Thursday, July 24, 2014

Pelbagai Pesanan Buat Taulan




Buka radio berkumandang lagu raya. Berkunjung ke shopping center berkumandang lagu raya, program TV di banjiri oleh aura raya. Manusia dilekakan dengan persiapan sambutan Raya. Ramadan di pinggirkan sejak awal Ramadan lagi oleh TV, radio, akhbar, majalah, tempat2 awam dan media segala yang mahu menarik manusia kepada lara bukan kepada hidayah Allah.

Seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiyah menangis tiap kali mahu berbuka puasa Ramadan. Bila di tanya kenapa? Dua sebab katanya. Pertama aku takut ibadah puasa ku hari ini tidak di terima Allah. Kedua kerana satu lagi hari Ramadan berlalu pergi yang tidak dapat di ganti lagi. Kita bagiamana? Gembira atau berduka tika Ramadan sudah sampai ke penghujung?

Betapa ruginya bila hari-hari Ramadan ini dibiarkan pergi begitu sahaja tanpa mendapat hidayah dan keampunan Allah serta ganjaran pahala yang dijanjikan Allah. Usia umat Nabi pendek sahaja iaitu sekitar 60-70 tahun kalau nak dibandingkan dengan umat2 terdahulu yang umur mereka boleh mencapai ratusan tahun. Justru Allah telah menganugerahkan bulan Ramadan kepada kita dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Lailatul Qadar pula sebagai anugerah teristimewa kerana nilaiannya menyamai 1,000 bulan. Maknanya jika mendirikan dua rakaat solat sunat contohnya adalah seumpama kita solat sunat dua rakaat selama 1,000 bulan. Kalau kita baca Qur'an pada malam al-Qadar itu seumpama kita baca Qur'an selam 1,000 bulan. Maha Pemurah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Kenapa Allah kurniakan ini semua? Ibarat seorang anak kecil sedang menangis, maka bapanya pun memujuk, "Nak berhenti menangis, nanti ayah bagikan sebidang tanah lot banglo." Sudah tentu anak yang tidak tahu nilai offer ayahnya itu akan tidak tertarik langsung malah akan terus menangis. Tetapi bila offer yang sama diberikan kepada seorang Pakcik yang kesedihan, maka sudah tentu gembira dia tidak terkata kerana dia tahu nilai tawaran berkenaan.

Ramadan ini ada nilai yang tinggi. Bagi mereka yang faham nilainya. Apa yang patut kita ambil dari Ramadan? Hidayah Allah. Sesuatu yang Allah bagi bukan kepada sembarangan orang. Hatta orang yang sangat rapat dengan Rasulullah iaitu Abu Talib juga gagal mendapat hidayah Allah. Allah hanya bagi hidayah kepada orang yang Dia pilih. Hanya orang yang mendapat hidayah Allah akan memandang Ramadan penuh keterujaan dengan semangat hangat membara.

Tujuan Al-Qur'an diturunkan ialah sebagai hidayah petunjuk kepada manusia. Takbir, kerana kamu terpilih mendapat hidayah. Tidak ada orang mengatakan solat tahajjud itu tidak penting, tetapi berapa orang yang mampu mendirikan solat tahajjud? Tidak ramai orang yang boleh bangun malam untuk solat tahajjud. 

Umur yang Allah bagi pinjam ini bukan perkara main-main. Kita selalu minta dalam solat, "Tolonglah ya Allah bimbing aku ke jalan yang lurus." Justru bila masuk Ramadan, pastikan kamu mendapat hidayah Allah. Hidup dengan Al-Qur'an. Orang yang menjalani ibadah puasa, hasilnya ialah takwa. Keluar daripada Ramadan menjadi manusia bertakwa. 

Orang yang tidak dapat al-Qur'an akan rugi dunia dan akhirat. Allah tidak menilai harta seseorang kerana jika harta yang jadi ukuran sudah tentu Qarun akan menjadi juaranya. Tapi apa kesudahan Qarun? Dia di laknat Allah hinggakan pada setiap kali matahari terbenam dia akan di benamkan 70 hasta ke dasar bumi. Begitu hinanya Qarun. Tapi yang terbaliknya kita pula dok sibuk sanjung Qarun dan hartanya itu.

