Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Tuesday, April 30, 2013
Fikir Masa Depan Anak2 Kita
Selamatkah kehidupan anak2 kita? Jangan memperjudikan masa depan anak2 kita. Berusaha sedaya yang mampu agar masa depan mereka sejahtera. Sekiranya mereka hidup dalam negara yang Allah berkati maka selamatlah dan sejahteralah mereka. Maka sangat menjadi tanggingjawab setiap orang untuk berusaha supaya negara ini menjadi sebuah negara yang diberkati Allah. Bagaimana Pak?
Apakah sifat2 negara yang diberkati Allah?
Pertama, Negara yang makmur. Rezki yang melimpah ruah dengan kekayaan negara diagih2kan secara yang haq untuk sama2 dinikmati dan bukan sekadar berlegar dalam kelompok tertentu sahaja. Pemimpim mesti berfikir dan punyai plan bertindak untuk membantu rakyat contohnya dalam bidang pendidikan, perubatan, perumahan dan taraf hidup. Hasil negara yang begitu banyak kenapa tidak boleh dipulangkan kepda rakyat? Rupa2nya kerana pemimpin hidup bermewah-mewah dan berada dalam kelas tersendiri.
Kedua, ciri2 negara yang diberkati Allah ialah negara yang adil. Adil yang membawa maksud berjaya meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Berlaku adillah kerana adil itu hampir kepada taqwa. Pemimpin mestilah bersifat adil pada setiap masa dan keadaan hatta kepada musuh sekalipun. Khalifah pun boleh kalah dalam sesuatu kes mahkamah misalnya jika berada dalam sistem keadilan Islam.
Ketiga, negara yang aman. Bagaimana nak wujudkan negara yang aman? Iaitu pabila pemimpin sesebuah kerajaan itu melaksanakan sistem yang ditetapkan oleh Allah. Sudah tentu Pencipta alam ini lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan makhluk ciptaan-Nya. Maka sesuatu negara yang diberkati itu hendaklah melaksanakan sistem hidup Islam termasuklah sosial, ekonomi, undang2 dan pentadbiran mengikut kerangka dan masterplan yang telah ditetapkan oleh Pencipta alam ini.
Dan akhirnya sesebuah negara yang akan diberkati Allah ialah negara yang dipimpin oleh berisan pemimpin yang sentiasa menyuruh yang makruf dan menegah yang mungkar. Pemimpin yang faham agama dan menyokong dan melaksanakan usaha kebaikan iatu perkara2 yang dibenarkan oleh syariat. Pada masa yang sama pemimpin ini menghalang atau menidakkan segala bentuk keburukan dan elemen kemaksiatan yang di tegah oleh syariat Islam. Maka pabila syariat Islam menjadi agenda pokok akan selamatlah insyaAllah masa depan negara.
Tiada istilah assobiyah berjuang atas nama bangsa atau kepentingan sesuatu kaum dalam perjuangan untuk menegakkan sebuah negara yang makmur, adil, aman yang amal makruf nahi mungkar. Kembalikan kegemilangan sebuah negara dengan beruasaha gigih menunaikan amanah bagi memilih pemimpin yang perjuangan induknya untuk membentuk kerajaan yang baik dan amanah mengikut syariaat.
Fikir masa depan yang gemilang dan terbilang buat anak cucu cicit kita yang akan hidup dalam sebuah negara Malaysia tercinta peninggalan kita yang diberkati Allah.
Pangkahlah kertas undi itu di PRU13 kali ini kerana Allah dengan memilih pemimpin yang alim, amanah dan tidak rasuah. Itu hak anda dan amanah Allah yang jangan sesekali dipemain-mainkan atau di ambil enteng dan tidak penting. Anda akan di soal di hadapan Allah nanti.
Ini Kali Lah !!
@@@
Monday, April 22, 2013
Tangan Yang Pangkah Jadi Saksi
Gendang Perang Sudah Di Palu |
Hidayah Allah bukan semua dapat, maka beruntunglah orang yang mendapat hidayah Allah. Orang yang tidak mendapat hidayah Allah, pabila di ajak ke jalan Allah dan Rasul maka di alih hati mereka ke jalan yang lain. Mereka ini masih tidak nampak kezaliman? Mereka yang patuh dan sokong kezaliman adalah tergolong dalam kelompok orang yang kufur. Orang yang bantu kezaliman, Nabi tidak mengaku umat. Cenderung kepada kezaliman pun tak boleh.
Menyokong orang yang menyokong kezaliman ialah orang yang zalim. Maka menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memilih pemimpin yang boleh bantu tegakkan Islam bukan memilih pemimpin yang membawa jauh daripada Islam. Tangan yang pangkah menjadi saksi di hadapan Allah nanti.
Manusia diminta untuk saling ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran. Saling ingat bahawa di hadapan ada kecelakaan dan azab menunggu. Saling ingat bahawa di belakang ada pengajaran dan iktibar yang perlu diambil. Setiap perlakuan manusia di muka bumi akan di hitung dan dikira, tidak ada satu yang terlepas hatta walaupun sebesar zarah. Semuanya dilabelkan samada kategori dosa atau pahala. Orang sering berlaku zalim ialah orang yang tidak ambil peduli soal dosa pahala. Hidup persis haiwan yang tiada pedoman. Kalah dengan nafsu dan pujuk rayu syaitan.
Islam itu membawa rahmat. Justru Islam memerlukan kekuasaan untuk memerintah bukan diperintah. Islam ibarat batu yang jatuh ke dalam air membentuk gelombang iaitu rahmat. Lagi besar saiz batu itu maka lagi besarlah impak gelombang itu yang bila sampai ke pantai akan membersihkan pantai daripada segala kekotoran, sampah sarap dan najis, hingga pantai menjadi puteh bersih. Islam yang kecil akan membawa impak yang kecil namun Islam yang besar akan membawa rahmat yang cukup besar ke serata alam.
Demokrasi ini adalah satu alat atau cara untuk mendapat kekuasaan memerintah. Gunanya ialah untuk membawa manusia dekat kepada Allah. Jika dipimpin oleh kelompok yang zalim maka dia akan mengheret manusia jauh daripada taat kepada Allah dan mendekatkan kepada kezaliman dan kehancuran. Agama itu asas dan kekuasaan memerintah itu ialah pengawasnya. Sesuatu tanpa asas akan hancur.
Pemerintah, rumahtangga, perniagaan, perpadauan atau apa saja yang tidak berasas kepada Islam akan terumbang-ambing dan musnah. Kerana tiada pengawas yang mencegah yang haram. Syariat Islam berada di satu lembah sedangkan undang2 yang diguna pakai nun berada jauh di satu lembah yang lain. Kita kena bangkit untuk meruntuhkan pemimpin yang tidak mendaulatkan hukum Allah malah secara terangan menolaknya dengan pelbagai alasan.
Gendang perang sudah dipalu. Hari penamaan calon sudah berlalu. Medan jihad sudah di depan mata. Sesiapa yang berjuang untuk menegakkan Agama Allah maka ianya ialah jihad fisabilillah. Orang beriman tidak melarikan diri dari pergi berperang. Pilihlah pemimpin yang baik agar kebaikan itu dapat dinikmati oleh rakyat sekelian.
Pemimpin ibarat drebar. Drebar pulas stereng ke kiri penumpang mengereng ke kanan. Drebar pulas ke kiri penumpang mengereng ke kanan. Drebar tekan emergency break penumpang tersungkur ke depan. Kalau drebar bas mabuk maka para penumpang sebaik mana pun akhlak mereka mungkin tak dapat sampai ke destinansi yang di tuju kerana mungkin akan terhumban ke dalam gaung bersama drebar yang mabuk todi tadi. Begitulah ibaratnya jika mendapat pemandu yang baik walaupun penumpangnya lara belaka tapi insyaAllah akan selamat sampai ke destinasi yang di tuju.
Dalam usul feqah menjelaskan bahawa bila ada pekebun anggur jual buah anggurnya kepada towkey buat arak yang akan menggunakan buah anggur yang di beli borong itu untuk buat arak maka pekebun tadi mendapat dosa sebagaimana pembuat arak itu juga. Seorang tuan tanah yang memajak tanahnya kepada seorang pembuat todi yang menggunakan tanah yang dipajak itu untuk membuat todi maka tuan tanah tadi juga berdosa sama.
Begitulah juga bagi seorang pengundi yang memilih seorang perompak yang merompak kekayaan negara untuk diri dan kroninya maka dia akan turut sama berdosa dan akan mendapat azab Allah di akhirat nanti. Perompak yang merompak minyak di Kelantan dengan menidakkan royalti kepada rakyat Kelantan selama lebih 10 tahun selayaknya dihumban keluar dari tampuk pemerintahan negara. Usah lagi bersekongkol dengan perompak kerana nanti terpalit dosa sama.
Seorang tok imam balik dari masjid melihat seoarang ahli khariah terlompat-lompat nak jolok buah mangga kat pokok tepi jalan. Maka tok imam pun bantu dengan membongkok supaya mamat tadi dapat pijak bahu dia dan dapatkan buah mangga curi tu. Maka dengan besekongkol dalam kerja maksiat itu walaupun niat tok iman nak menolong maka tetap berdosa, bahkan tok iman dapat dosa kering dan mamat tadi dapat dosa basah sebab dia dapat buah mangga.
