Saturday, October 09, 2010

Kawan Atau Kenalan ??

Mengikut kata seorang CEO "kawan adalah seseorang yang bukan musuh". Hmmm betul jugak tu. Skop yang agak luas untuk definasi kawan. Carilah beribu kawan kerana beribu kawan itu sangat sedikit, tapi jangan cari seorang pun musuh kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak. Menunjukkan bahawa elok jangan dok cari pasal dengan orang, takut jadi bermusuh la pulak. Sebuah senyuman apabila dibalas dengan sebuah senyuman maka sudah terjadi dua senyuman. Elok ke tak elok tu? Rasanya elok "to break the ice", semoga dari situ wujud sebuah perkenalan yang mungkin berlanjutan menjadi kawan bukan sekadar kenalan.

Jadi kawan atau kenalan? Apa penilaiannya? Kenalan itu rasanya ialah seseorang yang pernah kita kenali atau pernah kita bertegur-sapa. Mungkin kita mengenali namanya atau dari mana asalnya dan di mana rumahnya atau di mana tempat kerjanya. Apabila ada sesuatu keperluan mungkin kita akan menghubungi nya terutamanya bersangkutan dengan soal kerja. Soal perbincangan atau perbualan mungkin perkara rasmi dan tidak kepada soal peribadi. Jika dijemput untuk bertandan ke rumah mungkin pelbagai alasan di beri untuk menolaknya.
Kawan atau sahabat pula ialah seseorang yang kita rasa selesa untuk berkongsi cerita walaupun menyentuh soal keluarga atau peribadi. Apabila ditimpa kesusahan atau memerlukan sesuatu bantuan, kawan akan tampil membantu. Maknanya dia bukan mendampingi kita semasa senang sahaja tetapi sanggup bersama kita di masa susah juga. Itulah kawan.

Pagi tadi seorang kawan iaitu Saudara Bakar yang saya kenali sejak tahun 1982 lagi semasa menuntut di universiti telah menelefon pada pukul 6:42 pagi. Saya pun telefon balik beliau setelah melihat "miss call" di telefon saya setelah selesai solat subuh itu. "Hang telefon aku tadi?" tanya saya. "Ya, aku nak ajak hang satu family pi breakfast". Saya pun error sat. Apa kena si Bakar ni. Buang tabiat ke apa. "Tak ada la, aku tahun ni tak buat open house jadi aku niat nak belanja hang satu keluarga", katanya. "Hang jemput aku open house jadi aku jemput hang pi bereakfast la..he he".
Maka kami pun pi sarapan la kat Restoran Salam Sentosa pada pukul 8:15 pagi sebagai memenuhi undangan Saudara Bakar. Ukhwah persaudaraan terus kukuh walaupun sudah 28 tahun berlalu semenjak pertama kali saya mengenali beliau. Isteri dan anak2 saya juga menjalin hubungan yang baik dengan isteri dan anak2 Bakar. Alhamdulillah, bagi saya Bakar adalah seorang kawan, bukan sekadar kenalan. Beliau ringan tangan membantu jika saya memerlukan pertolongan. Tutur bicaranya ikhlas tanpa ada bayangan hipokrit.

Dalam kehidupan ini, banyak orang yang kita kenali dari dulu hingga sekarang. Perjalanan yang jauh. Rasanya kita boleh menilai yang manakah kawan dan yang manakah sekadar kenalan di jalanan. Dari pandangan mata kasar dan detik hati kecil pada setiap pergaulan dan perhubungan itu, insyaAllah akan jelas di depan kita siapa dia. Seorang kawan atau kenalan dan yang penting bukan musuh.
Niat kita berbuat baik. Kawan yang baik membawa kita kepada kebaikan, insyaAllah.

@@@

4 comments:

Achu Tra said...

salam ustaz...payoh nok cari oghe mace Hj Bakar tuh...moga persahabatan terus kekal kukuh hingga akhir hayat..insyaallah...maaf lamo ambo tok menyinggoh...

sot said...

TQ Achu Tra. Amin semoga berkat demo panggil kawe ustaz. Kawe ni bukan la ustaz he he...Apa khabar saudara sekeluarga? Zulkaedah dah kita ni, tapi ada lagi kot majlis raya weekend ni. Hak jelas, hari ni 10.10.10 banyak org book buat kenduri kawin. Budaya main nombor comel ni dah menular dlm masyarakat kita nampaknya. Tak kisah lah ye asal bahagia, selagi tidak melanggar syariat.

Anonymous said...

salm ukhwah , jika x keberatan , saya ingin tahu tempat saudara menimba ilmu smbum nie..(di universiti mane). muka saudara iras benar dgn kwn lama saya :)

sot said...

TQ sudi singgah semoga ada manafaatnya.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...