Saturday, July 17, 2021

BILA MAU BERSARA?



BILA MAU BERSARA BRO?

Saya terbaca di satu posting FB sahabat saya Shaiful iaitu posting daripada anaknya bertarikh Febuari 2021. "Today, ayah told me, the reason he’s been able to work for so long is because he simply loves his job. He may be retired from MIDF, but he’s still technically working. I guess it’s true what they say, choose a job you love and you will never have to work a day in your life. Happy 60th birthday ayah. May Allah bless you with a long and healthy life to continuously spoil your grandchildren."

Masih bekerja dikala usia sudah mencecah 60 tahun? Bila mau bersara bro? Itu persoalan yang boleh kita renung dan fikir.

Rutin bekerja 9 to 5 sudah 38 tahun di lalui, tiba-tiba sampai umur bersara maksima usia 60 tahun. Tiba2 sudah tidak ada lagi rutin keluar pagi balik petang itu. Mental dan fisikal kena disesuaikan. Peringkat permulaan ini sangat kritikal. Ramai yang tewas hingga terjadi kemurungan dan kekecundangan. Samada sistem pengurusan diri atau interaksi dgn ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Satu senerio di sebuah kampung Parit Jawa. Isteri dah tak tahan melihat telatah suaminya yang dikenali sebagai Abg Saleh, yang tidak bekerja atau berusha mencari nafkah. Asyik rutinnya hari2 duduk kat sofa mengaji Quran. Isterinya mulai rimas. Sedangkan isterinya Kak Rohana yang 10 tahun lebih muda usia daripada suaminya, agak cergas lagi membuat sedikit sebanyak kerja kampung seperti berkebun, ambik upah menoreh getah, dan mengusahskan nurseri secara kecil-kecilan. Rasa tidak puas hati melihat gelagat suami sudah tidak dapat dibendung lagi dan akhirnya meletup jua. 

Cuba kita duduk sejenak. Apa ysng  sepatutnya berlaku kpd seseorang yang sudah bersara, dalam ertikata tidak lagi bekerja sebagaimana tugasan yg dilakukan selama ini mungkin sebagai kakitangan pejabat, bekerja di entiti perniagaan, pegawai kerajaan, cikgu, polis, doktor, pekerja industri binaan,  pekerja kilang, staf di sektor swasta, dan seumpamanya.

Apa yang perlu berlaku setelah kita bersara? Iaitu migrasi daripada kategori tenagakerja yang berdayasaing kepada kategori usia bersara iaitu menjadi seseorang yang tidak lagi diperlukan sebagai tenagakerja di bidang yang menjadi platform atau lubuk sektor pekerjaan di pelbagai industri yang ada. Boleh faham tak senerio yang sedang berlaku ini?

Kategori orang yang berada diusia bersara ini ialah sepatutnya duduk berehat sahaja, menjaga kesihatan dengan baik, kalau boleh jangan menyusahkan orang lain termasuk anak-anak. Betul tak definasi ini?

Jika betul maka senerio Abg Saleh dalam kisah di atas sebenarnya tidak salah. Kerana Abg Saleh sudah bersara. Cukuplah dia membanting tulang sebagai crew plantar minyak selama 38 tahun itu. Inilah masanya untuk dia berehat. Betul tak?

Tunggu sekejap. Rasanya ada juga yang tak kena di sini. Apa dia? Abg Saleh ni ada 6 orang anak. 4 sudah bekerja dan 2 masih belajar. Kos hidup yang mesti ditanggung masih tinggi walaupun tinggal di rumah sendiri di kampung. Bil TNB, Celcom, Astro, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Insuran dan  Roadtsx kereta, duit minyak kereta, barangan dapur dan segala keperluan yang lain. Maknanya ada sejumlah wang yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan di usia persaraan ini. Itulah yg menjadi isu besar atau perkara pokok dalam dilema hidup Kak Rohana tadi dan ramai lagi pasangan dan keluarga di pelbagai lapisan masyarakat.

***

Semalam saya borak dgn seorg sahabat yg baru bersara dua bulan lepas. Dia kata otak jem, boring giler, tak tau nak buat apa kat rumah? Inikan pula StayHome dah setahun lebih gitu. Got my point?

Apa yg wajar dilakukan? Kalau yg dapat WFH, mcm anak bongsu kami tu ok la jugak. Kalau yg mmg melakukan biznes or trading online pun saya rasa ok kot.

Yg dok melangut, tidor, makan, tgk tv, main fon, tidor, makan, ni yg jadi masalah.

Bak kata wife saya, kena create activity. Contohnya wife saya suka gardening dan memasak, anak saya suka buat seni embroidery, siap ambk tempahan.

Saya dan isteri pulak di musim PKP 3.0 ni setiap pagi ada aktiviti berjalan 1.2km di taman perumahan kami. Alhamdulillah.

Juga rajin2 sharing dlm WA, IG, FB, dan yg sewaktu dgnnya. Elakkan otak jem. Kongsi2kan ilmu bermanfaat. Gemarkan diri raih ilmu di medsos. Kalau anda penulis macam saya, ini masa yg baik buat buku baru.

Majlis2 ilmu pun byk kat youtube. Pekena headphone, dengar kuliah drp ustaz2 yg muktabar seperti UAS & UAI. At least satu kuliah sehari, bertambah la sikit ilmu di dada. Insya-Allah.

Atau terus bergiat menjadi aktivis kerja2 amal @NGO. Ramai yg kesempitan di zaman kepayahan ini yg perlukan bantuan.

@@@

4 comments:

Adnan bin Supardi said...

Terima kasih. Satu nukilan yang pembuka minda yang bernas terhadap pesara yang sering mengungkap "BOSAN; TAK TAHU APA NAK BUAT"; sebenarnya banyak benda boleh dibuat untuk menyediakan bekal akhirat!

School Of Tots said...

Dilema org bersara. Kena sedia jiwa dan raga. Dikala jasad sudah tidak segagah dan secergas dulu. Ya benar, kena buat banyak benda yg menjurus kpd persiapan mengumpul bekal ke akhirat, Sudah2 lah serabutkan kepala dgn mehnah dunia yg tak berkesudahan itu. Wallhuálam.

minyakgaz.blogspot.com said...

kalau tengok pada sirah Nabi dan sahabat2 Baginda.. tak jumpa seorang pun yang bersara melainkan kalau kita kira pelajar yang menetap di kawasan masjid nabi sebagai pesara.. Kalau tak salah Abu Ayob alansari yang berumur panjang (99 tahun?)
masih turut berjihad di Constantinople dan syahid disana.
Rasanya konsep bersara ni dibawa masuk dalam kepala kita oleh penjajah dan konsep ini mungkin tidak sesuai untuk umat Islam kerana tak diamalkan oleh Rasulullah, sahabat2 baginda, para tabiin ... Wallahua'lam

School Of Tots said...

Hmmm... benar komen Tn.

Mungkin dlm konteks bekerja, contohnya seorg guru sekolah setelah bekerja selama 38 tahun, dia pun bersara di usia 60 tahun. Kalau gajinya tika dia bersara itu RM6,000 sebulan, maka bila bersara, dia dapat pencen RM3,000 sebulan untuk menyara hidupnya.

Namun di usianya 60 tahun dan seterusnya itu dia akan terus berfungsi dan memberi sumbangan di pelbagai kapasiti. Dan yg utamanya dia terus mencari bekal untuk akhiratnya termasuklah menyebar ilmu bermanfaat dan membuat kerja dakwah. Wallahuálam.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...