Friday, February 22, 2008

Pesan Tok Guru

Malam tadi saya telah mengikuti satu kuliah maghrib di surau al-Faizeen oleh Ustaz Ayob Al-Hafiz dan mengenai pilihanraya ini beliau ada menyebut iaitu beliau sering di tanya oleh ahli jemaah dan agak bosan juga di bawa ke dlm diskusi penuh polimik dan alasan tak berkesudahan bagi menegak pandangan masing2. Kerana jawapan beliau akan sentiasa di counter balik dsb. Kadang tu rasanya dia nak cuti dari kuliah maghrib sepanjang musim pilihanraya ini. Jadi once and for all dia nak jelaskan pada khariah surau kami iaitu bagi dia clear iaitu kita kena ikut cara Rasulullah saw berpolitik berdasarkan sebuah hadis, iaitu mencari keredhaan Allah di atas jalan yang nyata dan tidak samar2. Jelas.

Maka saya paparkan di sini pesanan Tok Guru suatu masa dahulu. Katanya - Masalah pilihan ini bukan berlaku setiap lima tahun sekali. Pilihan berlaku setiap hari, setiap jam, setiap saat kerana manusia itu ditakdir oleh Allah swt hidup di muka dunia ini diapit dan dikapit oleh malaikat di sebelah kanan, syaitan di sebelah kiri. Tidak kira orang ini Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Arif. Tiap-tiap manusia di muka dunia ini diapit dengan kiraman katibin, dengan malaikat yang mencatit amalan baik, malaikat yang mencatit amalan jahat.

Bila berdepan dengan sesuatu perkara , manusia secara otomatik terpaksa memilih samada hendak menurut kehendak malaikat, hendak turut kehendak syaitan, samada sedar atau tidak. Setiap saat, setiap masa, setiap jam, manusia terpaksa memilih. Memilih samada makanan, minuman, pakaian, duit, berniaga, memangkah. Memilih apa sahaja pun. Manusia terpaksa memilih, kerana memang begitu peribadi atau tabiat manusia.

Kita sebagai seorang Muslim yang akil baligh telah diberi panduan hidup oleh Allah swt supaya kita memilih barang yang baik. Tidak ada yang baik di muka dunia ini, kecuali perkara yang telah ditetapkan baiknya oleh Allah swt. Maka bagi kita orang mukmin tetap memilih perkara yang baik, dan tidak ada perkara yang baik, saya ulangi, melainkan perkara yang dikatakan baik oleh Allah swt.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al Ahzab: 36)

Mudah-mudahan pesanan ini direnung dan diamalkan oleh kita semua dengan serius dan penuh tanggungjawab demi maruah dan masa depan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta. Jazakallah.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...