CLICK n GO

Monday, June 30, 2014

Tazkirah Ramadan

Jadual Tazkirah Ramadan 1435H
Masjid As-Salam Bukit Beruntung

"Semoga majlis tazkirah di adakan di surau kita. duduk dalam majlis ilmu itu lebih baik daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat. Ambil peluang kehadiran ahli jemaah yang ramai untuk menyampaikan ilmu dan peringatan sekadar 15-30 minit. Tanpa mengganggu solat teraweh." Begitulah picitan jari jemari saya pada Whatsapp grup AJK surau khariah saya sebelum Ramadan tempoh hari.

Begitu juga saya pernah syorkan supaya di adakan tazkirah jumaat iaitu pada waktu menunggu masuknya waktu solat jumaat. Pabila surau kami diberi kebenaran olah pihak JAIS sebagai surau solat jumaat. Atas maksud yang sama iaitu mengambil peluang jumlah kehadiran jemaah yang ramai, saya rasakan sangat sesuai untuk menyampaikan sedikit ilmu dan peringatan supaya ahli masyarakat kita terdidik dengan ilmu agama dan tidak kekal jahil selamanya. Sesuai juga dengan tema transformasi iaitu mengubah manusia daripada jahil (bodoh) kepada alim (bijak).

Pihak pengurusan surau dan masjid mestilah kretif dan berinovasi demi mengajak kelompok besar masyarakat ke surau dan masjid atau berusha gigih menyampaikan mesej dakwah kepada ahli masyarakat. Usah berpuas hati dengan situasi kini dengan mengadakan kuliah 2-3 kali seminggu di surau dengan kehadiran ahli surau regular sekitar 20-30 orang. Bukankah lebih baik untuk menyampaikan peringatan dan mesej dakwah kepada odion yang berjumlah 300 orang pada setiap sesi solat jumaat di surau itu?

Ia bukan soal meneruskan adat atau mengambil syarat sahaja. Atau lebih teruk lagi sekadar melepas batuk di tangga dalam setiap program dan aktiviti dakwah yang hendak kita anjurkan. "Kita tidak mahu jemaah terganggu untuk membuat ibadah pada hari Jumaat." Antara sebab yang diberikan untuk tidak bersetuju sesi tazkirah di adakan. Apakah berada dalam sebuah majlis ilmu itu bukan ibadah namanya?

Alhamdulillah di masjid khariah saya majlis ilmu di adakan saban malam. Begitu juga sepanjang bulan Ramadan ini slot tazkirah di adakan tika rehat antara solat teraweh. Saya begitu teruja untuk bercerita. Kalau pada sebelas bulan selain Ramadan jumlah jemaah untuk solat berjemaah Maghrib/Isyak ialah sekitar lima sof iaitu kurang lebih 200 orang. Dan jumlah jemaah yang duduk sejenak di majlis ilmu saban malam saya selalu dok kira ialah sekitar 70-120 orang. Itu pun muka regular. Minoriti sangat terdiri daripada muka2 baru. Apa maksudnya? Mesej dakwah di masjid ini di ulang tayang kepada grup 70-120 orang ini lagi dan lagi dan lagi. 

Apa hal ahli masyarakat yang ribu-ribu kat luar sana? Apa hal ahli jemaah yang datang untuk solat fardhu berjemaah tapi tak mahu duduk dia dalam majlis ilmu walau sejenak? Masjid kami ni kira sebuah masjid yang aktif dan mendapat pengiktirafan masjid terbaik daripada JAIS. Kalau surau dan masjid yang penuh lesu malas nak cerita la kan. 

Apatah lagi masjid dan surau di negeri2 pemerintahan sekular yang ban majlis2 ilmu daripada berlangsung. Manusia kekal jahil. Manusia terus di sogok dengan alternatif lagho iaitu hiburan demi hiburan tidak kiralah dalam bentuk program2 TV, radio, suratkhabar, pasar malam, pasar uptown, shopping complex, kilauan emas, bintang cilik, sukan, bola,  majalah, wayang, media segala.

Itulah realiti yang kita lihat di masjid2 dan surau2 seluruh negara. Maka slot tazkirah ramadan yang dilaksanakan saban malam sepanjang Ramadan di masjid khariah kami ini sangatlah terbaik bagi saya. Apa tidaknya pada malam pertama Ramadan diikuti malam kedua Ramadan semalam, masya Allah jumlah kehadiran jemaah sungguh luar biasa. Macam datang solat jumaat la pulak. 

Saya congakkan tidak kurang daripada 1,000 orang yang hadir. Tu dia ustaz yang memberi tazkirah sekitar 20-30 minit itu telah berjaya menyampaikan mesej dakwah kepada 1,000 manusia, berbanding dengan 100 manusia sebelum ini. Itu hebatnya Tazkirah Ramadan dan Tazkirah Jumaat. Cuba berhenti sejenak dan fikir. Betul tak apa yang saya kata? Bukankah manfaat yang banyak di sana.

Manusia yang tidak hadir atau jarang hadir ke masjid pada hari2 biasa, kini datang ke Masjid. Manusia yang dilarakan dengan hiburan dan segala tipu daya dunia selama sebelas bulan setiap tahun, tiba-tiba terkedu pabila disuapkan dengan peringatan2 agama secara paksa? 

Ya benar hidayah milik Allah. Tapi hendaklah kamu berusaha sedaya mampu. Dan salah satu cara yang efektif ialah mengambil kesempatan daripada keterujaan umat Islam menyambut Ramadan dengan ibadah harian sunat solat teraweh ini ialah dengan memberikan dos-dos istimewa setiap malam demi menjadi sedikit penawar yang mungkin bisa menyembuhkan penyakit yang di jangkiti sepanjang sebelas bulan yang lain itu. Dos-dos istimewa yang disuntik setiap malam selama 30 malam sepanjang Ramadan ini ialah penawar kepada racun cinta dunia takut mati (sindrom CDTM), inshaa Allah.

Cadangan di grup Whatsapp AJK surau khariah saya telah di tolak. Pengerusi surau pernah beritahu saya ia sesuai dengan arahan JAIS yang tidak menggalakkan tazkirah dan mahu pihak pengurusan surau menumpukan kepada ibadah solat teraweh. Namun saya tetap bersangka baik kerana saya lihat program Ramadan di surau saya tahun ini ada juga di selitkan tazkirah Ramadan oleh ustaz2 jemputan beberapa kali dalam seminggu. Alhamdulillah.

@@@

Friday, June 27, 2014

World Cup - Round 16


Pertembungan hebat Round 16 sudah di tentukan selepas round pertama selesai. Antara fakta menarik ialah:
  1. Tiada wakil Asia - Iran, Japan, South Korea & Austaralia kecundang.
  2. Wakil South Amerika - hanya Ecuador yang tercicir.
  3. Wakil Eropah yang kecundang - England, Italy, Portugal, Rusia, Crotia, & Bosnia.
  4. Ada 6 wakil dari Eropah - Holland, Germany, Belgium, France, Switzerland, & Greece.
  5. Ada 5 wakil dari Amerika Latin - Brazil, Argentina, Colombia, Uruguay, & Chile.
  6. Ada 2 wakil Afrika - Nigeria & Algeria
  7. Ada 3 wakil Amerika Utara/Tengah - USA, Mexico & Costa Rica
Dari segi performance pada pusingan awal ini analisa saya seperti berikut:
  1. Team yang dapat mata penuh 9 poin - kira team elit la kan ialah Colombia, Holland, Argentina & Belgium. 
  2. Team yang dapat 7 poin - Brazil, France, Germany, Mexico, & Costa Rica.
  3. Team yang dapat 6 poin - Chile, Uruguay, Switzerland, & USA
  4. Team yang dapat minima 4 poin - kira nasib lah boleh masuk next round ialah Nigeria, Algeria, Greece.
Pilihan saya untuk mara ke pusingan seterusnya:

  1. Secara logiknya Team yang layak dengan 4 poin & 6 Poin semua bakal kecundang, dan satu team 7 poin iaitu Mexico...he he...mengikut firasat saya.
  2. Quater-final ialah Brazil, Colombia, France, Germany, Holland, Costa Rica, Argentina & Belgium.
  3. Maka menyediakan satu stage semifinal yang agak menarik iaitu Brazil vs Colombia, France vs Germany, Holland vs Costa Rica, dan Argentina vs Belgium.
  4. Pilihan saya untuk semi-Final ialah: Brazil vs France  &   Holland vs Argentina
  5. Tetapi wajar juga Germany kalahkan France untuk bertemu dengan Brazil di semi-Final.
  6. Juga Belgium bisa kalahkan Argentina untuk mara ke semi-Final bertemu Holland.
  7. Untuk Final kali ini saya pilih: Brazil vs Holland
  8. Jika ini berlaku maka Holland mencipta rekod jugalah sebagai team yang masuk Final World Cup dua kali berturut-turut.
Untuk keputusan dan kedudukan carta terkini klik site ini.  



Wednesday, June 25, 2014

Juadah Ramadan

Saya berkesempatan mengikuti kuliah Ustaz Ramli Abu Bakar di Masjid as-Salam BB malam tadi. Ramai orang leka dengan cinta dunia, terpesona dengan perhiasan dan keindahannya. Walhal dunia ini adalah tipudaya dan sandiwara malah boleh menjadi racun dan perangkap. Dunia boleh membunuh iman, amal, akhlak dan kesabaran.

Dunia nampak lawa, rupanya racun yang berbisa. Dunia boleh membawa manusia lara dan makin jauh daripada Allah. Ramai manusia yang sakit jiwanya. Penawarnya ialah zikrullah iaitu sentiasa mengingati Allah.

Sebelas bulan dalam setahun manusia bertembung dengan maksiat dan gelojak nafsu. Hingga ramai yang cedera parah dalaman hingga lumpuh segala. Ramadan datang sebagai penyembuh segala kecederaan itu.

Ramai manusia sudah jadi lali dengan dosa. Makin hari makin jauh hingga terperangkap dalam gelap gulita tipu daya dunia. Kalau zaman dulu kat kampung2 orang berak kat tepi2 sungai atau dalam semak samun, maka orang2 tua pesan kalau nampak orang dok tengah berak, jangan tengok. Begitulah pesan ustaz tengok dunia ini, jangan tengok. 

Dunia ibarat bangkai yang busuk, maka jangan tengok. Mereka yang mencari dunia ibarat haiwan yang rutin mereka ialah bangun, makan, tidur. Hindarkan pandangan dari dunia yang menipu itu kerana ia sungguh meloyakan dan boleh membinasakan. 

Kecantikan dunia juga bersifat sementara. Tika pokok bunga sakura kembar mekar dengan warna pink dan biru di Skudai tempoh hari, ramai orang terpesona akan kecantekannya dan sanggup berhenti sejenak untuk snap gambar dan shoot video untuk merakamkan kecantekan itu. Beberapa hari berlalu dan bunga sakura gugur layu, tiada kecantekan lagi. Manusia tiada lagi berhenti di tepi jalan untuk melihat keindahannya. 

Ramadan dikurniakan dengan Lailatul Qadar. Carilah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik dari 1,000 bulan itu. Cari dia dengan ibadah yang tulus ikhlas kerana Allah. Tanda dapat Lailatul Qadar yang di cari itu ialah bila mana selepas Ramadan makin kuat dia beribadah. 

Yang penting kita kena berusha dengan rasa patuh kepada Allah dalam menghayati bulan Ramadan ini. Kita bertembung head-to-head dengan hawa nafsu. Bersedia melalui Ramadan dengan melengkapkan ilmu di dada. Rugilah orang yang tak mengaji tak belajar. Mati jiwanya, mati perasaannya, makin jauh dia dengan Allah.

Menu makanan ruhani untuk 30 hari di bulan Ramadan sudah keluar dan tersebar. Saya tidak terkecuali menerimanya dalam grup Whatsapp dan merasakan sesuai untuk kita kongsi-kongsikan sebagai penggerak semangat dan pencetus strategi dan lankah awal  untuk memaksima usaha amal yang soleh di bulan mulia ini.

Antara 30 juadah sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini yang disyorkan oleh para bijak pandai ialah seperti berikut:
  1. Tilawah al-Qur'an sejuzuk sehari paling kurang.
  2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
  3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
  4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
  5. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
  6. Solat Tahajjud setiap malam minima 2 rakaat.
  7. Solat Dhuha setiap pagi.
  8. Sedekah setiap hari minima seringgit.
  9. Pastikan bangun dan makan sahur setiap hari.
  10. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
  11. Tadarus al-Qur'an sambil memahami maksudnya.
  12. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
  13. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadan.
  14. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
  15. Elakkan membeli makanan daripada tangan2 orang yang fasik.
  16. Jauhkan aktiviti yang lagha.
  17. Banyakkan zikir harian dan berdoa.
  18. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dalam sehari.
  19. Ajari diri dgn sifat rendah hati kerana Allah. 
  20. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
  21. Menjaga dan menghubung silaturrahim.
  22. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
  23. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati drp perkara2 yang dilarang.
  24. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
  25. Perbanyakkan amalan2 sunat dan solat sunat rawatib.
  26. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (bagi suami & anak2 lelaki).
  27. Lazimi untuk kawal dan tahan marah dan didik diri utk lebih bersabar.
  28. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang maupun susah.
  29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
  30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
Ikhlaskan hati kerana Allah dalam setiap perlakuan dan amal ibadah kita dengan hadirkan Allah didalam hati. Berusaha menjalani Ramadan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir buat kita.

@@@

Monday, June 23, 2014

Ramadan Bakal Tiba. Are You Ready?

Begitulah masa berlalu. Kini kita di ambang Ramadan. Walau terasa baru benar lagi Ramadan bertandan. Hakikatnya kita disibukkan dengan urusan dunia yang tiada henti hinggakan masa yang berlalu tidak terasa ibarat angin sepoi-sepoi bahasa sahaja tanpa ada impak besar. 

Masa yang berlalu setiap detik itu tidak bisa kembali lagi hatta jika mahu di beli dengan US Dollar sekali pun. Manusia sekadar gemar berebut benda yang tidak kekal. Benda yang akan wajib di tinggalkan. Sedangkan ambil lewa kepada benda2 yang bakal di bawa pada kehidupan yang kekal abadi. Mari kita sama2 kenal pasti racun dan penawar dalam kehidupan sementara ini.

Dunia ini racun bagi kamu. Ramai yang tertipu dengan kecantekan dunia. Penawarnya ialah zuhud iaitu hilangkan sangkutan hati dengan dunia. Orang yang zuhud bukanlah maknanya tidak peduli dunia tapi dunia tiada melekat di hatinya. Namun dunia dalam genggaman nya.

Contohnya Nabi Sulaiman bukan sekadar ada kerajaan manuisa, bahkan menguasai alam jin, haiwan dan angin. Dunia dalam genggamannya. Tapi hatinya zuhud iaitu tiada sangkutan dengan dunia. Dia nampak kehidupan yang kekal di Akhirat besok. Pendek cerita dunia bukan objektif bagi manusia yang zuhud sifatnya. Orang yang zuhud tiada mengalami sindrom CDTM iaitu cinta dunia dan takut mati.

Harta itu racun bagi kamu. Bagaimana nak jadikan ia penawar bagi kamu? Keluarkan zakat. Macamana nak tahu harta kamu itu berkat? Bila mana harta tadi dapat menolong kamu menuju ke jalan Akhirat. Contohnya kita ada kereta yang dapat memudahkan kita untuk pergi ke masjid, pergi ke tempat baik2. Bab dunia ramai yang bijaksana tapi kalau bab akhirat ramai yang blur dan samar. 

Kalau naik motor pergi kerja, di siapkan pelbagai kelengkapan seperti baju hujan, baju spare dan sebagainya. Walau hujan lebat atau kilat sabung menyambung, dia tetap dapat sampai ke tempat kerja dengan segala persiapan dan kelengkapan tadi. 

Namun lain kesnya kalau nak ke masjid. Hujan menjadi alasan penting untuk tidak ke masjid. Maka tidak hairan setiap kali musim hujan jumlah jemaah di masjid merundum teruk. Kita ini biar ada harta yang dapat bantu kita taat pada Allah. Biar ada isteri yang dapat bantu ke jalan Akhirat. Ada anak2, yang dapat bantu kita ke jalan Akhirat.

Setiap perkataan kamu yang sia-sia itu adalah racun. Penawarnya ialah zikrullah. Ada 313 sendi dan tulang dalam badan kita. Sebab itu cepat lenguh, cepat penat. Tapi satu anggota yang tiada tulang atau sendi ialah lidah. Sebab itu lidah boleh bergerak 24 jam tanpa henti. Maka hati-hatilah akan perlakuan lidah yang tidak bertulang. Jangan kerana lidah badan di bakar api neraka?

Seluruh umur yang Allah bagi kat manusia itu racun. Taat dan ibadah itulah penawarnya. Kalau umur di guna ke jalan maksiat maka ia akan jadi racun. Umur lahir manusia tahu. Tapi umur mati Allah rahsiakan daripada pengetahuan manusia. Kenapa Allah rahsiakan? Sebagai ujian. Allah nak tengok siapa yang berhati-hati dalam setiap perlakuan mereka di dunia ini yang impaknya bakal di rasai di Akhirat nanti. Apa yang yang naik tak pernah turun? Umur kita.

Umur kita ini setiap kali bertambah, hakikatnya berkurang. Umur umat Nabi Muhammad sekitar 60 tahun. Jika lebih maka itu sekadar subsidi yang Allah berikan. Usah rasa gah dan bangga diri, lupa mati. Mati itu pasti. 

Tika umur meningkat ke angka 40 tahun, allignment mula lari. Mula sakit sana sakit sini, lenguh sana lenguh sini. Umur adalah sebagai ujian Allah untuk menguji manusia berbuat baik atau sebaliknya. Buat ibadah tika usia masih muda sangat menyeronokkan. Tika umur sudah meningkat tua, ibadah semakin perlahan kerana faktor usia dan kesihatan.

Setiap tahun yang kamu lalui itu adalah racun. Ramadan itu adalah penawarnya. Penawar yang meneutralisasikan racun pada 11 bulan yang lain dalam setahun itu. Ramadan bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. 

Dalam kita hendak menyambut kedatangan Ramadan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita berdoa banyak2 agar Allah sampaikan kita semua ke bulan Ramadan tahun ini. Minta supaya Allah kuatkan tubuh badan agar tegar untuk berbuat ibadah. Biasakan berbuat ibadah bermula Rejab dan Syaaban. 

Kena rasa teruja dan seronok untuk menerima kunjungan Ramadan. Seronok kerana rahmat Allah. Seronok kerana akan mendapat keampunan Allah. Seronok kerana akan di bebaskan daripada api neraka Allah. Seronok kerana semua setan akan di belenggu. Teruja kerana pintu-pintu Syurga akan di buka. 

Gembira kerana pintu-pintu neraka akan di tutup. Teruja mencari Lailatul Qadar. Teruja bersolat teraweh dan mendirikan solat2 sunat yang lain. Seronok untuk bersedekah dan melakukan semua amal-amal soleh. Kena rasa seronok dan teruja menyambut tibanya Ramadan bulan penuh rahmat.

Bila mendengar pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja tiba Ramadan, maka mari sama-sama takbir "Allah hu Akbar" sebanyak tiga kali. Tanda kita seronok. Kita syukur. Yang tak seronok tibanya Ramadan ialah setan dan iblis dan yang sewaktu dengannya. 

Akhir sekali siapkan diri dengan ilmu. Jangan kita menjalani ibadah puasa Ramadan dengan tiada mendapat apa-apa manfaat dan kebaikan melainkan sekadar mendapat letih, lapar dan dahaga semata. Baca buku khusus pasal puasa Ramadan. Beramal tanpa ilmu itu sia-sia dan di tolak daripada ada nilaian di sisi Allah. Beramal walaupun dengan ilmu yang sedikit akan digandakan pahala oleh Allah. 

Puasa dari segi lughahnya ialah tahan. Dari segi istilah puasa bermaksud menahan daripada perkara2 yang membatalkan puasa daripada terbit matahari sehingga tenggelam matahari dengan syarat2 yang tertentu. Ramadan bakal tiba, mungkin satu Ramadan ialah pada hari ahad ini. Are we ready? Tepuk dada tanya iman.

Anggaplah Ramadan kali ini sebagai Ramadan Terakhir. Buat amal soleh yang sehabis baik. Bergantung harap kepada Allah supaya menerima segala amal soleh kita di sepanjang Ramadan kali ini. Ameen.

@@@

Wednesday, June 18, 2014

Peduli Haram Babi

Umat Islam agak peduli pada haramnya Babi. Namun agak tidak peduli pada haramnya dosa. Bila timbul isu DNA Babi di kesan pada beberapa produk Cadbury tempoh hari maka umat Islam bangkit dan merasa sangat terkesan. Apa tidaknya terasa seolah di tipu selama hari ini malah banyak bahan babi sudah menjadi darah daging agaknya...cis. 

Isunya ada dua, satu apakah sijil halal Jais ada yang disalah gunakan. Kedua, soal pemantauan, apakah bila sijil halal Jais di keluarkan maka selepas itu tiada lagi pemantauan atau semakan di adakan bagi produk2 berkenaan? 

Mungkinkah sesuatu produk itu pada mulanya adalah halal maka di approve oleh Jais, tapi asbab lemahnya pemantauan atau kelemahan penguatkuasaan maka produk yang telah di approve halal tadi mula di cemari dengan bahan2 yang tidak halal yang menjadikannya produk yang tidak lagi halal tapi gagal disedari oleh para pengguna sekelian kerana yang utama ialah terpapar logo halal Jais di label produk berkenaan?

Yang halal itu jelas yang haram juga jelas. Antara keduanya ialah yang was2 atau syubahah, maka terlebih afdal jika menjauhi Cadbury atau yang sewaktu dengannya yang syubahah tadi. 

Pada sudut lain, dalam umat Islam terutamanya bangsa melayu begitu sensitip dengan haramnya babi dan segala yang sewaktu dengannya, namun peduli itu tidak pula begitu terasa atau sensitip pada haramnya dosa. Apa bentuk dosa jua. Sensitiviti yang tidak sama rasanya.

Dosa banyak. Judi dosa. Zina dosa. Bercampur lelaki perempuan bukan muhrim dosa. Riba dosa. Rasuah dosa. Menipu dosa. Mengumpat dosa. Tidak solat dosa. Tidak puasa Ramadan dosa. Eh banyaklah dosa kalau nak cerita. Apakah peduli haram babi dengan peduli haramnya perlakuan dosa itu sama tarafnya? Rasanya peduli haram babi lagi tinggi martabatnya. Sedangkan segala perlakuan haramnya dosa itu terus menerus menyumbang kepada perjalanan ke destinasi neraka sebenarnya.

Suatu masa dulu bila saya sekeluarga pernah melawat muzium melaka. Agak teruja bila melihatkan bahan pameran yang memaparkan kerajaan empayar Melaka dulu sudah mengamalkan undang2 syariah termasuk hudud dengan menyeluruh. Kalau kita lihat cerita P.Ramlee "Semerah Padi" juga dipaparkan hukum hudud dilaksanakan dalam pemerintahan kerajaan tika itu. Namun yang pelik dan sadisnya bila fakta ini tidak ditonjolkan pada masyarakat malah dihitamkan terus daripada buku2 sejarah.

Pusat kuasa undang2 dan polisi negara adalal perlembagaan negara yang telah di draf dan di warisi daripada pihak penjajah. Ibarat ragi yang di campur gaulkan dengan beras. Walaupun rupa beras masih sama namun rasanya jauh berbeza, satu di makan sebagai nasi dan satu lagi sudah menjadi tapai. Itulah ibarat kita ini, walaupun masih mengaku masyarakat Islam dengan rupa paras Islam namun citarasa dan penghayatan kita sangat berbeza. Islam itu di perintah dan duduk di bawah kuasa perlembagaan Negara.

Kuasa mahkamah syariah misalnya yang berada di bawah kekuasaan sultan dan yang dipertua setiap negeri itu adalah di kawal selia oleh Perlembagaan Negara yang mensyaratkan nombor ajaib 653 bagi setiap hukum sabit kesalahan iaitu tidak melebihi 6 kali sebatan, RM5000 denda, atau 3 tahun penjara. 

Makanya jika hukum hudud menetapkan 100 sebatan untuk perlakuan zina misalnya, tapi perlembagaan negara masih kekal dan tidak berubah maka perlaksanaan hukum itu tdak dapat dilaksanakan oleh kerana sekatan pada frasa 653 tadi.

Justru itu sangat penting sebenarnya untuk meletakkan Islam itu memerintah supaya al-Qur'an dan Hadith itu di martabatkan di maqam yang tertinggi. Sebagaimana perlembagaan pertama dunia iaitu Perlembagaan Madinah di draf oleh Rasulullah SAW berasaskan panduan daripada al-Qur'an dan Hadith. Perlembagaan negara sekarang ini perlu dipinda terlebih dahulu supaya hukum syariah tidak terpagar oleh akta 653 itu.

Berbeza dengan ikan di laut. Walaupun sudah berkurun hidupnya di dasar lautan yang masin namun jasad dan ruhnya tidak berubah menjadi masin. Dia kekal tawar di air yang masin. Itu hebatnya ikan dalam air laut berbanding dengan beras dicampur ragi. 

Aqidah yang kukuh akan menjadi asas yang padu menegakkan dan menyebarkan Agama Allah di muka dunia ini. Suka saya ulangi Islam itu ialah cara hidup yang lengkap, menyeluruh, sempurna yang di redhai Allah. Selain daripada Islam semuanya sesat dan menyesatkan. 

Syukurlah kerana di kurniakan Allah nikmat iman dan Islam dan dipelihara daripada perkara2 yang merusakkannya. Tingkatkan iman yang jazan iaitu kepercayaan yang sebenar-benarnya dengan 100% keyakinan kepada Allah, satu iktikad yang tidak berubah-ubah. Tetap berpegang dengan Allah dan segala ajaran Rasulullah SAW.

Rata2 manusia hari ini lupa mati. Kalau ingat mati tentulah penuh masjid setiap solat fardhu atau majlis ilmu. Yang memutuskan segala kelazatan ialah mati. Tidur itu satu nikmat, maka mati itu menghilangkan nikmat tidur. Makan itu suatu nikmat, maka mati itu menghilangkan nikmat makan. Siapa yang tidak ingat mati akan cepat mati. Siapa yang ingat mati dengan membuat setiap kebaikan maka Allah panjangkan umur dia.

Lupakan kebaikan kamu kepada orang dan ingatkanlah kejahatan kamu kepada orang. Muhasabah diri. Asbab kebaikan yang kamu lakukan itu, Allah panjangkan umur kamu. Nak panjang umur petuanya ialah buat baik. Apa yang kita mampu. Siapa yang kedekut akan pendek umur. Siapa yang paling pintar? Yang banyak menyebut dan ingat mati.

Bila ingat mati, diri akan disibukkan dengan menyimpan dan mengumpul barang yang akan dibawa ke Akhirat nanti. Manakala barang yang nak ditinggal di sedikitkan dan tidak dia kasihkan. Banyakkan amal soleh. Dunia sanggup di tunggu, solat dua rakaat belum tentu? Bola boleh tunggu, solat tahajjud kenapa tidak boleh tunggu?

Peniaga terbaik di dunia ini ialah peniaga yang ingat mati. Bila menjual barang yang kurang mutu maka dia akan cakap terus terang barangannya kurang mutu. Barang baik dia cakap barang baik. Raja yang ingat diri ialah raja yang tidak lupa diri. Kita ini dalam perjalanan yang jauh. Yang nak di bawa masih sedikit, yang nak di tinggal banyak la pula. Hisabkan diri sendiri. Ini asyik sibuk hisab orang lain?

Sebagai konklusi pilihlah antara dua, untuk jadi ikan di air masin atau beras dicampur ragi? Tepuk dada tanya iman. Pilihlah untuk peduli haramnya dosa yang berselerak dan bertaburan di muka bumi ini atau sekadar menyibukkan diri dengan haramnya babi? Sekali lagi tepuk dada tanya iman. Selamat menyambut Ramadan al-mubarak. Kita sama2 doa semoga Allah memberikan kita hidayah dan taufiq untuk istiqamah dalam amal solah di bulan yang mulia ini.

@@@

Thursday, June 12, 2014

World Cup Fever

Bagi para kaki bola dan peminat sukan nombor satu dunia ini, excitement dan keterujaan demam World Cup hanya datang setiap empat tahun sekali. 

Jangan salahkan suami anda jika hilang dari katil tidur anda pada jam 4:00 pagi nanti kerana malam ini akan bermula edisi 2014 World Cup dengan perlawanan sulongnya iaitu antara Brazil dengan Croatia. Saya suka melihat skor Brazil 6 - Crotia 3. Untuk set benchmark bagi satu tournament siri World Cup yang tinggi jumlah golnya. Agar excitement menjadi lebih Umppph. Apatah lagi khabarnya bola BRAZUKA itu agak lebih ringan, mengikut komen Ospina, penjaga gol Colombia.

The 20th Edition of The FIFA World Cup dengan 64 perlawanan. 32 Negara dan 1 Piala Dunia penuh prestij will kick-off tonite at Arena Corinthians Stadium in Sao Paolo, Brazil.

PM Najib memilih Spain selaku juara kali ini dan TPM Mahyuddin khabarnya menyokong England. Anda bagaimana?  

Juara bertahan Spain merangkap FIFA World Ranking #1 (FWR#1) sudah tentu menjadi pasukan peberet. Brazil (FWR#3) selaku tuan rumah menjadi pasukan pilihan untuk menjadi juara di laman sendiri. Germany sebagai pasukan FWR#2 tentunya satu lagi pasukan pilihan utama. How about FWR#4 Portugal? 


FIFA World Ranking (FWR)
  1. Spain 1
  2. Germany 2
  3. Brazil 3
  4. Portugal 4
  5. Argentina 5
  6. Switzerland 6
  7. Uruguay 7
  8. Colombia 8
  9. Italy 9
  10. England 10
  11. Belgium 11
  12. Greece 12
  13. USA 13
  14. Chile 14
  15. Holland 15
  16. France 17
  17. Croatia 18
  18. Russia 19
  19. Mexico 20
  20. Bosnia 21
  21. Algeria 22
  22. Ivory Coast 23
  23. Ecuador 26
  24. Costa Rica 28
  25. Honduras 33
  26. Ghana 37
  27. Iran 43
  28. Nigeria 44
  29. Japan 46
  30. Cameroon 56
  31. South Korea 57
  32. Australia 62

Kalau dari segi FIFA World Ranking pasukan suprise bagi saya ialah Switzerland at FWR#6, Colombia at FWR#8, Greece at FWR#12 dan USA at FWR#13. Rasanya negara2 ini tidaklah begitu menonjol dalam arena bolasepak antarabangsa apatah lagi pada siri FIFA World Cup. Mungkin agak over rated? 

FWR#15 Holland selaku naib-juara bertahan juga jangan di pandang sebelah mata. How about FWR#9 Italy with Mario Balotelli? France rasa saya tidak begitu kuat tanpa Frank Ribery. Team dark horse yang boleh mencipta kejutan bagi saya ialah FWR#11 Belgium kerana memiliki ramai pemain muda yang established di pasukan club elit eropah. 

Kalau Messi perform well, saya rasa Argentina juga antara pasukan yang boleh menjadi juara kali ini. England jangan letak harapan tinggi sangat la kot, as usual. This is FIFA World Cup outside Europe bro !!

Wakil Asia nampaknya ibarat melukut di tepi gantang dengan FWR#43 Iran sebagai pasukan ranking terbaik. Australia menjadi pasukan ranking tercorot. 

Kalau Malaysia berangan-angan untuk menyertai FIFA World Cup edisi ke-21 nanti, maka kenalah mendaki FWR sekurang-kurangnya ke no-70 (daripada FWR#146 sekarang ini). Amacam ada berani? Ottmar Hitzfeld Head Coach Switzerland pun plan to step down after World Cup, apa kata FAM offer dia jadi head coach Malaysia...he he.

Team dari benua Eropah dan Amerika Selatan kekal mendominasi world ranking. Pasukan dari benua Afrika juga tidak menonjol dengan FWR#22 Algeria sebagai pasukan terbaik mereka.

Untuk Spain menjadi juara buat kali kedua berturut-turut rasanya jarang berlaku dan mission yang almost impossible. Brazil akan kekal menjadi pilihan top seluruh penduduk dunia untuk mencipta rekod menjadi juara buat kali ke-6. 

Apa pun World Cup Fever is ON and anything can happen so enjoy it when you still can !!

@@@

Wednesday, June 11, 2014

Sindrom CDTM

Saya menerima satu posting di Whatsapp yang pada analisa saya sekali lalu sangat menarik untuk sama-sama kita renung dan fikir. Tika detik usia berlalu terus tanpa henti ini, mungkin afdal untuk memberi perhatian apa sebenarnya yang telah dan akan berlaku dalam kehidupan yang fana ini supaya cetus sedikit sedar pada minda.

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj:
  • 10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. 
  • Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
  • Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
  • Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
*****
  1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja
  2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
  3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
  4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk  cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
  5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada. 
  6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
  7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.
  8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
  9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT) 
  10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini. 
~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

Nota: Dr Harlina Halizah Hj Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Beliau bertugas sebagai pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Pembangunan Sosial IKRAM & Naib Ketua Wanita IKRAM, Mantan Naib Presiden JIM (2009-2012}, Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia, MAMANEH(2009 – 2011). Merupakan isteri kepada Ustaz Zulkifli Ahmad serta ibu kepada empat orang cahaya mata, seorang telah meninggal dunia. Beliau gemar melakukan khidmat masyarakat dan kerja-kerja sukarelawan selain menumpahkan khidmat sebagai pakar di hospital.

*****

Kekadang ramai kita lupa bahawa sudah begitu banyak usia kita yang telah dibazirkan begitu saja. Apa yang telah berlalu itu sudah tentu tidak dapat dikembalikan atau diulangkan lagi. Simply gone. Tidak boleh ditebus atau dibeli hatta dengan emas atau intan berlian yang bertimbun.

Apa yang kita lalui hari ini adalah sesuatu yang mungkin dapat kita corakkan atau masih masih dalam kawalan. Begitu pun apa yang bakal berlaku esok dan hari-hari seterusnya pada sisa usia yang masih Allah pinjamkan ini pula adalah diluar kawalan kita sebenarnya. Bak kata Dr Har di atas, hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

Usah panjang angan-angan, fikirkan itu dan ini. Jangan terperangkap dengan sindrom CDTM iaitu Cinta Dunia Takut Mati. Begitu mengejar dunia hingga lupa akhirat yang menanti. Jangan sampai di istidraj di hijab Allah daripada sedar akan hakikat kehidupan yang sementara kerana begitu teruja dan di sibukkan dengan kemewahan dunia. Tidak salah mengejar kebahagiaan dunia jika objektifnya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat. 

Sayang sekali jika kita begitu runsing dan takut gagal di dunia tetapi tidak pula takut gagal di Akhirat. Rugi benar jika kita ini sekadar mengejar kejayaan di dunia tapi lupa pula untuk berusaha gigih demi mencapai kejayaan di Akhirat. Apakah kejayaan yang hakiki? Bila Allah redha untuk kita dapat masuk Syurga Dia. Apakah kegagalan dan kerugian yang sebenar? Bila kamu di humban ke dalam Neraka Allah. Ada faham?

Tidak salah kaya harta benda di dunia kerana ada para sahabat yang terdiri dari kalangan manusia yang kaya raya contohnya Abu Bakar As-Sidiq dan Abdul Rahman Bin Auf, namun objektif mereka jelas iaitu mengejar Akhirat. Mereka tidak kedekut membelanjakan harta mereka untuk fisabilillah dan pelaburan akhirat seperti zakat, sedekah, waqaf dan sumbangan infaq. Harta bukan objektif tetapi sekadar alat mencapai objektif. Apa objektif yang hakiki? Untuk mencapai redha Allah.

@@@

Friday, June 06, 2014

Renung dan Fikir

Pejam celik pejam celik hari ini sudah masuk 8 Syaaban. Maknanya kalau panjang umur dalam 3 minggu lagi kita akan bertemu dengan Ramadan al Mubarak. Terasa begitu cepat masa berlalu. Masih terasa Ramadan yang lalu tidak lama dulu. 

Maka beruntung orang yang istiqamah dalam amal soleh antara Ramadan tahun lepas dengan Ramadan tahun ini. Sesungguhnya Allah sangat suka amal yang walaupun sedikit tetapi berterusan istiqamah.

Sesampai di ofis hari ini kelihatan tidak banyak kereta di dataran parking. Hmmm...cuti sekolah la katakan, holiday mood. InsyaAllah saya sekeluarga juga bercadang untuk bercuti minggu depan. Percutian sentiasa menyeronokkan. Relax dan santai. Mesti ceria selalu dan jangan stress. 

