Yes parlimen sudah di bubar. Bendera & banner BN sudah berselerakan di tepi2 jalan. Bendera Keadilan & PAS sudah di pacak di atas puncak2 bukit dan pokok sejak 2 minggu lalu. Demam pilihanraya sudah tiba. Bilek2 gerakan sudah panas.
Malam tadi saya tengok program TV1 pasal pilihanraya. Ada setiausaha SPR iaitu Dato Kamaruzzaman menyatakan "tiada penipuan berlaku, proses pilihanraya berlaku dgn telus, banyak kelemahan sudah diperbaiki, dan SPR melakukan yg terbaik berdasarkan kerangka undang2 dibawah jurisdiction SPR". SPR akan menentukan Senarai Pemilih manakah yg akan di gazette kan untuk di guna pakai bagi pilihanraya ke-12 ini. Maknanya sesiapa yg ada namanya dlm Senarai Pemilih ini layak untuk mengundi.
Apabila di tanya tentang kepincangan...
1. Pengundi hantu - katanya apa yg mungkin berlaku ialah pengundi sudah tidak menetap di situ untuk sekelian lama, tetapi time pilihanraya dia balik mengundi & dia eligible untuk mengundi kerana namanya ada dlm senarai pemilih di situ.
2. Nama tak ada dlm senarai pemilih - kemungkinan berlaku kerana nama itu telah ditukar ke daerah mengundi yg baru. Kerana SPR berhak melakukan pemindahan tempat mengundi ke kawasan berjiranan sekiranya jumlah pengundi di sesuatu daerah mengundi itu melebihi 3,850 org. (Di sini pemindahan tempat mengundi atau persempadan semula boleh dibuat secara legal dari segi undang2 namun mungkin ada kepentingan pihak2 tertentu especially parti memerintah) SPR sebenarnya memaparkan senarai pemilih ini untuk orang awam di pejabat SPR dan tempat2 awam tertentu untuk semakan. Atau pemilih juga boleh menyemak dlm website SPR.
3. Org mati mengundi - SPR tidak akan delete nama org mati dari senarai pemilih selagi mana tidak mendapat arahan dari Jab Pendaftaran Negara kerana urusan pendaftaran kematian itu adalah di bwh kuasa JPN. Jadi sekiranya ada seseorang membawa IC si mati dan mengundi maka ia mungkin berlaku. Namun ia adalah satu kesalahan dari segi undang2.
4. Pasal undi pos - terdapat beberapa kategori yg eligible untuk undi pos yg terkandung dlm akta pilihanraya iaitu tentera, diplomat, pelajar di luar negara sepenuh masa, kakitgn SPR yg bertugas, polis, beserta pasangan masing2. Katanya prosesnya telus iaitu pengundi kena mengisi borang identiti & kertas undi yg keduanya punyai no.siri yg sama untuk mengelak penipuan yg mesti disahkan sebelum dpt mengundi. Kemudian undi di buat secara sulit dan kertas undi dimasukkan ke dlm peti undi. Agen2 calon di maklumkan tentang step2 proses undian pos itu dan tarikh membuka kertas undi dsb.
5. Tentang peti undi hilang atau di manipulate - katanya petiundi itu akan di seal pada pukul 5ptg dan di tandatgn oleh Pegawai SPR, & Agen calon2 yg bertanding pada pusat mengundi itu. Maknanya tiada lagi kertas undi yg boleh dimasuk atau dikeluarkan dari peti undi. Kemudian peti undi itu akan di buka dan segala isinya dilambakkan di atas meja untuk proses pengiraan undi. Setiap helai kertas yg di kira itu di paparkan kpd agen calon dan yg kertas undi yg tak jelas akan dimasukkan ke dlm satu kotak 'keraguan' dan akan di akan ditentukan kemudian oleh semua pihak yg terlibat itu samada ianya undi rosak dsb. Bagi keputusan yg bezanya 4% atau kurang maka pengiraan semula boleh dilakukan. Setelah pengiraan selesai kertas2 undi itu akan dimasukkan semula ke dalam peti undi itu & borang keputusan disahkan oleh pegawai SPR dan agen2 calon yg bertanding. Selepas itu peti undi itu akan di bawa ke pusat pengiraan daerah, namun ia tidak akan dikira sekali lagi. Hanya borang keputusan tadi dari tempat undian, yg akan diambil kira sebagai keputusan rasmi untuk digandingkan dgn tempat2 undian yg lain dari daerah pengundian itu.
6. Pasal unfair airtime on TV - SPR kata itu bukan bidang kuasa dia, tu kena runding dgn RTM, Astro, NTV7, TV3 dsb.
Itulah yg dijelaskan oleh setiausaha SPR. Ada seorang lagi ahli panel itu Prof Sains Politik dari UKM kalau tak silap, menyatakan mungkin penjelasan dari SPR menampakkan ketelusan proses namun rakyat masih tidak berpuas hati kerana penyelewengan dan penipuan memang berlaku dan dialami oleh ampunya badan misalnya. Dan penyelewengan itu mungkin bukan dibuat oleh SPR tetapi pihak yg lain seperti parti2 politik atau individu2 yg berkepentingan. Contohnya mengundi menggunakan IC palsu mungkin boleh berlaku.
Ada seorang caller dari Sabah bagi komen, katanya kenapa kedua2 ahli panel di ambil dari orang kerajaan kerana sudah tentu komen mereka pro kerajaan. Sepatutnya ada wakil dari pihak pembangkang. Supaya penjelasan kedua2 pihak dapat diambil kira untuk penilaian rakyat yg menonton. Jadi pengerusi tu jawab, program itu sebenarnya untuk menjelaskan persediaan untuk menghadapi pilihanraya ke-12 dan bukannya medan perdebatan untuk mencari siapa menang siapa kalah. Standard la tu...he he.
Itu lah ceritonya, panas, panas, jom kita bincang hal ehwal pilihanraya, jom, jom....bagi komen anda secara berhemah dan konstraktif agar admin tak delete he he..
Tunailah tanggungjawab untuk mengundi pemimpin anda. Undi anda adalah sulit dan rahsia. Tak payah beritau sesiapa. It is between you and Allah. Gunakan akal dan ilmu yg diberikanNya untuk sama2 kita menilai yang baik dan buruk, demi mencari keredhaanNya. Semoga kita semua selamat dunia & akhirat, InsyaAllah.
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment