Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Sunday, January 23, 2011
Masa Depan
Orang tua-tua selalu berpesan, "belajar rajin-rajin nak, dapat masuk universiti, dapat kerja elok, cerah masa depan."
Mesej nya ialah kebendaan, kehidupan duniawi. Berjaya akademik jadi ukuran kejayaan anak-anak. Berjaya hidup mewah jadi ukuran kejayaan seseorang. Gah dengan bisnes yang berjaya, kereta mewah, rumah besar, isteri cantek, pangkat besar, anak-anak masuk universiti menjadi antara kayu ukuran masyarakat tentang definasi kejayaan. Tepatkah definasi ini? Sebenarnya kurang tepat benar tanggapan ini.
Hidup kita bukan sekadar di dunia ini. Tetapi melangkau atau "beyond" alam dunia. Kalau setakat alam dunia maka segalanya akan berakhir dengan detik kematian seseorang. Sekejap benar. Ramai yang mati di usia muda bawah umur 20an malah sebahagian besar mati di usia bayi lagi. Peringkat umur dewasa dari umur 20an hingga ke usia 60an juga merupakan peringkat usia yang sangat popular untuk menemui detik kematian. Kalau mengikut sunnah Rasulullah SAW kematian pada usia 63 tahun adalah yang paling afdal. Peringkat umur 70an ke atas adalah usia bonus yang Allah berikan.
Bagi umat akhir zaman ini. Usia bonus paling lama pun ialah mungkin setakat 120 tahun. Kebiasaannya warga emas di kira panjang usianya kalau mampu mencecah usia 80han ke atas. Makanya paling hebat pun manusia, setakat umur itulah saja hidupnya. Selepas nyawa sudah tiada, maka segala apa yang di definasikan sebagai "kejayaan" tadi akan di tinggalkan. Hanya kain kapan puteh yang akan reput dalam masa beberapa hari itu sajalah yang boleh di bawa ke liang lahad bersama mayat yang sudah terbujur layu.
Jangan tangguh buat kebaikan
Takut besok tiada kesempatan
Jangan berani buat dosa
Takut besok masuk neraka
Jangan ambil mudah soal dunia
Kerana ia penentu masa depan kita
Masa depan kita di akhirat sana
Cerahkah masa depan atau gelap gulita?
Bagi kita umat Islam, masa depan kita ialah kehidupan di Akhirat. Seseorang yang bijak ialah yang sentiasa mengambil berat dan berusaha kuat untuk mencapai masa depan yang gemilang. Seorang yang berjaya itu ialah yang sentiasa mengingati mati, memahami kemana perjalanan hidup selepas mati. Mengetahui dan menghayati "life-cycle" seorang insan bergelar manusia, Hamba Allah, yang juga Khalifah Allah ini. Bukan bermakna kita cukup hidup ala kadar atau hidup yang selekeh di dunia ini, bukan.
Cumanya jangan jadikan materialistik yang di anggap oleh majoriti manusia itu sebagai "kejayaan" itu sebagai objektif kita. Ia mungkin sebagai alat atau proses untuk menuju destinasi hakiki, bukan objektif utama. Ia bukan destinasi akhir. Ramai manusia yang mengejar kebendaan dan keseronokan dunia, apabila sudah mencapainya merasa puas tapi pada kadar sekejap cuma sebelum kembali merasa kosong dan tercari-cari kejayaan atau kepuasan yang lain. Ia bukan hanya berlaku pada masyarakat di Barat tetapi juga dalam masyarakat kita.
Kita ambil contoh para sahabat nabi yang kaya-raya seperti Usman bin Affan, Umar Al Khattab dan Abdul Rahman bin Auf. Apabila tidak menjadikan harta-benda itu sebagai objektif maka mereka sentiasa rela untuk infaq segala harta itu demi menegakkan agama Allah di muka dunia. Mereka golongan hartawan yang tidak sayang harta atau cinta dunia. Harta bukan objektif tetapi redha Allah yang di cari. Itulah objektif.
