CLICK n GO

Thursday, October 31, 2013

The Red Warriors - Bakal Juara?

Siapa Juara? Rekod lepas menunjukkan rekod 2-2-0 untuk kelebihan kepada TRW bila bertemu Tok Gajah (TG) di 4 kali bertembung sepanjang tahun 2013. Namun Final Piala Malaysia akan menyaksikan suasana dan aura yang berbeza. Tiada pasukan yang boleh mendabik dada atas dasar rekod lepas. Prestasi atas padang tika Final bakal menobatkan Juara sebenar.

21.09.2013
 Kelantan 
4-0
Pahang
20.08.2013
Pahang
1-1
Kelantan
25.06.2013
Kelantan
2-0
Pahang
23.02.2013
Pahang
2-2
Kelantan

Prestasi TRW pada tahun 2013 ini menampakkan daya juang yang melonjak dan memuncak pada suku terakhir 90 minit masa perlawanan. Contoh terbaik ialah pertemuan sengit separuh akhir kedua bertemu ATM di KB tempoh hari. The never die attitude dan kekal disiplin pada taktikal permainan termasuk counter attack berbisa banyak membantu dan menyumbang kepada prestasi baik TRW pada tahun ini terutamanya dalam kempen Piala Malaysia 2013.



Gol-gol yang dijaringkan TRW 70% berlaku selepas minit ke 65. Gol-gol di minit2 akhir perlawanan melebihi 50% dan TRW berjaya bertahan dan tidak melepaskan gol oleh pihak lawan melebihi 65% daripada jumlah perlawanan mereka setakat ini. TRW paling banyak menjaringkan gol pada durasi 15 minit terakhir iatu minit 76-90. 

Sebagai konklusi TRW adalah sebuah pasukan yang punyai work rate tinggi dan akan berjuang hingga saat terakhir permainan. Mungkin creativity barisan midfield dan combative line of strikers as well as national class goal keeper will keep them flying high sekali lagi.

Key players bagi TRW ialah Azizi Mat Rose untuk menahan asakan Matias Conti. Penguasaan Badhri Radzi mengatasi Hafiz Kamal di midfield. Dan tentunya Farisham Ismail untuk mengikat larian dan umpanan R.Gopinathan.

Apakah The Red Warriors bakal Juara Piala Malaysia 2013? Saya rasa YA. Saya letakkan peluang TRW muncul juara pada tahap 62%. Skor yang saya dambakan ialah TRW 3 - TG 1. Semoga Final kali ini memaparkan permainan terbaik dan bermutu tinggi serta menghiburkan.

@@@

Tuesday, October 29, 2013

Masih Sembah Syaitan?

Alhamdulillah saya dan isteri diberi kelapangan oleh Allah SWT untuk sekali lagi hadir di majlis ilmu yang di sampaikan oleh Ustaz yang paling power setakat ini di Masjid kami iaitu Ustaz Hafizi Hussen seorang daei zuhud berasal dari Tanah Merah Kelantan. Penyampaian yang sangat tinggi manfaat dan padat ilmu yang seringnya saya gagal puas bila tamat slotnya yang agak pendek berbandingkan dengan curahan ilmu yang ingin keluar daripada dadanya itu untuk di tadah oleh para jemaah sekelian. Approach nya yang serius dan no nonsense tidak pernah sekali mempersia-siakan masa yang terhad itu.

Bebeza dengan sesetengah Ustaz yang kuliahnya banyak kulit daripada isi, lebih gemar membuat lawak basi, atau tidak fokus kepada sesuatu subjek hinggakan gagal memahatkan ilmu yang sepatutnya ke dada odion di depannya. Bila mengikuti penyampaian 30 ustaz pada 30 kuliah maghrib yang berbeza setiap bulan, maka saya tidak dapat lari daripada mula gheti dan faham style dan fe'il para ustaz ini. Sudah tentu apa yang di dalam hati tidak kita tahu tapi acap kali setelah berkenalan dalam ceramah bulanan mereka, kita juga dapat menilai kategori dan mutu nya kerana apa yang di hati terserlah jua pada luaran dan lisannya.


Mafhum Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 60-65:



  • Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
  • Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
  • Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
  • Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
  • Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!
  • Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
Syaitan dan Iblis akan sesatkan anak Adam kecuali mereka yang ikhlas. Bagaiamana Iblis ini begitu yakin dia boleh menyesatkan manusia? Dia yakin yang dia mampu. Sebab dia ini bijak dan punyai ilmu yang tinggi. Allah SWT tidak berhajat apa2 daripada makhluk. Sedangkan manusia sangat berhajat kepada Allah pada segala sesuatu. Manusia perlu sokongan baru boleh naik. Manusia perlu harta baru bolah kaya. Manusia perlu pangkat dan jawatan baru ada kuasa. 

Iblis tengok ada peluang untuk sesatkan manusia. Sebab Allah tidak berhajat apa2 termasuk iman. Kerja Iblis ialah duduk di atas jalan yang lurus. Iaitu dia menyesatkan orang2 yang taat pada Allah. Semua diganggu gugat oleh Iblis. Iblis tidak perlu kacau manusia yang memang dikuasai nafsu, geng dia. 

Apa itu jalan yang lurus? Jalan yang ada mula dan akhir, jalan yang paling selesa dan dekat ke destinansi jika nak dibandingkan dengan jalan yang bengkang bengkok penuh selekoh. Jaraknya dekat tetapi kenapa tidak terikut? Sebab dicampur aduk oleh Syaitan. Hingga menjadi jauh perjalanan kita dengan Allah SWT. 

Antara tanda kasih ialah banyak beri korban (mahabbah). Atas dasar kasih maka Allah cipta manusia dan beri segala-galanya free of charge. Maka taat kepada Allah itu adalah untuk kepentingan diri kita sebenarnya. Yang paling hebat ialah taat atas dasar mahabbah iaitu kasih sayang yang tanpa harap balasan apa2 daripada Allah.

Aku kekasih mu. Sepatutnya mu jadilah kekasih Aku. Hati yang sibuk dengan Allah. Pencipta yang beritahu pasal ancaman dan tipu daya syaitan. Jangan jadi orang awam yang disibukkan dengan syaitan dengan suka mencari pintu2 untuk syaitan masuk.

Jangan sembah syaitan, musuh mu yang nyata. Jangan dikata belum ada peringatan. Layakkah orang kufur diazab? Ya, kerana mereka sudah sering diberi peringatan tapi masih buat tak endah. Aku telah berwasiat kepada kamu melalui lisan para Rasul yang kemudiannya diwariskan kepada para ulama' yang bertaqwa. Juga perjanjian yang termaktub di alam ruh. 

Lihat apa saja dengan mata mu maka setiap satunya menjadi dalil dan hujah adanya Allah. Sebab itu Allah kurniakan kecerdikan akal supaya dapat berfikir merenung kebesaran Allah. Apa jenayah yang paling besar di dunia ini? Menyembah syaitan.

Pabila Abu Hurairah mendengar hadith Nabi yang mengatakan sesiapa yang menyebut "La illa ha illallah" akan masuk syurga, sehingga dia menceritakan kepada sesiapa saja yang dia temui. Umar menyekat Abu Hurairah kerana bimbang orang awam terkeliru atau silap faham sehingga tidak mahu lagi melakukan ibadah yang lain. Umar begitu cermat membuat tafsir. Jenayah apa sekali pun, tidak sebesar jenayah kufur dengan mengikut perintah daripada syaitan.

Syaitan bukan spisis yang tak cerdik. Dia faqeh dalam ilmu isi kandungan tanah dan api hingga dengan kehebatan ilmunya itu dia menidakkan perintah Allah untuk tunduk hurmat kepada Nabi Adam atas dasar komposisi elemen dalam kejadian api itu lebih tinggi daripada komponen dalam komposisi kejadian tanah. Makanya ana iaitu aku ini lebih hebat. Bila timbul rasa aku yang punya, aku yang buat benda ini, aku hebat, maka ini membawa kepada jatuh kufurnya seseorang iaitu mensyirikkan Allah secara sedar atau tidak. 

