Setiap tahun majoriti warga kota akan balik kampung untuk menyambut raya. Saya sekeluarga juga tidak terkecuali. Namun setelah 16 tahun dengan tradisi balik kampung, pada tahun ini saya sekeluarga tak balik kampung dan akan beraya di KL atas beberapa sebab tertentu. Ia merupakan satu pengalaman baru buat kami anak-beranak.
Justru saya dok merancang-rancang bagaimana untuk memanafaatkan sambutan Hari Raya di KL ini. Saya dok plan nak menunaikan solat sunat hari raya di Masjid Jln Duta. Lepas tu saya nak berkunjung ke rumah terbuka Pak Lah, YDP Agung, dsb. Saya nak gembirakan isteri & anak-anak dengan aktiviti raya dalam suasana raya. Saya risau gak, kot-kot mereka sedih atau boring. Maklumlah ramai sdra mara & kawan2 balik kampung semuanya. Petang dan mlm tu insyaAllah kami boleh berkunjung ke rumah jiran tetangga.
Namun apapun raikanlah hari raya sebagai hari kemenangan kita berjuang di bulan Ramadan itu. Kemenangan kerana mendapat rahmat Allah. Kemenangan kerana memperoleh keampunannya dari segala dosa kita. Dan hari untuk meraikan pembebasan dari api neraka. Itulah yang sebenarnya yang patut diraikan setelah sebulan menjalani ibadah puasa itu. Janganlah di sambut raya itu dengan kemungkaran dan kemaksiatan pula. Ingatlah bahawa syaitan tengah dok nak bersorak kegembiraan kerana akan terlepas bebas seperti sediakala. Syaitan bakal menggoda kita kembali kepada dosa.
Ustaz pada kuliah zohor di ofis saya tadi berpesan, pesan kat anak2 & isteri jaga aurat dan jaga bila bersalam. Jangan bersalam dengan bukan muhrim, sepupu2, ipar-duai. Kalau nak bersalam gak lapik kain. Atau tolak dgn baik dgn berkata saya ada wuduk. Kerana hukumnya bersentuhan walau hujung jari pun kira haram. Yang belum bayar zakat fitrah segeralah membayarnya, jangan ditangguh lagi.
Terasa sunyi dan sayu, bila melihat kawan2 & saudara mara sudah mulai bercuti dan berangkat balik kampung. Nampaknya mati kutu saya tahun ni. Soalan paberet bila jumpa teman2 ialah bila start cuti? atau bila balik kampung? So jawaban saya cuti 2 hari lepas raya & raya sini tahun ni. InsyaAllah balik raya haji nanti.
Pesan saya bagi yg memandu, anggaplah perjalanan balik kampung tu untuk pergi bertemu kekasih. Walaupun lambat dan jauh tapi akhirnya dapat berjumpa kekasih tercinta, alangkah syoknya. Apalah guna pantas dan laju jika mati di tengah jalan atau terdampar di hospital kerana kemalangan dan tidak dapat berjumpa kekasih yg menanti penuh harapan dan kerinduan itu, betul tak? Jangan menyumbang kearah statistik Ops Sikap yg sudah meragut 34 nyawa dan lebih dari 3000 kemalangan itu. Kalau mengantuk, take a break kat masjid tepi2 jalan tu, take a nap, InsyaAllah segar balik. Satu lagi check lah condition kereta tu, biar tip top. Check minyak itam, myk break, air bateri. Tayar botak tu ganti la. Anyway selamat bergumbira di Hari Raya. Maaf zahir & batin semua !!
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment