Tuesday, January 21, 2025

KEMBARA 100 MASJID



Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gambar2 dan sedikit profil ringkas masjid2 yg saya lawati berkenaan.

Saya merekodkan ziarah saya itu pada posting2 di medium tiktok dan facebook bagi tatapan umum. Para pengunjung blog SOT sekelian boleh lah follow tiktok impianaiman dan facebook hishamAR bagi menikmati posting2 yg dipaparkan.

Setiap yg berlalu sudah menjadi sejarah dan kenangan. Masa yg lepas sudah tidak boleh diulang lagi. Penting utk merekodkan somewhere memori2 ini. Saya memilih utk menterjemahkan momen2 sebegini di ruangan media sosial iaitu FB, tiktok, dan blog.

Bila saya browse balik tulisan2 saya atau curahan emosi serta gambar2nya seolah saya sedang merentasi masa menyusuri sejarah dan momen yg telah pernah saya lalui. Banyak momen sudah saya lupa atau terpadam dari memori. Namun terima kasih dan syukur adanya posting2 ini yg mengembalikan semula kenangan2 lama itu.

Itu kelebihan orang yg dapat berbicara di hujung jari membuat coretan demi coretan sebagai ingatan. Alhamdulillah.

Doa saya di baki usia ini agar dianugerah usia yg baroqah, dimanfaatkan diri ini untuk ummat, dan diberikan pengakhiran yg husnul khotimah.

Satu lagi impian saya ialah untuk menerbitkan 10 buah buku untuk manfaat ummat, sebagai pusaka saya kpd masyarakat, sblom ajal menjemput pergi. Setakat ini baru tercapai lima buah buku. Maka ada baki lima buah karya lagi. Insya-Allah. Doakan saya bisa mencapai impian ini.

Berbalik kpd projek Kembara Masjid, setakat ini saya telah merekodkan ziarah dan profil 41 buah masjid di seluruh malaysia. Ini merangkumi semua negeri yg telah saya cover, kecuali negeri terengganu, dan johor. Berikut senarai masjid yg telah saya lawati setakat ini;

Kembara Masjid
1) Masjid Bandar Springhill, N9
Kos: RM4.9j
Siap: oct 2013
Kapasiti: 1,500
2) Masjid Seri Sendayan, N9
Kos: RM100j
Siap: sept 2019
Kapasiti: 5,000
3) Masjid Negeri Shah Alam, Selangor
Kos: RM160j
Siap: mac 1988
Kapasiti: 24,000
4) Masjid Bukit Aman, KL
Kos: RM8.3j
Siap: 1988
Kapasiti: 1,500
5) Masjid Wilayah KL
Kos: RM255j
Siap: oct 2000
Kapasiti: 17,000
6) Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Selangor
Kos: RM3.2j
Siap: dec 2014
Kapasiti: 1,500
7) Masjid Umar al-Khattab, Bukit Damansara, KL
Kos: RM2.9j
Siap: 1984
Kapasiti: 3,000
8) Masjid Saidina Hamzah, kg batu muda, KL
Kos: RM7.6j
Siap: 1995
Kapasiti: 1,000
9) Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa, KL
Kos: RM5j
Siap:1998
Kapasiti: 1,200
10) Masjid Muhammadi KB, Kelantan
Kos: RM360k
Siap: 1932
Kapasiti: 2,400

11) Masjid Wakaf Lichong, Pasir Puteh, Kelantan
Siap: 1986
Kos: RM500k
Kapasiti: 400
12) Masjid Wakaf Bharu, Kelantan
Siap: 1956
Kos: RM5j
Kapasiti: 2,500
13) Masjid al-Ismaili, Pasir Pekan, Kelantan
Siap: 2002
Kos: N/A
Kapasiti: 1,500
14) Masjid Mahmoodiah, Kebakat, Kelantan
Siap: 2002
Kos: RM4j
Kapasiti: 500
15) Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
Siap: 2015
Kos: RM14.3j
Kapasiti: 10,000
16) Masjid al-Ikhlas, Shah Alam, Selangor
Siap: 2013
Kos: RM20j
Kapasiti: 2,000
17) Masjid al-Kholidiah, Rasa, Selangor
Siap: 2022
Kos: RM15.5j
Kapasiti: 1,500
18) Masjid al-Ubudiah, Kerling, Selangor
Siap: 2010
Kos: RM5.9j
Kapasiti: 1,000
19) Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh
Siap: 1968
Kos: RM1.84j
Kapasiti: 3,000
20)Masjid Muhammadiah, Ipoh
Siap: 2013
Kos: RM4j
Kapasiti: 1,500