Tiada eleman semulajadi dalam kehidupan dan kejadian alam ini dan segala isinya melainkan semuanya daripada Allah belaka. Ada cara hidup pada hakikatnya bukan hak kita cuma sekadar urusan yang Allah sandar pada kita. Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu. Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

@@@

Sunday, October 27, 2013

Pencinta Subuh

"Nama saya Che Mat dari Pontian Johor. Ustaz, saya nak tanya. Saya ni pergi ke masjid untuk solat subuh. Pintu masjid tutup lagi, maka saya pun bukakan lampu, saya solat tahayatul masjid. Orang lain tak mari lagi jadi bila masuk waktu saya pun laungkan azan. Lepas solat sunat subuh masih tak ada jemaah lain datang, jadi saya pun solat sendirian. Soalan saya Ustaz, saya dapat tak pahala solat berjemaah? Kerana niat saya nak solat berjemaah subuh di Masjid." 

Itulah soalan dari seorang penonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada pagi tadi kendalian Ustaz Salehuddin Abu Samah.

Ustaz pun menjawab dengan nada terharu dan sangat berhemah dengan berdoa semoga penduduk kawasan Masjid berkenaan mendapat hidayah Allah untuk hadir mendirikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. In sha Allah solat Sdra Che Mat tadi bermakmumkan jin2 Islam. Ustaz berkata soal samada dapat pahala solat berjemaah atau tidak itu bukanlah boleh dia jawab. Namun berdasarkan mafhum hadis yang menyatakan sesuatu ibadah itu adalah bersandarkan niatnya. Maka kita doakan semoga nilaian ibadah solat Sdra Che Mat ini juga mendapat nilaian pahala solat berjemaah.

Syaitan mengikat orang yang nak tidur. Syaitan ini kerja dia memang nak menyesatkan kita. Hatta masa kita nak tidur pun Syaitan giat dok nak perdaya kita. Masa nak tidur, syaitan akan mengikat kita dengan tiga ikatan dan dia jampi, "Tidur, tidur, malam masih panjang." Syaitan telah menghijabkan kita. Kalau tidak dapat melelapkan kita maka Syaitan akan melengah-lengahkan kita. Tekan jam, "Awal lagi ni," atau tarik selimut lagi. 

Pabila orang tidur tadi terjaga dan menyebut "Allah," maka terbuka dan terungkai ikatan tadi. Bila dia pergi berwudhuk akan teriungkai satu ikatan lagi. Jika dia bangun mendirikan solat maka terungkai lagi ikatan yang ketiga. Sesiapa yang terlepas ikatan akan jadi cergas kerana bebas daripada pedaya dan tipu helah syaitan.

Ya Allah bantu kami untuk bangun mendirikan solat sunat fajar. Boleh baca mana-mana surah namun jika nak buat perkara yang dekat dengan Nabi maka bacalah surah  "Qul ya.." dan "Qul huwallah...". Mengamalkan sunnah Nabi itulah yang terbaik. 

Mafhum hadith Nabi SAW daripada Aisyah RA: "Jika Rasulullah SAW selesai mendengar azan (subuh), maka Baginda solat dua rakaat fajar dengan meringankan (rakaat) keduanya." (HR. Muslim No.724)

Mafhum hadith Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA: "Dalam dua rakaat fajar, Rasulullah SAW membaca 'QULYA AyyuHAL KAFIRUN..' dan 'QUL HUWALLAHU Ahad.." (HR. Muslim No.726)

Selagi mana belum solat subuh (solat Fajar) maka bolehlah mendirikan solat sunat fajar ini. Bagi yang istiqamah solat sunat fajar maka bolehlah di qadakan selepas solat subuh jika dia terlepas.

Antara yang paling berat bagi orang munafik ialah mendirikan solat subuh. Kalau orang dapat bangun awal dan dapat solat subuh, maka dia akan jadi gembira dan bersemangat untuk keluar mencari rezki di bumi Allah ini. Letakkan dahi ini sujud kepada Allh SWT di awal pagi supaya segala perlakuan seterusnya termasuklah berpergian mencari rezki itu akan dirahmati Allah. 

Hukum melewatkan solat subuh itu ialah haram dan berdosa jika tiada keuzuran. Ia termasuk dalam gologan orang yang lalai dalam solat. Istilah subuh gajah dalam Islam sebenarnya tiada. Kenapa dikaitkan dengan gajah pun kita tidak tahu. Cumanya dalam masyarakat kita ialah untuk mengingatkan supaya jangan lewat solat subuh hingga dekat dengan waktu terbit matahari. 

Usai ke pasar bersama isteri pagi tadi, kami pun singgah bersarapan roti canai di sebuah restoran mamak. Sambil itu saya pun sms satu pesanan whatsapp buat ketiga-tiga anakanda saya, "Assalamualaikum anakanda sekelian, Jadilah pencinta subuh, pencinta zikir, pencinta Qur'an, pencinta ilmu dan amal. Yang penting cintai diri dengan menjauhi dosa dan bakaran api neraka."

Wahai pencinta subuh, memanglah iman kita ini ada masanya turun dan ada kalanya naik. Semoga Allah teguhkan iman kita dan jadikan kita daripada golongan orang yang mendirikan solat subuh secara berjemaah dan mendapat keampunan Allah. 

@@@  

Friday, October 25, 2013

The Red Warriors - Road To Champion 2013


Malam ini tepat jam 8:45 mlm bertempat di Stadium Sultan Mohd ke IV Kota Bharu akan berlangsung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara TRW vs ATM. Sudah tentu sebuah perlawanan hebat yang amat dinantikan oleh para peminat bolasepak tanahair terutamanya para penyokong TRW sekelian.

Khabarnya ada beberepa orang peminat yang pengsan atau cedera semalam semasa berebut mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan ini. Para peminat sanggup bersesak dan bergadai nyawa demi pasukan TRW yang tercinta. Maka sudah tentulah harapan peminat sekelian TRW dapat mempamerkan corak permainan terbaik pada malam ini untuk mematahkankan segala mortar dan peluru kapur serangan barisan pejuang The Gladiators yang memang terkenal lasak dan tidak mengenal erti letih dan putus asa yang sanggup berjuang hingga ke titisan saat permainan yang terakhir.

Yang pasti TRW harus peka dan bersedia malah kena ingat bahawa ATM pernah mencalarkan maruah mereka bila meleburkan rekod tanpa kalah TRW di gelanggang keramat mereka di Kota Bharu ini bila membedil TRW dgn skor 3-1. Jika ada pasukan yang layak merobek kubu Kelantan hingga bisa menidakkan hasrat TRW ke final Piala Malaysia, maka ATM ialah pasukan musuh tegar itu. 

Justru wira-wira TRW kena faham dan peka pada situasi ini dan stay focus. Apatah lagi ATM dipimpin oleh pakar strategi  dan taktikal yang hebat iaitu bekas jurulatih TRW yang banyak berjasa kepada kebangkitan TRW suatu masa dulu di pesada kelompok pasukan elit negara iaitu B Sathianathan. Dia banyak tahu kelemahan dan kekurangan TRW untuk di eksploitasikan. Maka awas TRW.

Kelincahan feeder ATM di kedua sayap mereka iaitu Christie Jayaseelan dan Venice Elpi Dannykaya mesti di ikat atau dicantas baik punya. Jika tidak ia akan membekal peluru berpandu buat penyerang berbisa mereka iaitu Marlon Alex James bersama Hai-O, Fitri Omar dan Bruno Sebastian Martelotto. Kombinasi maut yang boleh membawa mudarat besar kepada TRW. Gol Jayaseelan di Stadium Selayang minggu lepas is a beauty. Penjaga gol ATM iaitu Farizal Harun juga sangat tangkas mematah serangan lawan. ATM mengejar jaringan 2-0 dan itu bukan mustahil.

Pengendali TRW Bojan Hodak dari Crotia sudah tentu mengambil kira segala faktor termasuklah corak permainan di padang basah, taktikal permainan di masa tambahan atau strategi penentuan sepakan penalti. ATM bukan pasukan yang baru dia kenal. 

Orang besi Dickson Nwakame yang membuka rahsia skim latihan pantai lasak menendang dan menggelecek buah kelapa dan menyepak ala tomoi batang kelapa tika usia mudanya sudah tentu menjadi taruhan utama TRW untuk menarik seberapa ramai pemain pertahanan ATM melekat mengerumuninya sekali gus membuka ruang yang lebih terhidang buat Nor Farhan dan Indra Putra. 

