Thursday, June 21, 2007

Lagu Alleycats

Pagi ni kat ofis dok dengar lagu Alleycats in the background from my PC's RealPlayer. Never failed to bring back nostalgia dan kenangan, especially zaman sekolah and university. Masa feeling syok pada seseorang dan zaman cinta cintaan. Zaman sekolah kat SMSKel dulu era 1977-81, memang Alleycats top abis sezaman dengan kumpulan Caferee. Lagu Senandung Semalam memang berhantu setanding lagu Rindu Bayangan, masa saya form 1 iaitu sekitar 1977.

Masa saya hidup 4 tahun setengah kat WMU Kalamazoo era 82-86, lagu Alleycats adalah pengubat rindu pada tanahair tercinta, melayan hati dan perasaan. Susah nak digambarkan kesyahduannya. Favorite saya masa tu ialah lagu Berita Dari Rantau. Antara yang saya ingat senikatanya..

angin pantai dingin mencengkam
ombak laut mengajak pulang
di sini ku rindu
kampung halaman yang lama kutinggalkan
betapa indahnya negeri orang
tak seindah tanah tumpah darahku
wajah sanak saudara yang tercinta
bermain dimataku dikala sepi
sawah ladang dan pohon nyiur
dengarkanlah jeritan hati
kuingin nyatakan
aku sering merindu belaianmu

Alleycats bagi saya adalah sebuah kumpulan penghibur yang hebat dan evergreen kekal sampai kini walaupun dengan kematian salah seorang vokalis asal mereka iaitu Loga baru2 ini. Lagu-lagu famous mereka termasuklah Sekiranya Ku Tahu, Seribu Bintang, Suara Kekasih, Aku Kerinduan, Andai Aku Pergi Dulu, Di Tengah Kota, Hingga Akhir Nanti, Istana Pasir, Jika Kau Bercinta Lagi, Kerana, Kisah Kau Dan Aku, Layang2 Terputus Talinya, Puisi Untuk Sang Puteri, Sampaikan Salam Cintaku. Dan satu lagi my favourite ialah Senyumlah Kuala Lumpur mengimbau zaman cinta monyet saya dan Kehadapan Ibuku perihal calon menantu. Fuhhh memang best !!

We live The Present , plan for The Future and moving forward. But The Past is always at the back of my mind Hingga Akhir Nanti.....

hingga akhir nanti
kau tetap jadi pujaan
walau seribu tahun
walau seribu zaman
kutetap menanti
hingga akhir nanti
kau saja idaman hati

hingga akhir nanti
bulan takkan terang
tanpa seri wajahmu
hati takkan tenang
tanpa kehadiranmu
rindu dalm sepi
rindu dalam mimpi
kutetap menanti
hingga akhir nanti

datanglah kekasih
datangllah padaku
kesetiaan diriku
janganlah kau ragu
betapa kukasih
betapa kurindu
seandai kau tahu
benarnya cintaku

hingga akhir nanti
kau saja idaman hati
segala rasa cinta
segala rasa sayang
hanyalah untukmu
hingga akhir nanti...

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...