Tuesday, April 21, 2020

DOA SELEPAS SOLAT

Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebif afdal. Apa yg keluar di bibir, di sertai dgn penghayatan dalam hati. Mohon doa kpd Allah dgn khusyuk dan penuh pengharapan. Insya-Allah.

#DoaSelepasSolat




Sunday, April 12, 2020

PM ke-8

0

Musim COVID-19 ni, bicara politik
kurang hangat. Segala yg berlaku ni, Allah dah atur cantek sebenarnya. Kalau satu dua komen atau posting atau video di social media oleh politician atau juak2 mereka khasnya drp blok pembangkang, public mcm buat tak kisah malah public majoriti bantai balik ada la.

So timing utk berpolitik mmg tak kena. Why? Sebab ini tempoh krisis. Rakyat tgh susah, fikir nak teruskan hidup, fikir nak survive, nak makan, nak kerja, nak cari makan. Sgala cobaan oleh dsai, khalid, mujahid, fuziah, mahfuz, kadir, dan yg sewaktu dgnnya semua nya sentuhan kecundang, carry no weights. Kasihan dia.

TSMY telah dinobatkan sebagai PM-8 nampak mcm sesuai, kena pada tempat, kena timingnya. Mungkin ini anugerah Allah utk rakyat.

TSMY mmg low profile. Time org dok sibuk2 fikir calon ganti TM. Nama2 yg menonjol adalah dsai, azmin, tok mat, tghh, dsb. Tak pernah org sebut TSMY. Sedangkan TSMY ni bekas TPM kot. Dengan 40 tahun pengalaman dlm politik, bukan calang2 figura. Cool dan tak mengejar jawatan PM.

Namun Allah telah memilih TSMY untuk diangkat memikul tanggungjawab besar ini. Benih baik dicampak ke laut menjadi pulau. Dan kini terasa sangat tepat pilihan itu.

Mungkin kita dapat rangkumkan keselesaan rakyat kpd TSMY ini melalui artikel di FB sahabat kita ini....sama2 kita hadamkan.

*****

SEORANG BERNAMA TSMY
(PM untuk Rakyat)

TSMY naik menjadi Perdana Menteri dalam keadaan yang paling tidak menguntungkan. Beliau didatangkan ujian secara serentak. Ketidakstabilan politik, keadaan ekonomi yang teruk dan terkini ancaman kesihatan dunia.

Aku bukan mahu bercerita politik. Tapi kalau korang sedar, popularity PM kita semakin menaik. Tahap likeability beliau meningkat ketika terpaksa berhadapan dengan Covid-19.

Perkara ini tidak mungkin berlalu unnoticed. Semua orang perasan. Apa yang TSMY buat memang timely kena pada masa dan ketikanya.

1. Press conference tersusun dan dikawal

Kalau tengok, hampir setiap hari ada press conference. Seperti susunan orkestra, diaturkan begitu baik sekali. Kalau bukan PM yang berucap, ada Menteri Kanan. Di penghujung petang akan ada laporan dari Kementerian Kesihatan.

Kelihatan teratur, ada orang bekerja di belakang tabir, dan rakyat diberi  maklum perkembangan semasa. Nampak seperti jentera kerajaan bekerja.

2. Ucapan kena pada masa

Ini aku rasa bila orang mula cair dengan watak TSMY. Mula-mula beliau merayu supaya kita semua duduk rumah, macam bapa bagi pesanan pada anaknya.

Kemudian beliau baca doa pula. Tahniah kepada penyedia teks ucapan PM. Ia memang menyenangkan hati yang mendengar.

3. Memotong gaji Menteri

Potong gaji menteri dan timbalan ini memang sudah jadi idaman rakyat. Lebih lagi kalau yang tidak perform, terasa menghabiskan sumber negara.

Sedikit sebanyak, potong gaji ini dilihat dapat membantu negara menyelamatkan ekonomi. Orang makin suka.

4. Beri penyelesaian terus

Pendekatan TSMY mudah sahaja. Selesaikan masalah harian rakyat. Tidak perlu cerita polisi dan aturan yang rumit atau perlu kemahiran berfikir aras tinggi. Straight-forward.

Apa yang menekan rakyat seperti tiada gaji, sesak bayar bil dan loan dan masih rasa mudah berbelanja. Itu yang diberi perhatian.

Dan sejak pengumuman pakej ransangan ekonomi semalam, hanya beberapa suara kritis yang kelihatan di Whatsapp atau media sosial.
Feeling good.

5. Figura bapa-bapa

TSMY sangatlah sesuai cara bapa bercakap dengan anak, atau atuk bercakap dengan cucu. Lebih banyak mendengar, faham dan respon ditutur satu-satu.

Cara bercakap selalu gunakan bahasa mudah, semua lapisan masyarakat boleh faham. Straight tanpa belok-belok.