Manakala kapten TRW iaitu Badri Radzi atau Piya sudah tentu lah penjana utama bilek injin TRW bagi percaturan taktikal pasukan yang sememangnya watak terpenting yang bakal menentu halatuju game malam ini. Seterusnya para peminat menaruh harapan tinggi untuk benteng akhir TRW iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex untuk berada di tahap top-form pada malam ini bagi menidakkan segala percubaan 50-50 ATM. Keputusan 1-0 atau 1-1 sudah cukup melayakkan TRW ke final Piala Malaysia musim ini. Road to champion TRW akan menjadi realiti. Gomo Kelate Gomo !!

Lawan pilihan saya untuk TRW di Final nanti?  Sarawak. Kenapa? Kerana TRW belum pernah di suakan dengan team Sarawak musim ini. Jadi element of surprise terpahat di sana. Tambahan lagi Sarawak adalah pasukan yang kuat pada musim ini dengan menjuarai Liga Premier. Sarawak juga seperti TRW punyai para peminat fanatik tegar yang besar. Saya rasa Sarawak boleh menang menentang Pahang malam esok di gelanggang sendiri dengan jaringan 2-0 atau 4-1. Lagipun TRW selalu sangat berjumpa team Pahang pada musim ini dengan keputusan terkini TRW membelasah Pahang 4-0. Dah tak ada thrill bro !!

Maka saya sangat berharap lawan TRW di Final nanti bukannya team Tok Gajah tapi team Ngap Sayot yang di pimpin oleh pengendali Belanda yang sangat berpengalaman iaitu Robert Alberts. Harapan pasti disandarkan kepada pemain tengah, Junior Eldstar dan Guy Bwele; dua pemain sayap, Joseph Kalang Tie dan Ashri Chuchu serta dua penyerang berbisa mereka iaitu Muamer Salibasic dan Bobby Gonzales. Ngap Sayot Ngap Sayot !!

@@@

Tuesday, October 22, 2013

Penawar Bagi Hati



Tambat unta itu usha. Doa itu usha. Kemudian tawakal pada Allah. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana nikmat kelapangan dan terpilih lagi untuk berada di sebuah majlis ilmu menadah kitab Penawar Bagi Hati. Kali ini Ustaz membicarakan persoalan Tawakal iaitu pada bab di mukasurat 89. Sebagaimana biasa ustaz akan membicarakan mesej dakwah persoalan hati sebagai mukadimah sebelum menyentuh bicara kitab.

Ibarat rindu pada kekasih. Cuba bayangkan benda yang kita suka. Makin lama makin suka. Makin dekat makin sedap, makin seronok, makin berahi. Hati sentiasa ingat. Ia melekat pada hati. Manusia boleh bersusah, berpayah, bersakit-sakit demi mengejar sedikit habuan dunia. Kerana nampak janji dunia di depan mata. Begitu juga orang yang nampak janji Akhirat. Akan sentiasa memanjat kesyukuran pada segala nikmat yang Allah berikan seperti nikmat umur, ilmu, amal dan rezki. Tiada kurniaan ini yang sia-sia melainkan nikmat daripada Allah belaka.

Nikmat sihat, panjang umur, murah rezki, semuanya nikmat Allah yang dipinjamkan kepada kita, hamba-Nya. Sakit, susah, derita itu pun nikmat daripada Allah. Supaya kita dekat dengan Allah. Itulah nikmat. Sebelum susah atau di timpa musibah mungkin tak pernah solat hajat, maka bila mendapat kesusahan tadi barulah kenal solat hajat, baru tergerak untuk bangun solat malam, mula mendamping diri pada Allah. 

Sifat seorang hamba ialah membenar segala kurnia Allah, redha dengan hati. Apa-apa yang datang daripada Allah maka kenalah redha dengan hati samada baik atau buruk. Fitrah manusia tidak suka kepada kesakitan atau kehilangan, namun di sisi Allah sesuatu yang berlaku itu sudah tentu ada hikmah dan kebaikannya. Sesuatu harta atau benda kesayangan yang kita hilang, jika ia masih rezki kita maka tidak ada orang yang dapat kacau. Cara Allah nak kembalikan kepada kita terserah kepada Allah, kadang tak tercapai oleh jangkaan kita. Tapi jika sudah bukan rezki kita maka tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengembalikannya.

Bermasa lah dengan Allah. Barang kemas yang hilang, sesuatu yang kita kasih maka buatlah solat hajat. Kemudian baca surah al-Ikhlas 100x dan pada bacaan ke 100 itu, pada akhir kalimah ..Allah hu Somad.. doalah minta dengan Allah hajat di hati dengan penuh beradab. 'Ya Allah, jika ia masih rezkiku, kembalikanlah." Apa pun bagi Allah SWT tiada masalah. Syarat doa ialah kena yakin 100% Allah terima doa itu. Dan jaga adab. Sesungguhnya bergantung haraplah kepada Allah, bukan kepada makhluk. 

Jalan selamat itu jelas iaitu menuju Syurga. Jalan derhaka itu juga jelas iaitu menuju Neraka. Maka sendiri mahu ingat. Buatlah pilihan yang diingini. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan. Pencerahan ilmu bisa menyuluh dan menerangi jalan-jalan ini untuk mencapai destinasi. Justru itulah tuntutan menuntut ilmu adalah wajib dalam Islam. Maka bermasa lah untuk menuntut ilmu dengan menghadirkan diri ke majlis2 ilmu.

Umpamakan masuk ke Masjid untuk ke majlis2 ilmu itu sebagai membawa botol kosong. Orang bagi air maka dapatlah di isikan ke dalam botol itu. Berbeza dengan membawa botol yang penuh air dan tidak di buka tutupnya, orang bagi air tak dapat masuk. Datanglah dengan sifat hamba, sifat fakir. Nabi yang maksum suci daripada dosa dulu kini dan selamanya itupun masih ibadah sampai menangis masih solat malam sampai bengkak kaki, maka suluhlah diri kita bagaimana?

Bersihkan hati sungguh-sungguh. Jangan sendiri membinasakan diri. Nanti jangan salahkan Allah bila dihumban malaikat ke dalam bakaran api Neraka. Nak selamat? Ikut Nabi. Biar makhluk tidak suka asalkan Allah suka. Nak cari suka Allah kena lalu murka makhluk. Hidup ini ada panas ada sejuk, ada sihat ada sakit, ada kiri ada kanan, ada lelaki ada perempuan, ada penyakit ada ubat. Berpasang-pasangan. Ada syurga ada neraka. Muhasabah diri dan pilih lah halatuju samada ke Syurga atau ke Neraka.

Kalau sakit jangan cari lain, carilah Allah. Allah nak uji sejauh mana iman kita. Bila sakit jangan salahkan makhluk, terpijak itu dan ini atau orang buat? Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Tua itu dicipta agar kamu ingat mati. Usah cuba memudakan ketuaan mu. Datang kosong balik pun kosong tidak punya apa-apa. Semua milik Allah. 

Maqam hamba ialah usha dan harap. Pelihara diri daripada neraka Allah. Mohon dilepas daripada neraka Allah. Bila lapar, maka makanlah. Makan itu usha. Namun kenyang itu Allah yang bagi. Jika ada syak di hati maka itu belum yakin. Jangan nampak aku hebat. Semua milik Allah. Tiada yang aku. Namun kita boleh bimbang. "Ya Allah, peliharalah aku, jangan angkat nikmat yang ada pada ku ini."

Rezki kamu ini, Allah yang gerakkan, Allah yang lorongkan. Kasih akan Allah. Orang yang berserah diri ialah jalan kasih Allah pada hamba-Nya. Nampak Allah pada pintarku, kayaku, hebatku. Buang sifat aku. Aku tak ada. Bila Allah dah di kasih maka jadilah orang yang mengasih. Allah kasih kepada orang yang tawakal. Perbuatannya itu perbuatan-Ku.

Latih jadi kekasih. Banyak sebutkan Kekasih supaya kamu di kasih. Banyakkan selawat. Banyakkan sebut nama Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah. Bukan banyak amal ya TV, ya TV, ya makan, ya makan, ya anak, ya bini. 

Biar pun ilmu yang dapat sedikit tapi dapat suluh diri. Belajar untuk suluh diri bukan suluh orang lain. Segalanya hasil kudrat dan iradat Allah. Semoga sentiasa mencari penawar bagi hati. Baik hati, maka harapnya baiklah diri ini.

@@@

Thursday, October 17, 2013

Kongsi Kisah Tika Cuti Raya

Ada beberapa kisah yang saya ingin kongsikan semoga ada manfaatnya. Segalanya berlaku tika cuti Hari Raya Aidil Adha beberapa hari ini.

Usai solat subuh di surau pagi tadi, saya bertegur sapa dengan seorang Pakcik, "Dengar jelas ye speaker kat Masjid sampai ke sini." Dalam kesunyian awal pagi itu memang jelas bait-bait suara imam daripada corong Masjid yang terletak 5 km dari surau kami ini. Pada hari-hari biasa kadang kedengaran juga laungan azan dari Masjid. 

"Saya cukup tak minat Masjid pasang speaker kuat-kuat hingga satu kampung boleh dengar. Kalau nak buat program ke ceramah ke tak payah pasang speaker luar. Sapa-sapa nak ke majlis ilmu pergilah ke masjid," komen Pakcik itu dengan geram. 

Suara bacaan surah al-Waqiah kedengaran di kejauhan. Sungguh indah bacaan al-Qur'an memenuhi ruang udara sayup-sayup. Memang menjadi rutin di Masjid berkenaan untuk imam membimbing para jemaah sekelian membaca beramai-ramai surah al-Waqi'ah selepas solat subuh. Begitulah juga bacaan surah al-Mulk beramai-ramai usai solat isyak. Pakcik tadi sudah berusia umur 70an. Doa saya agar Pakcik tadi mendapat hidayah. 

Azan, ceramah dan bacaan al-Qur'an yang keluar daripda corong2 speaker Masjid itu adalah sebahagian daripada syiar Islam. Kenapa mahu di sekat-sekat. Kita berada di tanah kuasaan Islam. Bunyi2 konsert, lagu atau karoke itu yang patut diharamkan keluar daripada speaker2. Zahirkan penyataan, ini terotori Islam. Usah sensitif atau takut tak tentu pasal. Takutkan Allah bukan takut kepada makhluk.

Pada pagi hari raya aidil adha dua hari lepas, ramai jemaah memenuhi ruangan Masjid hingga melimpah ke luar. Takbir raya bersambutan semenjak 7:30 pagi lagi. Sungguh syahdu. Saya hadir sekitar pukul 8:00 pagi. Solat raya akan di mulakan pada pukul 8:30 pagi. 

Usai nazir Masjid membuat beberapa pengumuman, maka imam bertugas pun menyeru dibentuk saf. Seterusnya imam memberi sedikit peringatan perihal mendirikan solat Aidil Adha ini. "Pada rakaat pertama akan ada 7 takbir dan pada rakaat kedua akan ada 5 takbir. Bacalah subahanallah....walla hu akbar antara takbir itu. Sekiranya saya terlupa membaca takbir, jangan di tegur kerana bacaan Fatihah itu wajib sedangkan takbir itu sunat." 

Saya belum pernah dengar seorang Imam berpesan begitu sebelum ini iaitu soal terlupa takbir. Kemudian imam pun terus memulakan solat suant Aidil Adha ini. Betul-betul kejadian, Imam tadi lupa membaca takbir 7 kali di rakaat pertama itu. Usai solat ada seorang pakcik di sebelah kanan saya mengomen, "Agaknya Allah nak terus tunjukkan supaya tidak terlepas cakap di Masjid."

Disunatkan takbir raya selepas setiap solat fardhu pada hari raya iaitu 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah iaitu selama 4 hari. Maklumlah takbir raya dua kali setahun jadi ramai yang lupa terutamanya part solo terakhir tu. Jadi bila saya di tolak ke depan untuk jadi imam pada solat asar di surau petang itu sebab pak imam regular tidak hadir, maka usai solat saya pun skip takbir itu sebab tak confident ingat. Rasa bersalah pula dalam hati.

Kebetulan pada hari kedua di tolak ke depan lagi untuk jadi imam solat asar di surau. Usai solat Alhamdulillah dapat membimbing takbir raya dengan sempurna. Maklumlah malam tu buat homework ingat balik takbir raya. Terasa kepuasan dan insaf apatah lagi bila memahami setiap bait terjemahannya. 

Pada kuliah maghrib malam tu ada seorang ahli jemaah bertanya ustaz, "Takbir raya selepas solat fardhu itu sebanyak 3 kali atau 4 kali?" Ustaz menjawab, "Itu permasalahan feqah yang ranting sahaja, bukan perkara pokok. Jadi tidak menjadi hal untuk takbir berapa bilangannya 3, 4, 5, 7 ke hatta tidak takbir pun tidak apa."

Pada petang 9 Zulhijjah, ramai juga para jemaah yang akan berbuka puasa di Masjid. Sedikit juadah akan disediakan. Nazir pada malam sebelumnya membuat pengumuman bahawa pihak Masjid ada sedikit menu untuk jemaah berbuka puasa. Namun terlintas juga di hati apakah ikhlas jemputan berbuka ini? Sebabnya ia tidak begitu jelas atau bersungguh. Dengarnya seekor kambing akan di sembelih. Mungkin ada jamuan nasi lauk gulai kambing? 

Petang itu kelihatan kurang lebih 30 orang para jemaah datang untuk berbuka di Masjid. Namun agak pelik sedikit kerana tempat jamuan itu akan tersorok sebelah ruang dapur dan tidak begitu inviting. Apa pun semangkuk laksam dan dua gelas air sirap menjadi rezki saya untuk berbuka. Alhamdulillah. Kemudian saya pun bersedia untuk solat maghrib secara berjemaah. 

Seorang makcik memberi komen, "Saya ingat berbuka gulai kambing, rupanya lauk rendang ayam, boleh sakit perut ni." Khabarnya rendang ayam itu agak hancur sedikit. Malam tu makcik tadi meragam perutnya. Yang pelik orang lain ok je. Maka mungkin Allah nak tunjuk juga agar tidak terlepas cakap di rumah-Nya.

Anyway jamuan kambing tidak kunjung tiba. Namun ada pula jemputan tahlil di rumah salah seorang jemaah selepas solat isyak itu. Cuba teka apa jamuannya? Antaranya gulai kambing. Alhamdulillah. 

Saya sukalah mencadangkan kepada pihak Masjid untuk membuat pengumuman yang jelas akan program atau aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah jemputan jamuan atau kenduri di Masjid. 

Rasanya elok benar kalau pihak Masjid bermurah hati untuk meraikan para jemaah dengan jamuan nasi lauk gulai kambing sekali sebulan. Maklumlah jumlah kutipan Masjid secara purata melebihi RM25 ribu sebulan. Kalau nak dicongak perbelanjaan, elaun untuk Ustaz kuliah maghrib dalam lingkungan RM6,000 sebulan (jika RM200 setiap malam). Bil air dan letrik mungkin RM3,000 sebulan. Maka rasanya masih banyak lebihan. Berbelanja untuk pemaslahatan umat lebih utama daripada menyimpan dan kekal menyimpan dana awam hingga terkumpul sikit punya banyak.

Pihak Masjid kenalah terus-terusan cuba menarik para ahli khariah datang ke Masjid. Kita tidak boleh berpuas hati dengan jumlah purata jemaah yang menghadiri majlis ilmu yang sekadar lingkungan 70-100 orang sahaja dulu kini dan selamanya. Maka keseronokan di jamu makan percuma dengan kenduri nasi berlauk gulai kambing sekali sebulan anjuran Masjid itu sangat wajar dan berpatutan rasanya bagi meraikan ahli khariah yang hasil kutipan tabung Masjid itu ialah dari sumbangan mereka semua.

Menyentuh ibadah korban. Alhamdulillah dari segi jumlah binatang korban sangat membanggakan dari tahun ke tahun. Lapahan binatang korban dan agihan daging korban juga agak sistematik dan mendapat pujian ramai. 

Menyentuh jumlah dana Masjid juga, rasanya tidak keterlaluan untuk meneyediakan T-shirt percuma buat para petugas. T-shirt ini adalah sebagai cenderahati dan juga boleh menjadi bahan iklan sepanjang tahun untuk Masjid. Penerimanya sudah tentu merasa seronok. Semarakkan budaya memberi bukan budaya meminta.

Rasanya amalan memberi T-shirt kepada para petugas ini dilaksanakan oleh pihak Masjid beberapa tahun lalu sehinggalah pengurusan baru mengambil alih pentadbiran Masjid. Kalau tidak mahu usik dana Masjid, mungkin sebagai alternatif pihak Masjid boleh mencari penaja daripada kalangan korporat. Yang penting usha pihak Masjid untuk terus meningkatkan aktiviti menarik minat masyarakat ke Masjid. Feel good factor sangat membantu. Hidayah milik Allah.

Alhamdulillah pengumuman yang di buat baru-baru ini tentang penubuhan Kelab Memanah Masjid sangatlah di alu-alukan. Begitu juga dengan kemudahan gerai2 yang menjual barangan Islamik di anjung dan perkarangan Masjid. Kita mahu hidupkan Masjid dan menjadikannya sebagai satu pusat tarikan orang ramai dan penduduk setempat mengunjunginya. 

Masjid mestilah 'user friendly' dan kretif dengan program, servis, kemudahan infra, mesej dakwah dan maklumat semasa. Untuk itu komunikasi dua hala perlu di promosikan untuk menggalakkan cadangan dan teguran membina para jemaah bagi diambil peduli oleh pihak AJK Masjid untuk memperbaiki segala kekurangan demi meningkatkan kebaikan ke arah mencari redha Allah.

@@@

Wednesday, October 16, 2013

Bisikan Syaitan

Pada semangat ibadah korban itu, Allah tidak menilai dengan jumlah lembu atau kambing yang ditumbangkan jika tidak mendekatkan diri taat dengan Allah. Jika kalah dengan bisikan syaitan. Kalau sibuk melapah hingga terlepas solat zohor berjemaah atau hanya datang ke masjid untuk ambil agihan daging. Semangat ibadah korban itu ialah untuk menghampirkan diri dengan Allah bukan menghampirkan diri dengan bisikan iblis dan syaitan.

Setiap kali kita menjalani ibadah korban watak utama yang sentiasa di tazkirahkan ialah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail, idola utama kita pada karekter ketaatan mutlak kepada perintah Allah tanpa mengira natijah hasil baik dan buruknya pada diri sendiri. Jika itu perintah Allah maka no question ask.

Semalam para jemaah haji berkumpul di Arofah. Kemudian melontar di tiga jamrah iaitu mambaling batu kepada batu. Apa hakikat amalan ini? Ia adalah simbolik merejam iblis dan syaitan dengan batu. Di kala Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang hendak  menunaikan perintah korban daripada Allah, maka iblis dan syaitan pun giat mengacau. Maka Nabi Ibrahim melontar iblis dan syaitan ini dengan batu. Itulah simbolik amalan melontar di jamrah itu sebagai salah satu rukun ibadah haji yang kita warisi daripada perlakuan Nabi Ibrahim itu. Simbolik melontar musuh kita yang paling utama iaitu iblis dan syaitan.

Apa kerja iblis dan syaitan? Mereka pengacau besar umat ini. Mereka menghasut pada kejahatan. Mereka cukup benci pada hamba yang taat kepada Allah. Kalau ada spesis manusia yang bersifat begini yang mengajak manusia buat keburukan, maka lontar mereka dengan batu.

Nabi menyayangi umat mengatasi segalanya. Kita sebagai umat Nabi mengharapkan syafaat Nabi. Syafaat yang bukan murah harganya. Maka kenalah taat pada segala ajaran Nabi dan sunnahnya demi untuk mendamba syafaat Nabi di Akhirat nanti. 

Antara sunnah Nabi yang sangat di benci oleh iblis dan syaitan ialah berwangi-wangian. Amalkan berwangi-wangian contohnya dengan haruman kasturi syifa setiap kali ke masjid atau untuk tidur malam. Ia bisa menghindar bisikan syaitan. Sesungguhnya iblis dan syaitan sangat suka pada tempat busuk contohnya bau jamban. Jadi jangan dok rehat cari idea lama-lama atas mangkuk jamban ye. 

Bila kita nak beramal dengan amalan yang besar2 maka iblis dan syaitan ini akan kacau giler. Sebab itu cepat2lah bersegera dengan amalan kepada Tuhan mu. Usah bertangguh lagi kerana dikhuatiri akan digagalkan oleh bisikan halus syaitan. Begitu juga setiap kali melakukan kesilapan atau perbuatan dosa maka segeralah mohon keampunan Allah. Sesungguhnya Allah sangat suka mengampunkan dosa hamba-hamba Nya.

Kita lihat pada seorang hamba yang jatuh sakit, maka Allah memerintahkan empat malaikat untuk mendatangi pesakit tadi dan menarik empat nikmat daripadanya. Pertama nikmat makan sebab itulah si pesakit selalunya tak selera makan, rupanya nikmat makan telah ditarik. Kedua, Allah memerintahkan malaikat menarik nikmat rezki. Kalau dulu boleh kerja overtime tapi bila sakit tak mampu lagi. Ketiga, malaikat menarik nikmat seri muka. Padan la muka orang sakit ni tampak lesu dan tidak bermaya. Dan akhirnya Allah perintahkan malaikat menarik nikmat dosa daripada si pesakit. Rupanya banarlah sakit itu sebagai penebus dosa.

Bila si pesakit sudah sihat, maka Allah merintahkan empat malaikat untuk mengunjungi dan mengembalikan  semula nikmat makan, rezki dan seri muka kepadanya. Tapi Allah tidak memerintahkan malaikat untuk mengembalikan dosa orang itu. Nampak tak? Itulah Maha Pemurah nya Allah. Allah Maha Pengampun dosa hamba-hamba-Nya. Allah sentiasa memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mengampunkan segala dosa. Jika buat salah maka bersegerakan menyesali perbuatan itu dan mohon keampunan Allah dengan penuh keiikhlasan.

Berhati-hatilah setiap masa dengan bisikan syaitan. Semua kita ini bakal-bakal jenazah belaka. Percayalah satu hari nanti kita akan berpeluang menaiki van jenazah secara exclusive. Mati ialah permulaan kehidupan baru. Berushalah untuk menghidupkan sunnah Nabi. Tadi kita dah di ingatkan supaya sentiasa berwangi-wangian. Seterusnya Nabi mengamalkan makan kurma, maka jadikan ini amalan. Setiap rumah perlu ada bekalan kurma setiap masa. Janganlah Yusof Taiyob hanya famous tika Ramadan sahaja. Amalkan makan sebiji kurma sebelum menghadapi hidangan makan pagi, tengahari atau makan malam.

Nabi juga mengamalkan makan garam bukit. Ustaz Omar Jaafar ada berpesan supaya mengamalkan setiap pagi bila bangun tidur sebelum gosok gigi untuk meminum secawan air yang dicampur sedikit garam bukit (contohnya keluaran Halagel) dengan berkumur-kumur sebelum menelannya. In sya Allah ia dapat menyerlahkan kesihatan yang baik.

Tentang tabiat merokok, fatwa peringkat kebangsaan dan negeri semenjak 1989 lagi telah menyatakan hukum merokok itu haram. Antaranya kerana ia memudaratkan kesihatan akibat terdapat lebih 4,000 jenis racun tersirat dalam setiap batang rokok itu. Ia juga perbuatan membazir yang nyata. Penghasilannya juga melibatkan pencampuran ram (ibu arak) yang direnjiskan kepada tembakau kering bagi menghasilkan 'kick' pada setiap dos hisapan rokok. 

Akhirnya bisnes rokok juga merupakan penjana ekonomi yahudi di mana penyumbang kepada dana kerajaan haram Israel yang agenda utama mereka untuk menguasai Baitul Maqdis dan membunuh umat Islam di Palestin. Dua syarikat rokok terbesar dunia ialah Philip Morris dan British Tobacco. 

Tabiat merokok adalah satu lagi bisikan syaitan. "Lepas sarapan nasi lemak ni hang mesti pekena rokok sebatang," itulah bisikan syaitan. Merokok juga menghasilkan bau busuk yang memang menjadi kesedapan iblis dan syaitan. 

