CLICK n GO

Sunday, November 27, 2011

Hijratul Rasul

Sesuatu yang tiada asas akan hancur. Islam perlukan kuasa kerana tanpanya Islam akan terumbang-ambing. Kita mahukan Islam yang ada kuasa. Kalau Islam itu hanya setakat agama dakwah dan ibadah, maka cukuplah perjuangan Rasulullah di Mekah. Tidak perlu berpayah berhijrah meninggalkan tanah tumpah darah menuju Madinah.

Musuh sentiasa nak bunuh Islam. Mereka merancang dan Allah juga merancang maka rancangan Allah yang terbaik. Kemuncak penentangan mereka ialah di satu persidangan di Dar an-Nadwah untuk memikirkan langkah membunuh Rasulullah dengan memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah bagi mengepung rumah Rasulllah dan membunuh Baginda secara serentak.

Allah akan sentiasa memelihara Islam. Allah akan sentiasa menghantar manusia-manusia yang akan membela Islam. Rasulullah berjumpa dgn 72 orang dari Madinah di Mina yang mana setiap mereka berbai'ah untuk menolong dan menjaga Rasulullah apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Perjalanan Rasulullah ke Madinah yang melebihi 300km itu memakan masa 12 hari berjalan kaki. Hijratul Rasul bermula dengan Rasulullah keluar dari rumahnya dan bersembunyi selama 3 hari di Gua Thor bersama Abu Bakar. Jarak antara rumah nabi dengan Gua Thor itu lebihkurang 10km.

Islam sampai kepada kita bukan dengan bergolek tetapi hasil dari pengorbanan dan perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Islam sampai kepada kita hasil jerih payah dan usaha generasi terdahulu. Ali Bin Abi Talib sanggup mati kerana nabi. Baginda telah meminta Ali untuk tidur di tempatnya itu. Rasul SAW telah meninggalkan rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuhnya.

Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi penunjuk jalan ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis,1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda SAW. Anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Abdullah bin Abu Bakar pula bertindak sebagai spy akan menyampaikan apa-apa rancangan jahat terhadap Rasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada orang Quraisy.

Kenapa Madinah? Nabi telah berdakwah selama 13 tahun dan orang Madinah telah menerima dakwah Rasulullah, manakala orang Mekah tetap memusuhi Baginda. Orang Mekah tahu Nabi orang yang baik2 tapi tidak mahu menerima Islam yang dibawa kerana kepentingan dunia. Madinah dapat menerima Islam kerana pengkhabaran berita kelahiran Nabi telah mereka ketahui daripada ahli2 kitab mereka.

Madinah yang didiami ramai ahli2 kitab merupakan bumi yang subur untuk agama Islam. Islam adalah benih kualiti terbaik sangat bersesuaian dengan bumi yang subur untuk terus tumbuh subur menguasai seluruh pelusuk dunia.

Sedangkan Mekah ketika itu adalah pusat maksiat dan Islam tidak subur. Arak, judi, zina, bunuh terus berleluasa. Pemerintahnya menggalakkan program2 maksiat kerana bagi mereka lagi banyak maksiat lagi bagus kerana mereka akan dapat terus berkuasa. Imarah masjid disekat dari berkembang. Ibarat ulat taik yang hidup segar dan gemuk dalam timbunan taik. Pabila dipindahkan ke tempat bersih, kurus dan merana dia. Bagi hidup aktiviti masjid, dakwah dan kebajikan, maka akan tersiksalah penguasa zalim ibarat cacing kepanasan.

Apa hukum hijrah? Kisah lima orang Islam yang tidak ikut Rasulullah berhijrah ke Madinah sebaliknya menetap hidup di Mekah di bawah pemerintah kafir boleh dijadikan renungan bersama. Dalam peperangan Badar mereka dipaksa dengan akujanji untuk menyertai angkatan tentera Quraisy menentang tentera Islam. Hati kami bersama Rasulullah tetapi pedang kami bersama Abu Jahal. Kami golongan tertindas, kata mereka.

Bukankah bumi ini luas? Maka kesemua mereka dicampak ke neraka jahannam. Itulah balasannya kerana mengingkari dan memusuhi Nabi. Jika mereka turut berhijrah dulu maka mungkin mereka bisa selamat, sudah tentu nasib mereka tidak begitu.

Hukum hijrah menjadi wajib apabila:



  1. Bila duduk di negeri yang tidak boleh amalkan Islam. Contohnya tidak boleh menutup aurat, solat, berpuasa atau syiar Islam yg lain.



