CLICK n GO

Monday, December 29, 2014

Musibah Banjir Besar



Mengikut lapuran hari ini Kelantan mempunyai 134,139 mangsa, Pahang pula mencatat 31,669 mangsa, Terengganu (24,097), Perak (7,539) dan Johor (332). Ini merupakan bencana banjir yang sangat dahsyat menimpa negara terutamanya negeri2 di pantai timur. Setelah seminggu bah besar melanda maka tidak dapat tidak rakyat bisa menilai apakah segala tindakan majlis keselamatan negara (MKN) menghadapi banjir ini berjaya menangani dan membantu secara efisyen atau pun tidak?

Sumbangan orang ramai dan NGO mencurah-curah menunjukkan prihatin dan simpati masyarakat kepada mangsa banjir seluruh negara, namun kelemahan ketara yang menjadi rungutan ialah distrubution atau soal pengagihan yang masih banyak kelemahan. Alasan utama ialah masalah logistik atau pengangkutan di mana mangsa2 yang berada di kawasan2 pendalaman atau terpencil banyak yang masih gagal mendapat bantuan. Hubungan darat melalui jalanraya terputus. Maknanya pengangkutan udara dan air sahaja yang boleh diharapkan.

Maka di situlah the root cause of the problem yang perlu di ambil perhatian dan tindakan segera. Penyataan TPM tempoh hari yang mahu SOP majlis keselamatan negara wajar di pertingkatkan sangatlah patut. Namun bagi saya penyataan ini sepatutnya di ambil tindakan beberapa tahun sebelum. Bukankah setiap tahun masalah banjir merupakan bencana yang sudah biasa di negara ini?

Antara cadangan yang di buat ialah memasukkan bekalan sleeping bag dan powerbank dalam pekej bantuan kepada mangsa banjir. Powerbank rasa saya mungkin item baru namun sleeping bag sepatutnya sudah lama ada dalam senarai. Sangat patut kita belajar dari negara2 yang lebih advance seperti Jepun dan Korea Selatan dalam menghadapi bencana seperti banjir besar ini. 

Usahlah mendabik dada mengatakan kita sudah bersedia menghadapi bencana banjir setiap kali datang musim tengkujuh. Asbab penyataan riak sebegini menyebabkan saban kali kita masih gagal bertindak dengan lebih cekap lagi membela rakyat yang menjadi mangsa ini. Usah berselindung menyembunyikan segala kelemahan di sebalik arus media perdana.

Seorang kawan saya pesara askar berpangkat mejer ada menyatakan pihak tentera dulunya dibekalkan dengan bot-bot penyelamat dan ada dedicated team yang akan segera bertindak setiap kali ada bencana termasuklah banjir. Namun kini bot-bot ini sudah tidak dibekalkan lagi kerana sudah di centralize operasinya oleh MKN. Ini menyebabkan pihak tentera darat ibarat patah kaki, apatah lagi bila rangkaian perhubungan darat terputus.

Masalah banjir besar di Kelantan yang kini menjangkau angka 134 ribu di pusat2 pemindahan sangatlah serius namun media perdana seolahnya cuba menidakkan malah gagal menonjolkan kedahsyatan dan kesiriusannya. Alasan yang sering di war2kan ialah takut orang ramai panik. Saya percaya angka mangsa banjir yang di khabarkan media itu tidak termasuk kelompok2 yang masih terputus hubungan dan tidak berada di pusat2 pemindahan banjir yang rasmi. 

Tidak dinafikan ada juga berita2 palsu tersebar di media2 sosial. Namun banyak juga berita2 yang benar dan terdesak daripada pihak mangsa2 yang terpinggir untuk mendapat bantuan dan pertolongan kecemasan. Usahlah menganggap semua mesej atau gambar yang di war2kan itu palsu belaka. 

Semalam saya mengikuti berita di TV9 secara live dimana pemberita TV berkenaan menghubungi Sdra Eizuddin di Kg Guchil 7, Kuala Krai yang juga dihubungi pada hari sebelumnya. Sdra Eizuddin menyatakan bahawa bantuan tetap belum tiba. Dia begitu risau kerana bekalan makanan sudah hampir putus. Dan dia lagi risau pada mangsa2 yang berada di kampung2 yang lebih pendalaman.

Saya sangat pelik, jika mangsa banjir yang dihubungi secara live oleh stesen TV arus perdana, masih juga tidak mendapat perhatian dan bantuan yang diharapkan maka apakah pula nasib mangsa2 yang lain yang terputus hubungan di kampung2 di pendalaman itu?

Saya mohon para pemimpin negara peka dan ikhlas untuk membantu rakyat dengan menyediakan pengangkutan darat dan air yang cukup supaya masalah kelompok2 yang tercicir yang duduk di atas2 bukit atau dalam hutan2 itu dapat kita bantu dengan cepat. Sediakan jumlah helikopter dan bot2 pengangkut yang lebih banyak yang dapat di utilize pada kadar segera setiap kali ada bencana sebegini.

Saya tidak risau sangat kepada mereka yang sudah dipindahkan ke pusat2 pemindahan kerana bantuan bekalan makanan, minuman dan pakaian sampai kepada mereka, in syaa Allah. Sebagaimana yang sering terpapar dalam buletin berita di skrin TV video mereka menerima sumbangan dari tangan pemimpin2 politik yang tersenyum depan kamera. 

Yang perit ialah ada mereka yang masih terputus hubungan dengan dunia luar yang terpaksa lari ke kawasan tanah tinggi di bukit2 atau hutan belukar yang kini tiada bekalan makanan, minuman dan perlindungan daripada kebasahan hujan dan bahaya arus deras air. Ya Allah bantulah mereka ini.

Allah SWT minta kita ambil iktibar daripada generasi terdahulu yang dibinasa sedangkan mereka ini hidup dalam tamadun yang utuh dan kukuh lebih hebat daripada generasi hari ini. 

Kaum Aad yang memiliki susuk badan yang besar dan Allah bagi kebijaksanaan akal hingga dgn pekej yang sempurna ini mereka berjaya menegakkan kota2 yang kukuh dan bangunan2 tertinggi di dunia. Hingga menjadikan mereka bangsa yang sangat sombong dan takabbur. 

Pabila Allah mengutus Nabi Hud menyeru mereka untuk beriman kepada Allah, mereka terus kufur dan mencabar Allah dan Rasul sehingga Allah turunkan bala ribut taufan yang menghancur leburkan mereka seluruhnya tenggelam bersama tamadun kebanggaan mereka itu.

Begitu juga pengajaran daripada kaum Taamud yang bangga membina 2,000 kota yang hebat dan 180,000 rumah dan bangunan dengan bongkah2 batu yang besar. Mereka ialah manusia pertama yang mencipta alat korek gunung. 

Allah SWT mengutuskan Nabi Soleh mengajak mereka beriman kepada Allah, namun asbab takabbur dan sombong, mereka kekal kufur dan menolak dakwah Nabi Solah. Allah hancurkan mereka dengan pekikan kuat malaikat. Allah curahkan hujan yang lebat dan alirkan sungai2 di bawah mereka, kemudian Allah binasakan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Manusia sekadar makhluk yang maha lemah di sisi Allah.

Hujan adalah rahmat Allah kepada seluruh makhluk Nya. Hujan adalah bala dan azab Allah bagi orang yang zalim. Hujan adalah ujian Allah kepada hamba2 Nya yang beriman. Pada satu kuliah maghrib saya mencatit sebuah pengajian, bila manusia melakukan 15 dosa maka Allah akan turunkan bala. Apakah dosa itu?
  1. Pabila harta negara beredar kepada kelompok tertentu sahaja. Jurang orang miskin dengan orang kaya begitu jauh.
  2. Pabila amanah di salah gunakan. Berebut jawatan untuk mendapat keuntungan, jadi pemimpin supaya senang jadi kaya.
  3. Pabila dana zakat di selewengkan. Zakat dijadikan cukai, tidak diagih secara adil dan meremehkan ibadah zakat.
  4. Pabila suami dayus membiar isteri dan anak2 melakukan maksiat, tidak ajar supaya beriman dan taat kepada Allah. Di pintu syurga terpapar penyataan "Haram Syurga Bagi Suami Yang Dayus."
  5. Pabila anak derhaka kepada ibubapa.
  6. Pabila anak membelakangi ibubapa, dalam masa sama begitu baik dengan kawan2.
  7. Pabila anak berkasar dengan ayah sendiri.
  8. Pabila masjid tidak di hurmati. Meninggikan suara dalam masjid, berlaku maksiat dalam masjid, tabung2 masjid kena curi, bila masjid dimatikan peranannya dan tidak di imarahkan. Dana masjid banyak tapi gagal diguna untuk hidupkan masjid dengan majlis2 ilmu.
  9. Pabila orang yang hina (terang dosa dan maksiatnya) di pilih dan di angkat jadi pemimpin.
  10. Pabila orang jahat itu dimuliakan kerana kejahatannya. Pada waktu yang sama orang baik dan beriman di keji dan di hina pula.
  11. Pabila arak banyak di minum oleh orang Islam dan senang di dapat di serata tempat.
  12. Pabila pakaian sutera banyak di pakai oleh lelaki.
  13. Pabila alat musik banyak dimainkan sampai orang jadi lalai. Pada asalnya hukumnya harus namun boleh bertukar menjadi haram kalau bisa melalaikan, asyik dengar atau main musik hingga lupa solat, lupa jihad.
  14. Pabila artis2 yang melarakan di sanjung. 
  15. Pabila umat hari ini melaknat atau menghina umat terdahulu yang baik dan bertaqwa. Hina para sahabat, para ulama' muktabar.
Pabila 15 dosa ini berleluasa maka Allah turunkan bala yang berupa angin merah (wabak penyakit), gempa bumi (termasuk banjir besar dan ribut taufan), ubah manusia jadi makhluk lain (binatang), perangai atau sifat kepada perangai atau sifat binatang malah lebih teruk lagi.

Kenapa Kelantan teruk sangat banjir kali ini? Ustaz pada sebuah majlis ilmu di masjid as-Salam menjawab, "Nak datang kebaikan, kena beri musibah terlebih dahulu. Kelantan nak buat hukum hudud, hukum Allah." 

Pabila musibah menimpa bantulah dengan doa dan pelbagai sumbangan. Berilah khabar yang gembira bagi orang yang sabar. Bantu saudara yang susah itu lebih baik daripada ikhlas sebulan iktiqaf di masjid Nabawi.

@@@

Tuesday, December 02, 2014

Cinta itu Verb

Cinta adalah perbuatan (verb) bukan sekadar ungkapan. Pernah seorang sahabat bertemu Rasulullah dan mengungkap kata, "Aku cinta Allah." Rasulullah bertanya, "Apa buktinya?" Dia menjawab, "Aku sanggup mati di medan jihad di panah di leher di sini hingga tembus di sini," sambil menuding jarinya ke lehernya sebelah sisi kiri dan kanan. Rasulullah menyatakan,"Sekiranya kamu benar maka Allah akan membenarkan kamu." 

Tidak lama selepas itu di medan perang, Allah telah memberikan kematian yang diminta itu kepada sahabat tadi, syahid di tembusi anak panah berbisa yang masih melekat menembusi batang lehernya. Rasulullah melihat jenazah sahabat yang gugur itu sekejap bila di beritahu. Pabila sahabat bertanya, " Kenapa ya Rasulullah melihat sejenak cuma?" Rasulullah menjawab,"Aku malu melihat Bidadari-bidadari Syurga yang mengerumuni jasad beliau." 