Tanyalah isteri mana pun maka jawaban mereka ialah tentu tidak suka tabiat suami yang merokok. Bau busuk perokok juga sangat menganggu ahli jemaah semasa solat berjemaah. Hembusan asap rokok bukan saja merosakkan kesihatan si perokok tapi yang sadis ia juga memudaratkan orang sekeliling yang tidak merokok terutamanya ahli keluarga sendiri. Tips utama untuk berhenti merokok ialah azam mesti kuat, buang terus rokok dan hindari daripada bercampur dengan kawan2 perokok.

Berhentilah segera daripada tabiat merokok. Tanyalah mana2 pakar kesihatan contohnya pakar jantung, pakar paru2 atau pakar otak, semuanya akan menyatakan habit merokok sangat membahayakan kesihatan dan emosi seseorang. Rokok adalah satu agenda yahudi untuk memusnahkan umat Islam. 

Agenda yahudi termasuklah mitos tidak elok makan daging kambing atau minum susu kambing sedangkan itu adalah antara sunnah Nabi. Orang yahudi sendiri mengamalkan sunnah Nabi ini sebab itulah mereka termasuk dalam kelompok manusia yang bijak, tapi yahudi tidak mahu orang lain bijak seperti mereka. Contoh lain strategi jahat Yahudi ialah mempromosikan riba ke seluruh sistem perbankan dunia tapi di Israel tidak diamalkan pun amalan riba ini. Partner in crime utama yahudi ialah bisikan syaitan.

Ustaz Omar Jaafar pada kuliah maghrib malam tadi juga ada berkongsi tips awet muda. Pertama amalkan baca al-Qur'an kerana Allah. Bacalah setiap hari walaupun sekadar satu mukasurat atau satu surah pendek. Jangan tunggu masa tertentu sahaja. Ada ruang saja terus baca walaupun tanpa mushaf. Baca surah2 hafazan semasa memandu ke tempat kerja contohnya. 

Kedua, bangun mendirikan solat malam terutamanya solat tahajjud. Itulah petua utama awek muda. Keheningan malam punyai aura hebat hubungan hamba dengan Penciptanya. Petua ketiga untuk awet muda ialah jarakkan atau lewatkan minum air selepas makan. Cubalah amalkan tiga petua ini dan saksikan hasilnya dengan izin Allah.

Sebagai konklusi, setiap kali anda di datangi idea bernas untuk melakukan keburukan atau kejahatan maka pahatkan di minda dan bisikkan di telinga anda, "Bisikan Syaitan" (sebut dalam nada misteri nusantara). Di susuli bibir terus istighfar dan zikrullah. Nyahkan bisikan syaitan dari hidup manusia beriman. Pagarkan dirimu daripada terus digoda oleh Bisikan Syaitan.

@@@

Tuesday, October 15, 2013

Ibadah Korban di Masjid As-Salam

Ibadah korban di Masjid As-Salam berjalan lancar pagi tadi. Sebanyak 19 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah ditumbangkan. Setiap lembu korban dikerjakan dari A ke Z oleh satu pasukan petugas berjumlah 10 orang. Maknanya 19 ekor lembu dan 5 ekor kambing itu dikerjakan oleh 20 pasukan kesemuannya manakala petugas muslimah pula bergotong-royong menyediakan juadah untuk jamuan tengahari. Suasana kemeriahan begitu terasa dan semangat kerjasama antara ahli khariah juga begitu terserlah. Alhamdulillah, semoga ibadah korban di Masjid As-Salam mendapat nilaiannya di sisi Allah.








Sunday, October 13, 2013

Puasa 9 Zulhijjah



Saya sudah beberapa kali mendengar Ustaz menyatakan kelebihan berpuasa pada 9 Zulhijjah. Esok hari Isnin 14 Oct 2013  bersamaan 9 Zulhijjah 1434H adalah hari Arafah dan fadilat puasa pada hari Arafah ini amatlah besar. Jadi marilah kita bangun sahur malam ini bersama seluruh ahli keluarga untuk berpuasa sunat pada esoknya. Semoga kita termasuk orang yang dimudahkan oleh Allah untuk melakukan puasa tersebut dan meraih keutamaan di dalamnya.

Puasa sunat Hari Arafah ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah RA; Sesungguhnya Nabi SAW menegah dari berpuasa pada hari Arafah bagi jamaah haji yang berada di Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari Arafah ialah hari ke-9 Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi SAW bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah RA yang menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang puasa hari Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang.” (Riwayat Imam Muslim)

Ini menunjukkan bahwa puasa Arafah adalah di antara jalan untuk mendapatkan pengampunan di hari Arafah. Hanya sehari puasa memberi manfaat pengampunan dosa untuk dua tahun. 

Hari Arafah juga merupakan waktu mustajabnya doa sebagaimana disebutkan dalam hadis,
 
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang ku ucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir (Tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)”.” (HR. Tirmidzi, hasan)

Carilah peluang pada setiap ruang untuk mencari keuntungan di Akhirat. Jelas ibadah puasa sunat 9 Zulhijjah antara yang sangat utama. Just Do It, dengan penuh ikhlas dengan harapan ada nilaian nya di sisi Allah. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

@@@

Wednesday, October 09, 2013

The Red Warriors 2013

Gomo Kelate Gomo !!
Juara Bertahan Piala Malaysia

Pasukan bolasepak Kelantan terus gah di pesada bolasepak negara. Era kebangkitan Kelantan mula terserlah bermula di musim 2009. Sebelum itu pasukan bolasepak Kelantan memang tidak banyak mengecap kejayaan walaupun dibarisi oleh pemain2 hebat dan berbakat setiap tahun. Kelantan  sering menjuarai Piala Emas Raja-Raja dan Piala Presiden dan ini menunjukkan Kelantan tidak kering daripada kelompok pemain2 yang berbakat hebat. 


Namun di peringkat pertandingan yang lebih besar Kelantan terus-terusan gagal mengecapi kejayaan sebenar. Ada saja sentuhan kecundang yang berlaku di tengah jalan atau masalah sampingan atau dalaman yang mengheret mereka keluar daripada arus perdana bolasepak negara terutamanya soal pengurusan, masalah gaji dan disiplin pemain. 

Kelantan menjadi pasukan yang digeruni dan punyai puluhan ribu peminat fanatik yang sangat setia tapi tetap gagal menjadi kuasa besar bolasepak negara saban tahun. Penduduk Kelantan terutamanya anak muda melihat bolasepak sebagai sukan paling popular dan sumber hiburan dan kebanggaan negeri yang bisa menaikkan semangat dan maruah rakyat Kelantan. Mereka sanggup bergolok bergadai atau menitiskan darah kerana maruah. Saya sendiri di era 80'an dan awal 90'an jarang miss menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Mohd ke-IV dan sering naik bas dari KB ke Stadium Merdeka bersama kawan2 untuk  menyaksikan perlawanan Kelantan menentang Selangor.

Nama-nama tersohor yang besar jasa mereka dan pernah meniti di bibir para peminat serta menjadi kebangaan rakyat Kelantan ialah seperti  Dali Omar, Kamaruddin Md Noor, Anizan Daud, Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail, Zami Md Noor, Halim Napi, Halim Ramli, Wan Kamaruzaman, Boonpot Paraphot, dan Warrawoot Srimaka.

Pasukan Kelantan ini tidak pernah sunyi daripada mendapat sokongan padu para peminat yang setia yang begitu bersemangat menyokong mereka. Penyokong Kelantan memang berakal umbi sudah lama maka tidak peliklah jika kumpulan penyokong Kelantan merupakan antara yang paling besar dan terulung masakini yang tidak jemu memenuhi setaip ruangan stadium home and away pada perlawanan yang melibatkan Kelantan.

Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila TS Annuar Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010. Pasukan bolasepak Kelantan mula di gelar The Red Warriors (TRW). Era perubahan TRW mula menjadi kenyataan. Pada musim 2007/08 itu Kelantan berjaya menduduki tempat ke-3 Liga Perdana. 

TS mungkin berjaya menerapkan sistem pengurusan yang lebih perofesional berteraskan model pasukan di EPL dan berjaya pula meningkatkan sumber kewangan sumbangan para penaja. Kini brand TRW sudah boleh dijual dengan laris dan menjadi kebangaan sebagai suatu yang berkualiti. Saya dapat lihat para peminat TRW begitu bangga memakai jersey rasmi TRW seumpama peminat Chelsea atau Liverpool bangga memakai jersey pasukan mereka masing2. Kudos saya ucapkan kepada TS Annnuar Musa dan tepat sekali TS mendapat gelaran Bapa Pembangunan Bolasepak Kelantan.

Pada 2009 Kelantan mula digeruni kawan dan lawan bila bergelar Naib Juara kepada dua pertandingan berperestij negara iaitu Piala FA dan Piala Malaysia. Pasukan TRW bukan pasukan sebarangan lagi. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pada 2011, Kelantan mencipta sejarah memenangi Piala Sultan Hj Ahmad Shah buat kali pertama. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 5 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010 dan 2012.

Mungkin peningkatan Kelantan agak ketara pabila dibimbing juralatih Peter Butler dari England pada musim 2008/09. Selepas itu TRW di bimbing oleh B.Sathianatahn, M.Karathu, dan Butler sekali lagi. Bojan Hodak mula membimbing pasukan bermula musim 2012 dan telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya. Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Pada musim 2013, TRW sudah berjaya mengungguli Piala FA dengan mengalahkan JDT 1-0 di pentas final. Dan kini JDT turut menjadi mangsa kebangkitan TRW di pentas Piala Malaysia pabila di benam 1-6 di KB setelah JDT menang di JB 4-2. Kini ATM menanti TRW di Stadium Shah Alam pada 18 Okt nanti di peringkat semi final pertama. Melihat kepada prestasi semasa saya yakin TRW bisa menjinakkan ATM dan bakal beraksi di pentas final Piala Malaysia sekali lagi. Jangkaan saya lawan TRW di final Piala Malaysia ialah pasukan Sarawak.Sudah tentu satu pertembungan yang hangat. 

Dengan pemain hebat seperti Piya, Apex, Indra Putra, Obinna Nwaneri, Dickson Nwakaeme, Fakri Saarani, Daudsu, Nik Shahrul, Shakir dan Nor Farhan, saya yakin penuh pada TRW untuk sekali lagi muncul juara Piala Malaysia. Gomo Kelate Gomo !!

@@@

Tuesday, October 08, 2013

Sejarah SOT



Rupanya SOT sudah berada di alam siber melewati 8 tahun. Rasanya baru saja SOT bermula. Itu pun setelah ditunjuk ajar oleh seorang rakan se ofis iaitu Sdra Jamal perihal selok belok nak mewujudkan laman blog di platform blogger.com ini. 

Alhamdulillah sejarah SOT terus menongkah arus demi merekodkan isi hati, kreativiti eksperesi diri dan imaginasi minda yang cuba merangkumi perkongsian ilmu, coretan2 keluarga, nukilan sajak, panorama sukan, realiti politik, rehnah sosial, fakta sejarah hinggalah ke kisah2 santai penglipur lara. Ia adalah sekolah seorang perenung dan pemikir, luahan SOT untuk saudara sedunia.

Hingga saat ini sedar tak sedar sudah 548 posting telah berjaya SOT paparkan untuk tatapan umat ini di serata dunia. Harap hati ialah agar sebahagian besar posting SOT ini membawa sedikit sebanyak manfaat yang punyai nilaian di sisi Allah hingga membawa pulangan keuntungan bagi SOT bila berada di alam barzakh nanti.

Posting pertama SOT bertarikh 5/10/2005 yang merupakan sebuah sajak perihal bencana alam taufan Katrina dan Rita yang melanda USA tika itu yang saya cuba gambarkan akan kekuasaan Allah yang tiada bandingannya kalau nak di nisbahkan kepada kekuasaan manusia hatta sebuah kuasa besar dunia. Bermula dari sinilah mungkin arah tuju blog SOT untuk mengajak manusia mengenal Allah dan muhasabah diri kita yang penuh lemahnya.

Saya paparkan kembali sajak ini:

Katrina dan Rita

Nak Di Uji Negara Paling Perkasa 

Nak Di Perlihat Kepada Hamba Semua 
Yang Sangat Bangga Hebat Segala 
Cuba Lupa Allah Yang Maha Berkuasa 
Bala Allah Buat Polis Dunia Amarika
Memusnahkan Segala Dengan Deruan Katrina 
Sekelip Mata Musnah Segala 
Hilang Harta Hilang Ribuan Nyawa 
Di Susul Pula Rita Yang Manja
Sebuah Amarika Yang Gah Perkasa 
Di Sangka Gagah Tapi Lembik Rupanya 
Kelam Kabut Dan Haru Biru Semua 
Hebat Mereka Di Filem Cuma 
Gagah Mereka Pada Yang Lemah Cuma 
Pada Allah USA Itu Persis Sebutir Habuk Cuma 

Pada Kita Allah Maha Segala Nya.

School Of Tots
5 Sept 05.


*****

Pengunjung SOT tidaklah ramai tapi syukur Alhamdulillah kerana sudah mencecah jumlah 92,000 orang semuanya dengan purata pengunjung bulanan seramai 1,226 orang. Rekod pengunjung teramai ialah pada bulan Sept 2013 iaitu seramai 4,422 orang, di ikuti pengunjung bulan Jan 2013 seramai 4,237 orang dan bulan July 2011 seramai 3,924 orang. 

Pecahan pengunjung pula ialah 62,399 dari Malaysia, 11,669 dari USA, 3,044 dari Indon, 2,881 dari Rusia, 816 dari Singapore, 653 dari Germany, 520 dari Brunei, 466 dari South Korea, 378 dari UK dan 249 dari Latvia. 

Saya terkedu juga dan sangat surprise melihat kunjungan pelawat blog SOT dari negara luar terutamanya USA dan Eropah termasuklah juga dari Korea. Ini membuktikan sekali lagi bahawa wadah penyampaian melalui blog boleh mendapat capaian yang luas tanpa sempadan dan lebih bersifat kekal jika berbanding dengan platform penyampaian yang lain. Blog SOT In Sha Allah akan kekal sebagai saksi dan pusaka peninggalan saya dalam sejarah dunia hingga ke hari kiamat.

Profile SOT sudah di lihat oleh seramai 2,710 pengunjung. Dan sebanyak 1,002 comment sudah di rekodkan. Referring URLs yang terpopular ialah dari blog http://biaqpila.blogspot.com iaitu sebanyak 3,374 pengunjung. Diikuti tempat kedua oleh http://blogkarkun.blogspot.com iaitu sebanyak 2,073 capaian. Manakala refering sites terunggul pula ialah yang dari www.google.com.my iaitu sebanyak 20,233 capaian.

Jumlah followers pula sekadar 125 orang. Posting paling popular SOT bertajuk "Aku Seorang Karkun" dibaca oleh 3,055 orang. Kedua "Manusia Keturunan Nabi Adam" yang menerima kunjungan 875 orang. Ketiga ialah "Blog Karkun" dengan 725 pengunjung. Manakala tempat keempat jatuh kepada "Dunia Penuh Tipu Daya" dengan jumlah capaian 628.

Paparan dalam SOT juga telah berjaya menghasilkan sebuah buku karya sulong SOT bertajuk RAMADAN TERAKHIR yang di terbitkan oleh Galeri Ilmu pada bulan Jun tahun 2011. 

Harapan SOT ialah supaya Allah terus memberikan hidayah kepada SOT untuk mencintai majlis2 ilmu, mengamalkan segala ilmu itu, dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk umat. Seterusnya saya memohon supaya Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk Renung dan Fikir akan kebesaran dan kekuasaan Allah. 

Sesungguhnya segalanya ini milik Allah. Saya tidak ada apa-apa. Semoga Allah kurniakan saya kekuatan untuk terus berkarya dan berkreatif. Terima kasih daun keladi untuk seluruh peminat setia dan para pengunjung SOT. Jangan jemu untuk kembali berkunjung ke blog SOT ini. Jazakallah.

@@@

Friday, October 04, 2013

Mencerna Akal Di Pagi Jumaat

Alhamdulillah tiba kita kembali kepada hari Jumaat, penghulu segala hari. "Banyakkan selawat," pesan saya kepada isteri di muka pintu sebelum berlepas ke ofis pagi ini. Pemanduan pagi ini saya rasa terisi kerana dapat berbual dengan anak perempuan yang balik bermalam di rumah dan pagi ini saya menghantar baliknya ke UIA Gombak. Semalam saya dikhabarkan berita gembira oleh anak saya ini kerana telah ditawarkan tempat untuk menjalani kursus praktikalnya selama 6 bulan di salah sebuah organisasi korporat tersohor negara. Alhamdulillah. Sesungguhnya segala nikmat dan rezki itu kurniaan Allah belaka.

Saya bertanya perihal sebuah majlis wacana ilmu yang di hadirinya pada minggu lalu iaitu sebuah forum yang membicarakan bahaya fahaman syiah. Kenapa masih ramai orang di Malaysia ini yang terpengaruh dengan ajaran syiah ini? Rasa saya jawabannya jelas iaitu jika lah ajaran sesat Ayah Pin dan Rasul Melayu dulu pun bisa mengajak dan mempengaruhi  ramai orang termasuk kelompok 'intelek', maka apatah lagi ajaran sesat syiah ini yang lebih berstruktur dan penuh strategi halus itu. 

Amalan nikah mutaah umpamanya adalah satu tarikan yang hebat pada persepsi untuk menghalalkan yang haram iaitu amalan seks bebas. Begitu juga tafsiran tentang solat fardu yang sekadar 3 kali sahaja sehari semalam. Sudah tentu kelompok besar manusia yang memang pun jahil daripada ilmu agama yang benar akan bisa terpengaruh dan tunduk pada imaginasi akal tanpa berpandu sumber Al-Qur'an dan Hadith yang sahih. Ayat Al-Qur'an dan hadith terus di manipulasi ulama syiah demi memprioritikan kehendak nafsu dan akal dengan sokongan padu iblis dan syaitan yang memang tidak pernah jemu pun untuk menyesatkan aqidah manusia.

Sejarah sudah menunjukkan betapa agama kristian pun satu masa dulu begitu di manupulasi oleh manusia yang hanya memprioritikan kehendak nafsu dan akal hingga hanya mengambil apa yang sesuai dan meninggalkan apa yang mereka tidak selesa. Hinggalah kini apa yang luarbiasa dalam agama kristian suatu masa dulu itu sudah menjadi biasa dan menjadi amalan rutin mereka dalam masyarakat contohnya amalan sek luar nikah, minum arak dan makan babi. Justru pendinding utama untuk segala ajaran sesat ini ialah ilmu agama. Maka hadirlah ke majlis2 ilmu dan cintailah majlis2 ilmu, taman2 Syurga ini. InsyaAllah itu adalah jalan2 utama untuk mencapai redha Allah untuk ke Syurga-Nya.

Ibni Adam iaitu manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Manusia diberi akal dan nafsu berbeza dengan haiwan yang hanya diberi nafsu tanpa akal. Jangan pelik jika nafsu haiwan sangat hebat contohnya nafsu mengawannya dan nafsu makannya. Kalah manusia. Nafsu itu baik jika dipandu dengan akal dan iman. Dunia ini tempat kita bercucuk tanam. Akhirat nanti ialah tempat kita menikmati hasil tuaian daripada segala tanaman ini. 

Berfikir menggunakan akal kurniaan Allah adalah satu ibadah yang besar di sisi Allah. Mentadabbur Al-Qur'an itu adalah ibadah. Membaca Al-Qur'an dan merenungi terjemahan-Nya. Memahami isinya dan maksud ayat2 Allah itu. Gunakan akal ini untuk mengenali Allah. Jika akal itu dapat dikalahkan oleh nafsu maka manusia ini statusnya menjadi lebih teruk daripada haiwan.

Semasa memandu ke masjid untuk solat maghrib, kita lihat anjing2 dan kambing2 masih berkeliaran. Adakah kita kecewa? Tapi bila melihat anak2 muda, orang2 kita, masih relax bersembang, lepak2 atau berkepit atas motor tika itu, adakah kita kecewa? Sesiapa yang tidak menghiruakan laungan azan, di akhirat besok telinganya akan di curahi dengan cairan timah yang menggelegak panas. Apakah haiwan itu lebih baik daripada manusia? Sesiapa yang dapat memandu nafsu dengan akalnya maka dia boleh menjadi lebih baik daripada malaikat. Tu dia, hebat rupanya peranan akal kurniaan Allah ini ya. Jika sebaliknya akal dipandu oleh nafsu maka manusia boleh menjadi lebih teruk daripada binatang.

Allah mengajarkan ilmu kepada Nabi Adam hingga mendapat respek daripada para malaikat untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam.  Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang engkau tidak tahu. Iblis dengan egonya itu telah engkar kepada perintah Allah dan berjanji untuk tidak putus asa mencari fan club di kalangan manusia bagi menemaninya meramaikan penghuni Neraka.

Seorang guru agama di Serendah mendapati anak muridnya membawa CD lucah ke sekolah. Pabila di tanya anak ini menjawab CD itu ayahnya yang punya. Ramai budak2 rusak. Bapak2 budak pun lagi ramai yang rusak. Maksiat dipandang indah melainkan untuk orang2 yang ikhlas tunduk kepada perintah Allah. 

Pabila hendak membuat sesuatu amalan yang baik pun contohnya nak mengaji Al-Qur'an kita disuruh membaca. "Au'zubillah..." memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan yang dilaknat. Apatah lagi untuk membuat kerja2 lain. Lebih2 lagilah kita mohon perlindungan Allah daripada gangguan iblis dan syaitan ini. Mohon jauh daripada disesatkan mereka. Jangan bangga aku ini alim aku ini waraq kerana iblis dan syaitan tidak pernah jemu dalam tugasan mereka. Orang2 alim atau tokoh2 agama akan di goda oleh syaitan yang alim dan tinggi pula pangkat dan jawatan atau ranking mereka. Ramai yang sudah kecundang hatta ulama besar sekali pun. Mohon Allah jauhkan dari kecundang dalam sesat akibat usha syaitan ini dan mohon Allah beri kesudahan yang baik kepada kita, insyaAllah.

Syaitan itu lembik tiada kekuatan ke atas orang2 yang beriman yang sentiasa berserah diri dan tawaqqal kepada Allah. Orang yang kaya-raya, kuat tenaga, tinggi pangkat, banyak harta, hebat fisikal jika tidak beriman akan tetap menjadi mangsa syaitan. Jangan bergantung harap apapun kepada makhluk. Bergantung haraplah kepada Allah SWT. Ya Allah, bantulah aku menjadi hamba-Mu yang sentiasa mengingati-Mu, bersyukur dan sentiasa memperbaiki amalan ku.

Kalau dulu sakit telinga aku mendengar ceramah agama di corong2 speaker masjid, kini timbulkan keseronokan untuk aku mendengar setiap majlis ilmu agama ini. Kalau dulu aku malas untuk ke masjid, kini rajinkan aku untuk ke masjid. Wahai hati yang berbolak balik, ya Allah jadikan hatiku ini cinta pada agama Mu. Arahkan hatiku ini agar sentaisa taat dan mengingati Mu.

Mencerna akal di pagi Jumaat, semoga afiat ruh dan jasad. Afiat iaitu keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Afiat yang punyai 10 rupa iaitu 5 untuk dunia dan 5 untuk akhirat. Pertamanya ilmu agama untuk tidak tersesat dan tertipu oleh godaan dunia. Keduanya ibadah iaitu jadikan semua prilaku ini punyai nilaian sebagai ibadah di sisi Allah, ibadah 24jam setiap hari. Ketiganya halal iaitu mencari yang halal itu fardu, pastikan segala yang di makan di minum dibuat semuanya halal bukan haram atau syubahah. Keempat syukur iaitu sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat kurniaan-Nya ini. Kelima ialah sabar tika dilanda susah dan ujian. 

Keenam afiat untuk lembut tika sakratul maut untuk ditarik oleh malaikat maut memisahkan ruh daripada segala kelazatan hidup dunia. Ketujuh untuk tenang menjawab segala soalan munkar dan nakir di alam barzakh. Kelapan untuk relax dan selesa di huru hara Padang Mahsyar nanti. Kesembilan mohon afiat supaya segala amalan di terima Allah dan tidak menjadi sia-sia atau tiada nailaian di sisi Allah. Dan akhirnya dapat pula meniti titan sirat sepantas kilat. 

Ibni Adam, rajin2lah mencerna akal terutamanya di hari Jumaat yang mulia ini. Berbezalah dengan haiwan yang tiada akal itu walaupun dia sangat ingin mencernakannya.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...