21) Masjid as-Syakirin, KLCC
Siap: 1999
Kos: RM24j
Kapasiti: 12,000
22) Masjid ar-Rahman, Gopeng, Perak
Siap: 1969
Kos: RM500k
Kapasiti: 400
23) Masjid Aman, Alor Setar
Siap: 1982 @2017
Kos: RM5.4j
Kapasiti: 2,000
24) Masjid al-Hussain, Kuala Perlis
Siap: 8 okt 2011
Kos: RM12j
Kapasiti: 1,500
25) Masjid Al-Busyra Sg Petani, Kedah
Siap: 1972
Ubahsuai: 2018
Kos: RM2.4j
Kapasiti: 1,000
26) Masjid Zahir, Alor Setar
Siap: 1915
Ubahsuai: 2003
Kos: N/A
Kapasiti: 3,000
27) Masjid MADAD, Kedah
Siap: 2023
Kos:  RM8j
Kapasiti: 1,000
28) Masjid TSFPJ, kuala perlis
Siap: 12 Nov 2021
Kos: N/A
Kapasiti: 1,000
29) Masjid Putrajaya
Siap: ogos 2000
Kos: 250j
Kapasiti: 20,000
30) Masjid Tuanku Mizan (masjid besi), Putrajaya
Siap: ogos 2009
Kos: rm200j
Kapasiti: 20,000

31) Masjid Bandaraya Likas, Sabah
Siap: 18/2/2000
Kos: rm34j
Kapasiti: 24,000
32) Masjid Negeri KK, Sabah
Siap: 29/6/77
Kos: N/A
Kapasiti: 5,000
33) Masjid Bilal Bin Rabah Tmn Koperasi Polis F1, KL
Siap: 4/5/2017
Kos: rm13.6j
Kapasiti: 2,500
34) Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA Gombak, Selangor
Siap: 12 oct 1995
Kos: RM19.4j
Kapasiti: 9,000
35) Masjid Terapung Kuching, Sarawak
Siap: 2019
Kos: rm21 juta
Kapasiti: 1,600 org
36) Masjid Bandaraya Kuching, Sarawak
Siap: 1968
Kos: N/A
Kapasiti: 1,600 org
37) Masjid al-Khairiyah, Sri Gombak, Selangor
Siap: 2004
Kos: N/A
Kapasiti: 4,000 org
38) Masjid Ayesha, kok lanas, Kelantan
Siap: 2012
Kos: RM7j
Kapasiti: 2,000 org
39) Masjid Ibrahim, hentian gua musang, Kelantan
Siap: 2023
Kos: N/A
Kapasiti: 1,000 org
40) Masjid Tmn Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang
Siap: 2010
Kos: RM5j
Kapasiti: 1,200 org
41) Masjid al-Firdaus, bandar baru selayang, Selangor
Siap: 2002
Kos: N/A
Kapasiti: 3,000 org

Masjid adalah rumah Allah. Selitkan dlm doa agar Allah pilih aku menjadi tetamu Nya. Hanya orang2 terpilih sahaja yg dapat menjejakkan kakinya ke masjid. Pilihan Allah tidak mengenal rupa paras, pangkat, harta, atau status dlm masyarakat, ada motor atau ada kereta, hatta siapa pun kamu. 

Justru sangat beruntung org2 yg terpilih. Mungkin daripada 20,000 penduduk muslim disesuatu bandar atau kawasan, hanya 50-60 org sahaja yg dipilih. Masya-Allah.

@@@



































Monday, January 20, 2025

MANUSIA NALURI HEWAN



MANUSIA NALURI HEWAN

Allah jadikan manusia sebagai sebaik2 kejadian. Manusia sebagai makhluk Allah yg terbaik. Manusia bukan malaikat. Namun manusia bisa juga menjadi makhluk yg lebih bagus drp malaikat. Manusia dikurnia nikmat yg sangat banyak, tak terhitung banyaknya. 

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." 

(Surah al-Tin: 4)


Sebaliknya manusia juga bisa menjadi makhluk yg teruk, jahat, dan ganas malah lebih teruk drp hewan. Dgn kata lain tersirat sifat, naluri, dan perangai hewan dlm diri.

Kita sekali lagi di hebahi dgn satu  insiden yg menyayat hati iaitu kisah seorg OKU yg dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa individu di chukai terengganu. Insiden yg tidak sepatutnya seteruk ini, jika masing2 berlapang dada dan berfikir secara rasional dan berperi kemanusiaan.


***

"Sedih marah, kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan. Perbuatan mereka sangat kejam, sukar saya maafkan."

~faridah abdul karim, isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai Terengganu,17 jan lalu. Perbuatan individu berkenaan yang mengheret, menyepak, memukul dan mencurahkan mi goreng di atas kepala suaminya, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, sangat melampau dan tidak berperikemanusiaan.

"Abah cakap ada orang sepak motosikal. Dia bangun dan cuba cari orang yang sepak tetapi dia sebaliknya dipukul. Rehatlah abah, dunia terlalu kejam untukmu" 

~Anak dakwa motosikal disepak sebelum langgar gerai. Sedih bapa dipukul, mahu pelaku dihukum.

"Pukul OKU ni satu kelakuan yang sangat tak berperikemanusiaan!
Baru-baru ni tular video beberapa orang di pasar tani memukul seorang warga OKU sehingga dia dimasukkan ke hospital. & Perbuatan ni sangat memalukan dan pelaku-pelaku harus dijatuhkan hukuman yang selayaknya. Semoga mangsa diberikan kesembuhan dan mendapatkan keadilan buat dirinya!"
~Aznil Hj Nawawi


***

KES seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul beramai-ramai pada Jumaat lalu (17 jan 2025) merupakan satu insiden memalukan dan menunjukkan kekurangan nilai kemanusiaan dalam masyarakat. 

Hati isteri mana yang tak sedih bila suami dipukul akibat kesilapan yang tidak disengajakan. Sedih hati Puan Faridah bila dia tengok video suaminya dipukul, dan dicurahkan mi goreng di kepalanya. Yang buat Puan Faridah terkilan lagi kenapa orang sekeliling di situ hanya melihat dan tidak menghentikan perbuatan kejam itu.

***

Saya masih ingat kira2 12 tahun yg lalu. Tika itu saya masih bertugas di syarikat pernec corporation di ulu klang. Setiap hari rabu kalau tak silap ada pasar malam bersebelahan rumah pangsa di AU3, ulu klang. Jadi kerap juga otw balik rumah, saya singgah sebentar di pasar malam itu untuk membeli beberapa juadah dan buah2an utk dibawa pulang. 

Pada satu hari itu, saya telah terserempak dgn satu adegan yg menyayat hati. Tika para peniaga pasar malam bersiap2 utk menyediakan gerai dan mengangkut apa yg patut drp van atau kreta masing2. 

Datang sebuah moto kapcai dgn dua org penunggangnya, lelaki pertengahan umur, mungkin umur 30an. Tergesa2 berhenti di tepi salah sebuah van milik peniaga. Terus meluru mengangkat sebuah generator penjana letrik drp van yg bonetnya terbuka luas, asbab peniaga berkenaan dlm proses mengangkut perkakasan dan bahan jualan. 

Tampak objektif mereka berdua nak kebas generator itu, dgn modus operandi touch n go, for easy money. Dapat jual dgn harga rm400-500 pun dah ok. Sebab harga brand new generator sebegini dlm rm1,000++. 

Begitulah grand plan mereka berdua, yg saya syak penagih dadah. Kalau bukan, mana brani cuba execute rompakan siang hari tgh org ramai begitu. Apa yg dirancang tidak menjadi. Generator tu agak berat rupanya. Jadi tak mudah utk diangkat. 

Pemilik van telah nampak dan menyedari keadaan yg berlaku. Ramai2 telah serang kedua org penjenayah itu. Namun seorg dgn cekap dan cepat, sempat naik motor dan memecut pergi. Tinggallah rakannya seorg diri.

Apa yg saya nak ceritakan ialah naluri hewan yg ganas dan tidak berperi kemanusiaan mula terserlah. Lelaki itu dipukul, ditendang, ditampar, diketuk, disepak semahunya, hingga terjatuh ke dlm parit konkrit besar berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Itupun ada lagi yg datang menendang tanpa belas. 

Apakah aura pasar pagi, pasar malam atau pasar tani begini sifatnya? Byk bisikan setan yg menyucuk dan menghasut? Hingga secubit iman yg ada lulus dari hati, terbang entah kemana. Apakah nafsu amarah mudah meratah nilai sabar dan kasihan belas. 

"Tempat paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya.” 
[Riwayat Muslim (671)]

Ya benar lelaki itu telah melakukan aksi cobaan mencuri. Jika dia berjaya, mungkin pemilik akan rugi nilai generator yg dia beli rm1,500 beberapa tahun dulu, yg sekarang nilainya mungkin sekadar maksima pun rm700. Berbaloikah hukuman ikut kpala sendiri, yg dikenakan? Tanpa menunggu pertimbangan peraturan dan undang2 sivil yg a tersedia? Apatah lagi undang2 islam berkenaan hukum jenayah. 

Mengambil tindakan berdasar nafsu amarah, hingga seolah2 ingin membunuh dan menamatkan riwayat  penjenayah itu? Pada saksian saya, mangsa akan mengalami bukan sekadar luka di jasad luarannya tapi juga organ dalaman dan cacat emosinya untuk masa yg panjang. 

Smoga baki usianya penuh baroqah dan keampunan, dan diberikan pengakiran hayat yg husnul khotimah.

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” 

(Surah al-Isra’: 70)


Pada hari ini, saya ingin mengajak para pengunjung blog SOT ini, utk merenung sebentar, berfikir sejenak, aku ini layakkah menjadi makhluk terbaik ciptaan Allah?

Atau mungkinkah aku ini seekor hewan ganas yg bertopeng manusia, dan bekiblatkan setan laknatullah? 

Sama2 kita muhasabah diri dan mengubati naluri yg mungkin berpenyakit kronik yg membarah itu. Agar dunia lebih tenang, aman dan damai. Hidup dlm kasih sayang dan toleransi. Usah jadi seorang zionis yg kejam pada hidup yg Allah bagi pinjam ini.

@@@

Monday, January 13, 2025

API PANAS TERUS MENGGANAS


API YANG MARAK

Allah Maha Berkuasa. Manusia sekadar hamba yg lemah. Tiada daya dan upaya melainkan semua dgn izinnya.
Sesuatu yg nampak mustahil, sangat mudah bagi Allah. Begitulah yg terjadi untuk manusia sejagat mengambil iktibar. Api di dunia ini sekadar cebisan drp api neraka Allah (hell fire).
Untuk sama2 kita renung dan fikir. Seangkuh mana pun manusia, sangat lemah bagi yang Maha Berkuasa.
Segala nikmat dan harta benda boleh Allah lupuskan dlm sekelip mata.
Bagi yg gelap mata hatinya, segala yg berlaku disandar kpd tragedi alam @environment disaster semata.
Hakikatnya tiada bala yg menimpa, tiada sekadar fenomena alam, tiada yg semulajadi, melainkan semuanya Allah yg jadi.
Peringatan demi peringatan drp Allah kpd hamba2 Nya utk dijadikan iktibar.

***

Massive widfire di LA yg bermula pada 7 jan dan setakat hari ni 12 jan 2025, sudah membakar keluasan 27,000 hektar iaitu lebih kurang 62% saiz Langkawi yg bersaiz 43,000 hektar. Saiz Gaza 36,000 hektar, maknanya keluasan yg terbakar lebihkurang 75% saiz Gaza. Just to put in perspective and comparison in term of land size. Setakat ini wildfire berkenaan sudah meragut nyawa 24 org dlm masa 6 hari. Api yg panas terus mengganas.

Sementara itu Israel pulak mlm tadi telah mengebom Gaza lagi iaitu kem refugee al-Buraij dan al-Nuseirat tanpa belas ihsan. Israel sudah meragut 5,000 nyawa dlm masa 100 hari di Northen Gaza, tanpa bantuan kemanusiaan. Israel military had 46,565 killed and 109,660 injured in which 70% of them are children and women since the war broke in oct 2023.

@@@




Sunday, January 05, 2025

REJAB YANG MUSTAJAB

Alhamdulillah hari ini sudah 5 rejab 1446H bersamaan dgn 5 jan 2025. Bulan rejab adalah pintu gerbang untuk kita melangkah ke bulan syaaban dan seterusnya kemuncak yg dinanti bulan penuh baroqah, iaitu ramadan al-mubaraq.

Bulan rejab sangat mujarab untuk latihan bagi meningkatkatkan amal. Kalau dlm berolahraga, ini adalah masanya untuk melakukan streching, regangan otot, dan rutin warmup. Latihan intensif untuk rajin mendirikan solat2 sunat, bersedeqah setiap hari, dan berbuat kebaikan pada setiap kesempatan. 

