CLICK n GO

Monday, October 27, 2014

Satu dalam Seribu

Apakah soalan yang di tanya bila hendak menjemput penceramah? Berapa bayaran? Saya mendengar ceramah Prof Muhammad Kamil Ibrahim yang bertajuk Damai Di Hati. Saya catat sedikit sebanyak buat ambil iktibar dan manfaat bersama.

Katanya syarat nak jemput saya ada tiga iaitu saya tak terima sebarang bayaran, pendengar tidak dikenakan bayaran, dan sediakan dua botol air mineral (sebab Prof dahaga kerana ada diabeties). Saya datang berceramah ini kerana Allah, kerana Allah, kerana Allah (di ulang 3x).

Allah berfirman pada hari kiamat : Hai Adam, bangkitkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk ditempatkan di neraka) dan satu di antara mereka itu di tempatkan dalam Syurga. (Ketika Rasulullah SAW menerimanya, kemudian menyampaikannya kepada sahabat), beliau menangis tersedu-sedu, demikian pula para sahabat lainnya. Demi Allah yang menguasai jiwaku. (Dibandingkan dengan umat-umat Nabi yang lain, umatku hanyalah bagaikan sehelai bulu putih yang terdapat pada kulit lembu yang berbulu hitam). 
(Hadits Qudsi riwayat Thobrani dalam kitab Al Kabir, yang bersumber dari Abu Darda’ ).

Dan sabda Nabi SAW :

… Dan tidak akan masuk Syurga kecuali yang berjiwa Muslim, sedangkan kalian kalau dibandingkan dengan ahli syirik, bagaikan sehelai bulu putih di tengah-tengah kulit lembu yang berbulu merah. 
(Bukhori – Muslim). Dalam kitab Hadits Al Lu’lu’ Wal Marjan No : 132.

Nabi Adam membawa 1,000 orang, maka di pilih 1 daripada 1,000 orang itu untuk dimasukkan ke Syurga tanpa di hisab. Apa rasa? Biar ada getar di hati kita. Ustaz bertanya sukarkah hendak masuk Syurga tanpa di hisab ini? Benda baik maka kena azam dan usha bersungguh-sungguh, baru ada peluang. Peluang luas terbuka.

Umur purata kematian bagi seorang lelaki ialah 72 tahun. Umur purata kematian bagi seorang perempuan ialah 76 tahun. Jadi purata hidup manusia ialah 74 tahun. Makanya jika 74 tahun bahagi dua ialah 37 tahun. 

Justru sesiapa yang sudah berumur 37 tahun maka itu titik tengah. Antara usia yg sudah hidup dengan usia yang akan di tempuhi nanti, akan terus makin berkurang. Mati makin hampir, kalau ikut purata umur manusia. Cari bekalan sebelum mati.

Ustaz kerja di Madinah, ada parking sendiri di Masjid Nabawi. Bayaran 1 jam 1 Rial untuk parking harian. Namun Ustaz sewa untuk season parking RM1,500 setahun. Dalam pemerhatiannya time solat subuh hanya ada tidak lebih daripada 20 kereta secara purata. Maksudnya tak ramai datang solat subuh di Masjid Nabawi.

Di UAE 20 % Penduduk tempatan dan 80% lagi pendatang asing datang bekerja. Solat subuh di Masjid berdekatan hotelnya sekadar 2-3 orang sahaja. Solat subuh di Sudan hanya satu saf sahaja. Solat di Penang satu saf. Solat di Kuala Nerang. Solat subuh di Thailand. Solat di Msj Sultan Singapura pun sekadar satu sof. Mana2 sama sahaja. Tak ramai yang mendirikan solat subuh secara berjamaah di Masjid.

Dari Abi Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak.
HR Bukhari dan Muslim)

Tanda orang munafik ialah tidak solat subuh berjamaah di masjid. Nak masuk Syurga tanpa di hisab? Banyak Quota lagi. Cuma orang tak nak. 

Kalau tanya orang yang pergi Umrah, 'Saya rindu sungguh kepada Madinah." Apa yang di rindu? Raudah, Masjid Nabawi, apa? Kalau rindu ada di Madinah sahaja berat la kita? Betulkah Madinah yang menyebabkan kita damai di hati? 

Orang beriman dan beramal soleh akan mendapat damai di hati. Orang yang hati damai itu ialah ahli Syurga. Kalau kita ada kehendak insyaa Allah boleh. Mari bertekad untuk solat subuh berjamaah di Masjid atau Surau.

Kenapa nak masuk Raudah? Kerana doa yg mustajab. Taman Syurga. Tiada nas doa mustajab di Raudah? Satu pertiga di hujung malam. Itulah masa doa mustajab. Tak payah pergi 7,000km dan bayar Andalusia RM6,000. Waktu tahajjud sepanjang tahun. Doa mustajab di 1/3 terakhir malam.

Mereka yang berpuasa doa dimakbulkan. Boleh buat di mana-mana. Puasa Isnin dan Khamis. Puasa sunat yang paling disukai ialah puasa Nabi Daud, puasa selang sehari. Ada orang amal? Habis kenapa tak buat? Tidak ada upaya iaitu malas. Kalau rasa nak jadi calon masuk Syurga tanpa hisab, kena buat la. Kudrat itu kita minta daripada Allah SWT.

Haji mabrur dapat Syurga. Umrah yang mabrur (atau makbul)? Umrah yang makbul antara satu umrah dengan satu umrah terhapus dosa. Dah terhapus dosa, stop la buat dosa. Masuk Syurga. Bila mati, ya Allah kubur aku luas. Jawab soalan malaikat tak sampai seminit. Dapat masuk Syurga tanpa hisab. Itu tandanya dapat Haji yang mabrur. Mesti kita rasa sedih bila nak balik Umrah nak balik Haji. Peluang nak mari lagi mungkin sudah tidak ada.

Ada tiga tempat dalam syariat yang afdal untuk bermusafir dan beramal soleh, Masjidil Aqsa, Masjidil Haram, dan Masjid Nabawi. Tapi yang peliknya 100,000 orang yang pi umrah setiap tahun tu dok perabis masa 20 jam sehari di hotel dan tempat2 lain. Hanya purata 4 jam sahaja beribadah di masjid setiap hari secara purata. Rugi Tuan2. Kalau nak selesa dok hotel, baik la pi sewa Hotel Concorde Shah Alam tu, lagi hebat.

Puasa di bulan Ramadan. Tiga golongan. Puasa lapar dan dahaga. Puasa semua anggota. Puasa kerana Allah iaitu puasa para Nabi dan para Ambiyaa. Sekiranya sudah merasa nikmat puasa para Ambiyaa, mengapa mahu undur ke belakang lagi untuk puasa sekadar lapar dan dahaga? Usha lah untuk jadi 1 dalam 1,000 yang masuk Syurga tanpa hisab.

Macamana nak tahu kalau tak tahu? Puasa para Nabi dan para Ambiyaa mengikut aturan. Tuan Nabi ke Rasul? Kita manusia biasa. Kita guna aturan biasa. Sifat api itu panas dan membakar.  

Ujian berbuka puasa. Pilih berbuka di rumah daripada solat berjamaah. Kalau dah rasa masa haji dan umrah, teruskanlah. Sanggup bayar RM100,000 untuk Umrah di bulan Ramadan. Berapa ramai yang dapat Lailatul Qadar? Takan tak tahu lagi? Macam anak ambik periksa. Ada rasa dapat A ke B ke C? 

Berapa kali dapat Lailatul Qadar? Ustaz tanya dan ustaz jawab. 7 kali sejak 2007. Mengikut aturan. Habis kalau kita tak bangun tahajjud, tu yang tak tau tu? Kena ada rasa.

Sejak balik dari haji. Tahun 2007 tu, Masjid Kg Jawa, tiada lagi berbuka di Masjid. Maka Ustaz mujahadah bawa bekal kurma dan air mineral. Azan saja saya berbuka dan solat maghrib berjamaah. Satu sof 6 orang. Sanggup berbuka di rumah dan lupakan solat berjamaah di Masjid?

Berjanji jadi 1 dalam 1,000. Kita clear dengan apa yang kita nak. Kita akhir kehidupan kita dengan Syurga. Orang perempuan paling mudah masuk Syurga. Kenapa pakai telekung? Sebab nak menutup aurat. Kenapa tutup aurat? Sebab undang2 macam tu. Berusha bersungguh-sungguh untuk menutup aurat. Jangan lupa pakai stokin untuk cover kaki. Allah bagitau dan kita ikut.

Tanam azam insyaa Allah untuk bangun malam,solat berjamaah di Masjid,puasa Nabi Daud, baca al-Qur'an & biar faham, solat Dhuha. Doa ibubapa sangat mustajab. 

Allah buka pintu hati kita. Bila baca Qur'an tak faham, pergi kpd Tafsir. Yang sebenar kita banyak soal jawab sangat. Yang tak tahu, sentiasa bertanya. 

Kenapa nak masuk Raudah? Jawapannya ialah, "Tak boleh kah aku nak berdoa tempat Rasulullah SAW berdoa. Tak boleh ke aku nak solat tempat Rasulullah SAW solat?"

Jemaah Haji 30,000 setiap tahun daripada Malaysia. Jemaah Umrah 100,000 setiap tahun. Kemana mereka? Tak mari solat berjamaah di Masjid? Kemana mereka? Kenapa Masjid2 dan Surau2 masih kosong? Haji atau Umrah mabrurkah mereka ini?

Seluruh kehidupan kita adalah ujian samada ujian suka atau ujian duka. Ada orang naik pangkat, jadi bos suka marah orang. Itu ujian bagi dia. Ada orang tak dapat naik pangkat, kutuk orang lain pandai bodek. Itu ujian bagi dia.

Semua kita akan di uji. Untuk membahagi manusia kepada dua kumpulan. Satu kumpulan beriman. Satu lagi kumpulan pendusta. Makin kita di uji sepatutnya makin kita solat, makin kita pergi masjid. Ia akan hilangkan gundah gulana dalam hati. Damai di hati walaupun tika di landa musibah.

Di sepertiga akhir malam Allah melihat..
Ada tak yang berdoa, Aku nak makbulkan.
Ada tak yang mohon ampun, Aku nak mengampunkan.
Ada tak yang meminta kepada Ku, Aku nak memberi.

Bila kita redha, Allah akan bagi Insyaa Allah. Damai di hati. Mohon doa ke hadrat Illahi untuk layak masuk Syurga tanpa hisab. Jadi satu dalam seribu. Quota masih terbuka luas..

@@@

Thursday, October 16, 2014

Solatlah Dulu Iwan



my school of tots...

Semua Allah Punya



my school of tots...

Tuesday, October 14, 2014

Ubat Mati Ingat Mati

Pastikan hati bersih. Bersihkan hati dengan pembersih hati. Guna pembersih hati iaitu zikrullah. Antaranya zikir ya Fatah, ya Alim, ya Hakim pada ulangan 11x atau 21x setiap selepas solat fardu atau 300x setiap hari. Hati ilmu ialah hati qalbun. Lembutkan hati untuk Allah. Lembut hati untuk Agama.

Bermula hati orang tua jadi muda pada dua perkara. Pertama kerana umur iaitu lama hidup. Kedua kerana harta. Jika umurku ini penambah dosa maka pendekkan lah umurku ini. Jika umurku penambah taqwa maka panjangkan lah umurku ini. Kalau umur panjang tapi jadi nyanyuk buat apa?

Ramai orang mintak tambah rezki. Jika makin banyak rezki banyak harta makin pemurah makin taat Allah maka itu rahmat Allah. Takut makin banyak harta makin kedekut makin sombong makin jauh daripada Allah maka itu istidraj, itu bala besar. Banyak orang kaya sikit pun sudah lupa Allah. Nau'zubillah.

Sempurna kasih-Nya. Sempurna kekuatan-Nya. Selain Allah, semuanya berubah-ubah. Tiada yang sempurna. Tiada yang kekal. Semuanya berubah-ubah. Masa sihat lain tenaganya. Masa sakit lain pula tenaganya. Aku ini makhluk, barang di jadi. Sampai saat waktu maut menunggu.  Harta musnah, pakaian binasa, rumah musnah, kereta binasa. Jangan kasih pada yang binasa. Kasihlah pada yang kekal.

Usah kasih pada harta tapi kasihlah kepada yang bagi harta. Capai hakikat capai redha Allah. Sesuatu yang datang daripada Allah maka akan kembali kepada Allah. Terima hakikat ini dan benarkan dengan hati. Jalan binasa ialah hilang atau rusak. Hanfon hilang tak dapat terima hakikat? Hanfon rusak dapat terima hakikat? Hikmah nak dapat yang baru. Pada hakikat, kena pandang dengan ilmu.

Semua dalam ilmu Allah. Kalau boleh panjangkan umur. Ya Allah berkati sisa usiaku ini. Pada hakikat semakin tahun semakin pendek usia. Masa cepat berlalu. Bagi orang berfikir, dunia ini sekejap cuma. Makin hari makin hampir dengan mati. Carilah berkat dunia berkat akhirat.

Tiada meningkat sehari ke sehari, makin meninggal akan dunia, makin menghampir akan akhirat. Mati ialah titik akhir dunia dan titik mula awal akhirat. Mohon dan harap mati yang Allah redha sebagaimana orang soleh mati. Matinya orang alim. Alam pun dukacita. Biarlah mati dalam keadaan baik. Tidak tahu bila, bagaimana dan di mana akan mati?

Maka timbul jenis harap. Menjadi kebimbangan orang2 soleh, mohon harap agar mati dalam baik. Beroleh persiapan bagi mati. Mohon berkat tika mati dan selepas mati. Barang yang kamu takut? Kesudahan mati nanti.

Pendek angan-angan. Faedahnya? Kalau aku mati sekarang ini bagaimana keadaanku nanti? Lalu bersegera pada menjaga amal ibadah. Kalau aku mati kejap lagi, sempat ke tahajjud ni? Aku belum tahu hidup lagi tak besok? Bersegera ibadah. Jangan tangguh, terus buat ikut kemampuan. Terjaga malam nak terkencing? Alhamdulillah. Ada hikmah. Jangan tangguh untuk solat tahajjud dua rakaat.

