Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke 23 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Sekejap je. Jadi beruntunglah yang berjaya dalam ibadah masing-masing. Dan rugilah bagi yang melepaskan segala peluang yang ada di depan mata. Zaman kecik-kecik dulu rasa lama sungguh nak habiskan Ramadhan. Ada beberapa teori, masa sekarang ni makin pendek, atau kerana zaman dulu tak ada banyak benda sangat untuk kita sibukkan. Tapi betul ke 24 jam sekarang lebih pendek dari 24 jam dulu? My friend kata yes. The time is really shrinking. Anyway looking forward. Ada 7 hari lagi puasa ni. Ada tinggal baki 7 malam untuk menagih Lailatul Qadr. Ayuh boleh lagi.
So aku InsyaAllah Sabtu ni 21 Oct, berangkatlah balik kampung. Ofis cuti the whole week. Return to KL the next Saturday 28 Oct, so Ahad tu boleh lah take a breath before heading back for work on Monday 30 Oct. Last saturday pi shopping baju raya kat Jln TAR, meriah as usual. Habis lah RM1000 kat situ. Roughly dah plan la apa nak buat during 8 hari balik kampung tu. Ada a few choice of routes to pick but I think we will take Jln Sg.Pulai-Gua Musang (for the third time this year), as I feel confortable and hopefully less traffic. Duit raya pun dah mintak office-mate tukarkan kat bank. Talking about duit raya ni, a bit of planning especially coming up with a little list of recipients will help to budget. Aku biasalah roughly around RM400 of RM1, RM5, & RM10 notes. Anak-anak lak biasanya dapat la around RM150 seorang, so time 3 kira balik modal la. Aku plan nak pi Majlis Idil Fitri with Anak Kelantan di Perantauan on 2nd raya at 9pm. On the 3rd raya ingat nak pi SMSKel for Alumni Raya at 3pm. And ziarah family & friends.
And putting a lot of smiles in line with raya spirit, thats our aim. Biasanya raya ni pun boleh tension gak. Tapi ada ustaz pesan hari tu, in anything we do senyum first even kalau nak angkat phone or marah anak. Aku nak praktik. Raya kita nak bergumbira apa. Jangan lah kerana yg remeh dan temeh masam muka separuh hari.
Hmmm what else. Oh ya kad raya. Actually its a good practice to send kad raya to family, neigbour and friends. First that shows kita ingat kat depa, second it shows that we have their addresses and know their names, third we can print our names & kids with our current address on the card so that they are informed. Dan akhirnya kita menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya dan memohon Maaf Zahir Batin pada segala kesilapan. I always never failed to feel excited and honoured every time I received kad raya. Hubungan yg renggang boleh di rapatkan, InsyaAllah.
Baiklah Ramadhan ini, 10 hari pertama penuh rahmat, 10 kedua penuh keampunan, maka 10 terakhir ini kita pohon kebebasan dari api neraka, dan kita dambakan nikmat syurga Allah. Sesungguhnya Ramadhan ini adalah bulan teristimewa buat kita semua umat Nabi Muhammad s.a.w. yang di kurnia Allah. Semoga ia dapat menukar sikap dan tabiat lama yang tidak secocok dengan ajaran Islam kepada yang terbaik. Jangan pula bila Ramadhan berlalu kefasikan bermaharajalela kembali. Raikan kemenangan kita di Hari Raya ini !!
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Monday, October 16, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...