Apakah jawatan yang jadi nilaian di sisi Allah? Lagi besar pangkat dan jawatan maka lagi besar amanah dan tanggung-jawabnya. Maka lagi panjanglah soal jawab di hadapan Allah besok. Usah bangga dengan pangkat dan jawatan.  

Apa yang memuliakan kita? Rupa paras? Jika rupa paras yang jadi ukuran sudah tentu Bilal Bin Rabbah tidak akan mendapat kemuliaan itu sehinggakan bunyi tapak kaki Bilal di dengar Rasulullah di Syurga Allah. Apatah lagi Saad Bin Muaz yang lagi hitam legam berbanding Bilal, namun tika dia gugur syahid di medan perang bergegar arash Allah dan menangis sekelian malaikat di langit.

Ramadan ialah untuk kita mendapat hidayah Allah. Bersihkan hati. Pertamanya dengan membersihkan akidah. Akidah ini umpama bahagian piling dalam membina sesebuah bangunan. Kukuh dan tertegak bangunan yang hebat itu bertunjangkan piling atau tapak yang kukuh, kuat dan jitu.

Kenapa mengumpat? Kerana akidah tak kuat. Kenapa tak tutup aurat? Kerana akidahnya lemah. Keyakinan yang lemah. Akidah yang kuat, pabila terdengar azan berkumandang maka jasad terus terbentuk untuk mendirikan solat. Manusia sering di goyang dengan ujian. Manusia di uji dengan perasaan takut misalnya. 

Bila berseorangan di rumah, takut hantu. Bila bujang takut tak dapat kawin. Bila kawin takut tak dapat anak. Bila dapat anak takut soal pelajaran soal kesihatan dan macam2 ketakutan. Bila pegang jawatan takut tak naik pangkat. Bila bekerja takut tak naik gaji tak dapat bonus. Asyik takut memanjang. Itulah ujian Allah.

Lapar juga satu ujian. Manusia sanggup lakukan apa saja hingga sanggup rasuah atau menipu. Allah uji manusia dengan di kurangkan harta, matikan orang yg tersayang, di timpa penyakit atau kemalangan dan sebagainya. Ramadan ini Allah suruh kita baiki akidah. 

Puasa bermula di kala subuh dan berakhir pada waktu maghrib untuk melatih kita supaya faham walaupun orang tak nampak tapi Allah nampak. Kerana ibadah puasa itu sebenarnya antara kita dan Allah. Boleh sangat seseorang itu hendak makan atau minum tanpa di ketahui oleh orang lain, tapi dia tetap tidak makan dan minum kerana apa? Kerana Allah nampak.

Yang kedua, Allah nak kita bersihkan hati melaui ibadah. Kenapa puasa itu antara subuh dan maghrib? Allah tahu manusia payah benar nak solat subuh dan maghrib, maka Allah nak latih manusia untuk memberi tumpuan untuk solat subuh dan maghrib tadi. Apatah lagi lelaki yang memang di wajibkan untuk solat sunat di surau atau masjid. 

Ramadan dapat melatih seorang lelaki untuk ke masjid dan surau bagi mendirikan solat subuh berjemaah. Allah umpankan kita bangun subuh dengan makan iaitu bersahur. Allah menarik perhatian kita pada solat maghrib dengan makan juga iaitu berbuka. Ibadah solat teraweh pula dapat melatih umat Islam untuk rajin ke masjid dan surau bersolat secara berjemaah. Allah nak suruh dan didik kita di bulan Ramadan yang mulia ini.

Yang ketiga, penyucian hati ialah dengan memperbaiki akhlak diri. Di bulan Ramadan kita banyakkan amal kebaikan seperti sedekah dan infaq ke jalan Allah. Paling kurang pun ialah dengan mengeluarkan zakat. Begitulah Allah nak latih kita membersihkan harta yang boleh mengundang barokah dan hidayah. Bukan menyayangi dunia tetapi mencintai akhirat. Pabila keluar daripada Ramadan nanti, keluar sebagi manusia bertakwa yang ada nilaian yang tinggi di sisi Allah.

Malam ini ialah malam ke-27. Burulah Lalilatul Qadar. Bagaimana? Sibukkan dengan qiam setiap malam. Cuma tinggal 3 malam sahaja lagi. Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan Allah sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya.

Jangan leka untuk tingkatkan amalan solat fardu berjemaah, solat teraweh, iktikaf, solat tahajjud, solat taubat, solat tasbih, solat hajat, solat witir, zikir, ngaji Qur'an dan banyakkan taubat dan doa. Cari Lailatul Qadar di malam2 terakhir berbaki ini. Kita tidak tahu samada boleh ketemu Ramadan lagi selepas ini atau tidak.

Apakah perniagaan yang paling untung?  Itulah perniagaan amal soleh dengan Allah di malam al-Qadr. Selamat beramal.

@@@

Thursday, July 17, 2014

Cari Lailatul Qadar

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku


Kini sudah mula memasuki fasa kritikal iaitu 10 terakhir Ramadan. Ibarat lumba lari pecut 100m, kiranya inilah saat-saat akhir menuju garisan penamat. Pecutan yang hebat di fasa ini bakal memberi kemenangan bermakna. Sama2 kita giatkan amal tingkatkan ibadah di 10 terakhir ini. Masih belum terlambat. 

Kita cari (bukan tunggu) Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Itu anugerah berprestij yang menjadi rebutan orang beriman. Kita dambakan gelaran taqwa menjadi milik setibanya di garis penamat Ramadan ini. Agar iman dan amal kita terus segar sepanjang 11 bulan mendatang.

Semakin rapat dengan garisan penamat maka semakin banyak ujian dan halangan yang muncul. Penat, malas, letih, mengantuk adalah antara cobaan2 yang lumrah. Pesan ustaz kena lawan. Lawan dan nafikan segala simpton itu dan rasa nak berhenti dari beramal itu dengan kuatkan stamina dan semangat untuk teruskan perjuangan. Usah lembik dan kalah dengan ujian2 ini. Ingat Allah bermurah hati memberi pelbagai hadiah dan ganjaran. 

Kalau kita bekerja, orang bagi upah katalah RM300 untuk kerja kita itu. Orang tak ambil kira kita berjemur di tengah panas, beratur panjang, kena bayar minyak kereta, bayar tol. Kita sekadar di bayar atas kerja yang kita buat sahaja. Tapi pemurah-Nya Allah semua bahagian dalam aktiviti di bulan Ramadan di ambil kira dan di beri ganjaran pahala. 

Langkah kita ke masjid, tidur kita, sakit lutut kita tika bersujud, gosok baju kita untuk ke surau, iktikaf kita, makan minum kita, mandi, basuh pinggan mangkuk, sibuk memasak, bangun bersahur, tutur kata kita, demi untuk ibadah kepada Allah, semuanya Allah ambil kira. Setiap aktiviti di beri ganjaran pahala yang berganda-ganda. Pemurah-Nya Allah kepada hamba-Nya.

Lagu raya sudah mula berkumandang di radio dan pusat2 membeli belah dengan penuh syahdu dan mengamit kenangan. Jangan tergoda dengan lagu raya seperti tahun2 lepas. Fokus kepada 10 terakhir ini untuk meningkatkan amal ibadah, nothing less. Beramal hingga ke tahap optima dan maksima. Allah hu Akbar.

Sheikh Tawfique Chowdari ada memberi beberapa tips untuk melalui hari2 berharga fasa terakhir Ramadan yang menjanjikan pembebasan daripada api neraka ini.
  1. Usah biarkan prestasi ibadah kita pada 20 terawal Ramadan mengganggu kita. Ini permulaan baru dengan penuh ikhlas kerana Allah. Saat rahmat dan keampuanan Allah itu boleh tiba pada bila2 masa. Fokus dan jangan kalah dengan segala faktor luaran atau rutin ibadah kita sebelum ini.
  2. Hari ini baca tafsir surah Al-Qadr untuk faham apa makna dan rahsia Lailatul Qadar. Kita akan peroleh lebih kekuatan dan terus bersemangat.
  3. Jangan tunggu malam ke-27 untuk baru mula nak pulun habis beribadah. Target kita ialah setiap malam di 10 terakhir ini. Bangun di dua pertiga malam untuk beribadah setiap malam. Kita tidak mahu memberi ruang terlepas Lailatul Qadar. Rugi besar.
  4. Sesiapa yang berjaga di malam hari untuk solat atas dasar iman dan penuh pengharapan ganjaran daripada Allah, maka segala dosanya yang terdahulu akan di ampunkan Allah. Yang penting hubungan ibadah kita itu langsung dengan Allah. Namun jika perlukan kekuatan maka bolehlah menyertai pelbagai progran yang diaturkan oleh pihak masjid atau surau berdekatan.
  5. Hafal dan baca doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW - “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
  6. Sediakan senarai doa untuk di pohon. Kalau dapat hafal lagi afdal. Masukkan hajat kita perihal dunia, agama, keluarga dan akhirat. Jangan lupa untuk memasukkan doa bagi kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
  7. Cuba tidur sekejap di siang hari jika ada kesempatan. Ringankan perut dan tidur awal di malam hari. Jangan tangguh untuk bangun daripada tidur tadi untuk segera membersihkan diri dan bersedia untuk beribadah.
  8. Jangan biarkan ahli keluarga kita. Kejutkan mereka untuk beribadah dan menghidupkan malam.
  9. Mengenakan pakaian yang bersih dan terbaik serta berwangi-wangian kerana ia dapat memberi kesan saikologi supaya dapat merasakan tenaga yang bersemangat untuk fokus melakukan amal soleh.
  10. Pilih satu ruang atau sudut samada di rumah atau di masjid yang dapat memberi ketenangan dan penumpuan kepada yang Esa. Sediakan sejadah, air minum, al-Qur'an berdekatan supaya tidak terganggu untuk bangun daripada tempat itu.
  11. Masa begini tidak sesuai untuk jari jemari mengemaskini FB, Twitter, Whatsapp, dan seumpamanya bagi menceritakan atau menggambarkan suuasana kita tengah beribadah itu.  Biarlah ia menjadi rahsia antar hamba dengan Penciptanya. Jadi switch-off handset, wifi, laptops dan komputer kita. Disconnect dengan dunia. Berhubung langsung dengan Allah.
  12. Kalau mengantuk atau kepenatan, variasikan amal ibadah kita. Bergilir antara baca al-Qur'an, solat, zikir, doa dan rintihan kita kepada Allah. Tika rasa mengantuk itu boleh juga sekejap mendengar ceramah agama atau bacaan al-Qur'an.
  13. Sabar itu kunci kejayaan di 10 malam terakhir ini. Kita mungkin kepenatan kerana esoknya masih perlu bekerja atau ke sekolah. Tapi inilah masanya untuk kesabaran yang jitu untuk menghadapi segala kepayahan dan ujian ini. Bertahan untuk 10 hari ini sahaja. Fikir betapa Allah mahu menghadiahkan anugerah yang mahal dan sangat berharga yang peluang ini mungkin sekali seumur hidup dan tidak akan datang lagi dalam kehidupan kita. Jika kita sedar ini mungkin Ramadan terakhir, jika kita sedar bahawa Allah sedang menawarkan kita untuk masuk Syurga-Nya. Apakah kita masih sanggup melepaskan peluang keemasan ini?
  14. Yang paling penting bergantung harap kepada Allah dengan penuh pengharapan.Bila kita minta sesuatu, sedarlah bahawa kita sedang memhon kepada Raja yang paling pemurah.Jika kita harap yang terbaik maka Allah akan bagi yang terbaik. Jangan segan untuk minta segala sesuatu. Luahkan isi hati kita di hadapan Allah. Jangan ada sebarang keraguan, sempadan, atau halangan yang bisa memisahkan antara kita dengan Allah.

Sebagai konklusi jangan putus harap. Kita raih yang terbaik di Ramadan ini dengan fokus betul2 menjalani ibadah di 10 hari terakhir Ramadan ini. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa. Kalau ada dosa terdahulu maka diampunkan Allah. Caranya kita jangan tambah dosa. Dosa yang ada, kita selesaikan, tutup kes. Minta ampun yang berbaki daripadanya. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Kita mengharap rahmat-Nya, pengampunan-Nya dan terakhir sekali mendapat pembebasan daripada api Neraka-Nya. Dengan itu kita mohon Allah redhakan kita untuk mendapat nikmat Syurga-Nya. Ameen.

@@@

Tuesday, July 08, 2014

Piala Dunia Menuju Puncak

Perasan tak tuan2 sesuatu nikmat, hiburan atau keseronokan di dunia ini akan ada limitnya, akan terhad sifatnya dan sementara sahaja. Perasan tak? Terutamanya ciptaan makhluk, lagi la bersifat sementara. Cuba namakan nikmat atau keseronokan Tuan-tuan? 

Nikmat makan, ada hadnya. Nikmat sex, ada limitnya. Nikmat lagu sedap, tak kekal. Nikmat muda, akan jadi tua. Nikmat sihat, akan sakit. Nikmat hidup, akan suatu hari menemui ajalnya. Nikmat kecantekan, akan beransur tidak cantek lagi. Nikmat pakai kereta mewah model terkini, suatu masa akan keluar pula model terkini yang baru. Nikmat yang sementara sifatnya. Kalau nak nikmat yang kekal, Akhirat tempatnya.

Kita ambil contoh kegilaan atau keseronokan Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung di Brazil. Aura dan suasana ciptaan manusia di sekeliling pesta Piala Dunia ini sungguh membuat manusia teruja terutamanya anak2 muda peminat bola seluruh dunia. Betapa manusia tertunggu-tunggu akan perlawanan yang bakal berlangsung setiap malam malah sanggup bangun menonton di pukul 4 pagi. 

Daripada 32 Negara yang bertanding pada peringkat awal, keseronokan demi keseronakan. Tapi bila 16 pasukan sudah tersingkir dan pulang awal termasuk nama2 besar seperti Spain, Portugal, Italy dan England maka tahap keterujaan mula mengendur. 

Di peringkat Round 16 pasukan yang layak ialah 6 dari Eropah, 5 dari Latin Amerika, 3 dari Concacaf, 2 dari Aftrika dan tiada pasukan yang layak dari benua Asia. 

Di peringkat Quarter Final 8 pasukan yang layak ialah Brazil, Colombia, France, Germany, Holland, Costa Rica, Argentina dan Belgium. Sebagaimana kita sudah tahu Brazil, Germany, Holland dan Argentina yang telah berjaya mara ke peringkat semifinal.

Brazil yang menjadi pasukan peberet kehilangan bintang utamanya Neymar dan mula hilang seri dan sengatnya. Mungkin gagal ke Final nanti. 

Holland yang di sangka hebat dan kuat begitu payah untuk mengalahkan Costa Rica, mungkin bakal terbantut. Germany masih kekalkan konsistensi rekod piala dunia mereka dengan sekali lagi layak ke semifinal. Argentina juga nampak semakin menyerlah prestasi sebenar. 

Piala Dunia kini masuk fasa semifinal. Siapa yang akan kena? Jerat, taktik atau nasib siapa yang mengena? Kalau suruh nujum Pak Belalang pilih mungkin dia pilih Germany lawan Argentina di Final nanti. Mungkin Messi akan di nobatkan sebagai bintang segala bintang di Piala Dunia kali jika Argentina muncul juara.

Hakikatnya keseronokan para peminat 32 pasukan sudah berkurang menjadi separuh. Kini berkurang lagi hinggalah ke peringkat Final minggu depan tinggal dua kelompok peminat yang akan kekal pada kegilaan Piala Dunia ini. Selepas itu orang mula lupa Piala Dunia. Orang akan bicara EPL atau sebagainya pula. Jadi benarlah kenikmatan dan keseronokan ciptaan manusia sehebat Piala Dunia di Brazil ini pun tidak kekal rupanya.

Sesungguhnya dunia ini hanya pentas hiburan dan medan ujian. Ramai yang tenggelam dengan tipu daya dan pujuk rayu dunia. Pabila berada di alam kubur besok, manusia akan mula merasa realiti tipu daya ini dan mula menyesal yang tiada gunanya lagi. Manusia mengharap untuk kembali semula ke dunia dan berbuat kebajikan dan kebaikan, menjana iman dan amal. Namun ia tinggal impian yang tidak kesampaian. Tiada peluang kedua.

Justru masih belum terlambat untuk menginsafi dan mengambil peluang yang Allah berikan ini selagi ada. Ramadan kini menganjak ke fasa kedua. Fasa keampunan Allah. 

Tingkatkan kualiti iman dan perkasakan amal soleh agar tidak kecundang atau rugi lagi sebagaimana tahun2 sebelum ini. Allah membuka ruang seluas-luasnya untuk manusia jadi kaya menjadi jutawan pahala sebagai bekal dalam perjalanan jauh menuju balasan Allah yang hakiki di Akhirat nanti.