Jutru itu perkemaskan diri untuk berjuang dan berjihad di medan juang PRU13. Akan banyak cabaran dan ujian akan ditempuhi tapi ingatlah 20 orang pemuda beriman yang sabar bisa menewaskan 200 orang musuh. Begitu juga 100 orang pejuang yang beriman dan sabar akan dapat mengalahkan 1000 orang musuh, insyaAllah.
Pesan para ulama yang pertama ikhlaskan niat nawaitu kerana Allah dalam perjuangan ini. Penyokong mesti wala' (patuh) kepada pilihan pemimpin dengan menyokong calon2 yang telah ditentukan dalam PRU13 ini. Bila dah istihar dalam penamaan calon tempoh hari maka kena patuh dan memberi sepenuh sokongan. Jangan letak unsur2 keduniaan dalam hati. Jangan lupa Allah.
Pesanan yang kedua untuk para petugas dan pejuang sekelian ialah jaga solat berjemaah. Jangan abaikan solat dalam sibuk gantung bendera atau poster dan berkempen. Lagi kuat kerja maka lagi kuat solat. Tak solat maka tak berjaya. Seruan azan saban waktu mengingatkan kita akan janji Allah, "Marilah dirikan solat, Marilah menuju kejayaan." Jangan lupa dirikan solat sunat dhuha dan tahajjud walaupun sekadar dua rakaat. Begitu juga teruskan amalan baca al-Qur'an walupun sekadar dua mukasurat setiap hari.
Asah senjata dengan banyakkan doa kerana doa adalah senjata umat Islam. Bukan sekadar banyakkan bendera dan poster tapi yang lebih utama banyakkan berdoa untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan Allah yang Maha Berkuasa. Ini Kalilah InsyaAllah untuk UBAH kepada kebaikan dan nyahkan kebatilan dan kezaliman. Tangan yang pangkah jadi saksi.
@@@
Monday, April 01, 2013
Waqaf dan Ilmu
Wuduk orang mati sudah tidak terbatal kerana gugur hukum syarak ke atas nya, yang batal wuduk ialah untuk orang hidup yang mengucup dahi si mati.
Tiada lagi penghubung kepada si mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yg di manfaatkan, dan doa anak yang soleh. Sedekah jariah itu ialah harta yg di waqafkan, iaitu harta yang kekal lama seperti waqaf masjid dan yang bersangkutan, waqaf harta atau tanah. Budaya waqaf ini masih kurang di kalangan orang melayu berbanding dengan orang arab atau orang india.
Universiti al-Azhar di Mesir itu merupakan hasil waqaf. Bayangkan pahala kepada si pewaqafnya pada setiap manfaat graduan al-Azhar yang bertebaran berdakwah di seluruh pelusuk dunia.
Universiti al-Azhar di Mesir itu merupakan hasil waqaf. Bayangkan pahala kepada si pewaqafnya pada setiap manfaat graduan al-Azhar yang bertebaran berdakwah di seluruh pelusuk dunia.
Orang melayu lebih gemar buat kenduri dan pergi umrah berbanding membelanja harta untuk waqaf. Sepatutnya di dahulukan yang lebih penting daripada yang penting. Titisan darah mujahidin menentang musuh itu lebih utama daripada airmata tangisan di depan kaabah semasa ibadah umrah.
Pergi umrah itu seolah macam budaya atau trend masakini pula. Ada orang tu dah 18 kali pergi umrah, sedangkan jika dia bantu biayai seorang miskin menuntut ilmu itu lebih afdalnya atau menyumbang kepada tabung jihad Palestin itu adalah terlebih utama.
Pergi umrah itu seolah macam budaya atau trend masakini pula. Ada orang tu dah 18 kali pergi umrah, sedangkan jika dia bantu biayai seorang miskin menuntut ilmu itu lebih afdalnya atau menyumbang kepada tabung jihad Palestin itu adalah terlebih utama.
Kisah seorang doktor di Kelantan pada awal 80an dulu semasa era bermulanya kebangkitan Islam. Seorang pakcik datang berjumpanya mengadu hal, "Pokcik ni tak lena tido malam." Doktor muda ini tersenyum, " Eh bagus la gitu gak Pokcik." Pakcik tu error. "Bakpo doktor kata ggitu?" Doktor menjawab, "Ambo ni oghe muda, balik rumah lepas isyak lepas makan sikit, dapat bantal terus lena sebab penat. Kaba-kaba masuk subuh doh. Kalu macam Pokcik ni bagus la, boleh solat tahjjud, baca Qur'an dan berdoa panjang-panjang di tengah malam, afdal tu. Esok kalu ngatok tido la Pokcik, muga pecen doh takdok buat ggapo." Pakcik tadi langsung tak jadi ambik ubat dan terus pulang. "Ish, ish ada jugok doktor lagu ni, sempat dakwah kita lagi."