Kalau memandu pada jarak jauh mungkin kepenatan maka ia defeat the purpose untuk berehat. Cuba elakkan. Kalau destinasi yg agak jauh mungkin boleh naik bas, keretapi atau kapalterbang, Sesungguhnya percutian keluarga sekurang-kurangnya sekali setahun perlu ada dalam agenda dan budget keluarga.

Semalam saya menghadiri satu sidang SME di KLCC. Ada tiga ahli panel pada forum SME yang diadakan. Ketiga-tiga mereka adalah entrepeneur yang berjaya. Sdra Faizul dalam bidang property, Ms Helen dalam manufacturing dan retail, dan sdra Aaron melalui myTaxi. 

Antara kunci kejayaan yang memandu mereka ialah passion, never give-up, observation on the needs/demand dan surrounding with positive thinking people. Don't wait for perfection. Belajar daripada kesilapan. Fail early and fail cheap.

Sdra Faizul bercerita dia mengambil keputusan drastik bila melihat bos di tempat dia bekerja di pecat setelah setia bertugas selama 8 tahun gara2 office politic. Setelah renung dan fikir apa yang dia inginkan dalam hidup maka satu hari tidak lama kemudian dia pun meletakkan jawatan sebagai software engineer, tindakan yang mendapat reaksi negatif daripada ahli keluarganya yang lain. 

Namun Faizul tekad meneruskan apa yang dia inginkan. Kemudian dia melengkapkan dirinya dengan all the necessary skills. Dia mula bekerja sebagai salesman menjual kredit kad. Di sini dia mendapat pengalaman yang sangat berguna termasuklah skil how to deal with people, public speaking dan build up self confidence. Dia juga mencari ilmu dengan rajin membaca buku dan bergaul dengan orang2 yang berjaya.

Seterusnya Faizul mula berjinak di bidang properti dengan membeli properti pertamanya di usia muda. Akhirnya membeli dan menjual properti menjadi passion beliau. Pengalaman itu dikongsikan melalui penulisan sebuah buku bertajuk "Memiliki 23 Properti Sebelum Umur 30." 

Buku itu dihasilkan dalam bahasa inggeris secara self-publishing menggunakan modal sendiri dan mencetak sekadar 2,000 kopi untuk menjimatkan kos. MPH hanya bersetuju mengambil 500 kopi untuk di jual. Namun sejarah telah tercipta bila buku ini menjadi best seller dan di ulang cetak beberapa kali sehingga terjual sebanyak 60,000 kopi setakat ini. Dia sendiri tidak sangka untuk berada dikeadaan dia sekarang ini. 

Faizul menjadi terkenal dalam lingkungan property developers dan di jemput menjadi public speaker dalam pelbagai forum properti. Dia kini sudah tidak gentar untuk berucap di depan odion seramai 1,500 orang. 

Pabila di tanya berapakah properti yang dia miliki sekarang? Lost count katanya. Sebab dia sentiasa jual dan beli, namun currently ada tidak kurang daripada 35 propoerties. Area pelaburannya ialah di KL, Selangor, N9, Johor dan akan datang di peringkat antarabangsa pula. "Saya seronok melakukan kerja ini," katanya yang kini mahu menumpukan di bidang property consultancy.

Saya teringat siaran Radio KL pada dua hari lepas bila DJ menjemput panggilan para pendengar untuk berkongsi pengalaman memiliki properti di usia muda. Seorang pemanggil wanita memberitahu, "Saya membeli rumah di usia dua puluhan pada harga RM260k beberapa tahu lalu. Kini harga pasaran rumah berkenaan ialah RM700k." 

"Jom minum kat kantin," ajak Zack kawan saya. Saya pun layan. Antara topik perbincangan ialah kemungkinan pihak syarikat akan mengambil tindakan untuk mengurangkan pekerja memandangkan ekonomi dan pendapatan syarikat yang merundum beberapa tahun kebelakangan ini. 

Dalam tawaran MSS (Mutual Separation Scheme) ini staf akan di beri sedikit pampasan berdasarkan baki tempoh khidmat sebelum mencapai usia persaraan 60 tahun. Pada asasnya pampasan ini dapat cover gaji bulanan kurang lebih untuk setahun tanpa sumbangan EPF. Jadi pada worst case, staf ini dapat bertahan selama setahun sambil mencari kerja atau sumber pendapatan yang lain.

Ada pro dan kontra di sini. Pertamanya Alhamdulillah kerana mendapat sedikit pampasan atau saguhati itu. Keduanya wang itu boleh digunakan untuk membayar komitmen baki hutang, atau memulakan sesuatu perniagaan atau projek. Namun yang kontranya ialah tiada sumbangan EPF lagi, potongan cukai mungkin dikenakan, dan kepayahan mencari kerja baru terutamanya bagi staf yang sudah berumur 50 tahun ke atas. 

Namun percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ia mencetus munculnya accidental entrepeneur sebagaimana Sdra Faizul, Ms Helen atau Sdra Aaaron Gill.

Apa pun sebagai orang beriman kita kena yakin dan percaya bahawa rezki itu milik Allah yang di kurnia kepada kita daripada pelbagai asbab umpamanya dengan bekerja di ofis, berniaga, menjadi penulis, entrepeneur dan seumpamanya. Yang penting janganlah asbab sibuk bekerja mencari rezki hingga kita lupa istiqamah dalam amal soleh, untuk hadir ke rumah2 Allah dan duduk di majlis2 ilmu. 

Kita hiasilah dunia ini selagi ada sisa hidup dengan segala kebaikan agar ia menjadi bekalan yang kekal abadi di Akhirat nanti.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...