Rebutlah Piala Dunia ini dengan menjadi orang yang paling berjaya. Berjaya apa? Berjaya mendapat redha Allah yang melayakkan kamu bermastautin di Syurga Allah. Syurga yang segala nikmat di dalamnya kekal abadi bukan sementara lagi. Ramadan ialah bulan untuk tingkatkan iman dan amal. Jom semua, para peminat nikmat sebenar. Just Do It !!

@@@

Monday, July 07, 2014

Ramadan Pantas Berlalu

Hari ini sudah hari ke-9 Ramadan. Terasa begitu cepat hari2 Ramadan berlalu pergi di depan mata. Awas semua. Ramadan kini sudah bergerak menuju fasa 10 kedua pula. Apakah 10 pertama yang di limpahi rahmat Allah itu telah berjaya di manfaatkan semaksimanya?

Tema Ramadan ialah melipat gandakan amal. Satu pertiga Ramadan sudah hampir berlalu pergi tanpa dapat di ganti walau dengan apa pun. Begitulah kurniaan Allah kepada hamba Nya atas sifat kasih sayang Nya. Acap kali hamba Nya terus alpa dan tidak merasakan kehadiran limpah rahmat Allah di awal Ramadan ini. 

Sayang seribu kali sayang untuk rugi lagi. Namun sebahagian orang telah tidak melepaskan peluang yang terhidang dan terus-terusan berusha gigih meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.

Apa sebenarnya Allah inginkan daripada amal kita? Allah mahu menguji iaitu supaya manusia dapat diuji atas segala amalan baiknya. Ada amalan yang banyak dan baik di sisi Allah. Namun ada pula amalan yang banyak tapi tidak baik di sisi Allah. Bagaimana hendak menambah baikkan amal? Itulah soalan cepumas. Mari kita sama-sama cari jawabannya.

Pertama sekali amalan yang berteraskan ilmu. Tidak boleh sekadar ikut-ikutan atau turut-turutan. Banyak orang yang sesat baramal tanpa ilmu. Orang nasrani umpamanya memang disahkan sebagai jalan orang yang sesat kerana beramal tanpa ilmu. 

Sebab itulah menuntut ilmu dalam Islam hukumnya wajib. Ayat pertama yang diturunkan Iqra' menyuruh manusia bacalah demi mendapatkan segala ilmu itu. Orang yang berilmu itu tinggi darjatnya yang membuah ibadah yang tepat dengan kehendak Allah. Tiap2 darjat itu jaraknya 500 tahun perjalanan. 

Jadilah orang alim yang mengajar. Atau jadilah orang yang belajar. Atau jadilah orang yang mendengar ilmu yang diajarkan. Dan paling tidak pun jadilah orang yang mencintai majlis2 ilmu, para alim ulamak, dan segala usha ke arah mempromosikan ilmu. 

Namun amat malang jika menjadi golongan kelima iaitu yang tidak alim, malas belajar, tidak cinta majlis ilmu, malah menghalang pula orang menjayakan program2 ilmu. Maka manusia kekal jahil. Setan sangat suka manusia yang beramal dengan ajaran yang tidak betul atau sesat. Yang menjadi imam itu ialah ilmu. Dan yang menjadi makmum itu ialah amal.

Kedua dalam misi menambah baikkan amal, mestilah beramal dengan istiqamah. Kerana ramai orang beramal ikut musim. Yang payah ialah bermala secara konsisten dan istiqamah. Orang melayu pada amnya suka buat ibadah pada dua musim utama iaitu di bulan Ramadan dan tika melakukan ibadah Haji atau Umrah. 

Bulan Ramadan baca Qur'an dia pulun habis. Tapi bila di luar Ramadan setahun pun payah nak khatam sekali. Bila berada di Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah, tu dia solat berjemaah 40 waktu memang tidak miss. Tapi bila balik Malaysia, jarang nampak dia kat masjid. 

Amal yang sedikit tapi istiqamah itu lebih utama daripada amal yang banyak tapi tidak istiqamah. Ibarat air yang menitik secara istiqamah ke atas batu boleh melekukkan batu itu berbanding dengan air banyak yang dicurah sekali gus gagal mengubah bentuk batu yang keras itu.

Yang ketiga dalam usaha kita meningkatkan amal, mestilah mendahului amal yang lebih utama atau yang lebih aulia. Amal ibadah ini tidak sama levelnya. Amalan fardu contohnya terbahagi kepada fardu ain dan fardu kifayah. Amalan sunat pula ada sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut dan ada pula sunat yang tidak dituntut.

Contohnya bila berbuka puasa iaitu masa masuk waktu solat maghrib, kita tanya mana ramai orang yang solat maghrib berjemaah atau orang yang solat teraweh secara berjemaah? Sedangkan solat maghrib secara berjemaah itu fardu manakala solat teraweh itu sunat muakad dan dilakukan secara berjemaah ialah sunat sahaja.

Berapa ramai umat Islam yang solat teraweh secara berjemaah tapi solat Isyak tidak didirikan secara berjemaah? Solat sunat qabliyah isyak tidak dituntut, yang dituntut ialah solat ba'diyah isyak. Tetapi berapa ramai orang yang angkat kaki terus selepas solat berjemaah isyak tanpa mendirikan solat sunat selepas isyak yang bestatus sunat muakad itu?

Terdapat 12 rakaat solat rawatib yang sunat muakad iaitu solat dua rakaat sebelum solat subuh, empat rakaat sebelum solat zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dan dua rakaat selepas iasyak. Inilah 12 rakaat solat sunat rawatib yang aula. Kalau perlu menunggu 15 minit sebelum iqamah, sepatutnya sebelum solat zohor kerana di sunatkan solat empat rakaat bukan tika sebelum solat subuh (yang selalu di beri 5 minit masa tambahan).

Amalan sedekah misalnya sangat aula atau utama untuk diberikan kepada orang2 yang dekat dengan kamu contohnya isteri, anak2, ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, dan sahabat handai. Justru itu sangat penting untuk kita beramal berteraskan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan tanpa ilmu. Beramal dalam alim bukan dalam jahil.

Langkah keempat dalam usha untuk meningkatkan amal ibadah ini ialah kena ikhlaskan amal itu kerana Allah. Kerana hati manusia banyak dijangkiti tiga penyakit berbahaya iaitu ujub, riak dan sumaah. 

Riak ini ialah berbuat sesuatu amal dengan niat menunjuk-nunjuk supaya orang tengok. Ujub pula ialah merasa diri kita ini hebat bila berbuat amal. Manakala sumaah ialah mengharap orang kata kita ini hebat, mengharap pujian dan sanjungan orang. Jadi perbetulkan niat dalam ibadah kita iklas tidak pada makhluk tetapi ikhlas hanya kepada Allah SWT.

Akhirnya yang kelima, amal pabila kita buat dalam keadaan kita taat pada seluruh perintah Allah. Banyak orang puasa rajin tapi aurat tidak tutup. Solat tapi mengumpat tak tinggal. Hari2 ke masjid tapi hukum hudud dia tolak. Orang nak buka kedai jual arak, takpelah asal aku tak minum arak. Orang nak buka kedai judi tak perlu bantah asal aku tidak berjudi. Sekadar amal makruf. Dia lupa nak nahi munkar. Maka orang ini sesat.

Nabi SAW bertanya siapa orang yang rugi dalam amalan2 dia? Orang yang beramal tapi rugi. Iaitu orang yang sia2 amalannya di dunia ini sedangkan dia menyangka telah banyak amal dia. 

Sayang seribu kali sayang. Menyesal di akhirat sudah tidak berguna sesen pun. Kerana dia telah kufur kepada hukum2, undang2 dan syariaat Allah. Kufur pada perintah Allah. Kufur pula untuk berjumpa Allah. Dia boleh langgar hukum Allah secara terbuka, sanggup buat dosa gaya bebas. Mereka ini lah golongan yang rugi. 

Maka perbetulkan amal kita supaya tidak di tipu oleh tipudaya dunia. Amal untuk dapat apa? Balasan Allah SWT di Akhirat yang kekal abadi.

Kita kini mula memasuki fasa 10 kedua Ramadan, fasa pengampunan Allah. Justru tingkatkan amal ibadah semaksima mungkin. Rebut peluang dan segala tawaran menarik kemurahan rahmat Allah sepanjang Ramadan yang berbaki ini. Agar kita tidak rugi lagi seperti tahun2 lepas. 

Jaga prilaku dan prestasi kita seumpama ini adalah Ramadan Terakhir. Selamat Berjaya we all !!

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...