Cerita terselamat dari kanser pankreas hanya menambah keyakinan masyarakat terhadap keikhlasan seorang bapa, dan bukan agenda politik semata-mata.

Pesanan beliau, "Pastikan ada makanan diatas meja.untuk keluarga". Sangatlah bapa-bapa.

6. Bahasa mudah

TSMY jarang didengar menggunakan bahasa atau perkataan bombastik. Bahasanya lateral, bahasa biasa. Contoh yang diberi seperti Makcik Kiah semalam trending meletup-letup.

Satu lagi bahasa yang digunakan down to earth. Merendah diri.

"Kami mungkin bukan kerajaan yang anda pilih, tetapi kami akan lakukan yang terbaik."

"Saya terima hakikat yang saya datang sebagai Perdana Menteri bukan dalam masa yang terbaik."

Ayat-ayat orang berjiwa besar, orang yang mengakui kelemahan dan kesilapan. Orang yang merendah diri tetapi berjanji akan berusaha dengan perbaiki diri.

Musuh politik pun tiada point untuk membantai. Kerana Covid19 ini isu baru yang tidak pernah ditangani sebelum ini. Berbeza.

Pembangkang ketandusan cara. Bila PM kelihatan seperti menyebelahi rakyat, habis semua cybertrooper pula yang terkena Tiada isu yang recycle seperti kasut sekolah, wang sara diri dan bantuan kerajaan seperti kerajaan terdahulu.

Mood rakyat cool sahaja ketika ini. Ini adalah faktor kenapa orang rasa tenang. Daya lembut dan memujuk memang buat orang rasa senang.

Apapun, perjalanan politik sebenar belum bermula. Terlalu awal untuk nilaikan pretasi sebenar. Tetapi Covid-19 cabaran pertama menguji kebijaksanaan politik Perdana Menteri Malaysia dan aku rasa beliau lulus with flying colors.

Jom kita sama-sama doakan supaya pemimpin kita diberi hidayah dan petunjuk dalam mengemudi perjalanan pembangunan negara.

Amin Ya Rabbal Alamin..

~FB Anuar Boro

*****

Feel good factor kembali semula. At least rakyat rasa terbela di kala dunia menghadapi pandemik ini. Banyak negara lain turut ingin mencontohi Malaysia. Seolahnya segala gundah gulana dan tidak puas hati rakyat time PH memerintah 22 bulan itu, telah menemukan obat untuk menyembuhkannya. Alhamdulillah.

@@@

Saturday, April 04, 2020

TEORI KONSPIRASI


Hari ini sudah 18 hari kita dalam period PKP. Hari ni ada 150 kes baru menjadikan total kes di Malaysia 3,483 kes, dgn 57 org total kematian & 915 kes sembuh. Mungkin juga PKP akan terus dilanjutkan jika jumlah kes baru masih banyak. Wallahu'lam.

Sambil stay home, saya ada terbaca dua artikel yang mengutarakan analisa yang nampak agak logik. Apa pun boleh lah anda baca dan buat konklusi sendiri, atau sekadar info.

*******


APAKAH INI MUSLIHAT CHINA? atau hanya 1 kebetulan..(baca & fikir)

SCENE 1
Tirai dibuka: China menjadi sakit, memasuki "krisis" dan melumpuhkan perdagangannya.  Tirai ditutup.

SCENE II
Tirai dibuka: Mata wang China jatuh teruk.  Mereka tidak berbuat apa-apa.  Tirai ditutup.

 SCENE III
Tirai dibuka : Oleh kerana kekurangan perdagangan syarikat dari Eropah dan Amerika Syarikat yang berpusat di China, saham mereka jatuh 40% lagi daripada nilai mereka.

SCENE IV
Tirai terbuka : Dunia sakit, China membeli 30% saham syarikat di Eropah dan AS pada harga yang sangat rendah.  Tirai ditutup.

SCENE V
Tirai dibuka: China telah berjaya mengendalikan penyakit ini dan memiliki syarikat di Eropah dan Amerika Syarikat.  Dan mereka memutuskan bahawa syarikat-syarikat ini perlu mengikut ketetapan China dan mendapat $20,000 Billion.  Tirai ditutup. Do u see the game?

SCENE VI
Checkmate!

Pelik tetapi benar

Dua video telah berlalu antara semalam dan hari ini yang meyakinkan saya tentang sesuatu yang saya syaki, tetapi tidak mempunyai asas.  Itu hanyalah spekulasi saya.  Kini saya yakin bahawa coronavirus itu sengaja disebarkan oleh orang China sendiri.

Dari awal lagi mereka seperti terlalu bersedia.  Tiga minggu selepas permulaan gelombang pertama, 14 hari dan hospital 12,000 katil telah pun dibina.  Dan mereka benar-benar membina hospital dalam masa dua minggu. Impressive.