  2. Apabila berada di kawasan yang tiada ulamak, tok guru atau majlis2 ilmu sehingga menjadikan kamu jahil. Maka wajib kamu keluar menuntut ilmu. Tiada alasan kenapa mesti kekal dalam jahil.


  3. Seluruh umat Islam wajib hijrah jika dikuasai pemerintah yang tidak berhasrat untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Hijrah dengan menubuhkan kesatuan atau parti yang ingin menegakkan syiar dan pemerintahan Islam, pertubuhan politik dengan objektif nak menubuhkan negara yang melaksanakan hukum Allah.


  4. Wajib hijrah dalam kehidupan di alam ruh, masuk ke alam rahim, keluar ke alam dunia, menuju ke alam barzakh dan akhirnya hidup di alam akhirat yang kekal abadi. Mengikut satu kajian purata umur orang Malaysia ialah 72 tahun. Ibarat hidup di masa kecederaan, referee asyik dok tengok jam untuk tiup wisel penamat.





Mengambil iktibar dari peristiwa Hijratul Rasul 1433 tahun yang lalu, marilah kita siramkan hati dengan Al-Qur'an dan hadis supaya hidup kita yang sementara di dunia yang fana ini akan terus subur menjana iman dan taqwa dan membenci maksiat dan segala kemungkaran.

Tiga hari yang perlu direnungkan ialah kelmarin yang jika dipenuhi maksiat maka ia bukan hak kita tapi jika kelmarin dipenuhi dengan amal soleh maka ada hak kita di sana, insyaAllah.

Esok pula belum pasti boleh jumpa dan belum tentu hak kita. Doakan semoga kita ditemukan lagi dengan esok dan esok masih ada untuk kita, bukan tiada esok bagi mu.

Hari ini kita sendiri kena bantu diri sendiri hidup di bumi Allah memegang amanah Allah sebagai hamba-Nya sekaligus berperanan sebagai khalifah-Nya. Bantu diri sendiri untuk berubah sikap daripada mendekati maksiat kepada mengingati Allah.

Ubah sikap untuk rajin mengaji, cintai ilmu, dan berusaha menjadi manusia yang alim, yang faham agama. Hanya agama yang bisa menjadi asas kukuh untuk menjana semangat dan ruh Hijratul Rasul ke dalam jiwa ini.

@@@

Friday, November 25, 2011

Kembali Kepada Islam

Pada siri ceramah perdana bulanan yang berlangsung di syarikat majikan saya pada minggu lalu, Ust Shukri Muhammad bercerita bahawa satu rombongan sekolah yang melawat satu pameran di Penjara Pudu suatu masa dulu begitu gerun malah ada yg termuntah melihat gambar2 banduan yg di jatuhkan hukuman di sana. Apa tidaknya ada gambar daging punggung terlondeh selepas menjalani hukum sebat.

Maka Ust cuba hubung-kaitkan di sini betapa jika hukum hudud dilaksanakan yang hukumannya dijalankan dikhalayak ramai, maka sudah tentulah ini akan memberikan kegerunan kepada ahli masyarakat untuk melakukan jenayah. Dan memang terbukti oleh satu kajian yang menyatakan kadar jenayah setiap 4 minit di bandar Chicago menyamai dengan kadar jenayah 40 tahun di Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud. Menujukkan betapa hukum Allah itu sebagai satu instrumen pencegahan yang sangat ideal.


Manusia dapat dibentuk dengan dua cara iaitu seruan dakwah dan penguatkuasaan undang2. Sebab itu penting untuk Islam itu menjadi pemerintah bukan diperintah. Maka tidak boleh tidak politik menjadi sebahagaian dari Islam itu sendiri. Kembali kepada Islam memerlukan masyarakat untuk berubah, untuk berhijrah. Beberapa persoalan yang mesti dijawab ialah:
  1. Islam ikut zaman atau zaman ikut Islam?
  2. Islam ikut orang atau orang ikut Islam?
  3. Islam berkhidmat untuk kita atau kita berkhidmat untuk Islam?
  4. Islam menurut pemerintah atau pemerintah menurut Islam?
Seorang sahabat menangkap seorang pencuri dan mengadapkan kepada Rasulullah lengkap dengan dua orang saksi untuk dihakimi. Rasulullah menjatuhi hukuman potong tangan ke atas pencuri itu. Maka sahabat tadi agak terkejut dan simpati seraya menyatakan, "Ya Rasulullah, tidaklah aku menyangka sampai ke tahap hukuman potong tangan." Rasulullah SAW terus menegaskan ini bukan hukuman aku tapi hukuman Allah. Potong tangan ini hukum Allah dan tidak boleh ditangguh. Sekiranya Fatimah Zahraa Binti Muhammad yang dibuktikan mencuri, nescaya aku akan potong tangannya.

Maka kembali kepada Islam mestilah dengan cara Allah SWT, bukan dengan cara manusia. Kita dibentuk oleh Islam. Negara dibentuk oleh Islam. Bob Lokman dalam isu tangkapan oleh pihak JAIS dipetik sebagai berkata, "Masa aku jahat kau tak tangkap aku, tapi bila aku jadi baik, kau tangkap aku."  Anak2 muda yang membawa anak dara orang ke hulu ke hilir tidak di tangkap, malah tidak pula menjadi kesalahan. Bila anak2 muda mula berjinak dengan Islam, mula memakai kupiah dan berjubah maka penguasa mula bising. Bila orang nak balik kepada Islam, masyarakat jadi pening.

Yang kedua, untuk kembali kepada Islam kenalah berilmu. Ilmu boleh memandu manusia kepada Islam. Seorang tua di sebuah surau mengambil naskah Al-Qur'an untuk dibaca mengisi ruang menunggu masuknya waktu Isyak. Sambil bersandar di tiang, tiba2 datang seorang budak membawa rahal kepadanya. Terdetik dalam hatinya, "Ya Allah, eloknya peribadi budak ini. Alangkah bagusnya kalau anak aku pun baik seperti ini." Yang tidak terlintas dihatinya ialah betapa eloknya untuk mengaji Al-Qur'an tadi beralaskan rahal kalau nak bandingkan dengan hanya meletakkan Al-Qura'an itu dicelah2 pahanya. Yang tidak berlaku ialah hijrah untuk membuat sesuatu yang lebih baik. Yang dinampak orang lain sahaja. Yang tidak dinampak diri sendiri.

Maka sangat penting untuk kita cintakan majlis2 ilmu. Kerana majlis2 ilmu ini adalah ibarat taman2 syurga. Yang didatangi bukan sahaja oleh makhluk manusia tetapi oleh jin2 Islam dan para malaikat yang akan mendoakan keampunan dan kerahmatan untuk insan2 yg menghadiri majlis2 ilmu. Umur tidak menentukan samada seseorang itu berilmu atau tidak. Acap kali kita lihat orang2 yg sudah dewasa masih berborak ketika khutbah jumaat dibacakan, rancak berbual dan menghisap rokok di foyer masjid ketika azan berkumandang. Untuk kembali kepada Islam kena kembali kepada ilmu.

Usaha dakwah mestilah ditanggung oleh setiap individu Muslim. Tanggapan salah masyarakat ialah apabila meletakkan usaha dakwah ini kepada para ustaz dan tok guru semata-mata. Setiap manusia ini ialah hamba Allah sekaligus Khalifah Allah yang memegang amanah Allah di muka bumi ini. Semua kita punyai tanggung-jawab besar untuk menyampaikan mesej dakwah dan risalah Islam kepada umat manusia. Islam itu membawa cahaya kebenaran. Semua manusia berasal dari datuk nenek kita yang sama iaitu Adam dan Hawa menjadikan kita semua sedarah sedaging. Maka menjadi tugas kita untuk mengajak saudara sedarah sedaging kita yang lain untuk keluar dari kegelapan dan kesesatan dan masuk kepada cahaya Islam. Tiada beza antara kita melainkan taqwa kepada Allah.

Seorang Tok Imam disebuah taman perumahan menjalankan satu usaha dakwah. Dia mengedarkan template mengajak ahli khariah untuk menunaikan solat berjamaah di masjid bersama maklumat perihal kepentingan solat berjamaah dan perintah solat dalam Islam. Pak Imam selalunya mengajak anak lelakinya yang berumur 8 tahun untuk menjalankan tugas murni ini pada setiap hujung minggu. Pada suatu hari hujan agak lebat turun, jadi Pak Imam pun berhasrat membatalkan usaha pengedaran template pada hari itu. Anaknya bertanya, "Pak, kita tidak mengeadar risalahkah hari ini?" Pak Imam menjawab."Tidak nak, sebab hari hujan."

Anak tadi terus memberi cadangan agar dia sahaja yang mengedarkan risalah pada hari itu. Dia boleh membawa payung katanya. Pak Imam pun bersetuju dan membenarkan anaknya menjalankan tugas itu sambil memberi pesanan penaja supaya anaknya menjaga akhlak dan jangan menyakiti hati orang. Dia mengetuk setiap rumah seraya memberikan ucapan salam dan mengedarkan risalah di tangan. Sampai satu rumah, setelah diketuk dan memberi salam agak lama, keluarlah seorang makcik dengan wajah yang agak sugul. Mungkin tidak suka diganggu begitu. Namun dia tetap menerima risalah yang dihulurkan oleh budak itu. Budak itu tersenyum, "Assalamualaikum makcik, ternyata Allah kasihkan makcik."

Pada suatu hari usai solat zohor di masjid, Pak Imam didatangi oleh seseorang. Katanya Pak Imam, "Saya seorang Kristian. Beberapa hari lalu, saya berada dalam keadaan yang amat tertekan dan berhasrat untuk membunuh diri. Saya sudah mengantungkan tali di syiling rumah dan berdiri di atas bangku untuk menjerut leher saya. Kemudian saya diganggu oleh panggilan dan ketukan yang bertalu-talu di pintu rumah saya. Saya pun mengambil keputusan untuk membuka pintu. Saya diberikan sebuah senyuman oleh seorang budak yang menghulurkan sekeping kertas dan mengucapkan bahawa, Allah kasihkan makcik". Makcik ini bercerita dengan linangan airmata dan menyatakan bahawa budak ini telah menyelamatkan dia dan memberikan harapan dan kesedaran kepadanya untuk terus hidup. Dia menyatakan hajatnya untuk memeluk agama Islam di hadapan Pak Imam.

Bersyukurlah kita dengan nikmat Iman dan Islam. Bayangkan jika anda dilahirkan sebagai seorang hindu. Bilakah agaknya nak dapat Islam? Kita diangkat kemuliaan kerana Islam. Selain itu kamu akan dihina. Islam yang angkat kita bukan melayu yang angkat kita. Kembalilah kepada Islam.

Kembalilah kepada ilmu. Sikap masyarakat kena berubah kena berhijrah. Untuk kembali kepada Islam kena ada ilmu. Seorang ustaz dijadualkan untuk memberi tazkirah maghrib di sebuah surau. Kebetulan petang tu hujan lebat. Maka sesampainya di surau itu hanya ada seorang Pakcik tua. Tunggu punya tunggu tak ada jamaah lain yang hadir. Pakcik tu berkata," Nampaknya kita berdua sahajalah Ustaz orang kampung tak datang sebab hujan." Maka memandangkan waktu maghrib sudah lama masuk, maka Ustaz pun meminta Pakcik tadi untuk azan. Pakcik itu berkata dia tak gheti azan. Maka Ustaz pun azanlah. Lepas tu Ustaz mintak Pakcik supaya jadi imam, tapi itu menolaknya. Jadi Ustaz pun mintak di supaya iqamat. Sekali lagi Pakcik kata tak gheti. Dipendekkan cerita Ustaz pun iqamat. Kemudian Ustaz pun menjadi imam solat maghrib yang dimakmumkan oleh Pakcik tadi. Selepas solat Ustaz pun bertanya, "Nak ngajar apa ni?" Pakcik tadi pun dengan selamba rocknya menjawab, "Tak payah ceramah la hari ni Ustaz, saya pun dah tau semua."

Seorang ulama di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid apabila diminta oleh Khalifah untuk memberi sepotong nasihat berkata, "Wahai Amir, sesungguhnya dunia ini tidak ada nilainya melainkan segelas air sahaja." Khalifah pun kehairanan, "Bagaimanakah itu?"  Ulama itu pun menjelaskan pada satu masa dahulu ada seorang hartawan yang sesat di padang pasir. Beliau begitu keletihan dan sangat dahaga. Kemudian dia terjumpa seorang pengembara dan meminta segelas air untuk di minum dan menunjukkannya jalan untuk keluar ke pekan terdekat. Pengembara itu bersetuju tetapi dengan syarat hartawan tadi menyerahkan separuh dari hartanya. Hartawan tadi yang begitu kehausan tiada pilihan lagi melainkan bersetuju dengan syarat yang dikenakan itu.

Beberapa ketika kemudian setelah meneguk air itu hingga habis, dia terasa hendak kencing pula. Tetapi dia menghadapi masalah besar kerana dia tak dapat kencing, mungkin kerana ada masalah penyakit pundi2 kencing. Pengembara tadi menyedari masalah yang dihadapi oleh hartawan itu dan menawarkan penawar tetapi dengan syarat. Syaratnya ialah hartawan tadi menyerahkan baki hartanya yang separuh lagi tadi kepadanya. Hartawan tadi agak terdesak dan tiada pilihan lagi lalu bersetuju dengan syarat yang dikenakan. Maka setelah memakan penawar yang diberikan oleh pengembara tadi, dia pun berjaya membuang air kecil sekadar segelas air. Maka benarlah, "Sesungguhnya dunia ini tiada nilai melainkan sekadar segelas air sahaja."

