Wednesday, February 17, 2010

Majalah Solusi


Lambakan majalah2 hiburan yang picisan di pasaran merimaskan mata memandang. Model2 dan artis2 wanita menjadi penghias muka depan dan belakang untuk menarik pelanggan, seolah-olah tiada kesudahan. Sedangkan hakikatnya ia hanya permainan murahan dan merugikan. Tiada apa manafaat pun. Sekadar mencari kepuasan dan hiburan sementara. Persis layaknya agenda muslim coca-cola.

Maka agak menyegarkan apabila menatap sebuah majalah keluaran terbaru syarikat Telaga Biru Sdn Bhd iaitu Majalah Solusi dengan tag line nya "Panduan Hidup Bersyariat". Itu pun setelah diperkenalkan oleh isteri saya yang membeli senaskah sebulan yang lalu, atas rekomendasi dari teman sepengajiannya di Surau Al-Bayan. Majalah Solusi isu no.15 itu walaupun sudah di baca oleh isteri dan mengajak saya menjenguk masih gagal menarik minat. Sehinggalah dua malam lepas, terasa ingin membelek-beleknya sambil menunggu untuk ke surau berjemaah isyak.

Suasana yang dira'ikan ini berjaya menarik perhatian saya untuk terus menatap laman demi laman majalah ini. Hati mula rasa tertarik dengan konten yang menarik dan padat dengan isi dan fakta, bukan artikel yang meleret-leret dan berbunga-bunga bahasanya. Tajuk besar yang terpapar di kulit luar majalah ialah "Hijrah atau Kalah" sempena menyambut kedatangan tahun hijrah 1431.

Terdapat 44 artikel dari pelbagai Ustaz dan tokoh yang dimuatkan kali ini dalam majalah setebal 110 mukasurat ini. Antaranya ialah:
  1. Tafsir Surah al-Zalzalah (ayat 1-8) - Ust Zahazan Mohamad
  2. Hijrah Untuk Kemajuan Islam - Ust Ahmad Baei Jaafar
  3. Wasiat Terakhir di Bumi Arafah - Ust Ahmad Husni Abd Rahman
  4. Jumaat dan Dosa Jual Beli - Ust Zaharuddin Abd Rahman
  5. Marah Itu Parah - Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
  6. Rapuh Umpama Rumah Labah-Labah - Ust Shauqi Othman
  7. Fadilat Sang Muhajir - Ust Mohd Gunawan Che Ab Aziz
  8. Keliru Dengan Ucapan Zihar - Ust Badli Shah Alauddin
  9. Kewajipan Wanita Sebagai Ibu - Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood
  10. Tempat Tinggal Jin - Dato' Ismail Kamus
  11. Prof Moore dan al-Qur'an - Dr Farhan Hadi Mohd Taib
  12. Sifat 20: Memahami Maksudnya dalam Aqidah - Ust Mohd Nidzam Abd Kadir
  13. Tatabbu' al-Rukhus (Mencari Keringanan) - Dr Abd Basit Abd Rahman
Saya semakin teruja apabila mengenali dan pernah mengikut pangajian dari beberapa ustaz di atas pada rancangan di TV9 iaitu "Tanyalah Ustaz" setiap hari minggu jam 7 pagi. Kerana pada rancangan ini saya dapati panel ustaznya sangat lah bermutu dan berilmu dengan gaya penyampaian yang sedap di dengar dan mudah difahami. Antara ustaz-ustaz yang saya maksudkan ialah Ust Mohd Nizam Abd Kadir, Ust Dr Abd Basit Abd Rahman, dan Ust Zahazan Mohamad.

Benarlah komen seorang pembaca di mukasurat 8 yang menyatakan, "Saya begitu bersyukur dengan mendapat panduan yang lebih jelas dan tepat tentang ajaran Islam pada masa kini, semoga saya tidak lagi tergolong dalam golongan yang terumbang-ambing dan terkapai-kapai mengejar dunia sehingga lupakan akhirat yang kekal abadi."

Saya petik pada artikel "Hijrahkan Dirimu" memperkatakan dari mana hendak dimulakan? Hijrah bermula dengan diri sendiri, bukan melihat orang lain berubah baru hendak berubah. Jangan harapkan keluarga, masyarakat, organisasi dan negara kita akan berubah (berhijrah) sekiranya diri kita sendiri tidak berubah terlebih dahulu. Kalau diri masih gemar menatap majalah Mangga, Remaja dan Mestika, maka berhijrahlah untuk mengisi minda dengan Majalah Solusi ini. Bukankah kita dambakan panduan hidup bersyariat?

Jadikanlah syariat sebagai pengisian dalam perjalan hidup kita ini menuju sebuah kematian yang pasti. Jangan lagi di sia-siakan nikmat masa yang Allah berikan ini. Jangan menyesal di hujung jalan atau hilang dalam kesesatan. Usahlah mengikut agenda yahudi dan nasarani yang hanya mencari agama pada tiga waktu sahaja iaitu pada detik kelahiran, upacara perkahwinan, dan di hari pengkebumian. Sedangkan di sepanjang hidup mereka yang lain hanya melayan hiburan, material dan kemahuan diri hingga melupakan panduan dan pantauan agama. Usahlah terjebak dalam perangkap ini. Jangan jadi seperti buih. Di cucuk pecah, di biarkan pun pecah. Terumbang-ambing kesana kemari, tanpa jatidiri, tanpa akidah sejati.

Hijrah atau Kalah? Its your choice !!

@@@

2 comments:

Achu Tra said...

alhamdulillah...juppo jugok dgn Solusi...meme baguh Solusi nih...padat dgn ilmu2 gguno ko kito...agok2 kalu tok juppo cari di keda buleh laa beli di keda ambo...
ambo nok ata sebutir ko demo...hadioh jawab UJIMINDA di blog ambo tp tok tahu add....kalu demo tok kisoh bui add...nnt ambo ata hadioh berupo sebuoh majalah Solusi...buleh deh?

Anonymous said...

TQ bro. Nanti ambo email ke demo.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...