Supaya bila tiba bulan ramadan kita sudah tidak merasa aneh, janggal, letih, atau kurang stamina untuk melakukan sgala amal soleh. Pastikan warmup dan latihtubi yg padu di bulan rejab dan jitu di bulan syaaban. Agar bulan ramadan nanti kita bisa perform dgn qualiti yg mantap bagi meraih sgala hadiah pahala berganda yg Allah sediakan.


Sehubungan itu, saya ingin mengajak para sahabat sekelian untuk apalah kiranya singgah di blog saya ini dan mentelaah 715 posting yg dipaparkan agar ilmu bermanfaat yg saya kongsikan dapat disebar luas ke serata alam. Saya dambakan penulisan saya itu terkelompok dlm ilmu bermanfaat di sisi Allah, yg menjadi penawar dan hikmah kpd ummat byk untuk bisa menjana saham akhirat untuk saya.


***
School Of Tots (SOT)

Saya mula menulis di blog saya School Of Tots (schooloftots.blogspot.com) pada 5 sept 2005. Pada era 2005-2013, blogs merupakan satu wadah yg popular di internet. Kemudian ia beransur ke belakang pabila facebook dan yg sewaktunya mula menunjukkan belang. Namun saya rasakan penulisan di blog lebih bersifat long lasting dan tak lapuk dek zaman di platform yg global.

Saya menulis sinopsis blog SOT sebagai, "Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers."

Paling byk posting yg saya hasilkan ialah di tahun 2012 iaitu sebanyak 112, diikuti tahun 2013 sebanyak 97 posting, 2011 sebanyak 97 posting, dan tahun lps 2024 paling kurang posting, cuma 1 sahaja.

Posting pertama saya berlaku pada 1 sept 2005 bertajuk Katrina dan Rita iaitu perihal taufan yg melanda USA. Dan posting terakhir saya iaitu bertarikh 1 feb 2024 bertajuk Isu Pendidikan perihal perjalanan ujikaji pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah yg sekali pandang agak carca marba. The rest is history. Posting paling popular saya bertajuk Doa Selepas Solat yg telah mengundang seramai 43,961 pengunjung.

Pabila saya melihat balik posting2 ini, saya pun agak teruja dan terkedu. Bagaimana saya bisa menulis posting2 sebegini. Merentas masa, saya pun tidak menyangka. Namun begitulah pentingnya, we put down in writting how we feel agar ia menjadi saksi dan ilmu sekiranya bermanfaat utk org yg membacanya. Allah jualah yg telah memberi taufik dan hidayahnya untuk memberi cetusan idea sehingga menggerakkan jari jemari saya untuk mengetuk keyboard bagi berkongsi posting demi posting untuk semua yg sudi membacanya. Alhamdulillah.

Setakat hari ini saya sudah coretkan 715 posting di SOT. Jumlah pembacanya tidaklah ramai, sekadar 454,049 org. Banyak catatan di majlis2 ilmu yg saya hadiri, menjadi bahan coretan saya. Saya ingin memainkan sedikit peranan untuk mengembangkan mesej dakwah kpd org lain. Kerana kerja dakwah adalah kerja kita semua, bukan terhad kpd ulamak, ustaz atau org2 tertentu sahaja.

Berbeza dgn blog isteri saya iaitu Matahati (matahati-mama.blogspot.com) dgn 643 posting yg setakat hari ini berjaya mencapai 6,330,248 pembaca @visitors. Byk tajuk2nya yg top hit di google search.

Dan satu lagi blog milik isteri saya iaitu Pandangan Kasih (pkasih.blogspot.com) dgn 220 posting, meraih visitors sebanyak 2,953,110 org stakat ini.

Begitulah kisah blogging kami suami isteri. Tujuan utama ialah untuk sama2 berkongsi ilmu kpd masyarakat. Smoga sedikit sebanyak termasuk dlm kategori ilmu bermanfaat yg bisa menjana saham akhirat.

Sudi2lah menjenguk ke blog2 berkenaan.

#BlogSchoolOfTots
#BlogMatahati
#BlogPandanganKasih


DOA SELEPAS SOLAT

DOA 4 PERKARA Ustaz adi hidayat (UAH) menyatakan doa yang memohon 4 hal di mana doa ini termaktub dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatk...