Alhamdulillah sekali lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul pada hari Jumaat ini 26 Feb 2010. Namun tahukah kita apa itu Maulidur Rasul?
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Tahukah kita ini ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW yang ke berapa? Ramai tak tau kan?
Kalau nak ikut pengiraan tahun masihi. Tahun ini ialah Tahun 2010 - Tahun kelahiran 571 = 1,439 tahun. Jadi ulangtahun Rasulullah SAW yang ke 1,439 tahun.
Tunggu dulu. Kalau kita teliti tahun Hijrah pula. Congaknya begini. Rasulullah di lantik menjadi Rasul di usia 40 tahun. Kemudian Baginda berdakwah di Mekah selama 13 tahun. Setelah mendapat pelbagai tentangan dari kaum kafir Quraish, maka turunlah wahyu Allah yang memerintahkan Rasulullah untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun inilah menjadi permulaan pengiraan tahun Hijrah, sebagaimana yang di ilhamkan oleh Ali bin Abu Talib dan dilaksanakan semasa pemerintahan Kalifah Umar Al-Khattab.
Umur Rasulullah ketika berhijrah ini ialah 40 tahun (semasa perlantikan menjadi rasul) + 13 tahun (tempoh berdakwah di Mekah) = 53 tahun. Jadi umur Rasulullah ketika berhijrah ini ialah 53 tahun. Tahun itu ialah tahun 1 Hijrah. Betul?
Tahun sekarang ialah 1431 Hijrah. Mengikut congakan saya umur Rasulullah pada tahun 1431 Hijrah ini ialah 53 tahun (iaitu umur Rasullah pada tahun 1 Hijrah) + 1431 Hijrah (iaitu tahun ini) = 1,484 tahun. Betul tak?
Tapi kenapa perkiraan di atas berbeza antara tahun masihi dengan tahun hijrah? 1,439 atau 1,484 ? Perbezaan sebanyak 45 tahun.
Memang benar tahun Hijrah lebih pendek daripada tahun masihi. Kalau tak silap sebnayak 10 hari perbezaannya setiap tahun. Namun perbezaan 45 tahun di atas agak terlalu besar. Mungkin ada penjelasannya, Wallahua'alam.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Yang penting sempena hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW ini, marilah kita sama2 menghayati perjuangan Baginda menegakkan Agama Allah di muka dunia hingga dikenali sebagai tokoh tersohor sepanjang zaman yang di akui timur dan barat, oleh makhluk di langit dan bumi.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (berdoa) ke atasnya (sesiapa yang berselawat) dengan 10 kali selawat.”
Rasulullah amat gembira dengan kurniaan Allah S.W.T tersebut. Bukanlah gembira dengan pujian dan limpahan doa yang bakal dilakukan oleh umat kepadanya, akan tetapi baginda gembira dan seronok apabila Allah akan memberikan ganjaran yang banyak kepada umatnya. Mana tidaknya, sekali kita berselawat kepada nabi, Allah akan membalasnya dengan 10 kali lebih baik daripada itu.
Sejauh manakah kecintaan kita kepada Rasulullah? Tepuk dada tanyalah iman. Sebanyak manakah sunnah nya yang kita ikuti? Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Kita melangkah ke depan untuk menjadi umat nya yang lebih baik dari semalam dalam perjalanan kita menuju destinasi redha Illahi. InsyaAllah.
@@@