Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Friday, August 25, 2006
Secangkir Madu
Dalam kesibukan kerja Alhamdulillah dapat juga aku meluangkan masa selama 5 hari 4 malam bercuti bersama keluarga tercinta. Sebelum itu minggu lepas aku berada di Genting Highland Convention Centre menyampaikan product presentation on Egenera Simplyfing Datacenter kepada kurang lebih 60 potential customers dari beberapa organisasi dan agensi kerajaan termasuklah dari EON Bank, JKR, TNB, JPA, DHL, DKSH, RHB Bank, Mayflower, Dumex, ICI, dan Shell. Event yg bertajuk TechDay 2006 selama 2 hari anjuran channel partner kami iaitu OnlineDM juga di sertai oleh 9 presenters lain dari Symantec, IBM, Arahe, Radiant Logic, Novell, Progress, Cardiff, Adic, dan Sybase covering various topics. Alhamdulillah aku berjaya mengalami pengalaman itu dengan jayanya. Walaupun event itu diadakan pada weekdays tapi terdapat jumlah pelancung yg begitu ramai terutamanya dari Timur Tengah, China, Jepun dan Taiwan. Malamnya kami disajikan dengan persembahan hebat Genting Entertainment bertajuk Mysteria-Believe The Impossible. Ok back to my vacation, sempena cuti sekolah aku bawaklah anak isteri ke Century Mahkota Hotel di Melaka selama 2 malam. Sebelah hotel tu terletak Mahkota Parade Shopping Centre dan all the tourist attractions just a walking distance. Di samping swimming pools, aku jugak spend masa kat hotel tu main ping-pong & putting golf ngan anak sulong aku si Amir. Then kita melawat Muzium Islam. Rupanya kerajaan Melaka dulu sudah mengamalkan Hukum Hudud dan di gambarkan dalam lukisan2 di muzium ini. Bagaimana pesalah di rejam kerana kesalahan zina bagi pasangan yg dah berkahwin dan 100 kali sebatan untuk yg bujang. Hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri. Anak ku Farihin & Shilah begitu terkesan dengan gambaran itu. Dengan kedatangan penjajah maka kita telah meninggalkan hukum hudud hinggalah ke saat ini walaupun telah 49 tahun kita so call 'merdeka'. Aku menceritakan kepada mereka bahawa hikmah hukum Allah yang begitu sempurna itu ialah untuk mencegah dan meletakkan rasa kegerunan dan keinsafan di hati kita. Hanya dengan itu sajalah jenayah dalam masyarakat dapat dibendung. Namun apabila manusia memandai-mandai mengguna logik akal dan mencipta undang-undang sendiri, maka permasalahan sosial dalam masyarakat berkembang pesat. Disamping itu pelbagai artifak sejarah termasuk model masjid, sejarah perjuangan rasulullah, peperangan besar, dan tokoh-tokoh ulama tempatan dan nusantara dipaparkan. Kemudian kami memanjat anak-anak tangga batu menuju ke puncak bukit melihat kesan sejarah gereja St.Paul dan menuruni ke sisi menuju kota A'Famosa. Kami bergambar dengan beca-beca yang berwarna warni yang rata-rata mengenakan tambang RM10 for one way trip sekitar kawasan itu termasuk pelbagai lagu dari high volume 'beca-stereo' from Sweet Charity to The Beattles evergreen songs. Kemudian kami do our shopping kat bazar yg di penuhi dengan soveniour items. Then to Maritime Muzium in the form of Grand Wooden Ship replica from the past. Our good lunch of Ikan masak pedas, ketam & sotong cost us only RM26. And I tell you the Melaka people are friendly and nice to us. That nite we go bowling (my score of 132 & 202, not bad after a long two years lay-off)and more shopping. After checkout in the afternoon we went to zoo melaka. Its bigger and better as compared to the smelly zoo negara we visited last year. Very clean and healthy animals including about six elephants, eight ziraffes, six malayan tigers, various birds, monkeys, snakes, bulls, tapirs, horses, donkeys, rhinos & deers. My kids really enjoy the elephant rides, the safari, the birds & orang utans show, and the elephants show. The ice-creams, jagung cups, burgers & cold drinks make it fun all the way through out our 5 hours at the zoo. Definite thumb up especilly for visitors from Klang Valley. Then after 2 hours drive, we checking in at Ancasa All Suites Hotel at Telok Kemang. Nice swimming pools, game area, bali garden complete with the music and the beaches. A good rest and leisure. And a good two consecutive dinner of siakap tiga rasa, tomyam campur, ayam halia, kailam ikan masin, and kerang bakar. And drinks of durian belanda, kiwi, nenas, and apple. Simply delicious !! cost us RM63 & RM61 respectively. Check-out around noon and reach home before 3. Now two days latter, back to work !! and updating the blogs...he he.
Wednesday, August 09, 2006
Forum Utusan Malaysia - 9 Aug 2006
Alhamdulillah, saya rasa teruja apabila dua komen saya telah disiarkan secara serentak dalm Ruangan Forum di akhbar Utusan Malaysia hari ini Rabu, 9 Ogos 2006. Berikut saya paparkan di sini buat tatapan anda semua...TQ.
Sokong OIC bekal senjata bantu Hizbullah
SAYA amat bersetuju dengan saranan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang mencadangkan bahawa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu membekalkan senjata untuk membantu Hizbullah di Lebanon untuk mempertahankan diri mereka daripada serangan tentera Israel.
Setakat ini pejuang Hizbullah terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantuan dari mana-mana pihak, sedangkan Israel mendapat pelbagai bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) termasuklah bantuan senjata, kewangan, latihan dan sebagainya.
Justeru, untuk mengimbangi keadaan di Lebanon di mana pejuang-pejuang Hizbullah terpaksa mempertahankan diri daripada serangan rejim Yahudi dengan senjata yang minimum, maka amatlah patut jika OIC mengambil langkah membantu Hizbullah dengan cara AS membantu Israel.
OIC yang diwakili lebih 50 negara Islam perlu bersatu dan berani memihak kepada Lebanon.
Kalaulah setiap negara anggota OIC dapat menghantar seribu tentera untuk memerangi Israel dari setiap penjuru maka akan ada lebih kurang 50,000 tentera bantuan untuk membantu Hizbullah memerangi Israel.
Dan sekiranya setiap negara OIC dapat menghantar sebuah kereta kebal dan sebuah jet pejuang maka ada 50 kereta dan 50 jet pejuang untuk menentang pencerobohan rejim Yahudi itu.
Amatlah malang untuk melihat orang Yahudi yang berjumlah 30 juta di dunia ini dapat bermaharajalela berbanding umat Islam yang berjumlah 1.5 bilion.
Lebih malang lagi apabila negara-negara Islam terus berurusan dan menyimpan wang dalam dollar AS dan terus membeli barangan AS walhal duit inilah yang digunakan oleh AS untuk membina peluru berpandu, pesawat pejuang dan pelbagai senjata canggih untuk dibekalkan kepada Israel bagi memusnahkan Lebanon, Palestin dan Iraq.
Hari ini setelah tiga minggu serangan tanpa perikemanusiaan Israel, Setiausaha OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu baru mengirim surat kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan menteri-menteri luar lima anggota tetap Majlis Keselamatan dengan memperinci keputusan mesyuarat tergempar OIC di Putrajaya minggu lalu.
Deklasari Putrajaya antara lain mendesak konflik Asia Barat dihentikan segera sambil memberi amaran kemarahan yang meluap-luap boleh mencetuskan gelombang serangan baru pengganas.
Tapi yang nyata pengganas yang paling ganas ialah rejim Yahudi Israel. Setakat ini lebih 1,000 rakyat Lebanon terbunuh, 3,369 cedera dan 915,762 hilang tempat tinggal.
Agenda tersembunyi AS ialah untuk memastikan Asia Barat dalam keadaan lemah dan politik yang berbalah untuk menjadikan Israel sentiasa kuat.
Kita tidak mahu komen yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen British yang mengatakan “Muslims are lions but their leaders are donkeys’’ (Umat Islam itu umpama singa namun pemimpin mereka ibarat keldai) menjadi kebenaran yang pahit untuk ditelan.
– PENYUMBANG TABUNG PALESTIN,
Bukit Beruntung, Selangor.
Bila hospital baru Sungai Buloh beroperasi?
DALAM Utusan Malaysia 8 Ogos 2006 terpapar sebuah berita di bawah tajuk ‘Hospital RM500 juta 6 tahun tidak siap’.
Menteri Kesihatan Datuk Dr. Chua So Lek kecewa dengan kelewatan pembinaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang masih gagal disiapkan walaupun dibina sejak enam tahun lalu.
Namun lain pula halnya dengan Hospital Sungai Buloh yang tersergam indah di tepi Lebuh Raya Utara Selatan.
Rasanya sudah siap setahun lebih. Mengikut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, Hospital Sungai Buloh adalah antara 10 buah projek utama yang disenarai bermasalah, tetapi dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.
Persoalannya mengapa sampai ke hari ini hospital berkenaan masih belum diguna pakai? Adakah kerana kekurangan doktor dan kakitangan atau kerana perancangan Kementerian Kesihatan yang bercelaru?
– HISHAMUDDIN AR,
Rawang, Selangor.

Subscribe to:
Posts (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...