Friday, September 07, 2007

Kisah Mat Deris

Usia Mat Deris sudah 45 tahun. Punyai rumah besar kereta besar dan kerja berpangkat manager. Isteri dan anak-anak belasan tahun. 20 tahun dulu gaji Mat Deris RM600. Dapat gaji habis gaji, tapi Alhamdulillah setakat makan pakai dan sebijik kereta second-hand masih mampu. Beberapa kali pindah kerja dan gaji pun semakin meningkat. Dulu masa gaji RM600 rasa kalau dapat gaji RM2000 memang rasa lebih dari cukup. Tapi besar periuk besar keraknya. Sekarang walau gaji dah mencapai RM9000 tapi dapat gaji habis gaji jugak. Kereta besar, rumah besar masih hutang bank jugak. Anytime bank boleh ambik balik. Tambah lagi hutang kad kredit, pinjaman peribadi, dan macam2 bil. Terbayang kalaulah gaji RM15000 nantu selesailah kot masalah. Namun bila gaji dah RM25000 sebulan pun, Mat Deris masih terkial-kial dalam himpitan hutang, bebanan kerja, dan masalah peribadi. Bilakah Mat deris akan tenang jiwa dan raga melalui hari2 yang penuh bahagia?

No comments:

KEMBARA 100 MASJID

Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gam...