Dalam Islam ada dua ilmu yang kena belajar iaitu ilmu fardu ain yang wajib untuk semua orang yang mengaku Islam. Ilmu fardu ain terbahagi kepada tiga iaitu feqah, tauhid dan tasauf.
Satu lagi ilmu ialah Ilmu fardu kifayah iaitu ilmu tentang permaslahatan umat. Jika ada yang dah belajar dalam sesuatu daerah itu maka terlepaslah tanggung-jawab seluruh yang lain di daerah itu.
Contohnya kalau masih belum ada orang Islam sebagai formen baiki kereta kat kampung ni maka orang Islam kat kampung itu seluruhnya berdosa, kerana khidmat nya diperlukan di kampung itu. Pengajian bidang2 akademik seperti sains, kejuruteraan, akaun, kedoktoran dan seumpamnya adalah fardu kifayah kepada orang Islam. Jadilah seorang profesional yang alim dan faham agama.
Satu lagi ilmu ialah Ilmu fardu kifayah iaitu ilmu tentang permaslahatan umat. Jika ada yang dah belajar dalam sesuatu daerah itu maka terlepaslah tanggung-jawab seluruh yang lain di daerah itu.
Contohnya kalau masih belum ada orang Islam sebagai formen baiki kereta kat kampung ni maka orang Islam kat kampung itu seluruhnya berdosa, kerana khidmat nya diperlukan di kampung itu. Pengajian bidang2 akademik seperti sains, kejuruteraan, akaun, kedoktoran dan seumpamnya adalah fardu kifayah kepada orang Islam. Jadilah seorang profesional yang alim dan faham agama.
Semakin tinggi ilmu seseorang maka sapatutnya semakin dekat dan taat kepada Allah, kerana semuanya milik Allah semuanya. Pusakakan ilmu yang dapat dimanfaatkan kerana saham pulangannya akan terus di jana walaupun seseorang itu sudah mati.
Beruntunglah sesorang yang mati bersama dosanya, maksudnya dosanya juga mati atau terhenti di situ. Sebaliknya celakalah dan rugi besarlah seseorang yang mati tapi dosanya terus hidup dan berpanjangan, maksudnya dia terus mendapat dosa akibat dari kesan perbuatannya semasa hidup di dunia dulu.
Beruntunglah sesorang yang mati bersama dosanya, maksudnya dosanya juga mati atau terhenti di situ. Sebaliknya celakalah dan rugi besarlah seseorang yang mati tapi dosanya terus hidup dan berpanjangan, maksudnya dia terus mendapat dosa akibat dari kesan perbuatannya semasa hidup di dunia dulu.
Antara dosa yang berterusan ini ialah menulis buku yang berunsur fitnah atau berlakon dalam filem2 yang berunsur maksiat atau menyesatkan. Mengundi pemimpin yang menentang hukum Allah yang boleh menjana dosa berterusan, contohnya polisi meluluskan lesen judi, lesen arak atau hiburan oleh pemimpin ini terus menjana dosa dan maksiat.
Contoh jariah maksiat ialah pemimpin yang meluluskan lesen pusat judi Genting dan pengundi2 yg memilih pemimpin ini. Ya benar pengundi yg memilih pemimpin begini juga akan terpalit dosa sama kerana bersubahat menyokongnya, dosa berterusan selagi mana pusat judi di Genting terus beroperasi. Ia akan menjadi maksiat jariah bukan amal jariah. Ruh akan tersiksa jika tidak sempat bertaubat. Justru itu sila peka dan jangan buta untuk mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Contoh jariah maksiat ialah pemimpin yang meluluskan lesen pusat judi Genting dan pengundi2 yg memilih pemimpin ini. Ya benar pengundi yg memilih pemimpin begini juga akan terpalit dosa sama kerana bersubahat menyokongnya, dosa berterusan selagi mana pusat judi di Genting terus beroperasi. Ia akan menjadi maksiat jariah bukan amal jariah. Ruh akan tersiksa jika tidak sempat bertaubat. Justru itu sila peka dan jangan buta untuk mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Orang yang bankrup di akhirat nanti ialah orang banyak duit dan harta tetapi duit dan hartanya itu tidak menjadi pahala untuknya di dalam kubur.
Seorang pemuda bertanya, "Pakcik, di mana letaknya kedai Toto?" Jawab Pakcik,"Awak jalan straight, jumpa traffic light belok kiri, depan bus-stop." Maka tak pasal-pasal Pakcik tadi terpalit dosa kerana membantu pemuda tadi ke arah maksiat. Jangan bersubahat dengan perkara dosa dan maksiat. Justru marilah kita berhati-hati agar mati kita nanti merupakan sebuah kematian bagi orang yang beruntung bukan orang yang celaka.
@@@
Subscribe to:
Posts (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...