Cinta adalah perbuatan, bukan sekadar ungkapan kosong tanpa penghayatan. Adapun kita tidak? Buat apa pun kita, sentiasa mengharap sesuatu balasan atau imbuhan. Kenapa zikir? Supaya murah rezki, nak itu nak ini. Kenapa istighfar? Supaya mudah dapat zuriat. Memang tidak salah untuk bertawassul dengan ibadah yang kita buat, mengharap tidak pada yang lain melainkan Allah.

Bagi orang yang maqam tinggi, kenapa tidak buat sesuatu tanpa dia mengharap sesuatu? Kerana cinta. Minta mereka kepada Allah adalah kerana menunaikan perintah Allah supaya meminta kepada Allah, kerana menjunjung perintah Allah.

Kita solat hajat seolah macam nak memaksa Allah tunaikan hajat kita. Seolah paksa Allah beri sesuatu. Hakikatnya kita bukan memaksa. Terpulang kepada Allah yang Maha Memberi. Seolah-olah Allah yang ambil nikmat daripada kita. Nikmat itu bukan milik kita. Semua milik Allah. Allah Maha Memberi.

Bukankah orang melihat Allah jadikan Adam. Di perintah para jin dan malaikat sujud hormat kepada Adam. Adam tinggal di Syurga Allah dan kemudian di keluarkan ke bumi. Menjadi khalifah di muka bumi Allah. Hakikatnya Allah nak jadikan Khalifah di bumi ini sebelum Adam di cipta lagi. Maka turunnya Adam ke muka bumi itu ialah suatu kemuliaan sebenarnya.

Kita ini anak cucu cicit Adam adalah daripada keturuna Nabi. Sebelum jasad bersatu dengan ruh, ruh kita berada di Syurga Allah. Ruh kita amat kenal hakikat Allah SWT. Allah Maha Pencipta, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pentadbir, Allah Maha Pengasih. Ruh amat kenal hakikat Allah, amat percaya Allah berkuasa. 

Pabila turun ke bumi Allah gabungkan ruh tadi dengan jasad. Allah gabung diri dengan nafsu, satu elemen yang amat kuat dan dominan. Di tumpang pula oleh Syaitan, satu elemen yang tidak sekuat nafsu sebenarnya. Ruh yang kenal Allah bergabung dengan jasad yang tak kenal Allah. Realitinya bila engkar kepada Allah maka tidak layak jadi khalifah di bumi ini. Layak jadi khalifah itu ialah bila kenal Allah.

Ruh dan jasad, sufi dan haraki itu mesti berjalan seiring supaya mencapai hakikat seorang khalifah yang layak mentadbir dan memegang amanah Allah dengan semua urusan di bumi ini. 

"Ku hadapkan wajahku kepada Allah." Jangan sekali-kali lalai untuk taat kepada Allah. Allah suruh kita fokus dalam solat. Namun di sana masih ada ruang Allah selitkan makhluk2 yang boleh dijadikan ikutan iaitu para Nabi, para Soddikin, dan para Syuhada'. Manusia yang telah berjasa mengingat Allah dan membawa manusia mengingat Allah.Bumi ini akan di warisi oleh orang2 soleh, guru2 mursyid. 

Sepasang suami isteri yang sudah 18 tahun kahwin. Maknanya sudah 18 tahun isteri tadi berkhidmat menjaga urusan makan minum suaminya. Pada suatu hari dia memasak makanan yang kurang enak daripada bahan2 yang layu dan kurang segar. Si suami tetap makan hidangan itu dengan senyap tanpa komplen atau komen. Sesudah itu dia mendakap isterinya dan mencium dahi isterinya, "Inilah makanan yang saya rasa di zaman kita mula2 kahwin dulu." Ia telah mengingatkan si suami untuk mengembalikan keghairahan dan kerinduan semasa zaman bulan itu dalam kehidupan mereka.

