CLICK n GO

Monday, August 23, 2010

Ilmu Untuk Suloh Diri


Sedar atau tidak kita sudah berada di 13 Ramadhan. Bagaimana ibadah di bulan Ramadhan kita pada setakat ini? Semoga kita istiqamah dalam ibadah di dalam bulan istimewa ini yang menjanjikan pelbagai ganjaran pahala dari Allah SWT. Beruntunglah orang2 yang menghayati Ramadhan ini.

Kejadian alam ini adalah tanda kebesaran Allah. Justru pandanglah sekeliling dengan mata hati, gunakan akal pemberian Allah ini untuk fikir. InsyaAllah di sana ada ilmu bermanafaat yang boleh menjadi penerang untuk menyuluh ke dalam diri.


Alhamdulillah di Masjid As Salam tazkirah Ramadhan di adakan setiap malam dari ustaz2 undangan yang punyai tahap ilmu dan penyampaian yang tersendiri. Memandangkan kepada keaadaan umat hari ini, seorang Ustaz menafsirkan ada satu kelompok umat yang puasa mereka lebih teruk dari tahap orang awam kerana puasa mereka bukan sekadar hanya mendapat lapar dan dahaga malah mewarisi dosa kerana dalam berpuasa pun mereka tidak bersolat, tidak menutup aurat, atau berterawih tapi meninggalkan solat fardu.

Teringat saya satu peristiwa semasa saya melintasi deretan rumah kedai untuk ke stesen LRT Jelatek pada awal Ramadhan minggu lepas, seorang peniaga di situ sedang duduk di kaki lima dengan handset di telinga, antara kata-katanya "334 88" beberapa kali mungkin supaya kawannya di hujung talian mendengar dengan jelas. Tambahnya lagi, "tiga small dua big". Aduhai sedang menikam nombor ekor atau bermain sport toto rupanya. Apakah nilaian ibadah puasa orang ini agaknya?

Dalam hal menitik beratkan yang sunat tapi meninggalkan yang wajib, Ustaz memberi analogi umpama kita memakai serban tapi tak memakai kain atau memakai tudung tapi tak pakai baju. Cuba renungkan diri kita di depan cermin. Bukankah tak kena pemandangannya?

Bulan Ramadhan dikaitkan dengan Al Qur'an kerana di sana Kalam Allah ini di turunkan secara sekaligus 30 juzuk dari Lauhil Mahfuz ke langit dunia Baitul Izzah pada malam Al Qadr dan di sampaikan secara berperingkat oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun bermula pada 17 Ramadhan (Nuzul Qur'an). Maka membaca dan memahami makna Al Qur'an adalah agenda utama di bulan Ramadhan ini. Seharusnya budaya tadarrus Al Qur'an itu di tambah baik dengan membaca juga terjemahannya bagi memahami apa yang kita baca itu.

Alhamdulillah semoga Allah istiqamahkan kita dalam membuat kebajikan di bulan yang mulia ini. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. Pada 10 pertama ini kita mengharapkan rahmat Allah. Ustaz dalam salah satu tazkirah menghuraikan bahawa ibadah kita yang ikhlas semata-mata kerana Allah dengan pengharapan semoga ada nilaiannya di sisi Allah. Kita mengharapkan pandangan Allah. Betapa beruntungnya kita jika termasuk dalam lingkungan pandangan ini. Mungkin rahmat Allah yang dijanjikan pada 10 pertama Ramadhan itu akan berjaya kita raih.

Kini kita sudah di 10 kedua Ramadhan yang Allah janjikan keampunan-Nya. Kita manusia berdosa, namun Ustaz ada berpesan jangan sekali kita putus asa memohon dan mengharap keampuanan dari Allah SWT. Usah jadi manusia sesat yang bunuh diri untuk menyelesai kekusutan atau penyesalan hidup. Allah Maha Pengasih dan Penyayang walau sebesar gunung dosa kita. Allah Maha Pengampun. Dan Ramadhan ini menjanjikan keampunan Allah.

