Hanya sa nya amal itu adalah dengan niat. Sesungguhnya sah amal itu jika ada niat. Contoh pada suatu petang yang hujan dua orang pemuda singgah di masjid. Seorang niat iktiqaf dan seorang lagi tak niat iktiqaf masjid. Maka sepanjang tempoh pemuda yang pertama tadi berteduh di masjid berkenaan maka dia mendapat ganjaran pahala kerana niatnya tadi, insha Allah, Manakala pemuda seorang lagi itu sekadar dapat berehat sajalah sambil melayan facebook di smart fon dia.
Ada seorang datang berjumpa Ustaz perihal masalah dia ada penyakit was2 tika solat, kadang2 rasa macam tak baca fatihah lagi, kadang rasa macam belum sujud lagi, dan sebagainya. Maka Ustaz pun kata, "Mu tak payah solat, sebab mu gila. Mu sudah hilang akal. Orang gila memang dia tak ingat." Ini bukan kes syak tapi was2. Ia mainan setan.
Mudah sebenarnya menghadir niat dalam hati. Niat itu ialah silau atau lintasan dalam hati, "Aku solat fardu Isyak." Bila ada niat maka sah amal. Berdasarkan niat seseorang itu akan mendapat samada baik atau jahat. Niat baik akan dapat pahala. Manakala niat jahat akan dapat dosa bila dia melakukan perlakuan dosa itu.
Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah hakikat yang sangat utama hingga pada frasa ini kesan atau hasilnya di ulang sama seperti asbab. Berbeza pada contoh, "Siapa rajin dia akan berjaya." Asbab rajin, hasilnya berjaya.
Orang sufi berjalan dengan rasa bukan dengan aqal. Tauhid sufi ialah hakikat tauhid. Sesiapa yang ingin jadi sufi maka penggallah lehernya, membawa erti tinggalkan aqalnya dan bergerak dengan mata hati. Tinggal aqal dan gerak dengan hati baru jauh jangkau mu.
Hijrah Rasulullah ke Madinah itu ialah hijrah jasad secara simbolik sahaja. Hijrah jasad tidak penting. Yang penting ialah hijrah ruh daripada akhlak buruk kepada baik. Islam tidak akan tertegak di muka bumi ini jika manusia tidak hijrah pada ruh. Perasaan cinta kepada Rasulullah ialah pada ruh yang benar2 cari Allah.
Sufi bergerak melalui cinta. Allah tidak mahu ada yang lain antara Dia dengan kita. Cinta ada dua iaitu cinta atas ke bawah dan cinta bawah ke atas. Cinta Allah kepada hamba dan cinta hamba kepada Allah. Allah memulakan cinta-Nya kepada orang ini. Maka Allah membalas cinta dan rindu orang ini kepada-Nya. Cinta yang begitu tulen. Allah yang bubuh cinta dalam hati lalu kita bisa balas cinta kepada Allah. Bukan atas daya upaya kita tapi atas anugerah Allah belaka.
Cinta bawah ke atas ialah cinta orang awam. Kita cinta kepada Allah tetapi melalui orang yang bawa kita mengenal Allah. Cinta kita sebelum sampai kepada Allah telah berpecah kepada orang ini dan orang itu. Jika terhijab setakat orang ini maka cinta itu tadi tidak sampai kepada Allah.
Engkau yang mendatangkan orang ini untuk aku dapat mengenal Allah. Lupa bahawa orang ini sekadar asbab. Perjalanan menuju Allah. Daripada Allah iaitu mentakruf diri kepada Allah. Dengan Allah iaitu Dia memimpin kita. Kepada Allah iaitu untuk sampai ke penghujung kepada Allah.
Tidak ada orang yang boleh ajar secara senpurna kecuali Engkau. Nak khusyuk, kena minta kepada Allah. Ilmu Allah yang maha luas, maka jangan jemu untuk menuntut ilmu. Itu hak seorang hamba. Semoga kita mendapat kelazatan ilmu dan sendawa dengan kesedapan dan kemanisannya.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Monday, February 23, 2015
Cuaca Panas
Cuaca agak panas dua tiga menjak ini. Ada yang mengeluh. Namun hakikatnya siapa yang bagi cuaca panas ini? Allah. Maka pabila mengeluh seolahnya tidak puas hati dengan kurniaan Allah pula. Usah mengeluh lagi. Berpada pada yang ada. Semua milik Allah belaka.
Saya ingin kongsikan sebuah fakta menarik yang saya baca di grup whatsapp. Rasanya banyak iktibar dan manfaat yang dapat kita perolehi dengan renung dan fikir akan kejadian dan kekuasaan Allah. Tidak terhitung nikmat yang Allah bagi kepada kita dengan sifat Maha Pengasih dan Peyayang-Nya. Maka nikmat mana lagi yang nak kamu dustakan?
**********
- Tahukah anda harga Oksigen di hospital? RM10/liter
- Tahukah anda harga Nitrogen di hospital ? RM3/liter
- Tahukah Anda bahwa dalam sehari manusia menghisap; 2,880 liter Oksigen, & 11,376 liter Nitrogen ?
Jika harus dihargai dgn Ringgit Malaysia (RM), Oksigen & Nitrogen yg kita sedut dan hirup ini, akan mencapai RM56,060 sehari untuk setiap manusia.
Kalau dikalikan sebulan RM56,060 x 30hari = RM1,681,818/org.
Org yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biaya nafas untuk hidupnya, apabila Allah SWT mnggunakan Rumus Niaga manusia.
Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?
Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 / bulan, dan Allah kurnia itu PERCUMA.
Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan?
Sesungguhnya, Segala sesuatu adalah dari Allah SWT , dan kembali kepadaNya.
Semoga kita semua bahagian dari hamba2 yang bersyukur.
**********
Justru itu jangan jemu mencari ilmu. Masjid2 di serata negara menyediakan majlis2 ilmu untuk ikuti. Terutamanya di negeri Selangor ini semua masjid2 hidup dengan kuliah maghrib setiap malam. Tiada alasan lagi untuk bodoh sombong atau melalak tanpa hujah dan ilmu seperti katak di bawah tempurung.
Pada sebuah kuliah ust Sidek Nor, saya kongsikan di sini perihal kepentingan untuk mengenal Allah bagi melahirkan kecintaan yang sejati serta menimbulkan kelazatan dan kemanisan dalam ibadah.
- makrifat (kenal) berkait rapat dgn keimanan (percaya)
- amal soleh ialah jalan nak sampai ke makrifatullah
- pabila d buka lorong ke pintu makrifatullah, jgn kau peduli walau amal mu sedikit
- yakin itu byk peringkat, brapa ramai yg yakin mati itu pasti tapi tak cari bekalan pun utk mati?
- bila masuk lubang kubur baru tau nasib, inilah mati yg depa dok cerita, ada sungguh bukan bohong
- Allah yg menjinak hati manusia
- yg Allah tentu, itulah yg berlaku
- apa yg Allah lakukan, tak mampu manusia nak halang
- amal pun anugerah Allah, bila kenal Allah amal lagi byk lagi lazat
- cari rezki utk mudah ibadah
- cukuplah pujian Allah, usah harap pujian makhluk
- usha sungguh2 bermujahadah, harap Allah buka pintu makrifat
- makrifat ini anugerah Allah
- syukur byk2 Allah buka pintu makrifat
Adat menuntut ilmu ialah semakin banyak yang kita belajar maka sebenarnya terserlah banyak lagi yang kita tidak pandai atau tidak tahu. Proses pengajian dan pembelajaran ini berterusan hingga kita mati.
Ilmu bisa mendidik jiwa menjadi hamba yang tahu bersyukur kepada Tuan nya. Kekal dalam jahil adalah satu jenayah besar. Kerana asbab kejahilan itu akan menzalimi ampunya diri. Zalim macamana tu? Zalim kerana membiarkan diri terdedah kepada bakaran api neraka Allah yang maha azab di hari pembalasan nanti.
Saya konsikan juga antara poin2 penting pada kuliah ust Zahidi Abdullah yang saya ikuti pada minggu lepas perihal kepentingan melepaskan diri daripada kejahilan dan mencari ilmu agama untuk memandu jalan menuju redha Allah.
- seorang yg kenal harimau akan takut harimau, tengok tapak bekas kaki harimau pun dah takut
- bila makrifat mengenal dgn hati akan Allah maka dtg takut
- jahil itu buta, tak nampak diri dekat dgn mati, dosa bertimbun tak nak tobat lagi
- alim itu penglihatan, akan nampak lemah diri
- menuntut ilmu itu perintah Allah, ilmu itu menyuluh
- ilmu bermanfaat ialah ilmu yg membawa taat pada Allah
- ilmu itu di datangi bukan mendatangi, maksudnya kena pergi cari ilmu
- jaga adab dgn guru supaya berkat ilmu yg di dapat.
Semoga dengan ilmu di dada kita tidak lagi keliru dengan mengeluh cuaca panas atau cuaca hujan atau sebagainya. Kena faham hakikat. Semua kehendak Allah belaka.
Jangan mengeluh tak tentu pasal kerana kamu sebenarnya mengutuk atau mezahirkan tidak puas hati pada Pemilik Alam ini iaitu Allah SWT. Kamu sekadar melukut di tepi gantang hanya menumpang di sini.
Allah SWT pencipta dan pengurus tadbir Alam semesta yang maha luas ini. Ubah dan betulkan persepsi diri. Jangan mengeluh cuaca panas atau cuaca sejuk tapi sentiasalah banyak bersyukur.
@@@
Sunday, February 15, 2015
TGNA - Perginya Seorang Lejen
Ribuan Manusia Mengiringi Jenazah TGNA ke Pusara Abadi |
Pada hari Jumaat lalu seluruh negara di kejutkan dengan berita kembali ke rahmatullah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) pada usia 84 tahun. Suatu kehilangan besar buat umat ini dan rakyat Kelantan khususnya.
