Semalam aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari isteriku. Katanya "Pa, Zidan hilang!". Kata-kata yang aku anggap misteri dan pelik. "Hilang?" macamana boleh hilang. "Tak tau la Pa, masa dok siram pokok tadi, tengok-tengok Zidan dah tak ada". Hmm...ada kesan lompatan ke? tanya ku. "Tak ada pulak" jawab isteriku. "Penutupnya ok, tak ada terbukak". Hmmm pelik bin ajaib. Takpa lah nanti aku fikirkan.
Aku pi borak dengan Jamal, support engineer di ofis kami. Aku tanya dia ada tak tengok video rakaman kat e-mail menunjukkan seorang Ustaz (mungkin di Pakistan) yang dok beri ceramah kat masjid, dan dirakamkan. Kelihatan seolah cengkaman tangan di kepalanya, dan jelas nampak dahinya yang tertonjol-tonjol seolah-olah ada tangan yang mencengkam di sebalik dalam kulit dahinya. Sejurus kemudian cengkaman itu semakin nyata, dan Ustaz itu seolah-olah melepaskan mikrofon nya dan rebah ke sisi, menemui ajalnya. Jamal berkata ruh kita memang keluar dari atas kepala. Maka apakah Allah ingin menunjukkan kan kepada kita cengkaman Malikul Maut yang menarik ruh dari jasad?
Orang yang nak mati atau akan menemui ajalnya selalunya menyedari atau diberi tanda-tanda tertentu. Soalannya, apakah haiwan juga di beri petunjuk atau tanda-tanda kematian itu? Mungkin juga. Kerana aku perhatikan Zidan semenjak hari Sabtu lalu gelisah tak menentu. Kadang memecut laju, kadang tebatuk-batuk. Sambil aku dok relax Ahad lalu, aku perhatikan Zidan lepak kat permukaan, just sit there floating doing nothing, hampir 1 minit. Satu aksi yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Dan Zidan lakukan aksi itu beberapa kali. Buang tebiat ke apa fikirku. Satu lagi aku perhatikan Zidan tak selera makan. Ku sangkakan Zidan dah tepu dengan hidangan anak-anak ikan yang dah jadi menu utamanya sejak dua menjak ini. Jadi, aku pun pagi tu keluar pi beli cengkerik sebagai menu alternatif. Bila aku suakan seekor untuk dibahamnya, aikk tak di layan. Dia sekadar berkisar menghidu bau, tanpa di ngapnya sampai kesudah. Hingga esoknya aku terpaksa buangkan kerana sudah kembang. Warna kulit Zidan jugak agak pudar, tidak segarang dan sekilau dulu. Mungkin dia sakit.
Bila aku balik dari ofis semalam, aku terus menjalankan siasatan forensik. Aku bertanyakan kronologi kejadian. Anakku Iman berkata, semasa dia balik bersama mamanya dari jogging sekitar pukul 9 pagi, dia perasan Zidan masih ada berligar. Iman sempat bertanya mamanya yang dah masuk ke dalam, dah bagi makan kat Zidan ke belum? Soalan itu didengar oleh Farihin yang masih baring (ponteng sekolah) di bileknya bersebelahan dengan tempat Zidan. Maknanya sekitar 9 pagi itu, Zidan masih ada.
Isteri keluar menyiram pokok bunga di taman sekitar pukul 11 tgh. Apabila menghala pandangan ke tempat Zidan, terperasan Zidan telah tiada. Maka riuh lah keadaan, dengan anak-anakku Iman & Farihin sama-sama mencari Zidan ke hulu dan ke hilir, di dalam longkang hingga ke depan dan di sekitar pergola. Tiada kesan air atau darah di atas lantai 'tiles'. Apakah dia dicuri oleh penceroboh? Ia satu kemungkinan, tapi siapa? Mungkin si Maniam yang hantar gas semalam? Zidan dah besar saiznya, paling kokak pun aku ingat laku RM100 tu. Tapi takkan la si Maniam menceroboh kawasan rumah aku ni, untuk hanya mencuri Zidan, tak berbaloi la berbandingan dengan risiko. Atau anak aku si Amir yang tangkap dan jual, buat beli top-up maxis nya? Isteri menyampuk "tak logik lah". Kehilangan Zidan masih lagi misteri hingga ke hari ini.
Semalam isteriku telah membersihkan tempat Zidan dan memasukkan Yus. Aku tengok Yus pun aktif lain macam, macam lari di kejar hantu. Sekejap terlanggar dinding, sekejap melompat ke atas. Jangan-jangan badi si Zidan dah berjangkit. Anyway masa aku dok kat bilek air, Farihin memanggil "Pa Pa cepat". Terkejut aku di buatnya. Mungkinkah Zidan telah ditemui?
Aku bergegas ke dapur dan keluar melalui pintu dapur. Di situ terdampar Yus di atas penutup plastik termengah-mengah. Rupanya dia telah berjaya melompat keluar melalui salah satu dari lubang angin yang ada setelah berbelas kali mencuba sejak siang tadi. Aku terus menyengetkan penutup itu dan Yus melunjur jatuh ke dalam semula. Lubang angin itu berbentuk bulatan dengan jejari 1".
Badan Yus agak gempal, tapi pelik juga, bagaimana dia berjaya memboloskan dirinya. Ini membawa kepada teori aku seterusnya, walaupun Zidan nampak lebih besar dari Yus tapi badannya lebih slim. So kebetulan semasa kejadian itu, aku telah menambah air. jadi aras permukaannya agak tinggi, mungkin kurang dari 1" dengan lubang itu. Maka mungkin Zidan telah mengacah dan mengagak untuk membolosinya. Mungkin salah satu dari cubaannya telah berjaya membolosi. Dan dia lansung jatuh ke lantai. Nah samada dia terus menarik perhatian kucing hitam Pak Nor (jiran aku yang membela beberapa ekor kucing yang selalu mencerobohi halamanku untuk berak dan berasmara) untuk mengaapnya. Mungkin.
Atau salah satu kemungkinan lagi ialah, Zidan telah meliuk lentukkan badannya sehingga berjaya masuk ke dalam parit di tepi rumahku. Seterusnya bergolek-golek dalam air yang sedikit sampai ke depan melalui parit di bawah pergola seterusnya berjaya melolosi ke longkang besar di depan rumahku yang di situ ada sedikit takungan air. Mungkin dia masih hidup di situ......balik ni I think I will go and take a look !! Silver Ariwana that cost me lately, RM2 per 3 days on food (anak ikan).
Well at least we still have our Yus, the trusted and robust ikan Puyu, to keep us company. Almost 3 years already and it eat cheap stuff only. We name it Yus sempena nama Vacation Ambassador kat Legend Worldwide Holidays yang berjaya memukau kami to take up membership about 3 years ago. Arwah Zidan pula mengambil sempena the famous 'head butted' incident last year.
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Tuesday, February 27, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...