan pada setiap ruang. Payah hendak memuji tapi minat sungguh untuk mengutuk. Jarang melihat kebaikan kerana dada penuh sifat irihati akan kelebihan tuanrumah berbanding dia atau sekadar merasa terlalu ego atau bangga diri. Orang seperti ini sebenarnya menyakitkan hati saja. Mungkin bukan salah dia tapi perpektifnya adalah dari sudut negetif. Rasanya tuanrumah tidak akan menjemputnya lagi di lain kali, perabih boraih je...tak ada manafaat.
  3. Orang yang munafik - apabila di jemput, suka menjawab InsyaAllah tetapi sebenarnya jauh di sudut hati maksud sebenarnya ialah InsyaAllah tidak hadir. Maka apabila tiba hari yang dijanjikan maka dia memberi alasan yang pelbagai demi untuk tidak hadir sebagaimana niat asalnya tadi. Kesian dia kerana memiliki sifat itu.
  4. Penyeri Majlis - tetamu yang ceria selalu, enjoy the food, memberi keseronokan kepada tuan rumah, ikhlas dan tidak hipokrit, juga dapat berinteraksi dengan tetamu yang lain walaupun tidak pernah berjumpa sebelum ini. Dia merasa seronok berada pada majlis ini dan komennya adalah positif dan membuahkan senyuman kepada tuan rumah.
Saya juga berpeluang menghadiri puluhan mungkin ratusan open house raya samada berskala kecil, sederhana atau besar-besaran anjuran para kenalan, korporat, pertubuhan, atau orang politik. Tanpa prejudis saya sukalah mengkategorikan karakter manusia yang saya perhatikan pada majlis-majlis ini seperti berikut:
  1. Makan Free - apabila free maka kita balun habis, isi pinggan tu sampai melimpah. Kalau satay tu ambik 38 cucuk terus. Bukan tak boleh, boleh tapi jangan sampai membazir.
  2. Makanan tak cukup - selalunya hos nya excited dan menjemput semua orang tapi pada masa sama tak bajet makanan betul-betul. Akibatnya tinggal kuah je. Tetamu bengang giler, dalam hati kutuk abis. Ini bagi saya hos kena banyak belajar. Ukur baju di badan sendiri. Tak usah syok sendiri dan buang masa orang lain.
  3. Juadah yang ringan - ni pun satu hal, kalau nak jemput orang tu buatlah betul-betul. Cuba bayangkan member tu datang sekeluarga dari Putrajaya, tol je dah RM12, memandu hampir 120km jauhnya, tiba2 sampai2 makan mee sup ngan air sirap je, tak berbaloi betul. Menyampah aku.
  4. Hos bangga diri - asyik puji diri sendiri je. Tak gheti nak ambik hati tetamu, malah menyakitkan hati ada le. Tetamu tu datang kerana di jemput. Maka insafla ye, orang bukan suka sangat nak terhegeh-hegeh datang ye.
  5. Tetamu tak gheti bahasa - ini pun satu hal jugak. Mari rumah orang tapi buat hal sendiri bila dah jumpa geng. Berborak macam nak rak, tak peduli kat hos yang bersusah payah menjemput dia. Ish ish kurang asam betul ye.
  6. Money no object - hos kira orang berada, jadi budget untuk open house kira ribu2 la ye. Catering dan siap ada pelbagai island lagi. Ada island ABC & cendol, island rojak buah dan mee rebus, island kambing panggang, island BBQ ayam, dan island kuay teoy penang. Hos kira goyang kaki je, semuanya ada orang serve. Ok la jugak, janji rock. Tetamu ok je sebab kenyang he he..
Itulah saja buat kali ini. Hingga berjumpa di lain siaran. Semua yang baik jadikan panduan dan yang tak elok tu dijadikan iktibar dan titik untuk berubah ke arah yang lebih baik. Niatnya suci dan murni. Jazakallah.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...