Thursday, March 17, 2022

ONE OFF 10K



SERONOK

Hari ini ramai yg seronok dgn pengumuman yg telah dibuat oleh PM tentang pengeluaran one off rm10k drp dana KWSP. Ia satu langkah kerajaan yg popular. Namun sesuatu yg popular itu tidak semesti yg terbaek.

Tidak dinafikan duit itu milik masing2 dan bebas digunakan mengikut keperluan atau keinginan individu. Semoga ia di blanja dgn wajar kpd sesuatu yg perlu @needs, bukan kpd sesuatu yg teringin atau nice to have.

Mari kita lihat dari perspektif bahawa dana KWSP iaitu sebagaimana namanya kumpulan wang simpanan pekerja, objektifnya ialah pengumpulan dana yg wajib mengikut undang2 negara melalui akta tertentu untuk menyediakan dana persaraan. Maksudnya satu caruman secara bulanan  ataupun pelaburan yg berisiko rendah bagi kegunaan selepas umur bersara 55 tahun. Itu asasnya. 

Walaupun beberapa kelonggaran tertentu yg membenarkan pengeluaran utk tujuan2 khas seperti pembiayaan pelajaran, rawatan kesihatan,   bayaran pinjaman rumah, dll.

Caruman pula terbahagi dua iaitu 9% drp pekerja & 11% drp majikan. Jadi setiap bulan caruman 20% drp gaji di top-up ke dlm akaun KWSP masing2 demi utk menjana atau membina satu tabung simpanan wang bagi kegunaan di hari tua, dimana kita sudah tidak bekerja lagi iaitu sudah bersara. Sebagai contoh kalau gaji rm3k sebulan, maka sebanyak rm600 akn ditambah ke dlm tabung anda setiap bulan. Banyak jugak tu. Ingat pepatah lama, sikit2 lama2 jadi bukit.

Jadi bila dapat durian runtuh rm10k yg boleh di withdraw sekaligus, agak2 kemana duit tu akn dibelanjakan?

Anyway rasanya sifat duit gitulah, sikit tak cukup, banyak pun habis. Jarang yg bijak utk kembangkan semula duit rm10k bagi menjana sejumlah keuntungan yg bisa mengatasi pulangan tahunan KWSP 5-6% itu. Kalau ada pun kadang-kadang kot.

Mari kita lihat apakah peluang atau potensi pulangan yg terhidang? Kalau kita memilih utk tidak kacau duit rm10k itu.

Saya ambil contoh sahabat saya Mohd Zaquan yg berumur 40 tahun. Dia ada tempoh kerjaya 15 tahun lagi  sebelum bersara diusia 55 tahun. Dia pun keluarkan rm10k drp dana persaraannya utk menampung kos hidupnya. Kemudian habislah duit itu dibelanjakan dlm tempoh beberapa bulan.

Agaknya brapa jumlah dana persaraan yg kita perlukan dikala usia mencecah 55 tahun?

Mengikut purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun. Maknanya jika anda bersara di usia 55, maka anda akn menerus kehidupan diusia persaraan selama 20 tahun lagi. 

Mari kita congak, jika kos hidup rm1,000 sebulan, maka dana yg diperlukan utk hidup 20 tahun itu adalah rm240,000. Wow !! Ada ka duit sebanyak itu di akaun KWSP anda?

Kalau mengikut penyataan drp pihak KWSP sendiri, tak ramai yg ada dana sebanyak itu. So how?

Kembali kpd sahabat saya Mohd Zaquan yg begitu seronok hari ni nak keluarkan rm10k one-off. Kalau dia fikir secara rasional, dan jika tiada keperluan mendesak atau kecemasan. Saya nasihatkan tak payah keluarkan duit itu drp dana persaraan anda. Why?

Kerana mengikut pengiraan advance financial calculator yg saya download di AppStore tadi. Potensi duit rm10k jika tidak diusik drp akaun KWSP beliau, mengambil kira kadar pulangan purata 6% setahun,  duit rm10k itu bisa berkembang menjadi rm24k dlm tempoh 15 tahun berbaki era kerjaya beliau sebelum mencapai umur bersara 55 itu. Ya betul jumlah untung rm14k beb. Banyak jugak tu. Yg penting sabar dan fikir dulu, utk tidak mengikut arus fofular yg tular. Sekian saja. Pilihan masih di tangan anda. Wallahu'alam.

Bagi yg memilih utk mengikut arus perdana dan menjadi cash rich. Nasihat saya simpan 50% ke dlm dana terpilih Pubilc Mutual Unit Trust yg berpotensi menjana pulangan yg bagus dlm jangka panjang melebihi 5 tahun. Boleh PM saya jika ingin mendapat keterangan lanjut.

#BijakBertindak
#DiversifyYourInvestment

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...