Surah Al 'Aadiyaat (ayat 1:5) menceritakan perihal kuda perang yang berlari kencang:
  1. Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah,

  2. dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya),

  3. dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi,

  4. maka ia menerbangkan debu,

  5. dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,

Apakah surah ini ditujukan Allah pada kuda?


Tidak tuan2, surah ini mengingatkan manusia tentang kesetiaan kuda kepada tuannya. Patuh segala perintahnya hatta di suruh berlari pada keheningan malam atau awal pagi, merentasi gunung ganang atau merempuh musuh di medan perang menggadai nyawa. Kuda tetap setia dan patuh mengikut segala arahan tuannya. Allah menyuruh kita renung dan fikir akan ciptaan-Nya dan mengambil pengajaran dan ilmu buat menyuluh diri kita. Muhasabah diri.


Ayat seterusnya pada surah ini memberi pengertian berikut:

  1. Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhan-Nya,

  2. dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya,

  3. dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.

  4. Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,

  5. dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada,

  6. sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.

Ayat ini menjelaskan betapa kuda begitu setia mematuhi segala perintah tuannya sebaliknya sebahagian manusia kekal ingkar dan tidak bersyukur kepada Tuannya, Allah SWT. Ancaman Allah SWT kepada manusia yang ingkar dan sangat mencintai harta benda bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal di kala mereka dibangkitkan dari kubur dan di kala isi dada mereka ditampakkan. Supaya kita berfikir dan mengkoreksi diri insyaAllah.


Surah An Naml (ayat 18): "Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."


Banyak ayat2 Al Qur'an yang di kiaskan menggunakan contoh haiwan, seperti mana makhluk semut apabila ketuanya memerintahkan semua semut untuk bersembunyi dalam lubang masing2 kerana Nabi Sulaiman dan bala tenteranya akan melalui kawasan mereka. Setelah selesai menyelamatkan diri barulah keluar dari lubang masing2 untuk mendapatkan rezki yang ada sepeninggalan angkatan Nabi Sulaiman itu.


Ustaz menjelaskan sekali lagi Allah mengajak kita merenung dan berfikir akan kejadian ciptaan-Nya iaitu semut2 tadi bebas bertaburan mencari rezkinya dengan penuh disiplin dan mengambil langkah2 keselamatan berlindung dari kemusnahan. Sedangkan manusia yang dikurniakan akal fikiran ini dalam sibuk jalan2 cari makan dan pelbagai urusan dimuka dunia ini gagal melindungi diri dari azab api neraka Allah.


Sibuk berniaga di bazar Ramadhan hingga lupa untuk solat asar dan terlepas solat maghrib demi melayan pelanggan yang ramai. Cukuplah dengan kejadian ribut yang memusnahkan bazar Ramadhan di Melaka minggu lepas yang mengorbankan tiga nyawa dan puluhan kecederaan itu sebagai amaran dari Allah supaya Ramadhan ini di hayati sebagai ibadah bukan riadah.


Sesungguhnya Al Qur'an adalah mukjizat terhebat untuk umat ini. Di sana penuh khazanah ilmu dan panduan hidup bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan yang lebih utama kebahagiaan hidup yang kekal abadi di akhirat.


Marilah kita sama2 mengaji Al Qur'an dan mengorek segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Semoga kita tergolong dikalangan umat yang memperoleh keuntungan dan terpilih untuk diberi keampunan oleh Allah SWT. Jadikan 10 kedua Ramadhan ini penuh dengan muhasabah, penyesalan dan memohon sepenuh jiwa raga belas ehsan Sang Pencipta agar dilimpahkan keampuan atas segala dosa dan kesilapan selama ini. Supaya kita di landasan yang benar untuk menempuh 10 terakhir Ramadhan yang meletakkan hadiah utama pembebasan dari api neraka Allah. Jazakallah.

