Hari ni sudah 7 Ramadan. Terasa cepat Ramadan berlalu. Apakah masa di akhir zaman ini semakin memendek. Kerana rasanya di zaman kecik-kecik dulu terasa lambat benar hari-hari yang di tempuh, apatah lagi dalam menahan kelaparan berpuasa itu. Atau apakah itu psikologi semata. Atau kini disibukkan dengan banyak benda yg menyibukkan.
Pagi ni selesai berjemaah subuh di surau Al Faizeen, aku menggantikan sdra ku Hj Munir untuk membacakan terjemahan sepotong hadis bersama ulasannya. Ianya berkaitan dengan insan yg membaca Al Quran, elok sangatlah berhemah sebagaimana seorang yg membaca Al Quran. Janganlah bercakap dusta atau berakhlak hina. Jadilah insan kamil yang boleh menjadi teladan insan yang lain. InsyaAllah.
Bertolak dari rumah ke tempat kerja sekitar 6:45 dan clock-in pada 7:54. Ofisku pada Ramadan ini beroperasi dari 8:00pg hingga 5:00ptg. Berbanding hari lain 8:15-5:15. Tiada beza cuma 15 minit anjakan. Tugasku setiap rabu sebagaimana diamanahkan oleh setiausaha surau Pernec ialah membaca tazkirah pagi di PA system syarikat di HR Dept. Pagi ni berbekalkan buku kecil siri Fadhailul Aamal Fadhilat Ramadan karya Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi terbitan Jahbersa, aku pun memilih sebuah hadis Rasulullah dimana Abu 'Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa "Aku telah mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memcahkan perisai tersebut."
Perisai pelindung di sini bermaksud sebagaimana seorang itu melindungi dirinya dengan perisai, begitulah juga puasa melindunginya daripada musuhnya yang nyata yakni syaitan. Puasa menyelamatkan kita daripada siksaan Allah dan api neraka jahannam di akhirat.
Suatu ketika seorang telah bertanya Rasulullah SAW: "Apakah yang menyebabkan puasa itu batal (rosak)?" Baginda menjawab: "Bercakap dusta dan mengumpat." Hadis ini kalau diteliti, sebenarnya memberitahu kita supaya menjauhi perbuatan2 yg boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia2. Para ulama telah menggariskan 6 perkara supaya kita berhati2 sewaktu berpuasa.
1. Hendaklah mengelak pandangan daripada tempat2 yg dilarang hatta isteri sendiri dgn pandangan bernafsu. Begitulah juga melihat perbuatan2 maksiat. Rasulullah SAW bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurniakan dengan suatu cahaya iman yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati."
2. Jagalah lidah dari berdusta, perbualan yg sia2, mengumpat, hujah-menghujah, bersumpah2, berjenaka dsb. Ingatkanlah diri bahawa "Aku sedang berpuasa." Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bertanya: "Apakah itu mengumpat?" Rasulullah SAW menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka." Selanjutnya sahabat itu bertanya: "Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?" Rasulullah SAW menjawab: "Dalam hal demikian (yakni jika disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya."
3. Hendaklah kita berjaga2 drp mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan. Rasulullah SAW telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua2 pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."
4. Lain2 anggota jasad hendaklah dijauhi drp dosa dan perkara2 yg haram. Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati2 agar ketika mengambil makanan khasnya semasa berbuka (iftar) tidak adalah yang memasukinya drp sesuatu yg diragukan samada halal atau tidaknya. Seumpama orang yg berpuasa kemudia berbuka, memakan benda yg haram adalah seperti orang yg sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.
5. Tidaklah digalakkan memakan sekenyang2nya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud drp puasa itu tidak akan tercapai. Tujuan puasa itu adalah untuk mengurangi nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniyah kita.
6. Selepas menjalani puasa, hendaklah sesuatu berasa bimbang samada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknya dilakukan kepada semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian2 yg penting tertinggal. Hendaklah berasa takut2 mungkin amalan2 kita akan ditolak oleh Allah.
Sebagai kesimpulan sebgaiman yg diperintahkan dalam Al-Quran: "Puasa telah diwajibkan ke atasmu." Pentafsir2 berkata bahawa drp ayat ini difahamkan bahawa puasa itu wajib ke atas setiap bhg anggota badan. Maka puasa lidah ialah mengelak drp berkata dusta dsb, puasa telinga bermaksud supaya tidak mendengar kpd perkara maksiat, puasa mata bermaksud tidak melihat kpd apa2 bentuk maksiat dan dosa. Begitulah juga puasa diri bermaksud bebas drp kehendak2 hawa nafsu. Puasa hati bermaksud mengenepikan kecintaan terhadap benda2 duniawi. Puasa fikiran bermaksud mengelakkan berfikir selain drp Allah S.W.T.
Semoga 3 minggu yg tinggal di Ramadan ini, dapat kita manafaatkan sejitu mungkin. Segala kelemahan kita atasi dan kita ganda usahakan tingkatan ibadah kita agar pulangan maksima berjaya kita raih, InsyaAllah. Masih belum terlambat rasanya untuk kita jadikan Ramadan tahun ini sebagai yg terbaik buat kita. Sesungguhnya Ramadan tahun depan belum tentu dapat kita lalui.
Wassalam.
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Wednesday, September 19, 2007
Friday, September 07, 2007
Kisah Mat Deris
Usia Mat Deris sudah 45 tahun. Punyai rumah besar kereta besar dan kerja berpangkat manager. Isteri dan anak-anak belasan tahun. 20 tahun dulu gaji Mat Deris RM600. Dapat gaji habis gaji, tapi Alhamdulillah setakat makan pakai dan sebijik kereta second-hand masih mampu. Beberapa kali pindah kerja dan gaji pun semakin meningkat. Dulu masa gaji RM600 rasa kalau dapat gaji RM2000 memang rasa lebih dari cukup. Tapi besar periuk besar keraknya. Sekarang walau gaji dah mencapai RM9000 tapi dapat gaji habis gaji jugak. Kereta besar, rumah besar masih hutang bank jugak. Anytime bank boleh ambik balik. Tambah lagi hutang kad kredit, pinjaman peribadi, dan macam2 bil. Terbayang kalaulah gaji RM15000 nantu selesailah kot masalah. Namun bila gaji dah RM25000 sebulan pun, Mat Deris masih terkial-kial dalam himpitan hutang, bebanan kerja, dan masalah peribadi. Bilakah Mat deris akan tenang jiwa dan raga melalui hari2 yang penuh bahagia?
Subscribe to:
Posts (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...