Ketika mana kita begitu payah dan liat untuk kembali kepada Islam, maka tanyalah diri kenapa sebenarnya? Maka jawabannya ialah kita begitu sayang kepada dunia, begitu payah nak meninggalkan dunia, terlalu menjaga kepentingan dunia dan kebendaan. Sedangkan segala susah payah kita mencari harta dunia ini akan menjadi sia-sia sahaja kerana semuanya akan ditinggalkan. Apa yang akan dibawa meninggalkan dunia ini ialah amal ibadah kita. Penghujung kita ialah neraka atau syurga Allah, tiada pilihan lain. Maka kembalilah kepada Islam.

Sempena Hijratul Rasul ini yang akan jatuh pada hari esok, marilah kita berhijrah untuk menjadi manusia yang hebat yang kembali kepada Islam, cintai ilmu dan faham agama. Muslim yang bukan sekadar kaya dengan teori tetapi mestilah mengamalkan ilmu di dada untuk menyebar luas aqidah, shariah dan akhlak Islam. Jangan putus harap. Teruskan perjuangan !!

@@@

Tuesday, November 22, 2011

We Are The Champion



Yesterday is the past, today is the present, tomorrow is the future. Yesterday is history. And we make history yesterday. We beat Indon in their own ground infront of their own fans. That is history. We became The Champion of two SEA Games in the row. That is history. Other teams need to wait the long two years to try to beat us again. We are the champion of the champion in south east asia region. Forget Thailand. Forget Singapore. Forget Indon or Vietnam or Myanmar. Congratulation Badrol Bakhtiar and the Gang. Malaysia is The Champion. Eventhough Hj Najib never give away public holiday today, still the people feel proud around the nation and vote the champ to shine for years to come. I salute you guys!! You done us all proud. Harimau Muda looks good and nasty....yeeeeah.

@@@

Monday, November 21, 2011

Salam Maal Hijrah

InsyaAllah 6 hari lagi kita akan menyambut Maal Hijrah, tahun baru Islam iaitu tahun 1433H. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.



Berikut adalah nama bulan2 Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.


  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم) - Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

  2. Safar - Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

  3. Rabiulawal - Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

  4. Rabiulakhir - ﻴﻊﺜﺎﻧ Bulan kedua musim bunga.

  5. Jamadilawal - Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

  6. Jamadiakhir - Bulan kedua di musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

  7. Rejab - Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

  8. Syaaban - Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

  9. Ramadan - Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

  10. Syawal - Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

  11. Zulkaedah - Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

  12. Zulhijah - Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Majoriti umat Islam kini lebih mengingati bulan2 tahun masehi iaitu January hingga December, berbanding dengan bulan2 tahun Islam iaitu bermula dengan Muharram hinggalah ke bulan Zulhijah. Maka pada tahun baru 1433H ini marilah kita berhijrah untuk menggunakan dan mengingati bulan2 tahun Islam ini, serta tarikh2 penting dalam Islam. Cukuplah kita lalai dan tidak ambil peduli selama ini. Tahun Hijrah adalah tahun kita, umat Islam sekelian. Apa erti kita menganut Islam jika masih gagal menghayati Islam. Bermula dengan mengambil cakna bulan2 dan tahun Islam, insyaAllah.


@@@

Friday, November 18, 2011

Harimau Muda

Aku agak puas hati dan berbangga dengan persembahan pemain muda negara menentang pasukan Indonesia malam tadi. Permainan mereka boleh dikatakan agak tersusun dengan hantaran2 dan pergerakan berpasukan yang menjadi. Namun lone striker Izzaq Faris Ramlan harus lebih tajam di depan pintu gol mengintai peluang kerana aku tengok banyak kali beliau terlepas peluang menyudahkan umpanan2 cantek dari midfielder dan juga dari bahagian sayap. Sekurang-kurangnya dua peluang keemasan terlepas.

Apapun aku tabek spring kepada depa semua kerana berjaya menyerap 'kepanasan' suasana di stadium lawan. Mereka berjaya memberi tumpuan tidak berbelah bagi kepada perlawanan penting ini. Maruah Malaysia terbela manakala ego Indonesia tercalar.

Jurulatih Negara Kim Swee yang dipetik berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut. “Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.