Bersegera pada membuat amal ibadah. Usah tangguh. Perintah Allah berani tangguh? Road tax expired, mahu tangguh? Bersegera benar pi renew road tax. Hukum Allah tidak berubah, tidak kira siapa. Yang ni pulak tak rasa apa2. Terbalik.

Siapa yang ingat mati, pendek angan2nya. dan bersegera dia ibadah. Orang yang mendapat hidayah, tiada lalai dia akan mati. Ingat pesanan Lokman Hakim. Dua perkara yang kena ingat. Ingat Allah dan ingat Mati. Dua perkara yang kena lupa. Lupa kebaikan kita pada orang dan lupa kejahatan orang pada kita.

Orang ingat mati ialah orang yang terbaik. Kalau dia peniaga maka dia ialah peniaga yang berkat. Jika dia pekerja maka dia pekerja yang amanah. Ini tidak. Kebaikan kita yang diingat. Keburukan orang pula yang di ingat. Kebaikan kita pada orang jangan diingat supaya akan berterusan buat baik bukan sekali tu saja buat baik.

Bersedia ia bangkit daripada tidur pagi2 itu dengan bertaubat kepada Allah. Ubat mati ialah ingat mati.Ubat maut itu ialah ingat maut. Supaya peroleh mati yang baik. Alhamdulillah pengajian kitab Penawar Bagi Hati akan di khatamkan tidak lama lagi. Kitab yang jadi amalan para wali dan orang alim. Moga2 kita yang belajar dapat syafaat Allah dan di redhai Allah.

@@@

Friday, October 10, 2014

Korban Diri

Hari Raya Korban sudah melabuhkan tirainya. Apakah korban kita kerana Allah? Jika korban itu kerana Allah. Alhamdulillah. Semoga Korban itu di terima Allah.

Wali Allah Rabiatul Adawiyah pernah bicara, "Teman bicara hatiku ialah Allah. Untuk jasad ku terpulanglah siapa ingin mendampinginnya."

Sudah lama saya tidak melakar coretan di sini. Kekadang tak ada idea apa nak di tulis. 

Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari. Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW. Kita dambakan syafaat Rasulullah di Mahsyar besok di kala tiada lagi pertolongan bahkan masing-masing hanya memikir untung nasib diri semata.

Dalam banyak2 mesej Whatsapp yang saya terima, terasa wajar pula untuk paparkan di sini sebuah mesej perihal empat perkara yang bisa menjadi rutin sebelum lena di ulik mimpi saban malam melayani nikmat tidur yang Allah kurniakan..

Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA, “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
  1. Sebelum khatam al-Quran.
  2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
  3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
  4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Aisyah RA : “Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
  1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al–Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran - ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x) “
  2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat - “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad" (3x) 
  3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau - “ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih" (3x)
  4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah - “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim. Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar " (3x)

Tidak payah sebenarnya untuk kita sama2 jadikan ini sebagai amalan, insyaa Allah. Tepuk dada tanya iman.

Saya petik satu frasa dari sebuah coretan di blog isteri tercinta..

"Sesiapa yang ada masa dengan Allah, maka Allah akan ada masa dengannya. Kesenangan hakiki adalah Akhirat. Allah mengetahui lintasan hati kita. Detik hati pun Allah boleh tahu, apa lagi perbuatan dan tingkahlaku kita, Maka marilah kita perbanyakkan usha memburu redha Allah."

How true. Allah is watching. All the time. Zahir dan Batin. Semua tidak terlepas dari pandangan dan pengetahuan Allah. Kita sekadar menzalimi diri sendiri pada setiap perlakuan dosa yang di lakukan. Kebodohan yang terserlah. Maka sampai bila mahu jadi bodoh?

Hasrat hati ialah berkongsi ilmu dan pengalaman diri supaya ada manfaatnya bagi para pembaca budiman sekelian. 

Kita punyai peranan masing2 dalam menyebar luas risalah Allah dan mesej dakwah ke seluruh pelusuk alam. Yang penting "Just Do It" walau sekecil mana pun ia. Ibarat si burung kecil yang memunggah air dengan paruhnya untuk memadam api yang marak membakar Nabi Ibrahim. Itu kemampuan yang dia ada. Kita bagaimana?

Sebuah kematian akan memutuskan segala nikmat dunia yang fana ini. Hidup di dunia, ada peluang luas untuk melakukan segala amalan. Detik kematian memisahkan dan menidakkan segala peluang itu. Tika jasad di semadi ke lubang kubur bersama sehelai kain kapan, maka tiada lagi amalan. Yang ada hanyalah perhitungan. Menyesal pun sudah tiada gunanya lagi.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...