Telah pergi lagi seorang ulama akhirat yang zuhud dan alim di akhir zaman ini. Kesedihan sangat dirasakan oleh setiap hati yang tidak mati. Sangat benarlah mati itu pasti. Kita semua akan menyusuli TGNA ke alam barzakh nanti.
Lagenda Politik Tersohor dan Murrabbi
Tokoh Yang Mendidik Nurani Umat Ini
Pada Jalan Benar dan Lurus Menuju Hakiki
Puluhan Ribu Manusia Mengiringi
Bersemadi Tuan Guru Mengadap Illahi
Untuk mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini, yang saya petik daripada kiriman Whatsapp. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.
**********
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di Dewan Zulkifli Muhammad KB, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu. Satu kehilangan besar buat negara khususnya bagi negeri Kelantan.
***********
Saya sekeluarga pernah mengunjungi rumah TGNA di Pulau Melaka pada hari raya idul adha beberapa tahun yang lalu. Tiada protokol di perlukan untuk singgah berkunjung ke rumahnya. Saya dapat naik dan di layan sebagai tetamu oleh anak beliau, namun tidak dapat bertemu dengan TGNA tika itu kerana dia uzur dan sedang berehat.
Rumahnya kekal rumah kampung bersebelahan masjid dan sekolah tahfiz, walaupun berada di puncak pangkat dan kuasa. Tipu daya dunia tidak pernah terkesan pada wawasan akhirat ynag terpahat dan sebati sekian lama sepanjang hayatnya.
Saya juga sering mengikuti ceramah beliau samada secara live atau di youtube. Yang utama style penyampaian TGNA sangat santai dan sampai ke qalbu. Perumpamaan dan contoh2 yang mudah untuk kita relate sering diselitkan hingga semua yang mendengar dapat faham dengan senang. Tidak hairanlah ceramah mingguannya di tengah2 bandar KB itu mendapat sambutan hangat daripada penduduk seluruh Kelantan dan juga pengunjung dari negeri2 lain.
Ceramah2nya di pentas politik juga tidak lari dari berpesan soal dosa dan pahala. Sepanjang menjadi MB Kelantan, TGNA mendidik barisan kepimpinannya soal menjalankan amanah Allah dengan bertanggung-jawab kerana setiap perlakuan itu ada pencatitnya di kiri kanan dan akan di ambil kira di hari pembalasan nanti. Dengan tarbiyyah sebegini, tidak peliklah tidak ada satu kes rasuah pun di sabitkan kepada kerajaan negeri di sepanjang 22 tahun pemerintahan TGNA itu.
Saya juga menyimpan koleksi buku2 karya TGNA termasuklah Sirah Nabawiyah, Off-Road, Jumaat bersama Tok Guru, Bunga Kebahagiaan, dan Taqwa. Saya juga sering mengambil petikan daripada buku2 karangan beliau seperti Akhlak Bermuamalat, Insan Ingatlah, dan Tundukkan Hati bagi penyampaian tazkirah pagi mingguan di Syarikat tempat saya bekerja.
Antara pesanan TGNA ialah, kita bawa kereta apa pun takpe. Tapi kalau takde brek, habis. Hidup manusia tanpa agama umpama pandu kereta tanpa brek. Ia bakal menjurus kepada bahaya dan kemudaratan. Tuan Guru mengajak kita melalui detik2 masa di dunia untuk meletakkan Taqwa kembali semula di atas landasannya.
Saya ambil sebuah petikan dari Buku Taqwa karya TGNA, "Bersifat jujur terhadap diri dasar hati yang terdalam, kita mengkhianati segala kenikmatan yang diberikan Allah sedangkan betapa sedikit pula ketaatan kita kepada Nya. Dalam keadaan begini, kita harus bertanya kepada diri kenapa hati kita boleh menjadi begitu keras? Seakan-akan kerdip kebenaran tidak pernah mendapat tempat di hati. sudah tidak mengenal Taqwa. Rasanya tidak layak diri ini mengharapkan keindahan dan kebaikan, dimana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelekan dan kemudaratan. Rasanya tidak layak kita memohon ampunan tapi disisi lain kita hadirkan kemaksiatan. Rasanya tidak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintah dan larangan-Nya tidak jua kita agungkan."
PERGINYA SEORANG LEJEN
Tuan Guru Ku Murabbi
Tokoh Tersohor Paling Menyerlah
Hilang Mu Tiada Pengganti
Patah Yang Tidak Tumbuh
Dakwah Mu Menusuk Hati
Bicara Mu Penuh Hikmah
Pemimpin Ulung Yang Di Kasihi
Berpandu al-Qur'an dan Sunnah
Hidup Sederhana Yang Bersemi
Teladan Amalan Saksian Ummah
Guru Yang Mengukuh Ruhani
Sepanjang Hayat Jasa Di Curah
Menyemai Iman Pada Nurani
Pergi Mu Mengadap Allah
Menuju Syurga Yang Kekal Abadi
Bahagia Hidup di Alam Barzakh
Pergi Mu Tidak Kembali Lagi
SOT
13/2/15
8:33am
@@@
Subscribe to:
Posts (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...