Teruskan perjuangan anak muda. Pertemuan separuh akhir dengan naib juara Kumpulan B iaitu Myanmar memang dinantikan. Manakala Indonesia akibat kekalahan ini terpaksa menempuh laluan sukar untuk bertemu juara kumpulan B iaitu Vietnam yang juga merupakan naib juara di sukan SEA Laos dua tahun lalu. Indonesia mungkin terpaksa kempunan untuk bertemu Malaysia di Final nanti. Indonesia mungkin tersilap percaturan apabila merehatkan beberapa orang pemain utama mereka semasa bertemu Malaysia malam tadi, seperti penggempur berbisa Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.

Ong Kim Swee sebaliknya menurunkan kesebelasan terbaik dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.

Apa pun moving forward, Malaysia mesti terus fokus dalam peringkat separuh akhir menentang Myanmar pukul 5:00ptg esok. Sama-samalah kita menyaksikan siaran langsung Malaysia vs Myanmar sebelum kita menonton Chelsea vs Liverpool malam berikutnya.

All the best. You never walk alone. We love Champion. Show us the CHAMPION in you !!


@@@

YES - Malaysia tru to the FINAL !!



Malaysia 1 - Myanmar 0

And Indonesia is our opponent in the FINAL.

Indonesia 2 - Vietnam 0


Enjoy the game on Monday 8:00pm




It's Gonna Be An Explosive & Grand FINAL


Wednesday, November 16, 2011

Hidup Berkat

Saya ada mendengar ceramah Ust Azhar Idrus dalam salah satu videonya. Ustaz mengupas perihal siapa orang susah? Cuba angkat tangan. Boleh angkat? Cuba tarik nafas. Boleh tarik nafas? Cuba pandang sekeliling. Boleh nampak? Cuba dengar bunyi-bunyian di sekeliling. Boleh dengar? Cuba bangun. Cuba duduk. Cuba berjalan. Cuba makan. Cuba minum. Cuba bercakap. Boleh?

Kalau jawabnya boleh, maka anda bukan orang susah. Nak tahu siapa orang susah? Ada orang tak boleh makan walaupun duit banyak. Ada orang naik kerusi roda walaupun kat rumah ada 5 biji kereta. Ada orang tak boleh bangun, tak boleh berjalan, tak boleh duduk.

Kat hospital kita tengok ramai orang susah walaupun berpangkat Tan Sri atau berpangkat Datuk. Walaupun seorang bilionare atau seorang millionare. Kadang tu orang suap makan kot wayar. Sepatutnya dia orang senang sebab kaya raya. Rumah macam istana, isteri lawa, keluarga hebat-hebat, kereta mewah berderet, saham kat bursa KL melambak. Tapi yang peliknya hidup susah dia. Tak boleh makan nasi. Tak boleh minum air.

Berbeza pula dengan pakgad hospital. Orang nampak dia ni orang susah. Gaji pun tak seberapa. Tapi bila makan, dua pinggan rumun tak pernak tolak. Badan sihat walafiat. Saya rasa dia orang senang, bukan orang susah.

Ramai orang duit banyak tapi tak cukup-cukup. Ada orang duit sikit tapi Alhamdulillah cukup. Ada orang harta mewah tapi hati gundah. Ada orang harta tak seberapa tapi hidup selesa. Ada orang hidup susah walaupun wang berjuta. Dan ada pula orang senang walaupun hidup sederhana. Maka berkat sangat memainkan peranan. Ia kurniaan Allah buat semua orang yang hidup senang tadi, insyaAllah.

***

Ustaz Aqil Hayy pernah bergurindam seperti berikut pada suatu masa dulu. Saya paparkan di sini untuk manfaat semua..


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.


Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.


Tetapi awas, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, ketika itu manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.


Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda bulat. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat.

Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.


Maknanya ketika itu Iblis mula melompat. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat , Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

@@@

Friday, November 11, 2011

Fenomena Islamphobia

Apabila membaca posting terbaru Pena Maya perihal Islamphobia yg melanda dunia maka seruan untuk kita sebagai Muslim untuk melengkapkan diri dengan ilmu bagi menangkis propaganda ini amatlah penting. Kita tidak boleh berpeluk tubuh sedangkan Islam di hina dan di cerca. Setiap kita berperanan menjelaskan kebenaran. Islam is nothing but The Truth. Islamphobia is nothing but a false fake attack.

Bagaimana untuk mempertahankan Islam atau menjelaskan kebenaran jika diri sendiri tumpul dengan hujah kerana tiada pengisian ilmu? Maka bertindaklah hari ini. Usah tunggu lagi bagi mencari ilmu yang benar. Saranan saya ialah cintai majlis2 ilmu. Yang kedua rajin2lah tengok video para pendakwah yang banyak di youtube. Dan yang ketiga baca buku. Yang utama engage yourself pada wacana ilmu no matter what, where, when, why, who and how. Sangat elok kalau boleh luahkan ilmu yg ada dalam penulisan kretif atau penyampaian yang efektif.