Syurga kaum munafik dan kafir ialah di dunia ini sebelum mereka di humban ke neraka di Akhirat nanti. Manakala Syurga seorang muslim ialah di akhirat dan kehidupan dunia mungkin "neraka".
Setiap hari kita bangkit dari tidur mendekatkan kita sehari lagi dengan detik kematian kita. Titik kematian itu ibarat satu papantanda di tepi jalan yang tertera, "Titik Kematian" si folan bin si folan. Dan kita dalam perjalanan di jalanan itu. Setiap saat dan detik berlalu akan mendekatkan kita pada papantanda kematian itu. Tiada jalan lain lagi. Kita terpaksa melalui "one way street" ini. Fahamilah keadaan ini. Usah lara lagi.
Saya begitu kagum dengan usaha dakwah yang dilakukan oleh para Da'ie dan Ulamak dalam menyampaikan mesej kebenaran kepada umat. Kalau kita rajin Google di internet atau search dalam You Tube maka kita akan berjumpa dengan site dan klip-klip video yang bermanafaat yang menonjolkan aktiviti-aktiviti dakwah ini yang mengajak manusia pada kebenaran dan meninggalkan kehidupan lara yang penuh kesesatan. Antaranya ialah:
Masa depan yang gemilang terletak di tangan kita. Masa depan yang gemilang adalah apabila kita mendapat redha Allah yang dengan limpah dan rahmatnya melayakkan kita untuk dimasukkan ke dalam Syurga Allah untuk kebahagiaan hidup yang hakiki. Bukan kebahagiaan yang sebentar yang di salah anggap sebagai "kejayaan" yang dikejar di dunia fana ini.
Fikirkan Masa Depan untuk aku, keluarga aku, masyarakat aku, dan seluruh umat ini. Bermula dengan Aku. Suloh Diri. Masa depan? Smile in Heaven or Burn in Hell !!
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
6 comments:
salam Sot...kebelakangan ini memang begitu,anak2 direkrut melihat kebendaan dan kesenangan hidup didunia...belajar sampai menara gading..berkereta besar,rumah mewah..lengkap dengan segala kemudahan.Setelah kesenangan dinikmati ada yang terabai....abaikan tanggungjawab pada keluarga,ibu bapa, masyarakat,negara.Itu belum masuk bab,memertabatkan ugama....tapi sot,ruang tetap ada,ruang bolih kita pilih....tangan kita adalah pencorak untuk mewarnakan kanvas pembelajaran anak2.....didikan dunia dan akhirat biarlah seimbang...sama rata...
Salam...
kadang2 kita sering tersalah dalam memilih yang utama daripada utama...
Kerana sasaran dipermulaan akan menentukan matlamat dihujung,,,
harta,kesenangan,menabur bakti...
segalanya harus ditetapkan matlamat di awalnya...
Bro SOT...kalu kito hatar anok sekoloh agamo...ado oghe ake tanyo..."Hantar anok sekolah agama??, ehh nanti lepas ni dia nak keje apa ye?? tak kesian ke dkt dia?"...ado jugok oghe hok mmikir gitu...ambo malas nok jawab...
TQ zul permatang badak. Betul tu kita jangan putus harap. Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang lurus, jalan orang2 yang beriman dan bukan jalan orang2 yg sesat. Amiiin.
Cantek Hadi. Niat yg baik memacu usaha yg terbaik supaya mencapai apa yg di hajati. Berdoa dengan ikhlas tawakkal pada Allah. Dialah Pencipta kita. Bergantung harap pada Pencipta. He know best.
TQ Achu Tra. Bak kata Ali Setan "yg ada ijazah berjela pun melambak yg takda keja." Rezki tu sebab degree ko? Rezki tu sebab SPM ko? Allah pemberi rezki. Bergantung haraplah padanya. Masyarakat yg rindukan ilmu, melimpahkan rezki pada para scholar bidang agama, insyaAllah. Allah Maha Kaya. Tiada daei' yg ada ilmu agama mati kebulur. Don't worry be happy.
Post a Comment