Kita persembah macamana pun kepada Allah, Allah tetap terima. Dalam usha kita memperbaiki amalan kebaikan, di selang seli dengan perlakuan dosa namun Allah Maha Pengampun. Allah bukan Maha Pemarah atau Maha Pembenci, Maha Pendendam.  Allah tetap pandang hamba Nya dengan kasih sayang. Sesuai dengan makna sifat-sifat Allah yang penuh kemuliaan.

Siapa yang bisa membawa ruhani kita untuk kenal sifat2 Allah ini kalau bukan para guru2 mursyid dan para alim ulamak muktabar. Ku hadapkan segala-galanya kepada Allah. Berpandukan manusia terpilih iaiatu para Nabi, Soddikin, Syuhada', termasuklah para Solihin dan guru2 murabbi tadi. Golongan yang akan memandu dan membawa kita taat kepada Allah.

Tika kita melafazkan tassyahud, segala kemuliaan segala kehebatan adalah untuk Allah. Makhluk hanyalah wasilah. Masih ada ruang untuk memasukkan manusia2 soleh. Sesiapa yang menafikan ilmu kesufian maka dia sebenarnya juga menafikan satu tugas para Nabi. Antara tugas Nabi ialah mentazkiah para sahabat. Tiada jalan untuk sampai ke maqam2 ini melainkan menundukkan nafsu jahat bagi mencapai kemuliaan ruh dan jasad melalui jalan suffah iaitu dengan berdampingan dengan para ahli sufi.

Wali Allah Rabiatul Addawiyah pernah berkata, "Pabila benar kecintaan dan kerinduan kepada Allah, maka semua yang lain teramat mudah dan senang."

Murid2 ini adalah pencinta kepada gurunya. Pabila murid2 ini melawat gurunya, maka mereka telah dibaling batu oleh gurunya maka bertempiaran lari mereka. Guru tadi bertanya, "Benarkah murid2ku ini kasih kepada ku?"

Allah tidak pernah menghadang kita daripada mengapai setiap keredhaan dari sisi Nya. Kerana setiap sesuatu berasal daripada tanah. Semuanya tidak bisa memudaratkan. Biar semua orang marah kepadaku asalkan Allah redha kepada ku. Jangan pula semua orang redha kepada aku tapi Allah murka kepada ku.

Tika Aisyah RA di fitnah di zaman Nabi, Allah telah menurunkan ayat dalam surah An-Nur untuk membersihkan Aisyah daripada fitnah itu. Ayahanda Aisyah iaitu Abu Bakar telah menganjurkan Aisyah supaya bertemu Rasulullah untuk menzahirkan rasa terima kasih atas penyampaian wahyu Allah yang memulihkan nama baiknya yang tercemar asbab fitnah itu. Namun Aisyah berkata, "Aku tidak berterimakasih kecuali kepada Allah." Seoalahnya Aisyah tidak nampak kepada Rasulullah tika itu yang hakikatnya ialah wasilah. Inilah kecintaan yang hakiki. Inilah jiwa2 yang tinggi didikan Rasulullah SAW.

Kita hanya sama level dengan hewan jika menghukum sesuatu berdasarkan lima pacaindera semata. Jiwa akan jadi hebat bila kita menggunakan pancaindera ke enam iaitu Qalbu (Ruh) yang membezakan kita dengan hewan dan makhluk lain. 

Justru jangan jemu melazimi majlis2 ilmu saban malam. Untuk memandu diri keluar dari belenggu kejahilan dan bebas menjadi orang alim, yang ada ilmu untuk memandu iman yang kukuh kepada Yang Maha Pencipta bagi melayakkan kita menjadi hamba-Nya, satu jawatan dan kedudukan yang tinggi maqamnya di sisi Allah. 

Maka fahamlah kita bahawa cinta kepada Allah dan Rasul itu bukan sekadar ungkapan di bibir yang manis tetapi lebih daripada itu hendaklah di zahirkan dengan perbuatan dan penghayatan hati dan perasaan. Cinta sampai ke akhir hayat.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...