Awesome kan China?

Mereka mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan wabak itu.  Mereka muncul dalam video meraikan, mereka mengumumkan bahawa mereka juga mempunyai vaksin.  

Bagaimanakah mereka boleh menciptanya dengan cepat tanpa semua maklumat genetik?  Nah jika anda pemilik formula itu tidak sukar sama sekali. Dan hari ini saya hanya melihat video yang menerangkan bagaimana Den Xiao Ping merancang sejak lama dahulu bagaimana menyaingi blok kuasa Barat. 

Disebabkan coronavirus, syarikat-syarikat Barat di China jatuh secara dramatik. Saya rasa, apabila mereka jatuh teruk, China membelinya.  Sekarang syarikat-syarikat, yang dicipta oleh Amerika Syarikat dan Eropah dengan semua teknologi yang diletakkan oleh bursa dan modal mereka, telah berpindah ke tangan China, yang sekarang semakin meningkat dengan perpindahan pakej potensi teknologi dan China akan dapat menetapkan harga mengikut kehendak mereka.

Tiada yang boleh berlaku secara kebetulan.  China tidak peduli dengan beberapa orang tua yang mati?  Kurang beban utk membayar wang pencen golongan tua, dan ia berlaku secara besar-besaran tanpa mememerlukan pembunuhan melalui pertumpahan darah atau mengotorkan tangan.  

Dan sekarang Barat dikalahkan secara kewangan serta melalui krisis teruk dimana mereka masih terkejut dengan penyakit ini. Dan tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Diabolic secara mendalam. Ia adalah rancangan halus komunis.

Tambahnya, mereka kini merupakan pemilik tunggal terbesar perbendaharaan AS dengan pegangan 1.18 trilion melebihi Jepun.

 One ☝️ prospective & Analogy
 -------_ -------------- _------- --------------

Bagaimanakah Rusia & Korea Utara hanyalah mendapat sedikit impak dari situasi ini atau hampir Zero Covid-19?

Ianya kerana mereka adalah sekutu kuat China (komunisme).

Sebaliknya Amerika Syarikat / Korea Selatan / United Kingdom / Perancis / Itali / Sepanyol dan Asia mendapat kesan yang sangat teruk.

Bagaimana Wuhan tiba-tiba bebas dari virus yang berupaya mematikan ini?

China mengatakan bahawa langkah-langkah awal yang drastik yang mereka ambil adalah sangat tegas dan Wuhan dikunci supaya tidak berlaku penyebaran ke kawasan lain.

Mengapa Beijing tidak terkena?  Mengapa hanya Wuhan?
Ia menarik untuk difikirkan..betul tak?

Baiklah, sekarang Wuhan sudah dibuka untuk perniagaan. Kilang-kilang alatan perubatan, sanitizer dan face mask telah beroperasi secara besar-besaran.

Covid - 19 perlu dilihat berlatar belakang tangan-tangan ghaib China keatas Amerika Syarikat dalam perang perdagangan.

Amerika dan semua negara yang disebutkan di atas telah hancur financially.
Tidak lama lagi ekonomi Amerika akan runtuh seperti yang dirancang oleh China.

China sedar akan hakikat bahawa MUSTAHIL utk mengalahkan Amerika secara ketenteraan kerana Amerika Syarikat adalah negara PALING BERKUASA di dunia.

Oleh itu mereka menggunakan virus untuk melumpuhkan ekonomi dan melumpuhkan negara dan keupayaan pertahanannya.

Saya pasti Nancy Pelosi (pesaing Trump) mendapat bahagian dalam ini..untuk menjatuhkan Trump..

Akhir-akhir ini Presiden Trump selalu menceritakan bagaimana ekonomi Amerika yang semakin baik di semua bidang malah bidang pekerjaan juga sudah kembali ke Amerika Syarikat (dasar Make America Great Again)

Satu-satunya cara untuk memusnahkan wawasan dari membuatkan Amerika semakin kukuh adalah untuk mencipta HAVOC EKONOMI.

Nancy Pelosi tidak dapat menurunkan Trump melalui impeachment..jadi bekerjasama dengan China untuk menghancurkan Trump dengan melepaskan virus.

Wabak Wuhan adalah showcase China.

Di kemuncak wabak virus..Presiden China Xi Jinping..hanya memakai facemask RM1 untuk melawat kawasan yang terjejas?

Sebagai Presiden, dia sepatutnya dilindungi dari kepala hingga ke kaki..tetapi itu bukan masalahnya.

Dia telah disuntik untuk menahan apa-apa kemudaratan daripada virus itu..itu bermakna penawar sudah ada sebelum virus itu dibebaskan.

Visi China adalah untuk mengawal EKONOMI DUNIA dengan membeli saham sekarang ini dari negara-negara yang menghadapi kejatuhan EKONOMI..Kemudian China akan mengumumkan bahawa Penyelidik Perubatan mereka telah menemui penyembuh untuk memusnahkan virus.