@@@

Friday, August 13, 2010

Kona Baring

Sekembalinya dari ofis minggu lepas, saya singgah solat maghrib di stesen Petronas. Sesudah solat isteri saya yang datang menjemput, menunjuk kepada seorang wanita bertudung dalam umur 40an di sisinya. Kata isteri saya kakak ini bertanyakan perihal pusat pemulihan akhlak yang di dengarnya ada di pekan ini. Katanya dia ada masalah iaitu anak perempuannya yang berusia 17 tahun kini mengandung 5 bulan. Dia datang ke pekan ini dari KL secara tawakal sahaja untuk mencari pusat berkenaan demi mencari tempat perlindungan kepada anaknya tadi. Perlindungan juga dari aib keluarga di mata masyarakat.

Kebetulan dia terjumpa dengan isteri saya semasa di bilek air stesen Petronas dan bertanyakan kepada isteri saya. Maka saya pun meredah kegelapan malam memandu kereta saya diikuti rapat kereta keluarga kakak tadi menuju Baitul Islah pusat jagaan anak2 bermasalah yang ada cawangannya di kawasan perumahan kami. Setelah memberi salam dan memperkenalkan kakak tadi kepada pengusaha pusat itu, saya dan isteri pun kembali ke rumah kami.

Ustaz Roslan yang menubuhkan pusat perlindungan ini pernah memberitahu bahawa sangat ramai manusia di luar sana yang yang menghadapi masalah anak yang sudah terlanjur atau barakhlak buruk dan tidak mampu mengatasinya atau ‘helpless’ untuk menjaga anak2 ini lagi. Maka pusat2 pemulihan akhlak seperti ini diwujudkan bagi memenuhi ruang kekosongan itu.

Isteri saya bercerita antara yang sempat dikongsikan oleh kakak tadi yang dijadualkan mengerjakan ibadah haji dua bulan lagi ialah betapa dia sekeluarga cuba mengelak dari membuat lapuran polis kerana malu. Betapa dia mahu anaknya mengambil peperiksaan SPM hujung tahun ini, tapi khuatir perut yang semakin memboyot dan kemungkina besar terpaksa mengambil secara persendirian. Boyfren anaknya ini pernah memberitahu niat untuk mengahwini anaknya tapi masih tidak ada wang, namun Kakak ini berkata bahawa dia tidak mahu budak itu berkahwin dengan anaknya kerana pernah terdengar perbualan lucah melampau budak ini di telefon.

Kakak ini juga sempat memberitahu bahawa anak lelakinya iaitu abang kepada anaknya tadi juga pernah terlibat melakukan maksiat zina. Dan anak saudaranya juga ada anak diluar nikah yang kini di peliharanya. Memang benar semasa saya sampai di Baitul Islah itu kelihatan suami kakak ini mendukung seorang bayi kecil semasa keluar dari kereta, iaitu anak luar nikah tadi. Terfikir saya apakah keadaan sebenar keluarga ini?

Anak perempuan saya terkedu dan berdebar mendengar kisah ini. Saya terus berpesan untuk menguatkan jatidiri, menjaga akhlak, dan takutkan Allah. Segalanya bermula dari berpegang tangan, bertepuk bertampar, dan ber’couple’ yang sememangnya sudah menjadi lumrah di sekolah. Kata saya pastikan jangan ada orang yang berani menyentuh kita. Berkawan dengan kawan2 yang baik akhlak dan kuat jatidiri. Mesti pandai berfikir dan menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Permasalah akhlak dan moral di kalangan anak2 dan remaja sudah mencapai tahap nazak. Apabila KM Melaka berhasrat menubuh sekolah khas buat remaja2 mengandung ini, menunjukkan betapa ramainya kelompok ini dalam masyarakat. Dan apabila Shareezat menentang penubuhan sekolah itu kerana katanya kementeriannya punyai cukup pusat perlindungan untuk anak2 begini, maka sekali lagi membuktikan betapa gejala anak luar nikah ini sudah parah.

Persoalan ini tidak boleh dipandang sebelah mata lagi. Ia boleh berlaku kepada jiran kita, kakak tadi, atau pak haji dan pak lebai ketua masyarakat. Musibah ini sudah menjadi perencah kehidupan. Apabila wujudnya penzinaan dan mengandung haram, maka hasilnya anak luar nikah. Bagi menutup malu dan aib maka bayi2 itu di buang, dinafikan hak untuk hidup malah diperlaku atau dibunuh kejam. Benarlah dikalangan manusia penuh dengan keganasan binatang. Malah binatang sendiri menyayangi dan melindungi anak2 mereka. Maka manusia lebih binatang perangainya dari binatang.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Dalam Berita Harian bertarikh 3 Ogos 2010, di paparkan terdapat 16 remaja perempuan hamil tanpa nikah, purata dua orang sebulan dimasukkan sama ada secara sukarela atau menerusi perintah mahkamah ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (di bawah MAIS), Sabak Bernam sejak Januari lalu. Pengusaha pusat ini Mohd Makhi Adnan, berkata seramai lapan remaja sudah melahirkan anak dan berada dalam tempoh pantang, manakala lapan lagi masih menunggu kelahiran. Semua remaja terbabit masih bersekolah dan menuntut di IPT berusia dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun.

“Apa yang membimbangkan jumlah kemasukan remaja berdepan dengan pelbagai masalah sosial termasuk hamil luar nikah ke pusat itu terus meningkat kepada 96 orang dalam tempoh tujuh bulan paertama tahun ini, berbanding secara purata 60 orang sepnajang tahun lalu. Peningkatan hampir 40% dalam masa setahun itu perlu diberi perhatian oleh ibu-bapa dan masyarakat, dengan tidak hanya menyerah kepada kerajaan semata-mata untuk menanganinya,” kata Mohd Makhi lagi.

“Saya terlanjur di rumah sendiri apabila ibubapa keluar bekerja,” jelas Amira, 17, yang mengakui tersilap befoya-foya bersama teman lelakinya Azhar, 17, yang dikenalinya sejak berusia 13 tahun. “Sebenarnya saya tinggal di asrama, tetapi kejadian berlaku ketika saya pulang ke rumah kerana rindukan Azhar”.

Kalau kita rajin menjenguk ke dada-dada akhbar maka sudah tentu akan terpapar pelbagai tajuk besar gejala kronik remaja kita, hamil luar nikah dan buang bayi saban hari. Sudah menjadi perkara biasa, walaupun sebenarnya ia sangat trajis dan luarbiasa.

  1. Bayi Perempuan Dalam Tong Sampah (Melaka, pasangan remaja disyaki terbabit ditahan – UM 12/8/10)
  2. Sangkakan Bangkai Babi Hutan (Sg Petani, seorang gadis disyaki dirogol dan dibunuh kejam – UM 12/8/10)
  3. JKM Cari Waris Bayi Di Temui Di Kaki Lima (Nibong Tebal, bayi perempuan ditinggalkan di kaki lima sebuah banguan kedai Taman Cegar, Simpang Ampat di sini hujung bulan lalu.
  4. Dua Bayi Satu Janin Ditemui Dibuang (Segamat, bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam tempoh 48 jam, ditemui oleh seorang wanita ditinggalkan di depan rumahnay di Jabi lewat malam kelmarin – BH 10/8/10)
  5. Lagi Bayi Baru Lahir Dibuang (Tampin, tidak sampai empat jam selepas dilahirkan, seorang bayi perempua terpaksa menahan sejuk dan lapar sambil menangis akibat ditinggalkan – BH 10/8/10)


Sudah tentu bencana ini sangat mudarat. Janganlah kita berpeluk tubuh seolah-olah tiada apa berlaku atau menunggu ia menimpa batang hidung atau keluarga sendiri dulu untuk kita melatah atau meratapi nasib. This problem is for real.


Allah melarang kita menghampiri zina. Maka itulah ubat dan penawarnya. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu kelemahan dan kekuatan kita. Dia tahu ada nafsu dalam diri dan ada godaan syaitan yang mengindahkan suasana. Allah Maha Mengetahui. Dan Allah mengarahkan kita jauhi ziana. Itulah jawabannya.


Alat propaganda zina demikian luas jaringan dan jangkauannya ditambah lagi dgn harga yg murah mulai dari akhbar harian, mingguan tabloid, majalah, tayangan-tayangan televisyen, vcd-vcd lucah yang berleluasa di pasar-pasar terbuka yang kesemuanya itu dapat diakses oleh siapa pun juga. Pada satu masa kita berhujah jauhilah pergaulan bebas, zina dan sebagainya. Namun pada setiap masa yang lain pergaulan bebas inilah yang ditonjolkan, artis2 seksi itulah yang menjadi idola, dan konsert dan hiburan lah yang dipromosikan.


Manusia hilang punca. Bersentuh-sentuhan, berpegang-pegangan tangan, berdating, berbual mesra, lara berchatting dan ber’facebook’, bergaul bebas, berdua-duan dengan bukan muhrim, tidak menutup aurat, atau menutup aurat dengan tidak sempurna. Itulah permulaanya. Itu sudah menjurus kepada menghampiri zina.


Ingat, Allah kata jangan hampiri zina. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”(Al Israk:32). Allah mencegah zina itu dari puncanya.


Membaca, memahami dan merenungkan ayat ini kemudian melihat kenyataan dalam hidup masyarakat kita saat ini sungguh akan membuat kita merinding dan malu. Bagaimana tidak? Salah satu dosa besar yang dimurkai Allah telah menjadi hal yang biasa dilakukan sebahagian masyarakat kita tanpa malu-malu dan rasa takut. Segala pintu dan ransangan menuju ke arah perbuatan zina tersebar luas tanpa ada pemantatauan atau pencegahan yang bermakna. Apabila manusia menidakkan suruhan Allah dan manafikan larangan-Nya, maka tunggulah akibatnya.


Marilah kita lakukan sedaya mampu kita untuk menyelia selidik dan mentarbiah anak2 kita supaya kekal elok di jalan yang lurus, bukan jalan yang sesat dan menyesatkan.


“Oh anak-anakku, bukan Papa dan Mama mahu menyekat kebebasan mu atau cuba mengongkong kehidupan mu, tapi Papa dan Mama risau akan dunia akhir zaman ini yang mengajak anak-anak memuja hiburan dan keseronokan hingga melupakan segala larangan dan suruhan Allah, Pencipta kita yang Maha Pengasih dan Penyayang itu.”


“Janganlah terpedaya dengan hiburan dan keseronokan itu, kuatkan akidah dan jatidiri anakanda. Tolonglah bijak membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang beriman dan berakhlak mulia.”


“Papa dan Mama hanya mampu menasihati kerana di luar sana anakanda akan terpaksa melalui segala kerenah kehidupan ini, dan mesti membuat keputusan sendiri.” “Ingatlah anakku, Dalam apa jua keadaan Allah sentiasa melihat kita. Jadilah manusia yang bertakwa yang peduli pada hakikat dosa dan pahala.”


“Papa dan Mama doakan anakanda selamat menempuhi segala dugaan hidup, dan selamat di dunia dan berbahagia di akhirat.”


Semoga kedatangan bulan Ramadhan ini membawa keinsafan kepada para remaja khasnya untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu kembali kepada Agama. Manusia ini tiada nilainya tanpa Agama. Inilah bulan yang pada awalnya Rahmat, pertengahannya Keampunan, dan penghujungnya Pembebasan Dari Api Neraka.

Marilah kita menadah tangan bergantung harap kepadaNya sebagai penyelesai segala kekusutan dan kecelaruan ini. Cintai majlis ilmu, supaya lebih mudah untuk kita membezakan perkara baik dari yang buruk, halal dan haram. Hentikanlah hidup yang tanpa wawasan dan penuh kesesatan itu. Hati-hati yang insaf dengan penuh ikhlas dan pengharapan bakal mengundang Nur Agama untuk kembali menerangi hidup ini.

@@@

Tuesday, August 10, 2010

The Magic of Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan is in town. Salam Ramadhan Al-Mubarak to all Muslims. I received a few SMS wishes from all over the place. Ramadhan is here...yet again.

"Semoga mendapat kesempurnaan ibadah dan kerahmatan dari Nya di bulan yang mulia ini. Jadikanlah bulan mulia ini bulan perubahan untuk diri sendiri ke arah yang lebih baik walaupun kita semua tidak begitu sempurna. Kemaafan dipinta andai kata-kata terguris hati, andai janji tak tertunai, andai perbuatan tak menyenangkan selama ini. Salam Ramadhan Al-Mubarak."


"Salam...my name is Syaaban, I'm advising you that my neighbour Ramadhan will be visiting you soon with his wife Rezeki and two children Sahur and Iftar. They will be accompanied by three grandchildren Rahmat, Barakat and Toubat. They will leave after 30 days by Eid Airlines. Treasure them and you will be blessed, Ameen. Ramadhan Ya Kareem, may it bring lots of Nur in our life. Selamat Berpuasa."


Ya Allah aku bersyukur kerana di beri peluang sekali lagi untuk menjalani ibadah
kepada Mu di bulan Ramadhan pada kali ini. Berikan aku kesihatan dan kekuatan untuk istiqamah menuju redha Mu dan mencapai tahap Taqwa. Ramadhan and its magic. Keajaiban dan keistimewaan Ramadhan. Mari kita renungkan.

Tiba saja Ramadahan, seolah-olah seluruh eko sistem kita turut terubah. Kalau dulu sakit perut, pening kepala atau masuk angin jika tak pekena sarapan pagi atau makan tengahari, tiba je Ramadhan secara otomatik sistem badan kita adjust baik punye, hingga kita tak kisah pun tak boleh makan atau minum di siang hari itu. Perokok tegar sama jugak, boleh otomotik berenti merokok di siang hari. Magic bukan?


Bangun awal pagi untuk bersahur, Alhamdulillah. Kalau bulan-bulan lain memang sah tak bangun punye pukul 4 atu 5 pagi begitu. Di bulan Ramadhan ni terasa mampu dan berdaya pula. Apatah lagi terasa ringan pula untuk mendirikan solat tahajjud dan solat-solat malam yang lain. Mudah pula mengaji Al-Qur'an dan membuat perkara-perkara kebajikan yang lain. Magi
c bukan?

Solat terawih pada malam pertama ni, tu dia penuh Masjid As Salam tadi. Alhamdulillah. Kalau bulan-bulan lain jangan harap nak penuh masjid dengan para jemaah, tapi tiba je bulan Ramadhan, penuh masjid beb. Magic bukan?

Juadah Ramadhan beraneka jenis. Bazar Ramadhan sudah menjadi sebahagian dari budaya Ramadhan. Rezeki melimpah ruah. Rezeki kepada para peniaga dan rezki kepada para pengunjung yang berpeluang memilih pelbagai juadah, yang payah nak jumpa pada bulan-bulan lain. Cuma yang tak syoknya kadang nafsu masih menguasai diri dan gagal di puasakan sama hingga timbul pula masalah lain iaitu pembaziran.

Para isteri dan ibu-ibu pula memasak dan menyediakan juadah berbuka yang agak istimewa. Pelbagai juadah seperti ayam percik, nasi kerabu, ikan bakar, ondeh-ondeh, sri kaya, dan aneka kueh-mueh. Minuman air longan, ABC, air cincau dan pelbagai minuman sejuk atau panas di hidangkan menggantikan air kosong yang selalunya mengambil tempat di maja makan. Magic bukan?


The magic of Ramadhan is kicking and alive. Tiba saja bulan Ramadhan aura sekeliling berubah. Sistem dalam badan berubah. Suasana dan environment berubah. Semangat dan perasaan berubah. Allah Maha Besar. Allah sang Pencipta yang fasih dan memahami segala detail dan perinci sistem hidup dan manusia. Dialah yang mencipta segala ini. Magic dan keajaiban Ramadhan ini.


Dalam tazkirah Ramadhan yang disampaikan pada slot antara solat terawih di Masjid As Salam tadi, Ustaz Abu Bakar Yan selaku seorang Ustaz penyampai berpengalaman di radio IKIM merangkap nazir Masjid As Salam memberi pesanan tentang objektif utama ibadah puasa di bulan Ramadhan ini ialah untuk mencapai tahap takwa di sisi Allah. Bukankah yang membezakan setiap kita di sisi Allah ialah ketakwaan? Kita kena faham mengapa kita menjalani ibadah puasa ini.


"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "
( QS Al-Baqarah :183 ).


Seterusnya ustaz menerangkan perihal tiga kategori orang berpuasa iatu:
  1. Tahap puasa orang awam - iaitu berjaya menahan diri dari makan, minum dan hubungan suami isteri.
  2. Tahap puasa khusus - bukan sekadar menahan diri dari makan, minum dan hubungan suami isteri di siang hari, tapi berjaya mengarahkan seluruh pancaindera untuk berpuasa termasuklah mata dari pandangan yang maksiat, telinga dari mendengar segala keburukan, lidah dari menutur perkara mungkar, dan kaki dan tangan dari melakukan dosa.
  3. Tahap puasa khusus yang khusus - iaitu tahap tertinggi, yang di miliki oleh para ambiya' di mana puasa bukan setakat di pacaindera malah hati turut berpuasa. Hati di jaga dari lintasan maksiat. Apa yang ada ialah kebajikan dan zikrullah menuju tahap takwa.

Maka Ustaz Abu Bakar menyeru para jemaah untuk kalau tidak pun boleh mencapai tahap ketiga itu, maka cubalah pada kali ini untuk mencapai tahap kedua, iaitu mengawal pancaindera agar turut berpuasa sama.

Cukuplah selama ini puasa di tahap orang awam itu, yang Ustaz umpamakan sebagai puasa kanak-kanak, sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga yang tidak lebih dari itu, dan memenuh perut hingga mengah ketika berbuka.


Kenapa ibadah puasa kita masih di takuk lama? Rupa-rupanya...
  1. Kena buat persediaan. Umpama latihan intensif setiap kali mahu menyertai pertandingan atau perlumbaan. Bulan Rejab dan Syaaban itu sebenarnya bulan latihan kita, supaya bila tiba saja Ramadhan kita sudah dapat perform dengan prestasi tinggi.
  2. Kena tahu kenapa kita berpuasa? iaitu untuk memenuhi perintah Allah bagi mancapai tahap takwa.
  3. Kena ada model ikutan. Contohi bagaimana orang alim yang mewaris cara Nabi berpuasa.
  4. Bukan sekadar ikut-ikutan bagaimana cara ibubapa atau adik beradik kita berpuasa. Jangan puasa sekadar adat tetapi usahakan supaya puasa kita ada nilaiannya sebagai ibadah kepada Allah.

Bagaimana untuk mencapai puasa tahap kedua itu?
  1. Jaga pandangan mata. Tundukkan dari melihat perkara sia-sia dan menjolok mata, hiburan tanpa had di TV, dari insan-insan yang tidak menjaga aurat.
  2. Jaga pendengaran telinga. Elakkan mendengar orang mengumpat, lagu-lagu yang lara, atau perkara sia-sia. Dengarlah zikrullah, bacaan Al-Qura'n dan majlis ilmu.
  3. Jaga lidah dan mulut dari tutur kata yang sia-sia dan mudarat.
  4. Jaga kaki, tangan dan pancaindera lain dari melakukan perkara-perkara maksiat atau melarakan.
  5. Jangan berlebih-lebihan dalam juadah berbuka sehingga membazir.
  6. Biar ada rasa takut dan risau ibadah kita tidak di terima Allah. Sekaligus menaruh harapan agar Allah sudi menerima amal ibadah kita ini.

Cintailah majlis-majlis ilmu di sepanjang Ramadhan ini kerana di sana ada petunjuk dan ilmu yang boleh dijadikan hujah untuk kita dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk, yang mana halal yang mana haram.

Penuhi setiap detik Ramadhan ini dengan fikir, amal, usaha terbaik dan harap bagi mengundang rahmat dan berkat dari Allah. Selamat membuat pelaburan dan memenangi perlumbaan di litar 30 hari ini.


Selamat Berjaya !!


@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...