Kini China akan MENARIK saham All Alliances Barat dan negara-negara ini akan menjadi hamba kepada MASTER BARU mereka..

CHINA

PENGANALISIS CAP AYAM

Disclaimer: Semua maklumat diatas adalah sekadar pandangan peribadi dari pemerhatian daif seorang manusia lemah. Bukanlah berdasarkan fakta yg kukuh. Perbincangan berilmiah adalah digalakkan.

Bahan ditranslate drpd bahasa lain menggunakan bantuan google translate. Oleh itu, mohon maaf sekiranya bahasa agak tunggang langgang.

#copypaste
#jentikminda
#sekadarberfikir

Kredit fahmi syamsuddin

LOGIK ATAU TAK WALLAHUALAM.

*****

COVID-19:
Ada sesuatu yang tidak kena ?

 ðŸ¤”Wuhan ke Shanghai = 629 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Beijing = 1052 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Milan = 8700 km
 ðŸ¤”Wuhan ke New York = 12000 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Italy = 8670 km
 ðŸ¤”Wuhan ke London = 8880 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Paris = 8900 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Sepanyol = 9830 km
 ðŸ¤”Wuhan ke India = 3575 km
 ðŸ¤”Wuhan ke Iran = 6560 km

Sesuatu yang menjadi misteri dan tanda tanya ...!

1) Corona virus berasal dari bandar Wuhan di China dan kini telah mencapai seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini belum sampai ibu kota China iaitu Beijing dan Bandaraya ekonomi terbesar iaitu Shanghai yang berhampiran Wuhan, kenapa ...?

2) Beijing adalah bandar di mana semua pemimpin China tinggal, ketua tentera hidup di sini, mereka yang menjalankan kuasa pemerintahan di China tinggal di sini, tidak ada lockdown di Beijing! Ianya bebas! Corona tidak mempunyai kesan di sini, kenapa ...?

3) Shanghai adalah bandar yang menjalankan ekonomi China, ia adalah Bandaraya ekonomi terbesar bagi China, di sini semua orang kayahidup di China! Mereka yang menjaga industri berjalan, tidak ada ada lockdown sini, corona di sini tidak mempunyai kesan terhadap Shanghai. Kenapa?

4) Adakah corona virus pandemik ini, yang telah membuat seluruh dunia panik, tetapi cuba anda datang ke Beijing dan Shanghai, adalah sangat penting untuk bertanya kepada China soalan yang ketika negara-negara maju terbesar di dunia sedang bertungkus lumus menangani wabak ini, mengapa tidak dapat menghentikan Corona! Corona telah mengakibatkan bandar-bandar besar dunia lumpuh, jadi mengapa tidak virus ini sampai ke Beijing? Mengapa tidak sampai ke Shanghai? Why?

5) Beijing dan Shanghai adalah kawasan bersebelahan dengan Wuhan! Virus dari Wuhan tiba di seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini tidak sampai ke Beijing dan Shanghai. Kenapa?

6) Ekonomi negara yang disinggahi Covid-19 akan terhenti, tetapi semua bandar utama China telah dibuka dan kini dan dari 8 April, China juga telah membuka Wuhan! Seluruh dunia kini terancam dengan keganasan wabak ini! Sekarang China kini mengisytiharkan Wuhan bebas dari jangkitan. Kenapa?

7) Satu perkara besar lagi ialah pasaran saham di seluruh dunia telah jatuh hampir separuh! Tetapi saham China - pasaran saham mereka daripada 3 ribu yang hanya turun pada 2700! Tiada kesan virus ini menjejaskan pasaran saham China. Kenapa?

8) Apapun perkara-perkara ini, mereka hanya menunjuk kepada satu perkara bahawa corona adalah senjata bio-kimia China, yang telah keluar meninggalkan China untuk membuat kemusnahan di seluruh dunia! Selepas ribuan orang dan mungkin jutaan terbunuh, China kini mengisytiharkan sudah berjaya mengendalikan virus ini! Mungkin China juga sudah mempunyai vaksin, yang mereka tidak berkongsi dengan dunia luar! Dan adakah China akan menjual vaksin ini setelah jutaan menjadi korban akibat Covid-19 ini.

Why? Hanya China yang mempunyai jawapan. 🤔

*****

Kedua artikel di atas sekadar mengundang renung & fikir. Biar minda aktif di musim PKP ini. Apakah mitos atau realiti? China ini negara yg agak tertutup, inovatif, sekaligus misteri. Malah kini sudah jadi kuasa ekonomi dan militer yg top di dunia. Segala kemungkinan bisa saja tidak mustahil berlaku. Fikir fikirkan dan selamat beramal.

#KitaTakNampakMusuh
#StayAtHome

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...