Apabila semalam anak saya memberitahu bahawa dia ada assignment untuk buat presentation berkenaan topik 'Peranan Ekonomi Islam Dalam Dakwah' pada minggu hadapan, saya pun cuba membantu dan memaparkan poin2 berikut:

  1. Sebagai muslimah dan seorang scholar Economic, show akhlak and peribadi mulia. Itu sebahagian dari Dakwah.
  2. Keruntuhan ekonomi dunia terutamanya di Europe dan USA adalah kerana sistem riba. Allah telah mengharamkan riba sejak 1500 tahun yg lalu, maka apabila manusia gagal mematuhi perintah Allah ini maka kehancuran pasti berlaku. Dakwahkan tentang fakta ini.
  3. Ekonomi berlandaskan riba sangat bersifat 'unfair' dan penuh ciri2 penindasan yg sangat menjarakkan antara the poor and the rich. Sedangkan ekonomi Islam adalah dasarnya membawa keadilan kpd seluruh manusia. Dakwahkan tentang hakikat ini.

Minggu lalu saya melihat video dari The Deenshow yang membincangkan persoalan Islamphobia ini bersama Syaikh Khaleed Yaseen. Antara hujah yang saya dapat petik ialah seperti berikut:
  1. Tuduhan Anti Christ - Islam mengiktiraf Jesus sebagai Rasul Allah yg membawa agama Allah. Jesus anak Mary. Jesus bukan Kristian. Kristian dicipta oleh Constantin. Muslim cintakan Jesus Christ. Jesus Christ (Nabi Isa) disebut dlm Al-Qur'an lebih banyak daripada Nabi Muhammad. Islam cintakan Nabi Isa. Maka tuduhan bahawa Islam itu anti-Christ adalah salah.

  2. Terrorism - Bermula pada tahun 1948 apabila Palestin mula di jajah, dan apabila rakyat Palestin berjuang untuk membebaskan tanahair mereka, maka mereka telah digelar terrorism. Ini adalah label yg diberikan oleh penjajah bertujuan untuk menidakkan kewujudan dan hak mereka. Ia adalah propoganda untuk memburukkan Islam oleh penjajah yang merupakan terrorist yang sebenarnya.

  3. Islam and Muslim is not the same - Muslim yang ditindas mungkin bertindak menggunakan nama agama. Namun bomber Oklahoma seorang Kristian dan Hitler seorang Kristian, pembunuh di Norway baru2 ini juga seorang Kristian, tapi kita tidak memburukkan Kristian tetapi individu berkenaan. Maka sangat salah untuk melabelkan Islam sebagai terroris, sebagaimana juga salah untuk melabelkan Kristian sebagai teroris.

  4. Wanita di tindas - Beauty is in the eyes of beholder. Barat memandang kecantekan wanita mereka dengan berpakaian seksi. Tapi Islam berbeza dari pandangan barat. Maruah dan kecantekan wanita itu sangat berharga ibarat emas, dan mesti di sembunyikan. Mana ada barang berharga dibiarkan terdedah tanpa kawalan.

  5. Cara hidup Islam terkebelakang - hujan itu relevan untuk selamanya, maka begitulah Al-Qur'an. Ia kekal relevan untuk selamanya. Apa yang dihujahkan dlm Al-Qur'an akan sesuai untuk sepanjang zaman kerana kalam Allah, Pencipta manusia.

  6. Benefit sebagai pemeluk Islam - kalau dilihat ekonomi sebagai isu utama, Islam sangat kehadapan dengan mengharamkan riba (compunded interest) dlm sistem ekonomi. Islam boleh membebaskan manusia dari hutang. Cuma manusia cuba bertindak bijak mengikut akal. Akibatnya sistem ekonomi yang berdasarkan sistem riba kini runtuh contohnya di Greece dan USA.

Untuk yang baru berjinak dengan Islam - Baca Qur'an dan bacalah sirah Rasulullah. Peruntukkan 1 atau 2 jam. Dan percayalah hidup anda tidak akan menjadi sama lagi. Islam itu terlalu indah untuk di phobiakan. Ia hanya mangsa propoganda musuh2 Islam. The Truth akan terserlah jua.



@@@

Wednesday, November 09, 2011

Makanan Ruh

Antara makanan ruh yg berkhasiat ialah selawat 100x sehari, insyaAllah. Setiap selawat kita kepada Rasulullah SAW, Allah akan selawat 10x kepada kita. Jadi kalau kita istiqamah selawat 100x sehari maka insyaAllah 1000x Allah balas selawat kepada kita. Maknanya Allah kurnia 1000 rahmat-Nya kepada kita. Sihat ruh insyaAllah.

Semasa pulang dari masjid antara perbualan saya dalam kereta dengan anak sulong saya ialah perihal diri manusia ada dua unsur iaitu jasad dan ruh. Kita makan 3x sehari untuk kuatkan dan sihatkan jasad. Namun kita sering lupa untuk bagi makan kepada ruh. Akibatnya ruh kita lemah dan tidak sihat. Sebab itulah kita rasa kekosongan. 24 jam yang Allah bagi itu banyak di isi dgn tidur, facebook, sms dan membuang masa. Dah cukup tidur malah berlebih tidur tapi mengantuk lagi.

Percayalah jasad yg sihat sahaja tidak memadai. Ruh perlukan pengisian. Sebab itu kita tengok fenomena di barat umpamanya, ramai anak muda yang punyai segala kemewahan dunia kini tercari-cari substance untuk ruh yang kekosongan. Seumpama berada di puncak dunia kerana ada segala tapi tiada kepuasan hidup, atau tetap merasa kesepian dan kekosongan. Mereka mencari Tuhan. Dalam pencarian ini, ramai yang berjumpa dengan keindahan Islam. Hingga menjadikan Islam agama yang paling laris di barat.

Manusia yang kekal pada kekosongan tadi, ada yang berpaling kepada arak dan dadah yang akhirnya membunuh jasad. Atau ada yang membunuh diri, atau membunuh orang sekeliling sebelum membunuh diri sendiri. Nampak mewah atau serba cukup pada jasad. Rupanya kosong pada ruh.

Di Malaysia juga nampaknya fenomena para artis yg punyai glamer dunia berhijrah meninggalkan dunia glamer untuk mendapat cahaya agama juga semakin berleluasa. Segala keseronokan yg dikecapi selama ini rupanya penuh kepuraan. Jasad tampak hebat tapi ruh sakit. Maka penyelesaian agama menjadi jalan keluar. Iaitu selepas mendapat hidayah Allah.

Berbalik kepada kuliah maghrib oleh Ustaz Hakim tadi, katanya istiqamahlah kita dalam beramal supaya diri kita ini menjadi semakin dekat dengan Allah. Cubalah bangun bertahajjud di sepertiga malam. Cubalah sekali sebulan. Kemudian sekali seminggu. Kemudian dua kali seminggu. Hingga akhirnya kita dapat istiqamah setiap malam bangun mendirikan solat tahajjud dan bermunajat kepada Allah.

Begitu juga kita cuba amalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan. Benda yang kecil2 seperti minum sambil duduk. Mulai malam ini kalau nak minum air kat dapur tu, duduk baru minum. Tinggalkan minum sambil berdiri. Niat aku ikut Rasulullah. Rasulullah minum sambil duduk. Contoh lain, aku makan ayam sebab Rasulullah pernah makan ayam. Perlakuan yg mengikut perlakuan Rasulullah, InsyaAllah menjadi ibadah.

Ustaz sarankan supaya kita amalkan berselawat kepada Rasullullah SAW sebanyak 100x sehari. Tak susah sebenarnya. Boleh dilakukan sambil naik motor, sambil memandu atau sambil berjalan. Yang penting amalkan. InsyaAllah kalau kita mengharapkan syafaat Rasulullah SAW di akhirat besok maka paraktikkanlah kecintaan kita kepada Rasulullah dengan berselawat kepadanya dan mengikuti sunnahnya bermula dengan perkara yang sekecil mana pun.

Maka saya pun berpesan kepada anak saya tadi, "Bang, amalkan selawat 100x sehari. Nak tidur baca surah 4 Qul, ayat Qursi dan doa. Jangan tidur macam tidur lembu. Beri makan ruh dengan mengaji Qur'an. Barulah tidak rasa payah nak mendirikan solat fardu. Barulah ringan untuk bangun malam. Barulah senang untuk solat sunat."


Apabila ruh sudah segar dan sihat, maka tidaklah rasa hidup ini kosong. Tidaklah sibuk dengan facebook, sms, riadah, kelas akademik, periksa dan makwe atau pakwe semata. 24jam yang Allah anugerah itu akan jadi lebih bermakna. Akan timbul kemanisan iman. Akan rindu kepada masjid, akan cintakan ilmu, suka kepada majlis2 ilmu, suka membaca buku, bersegera untuk bersolat, bersegera untuk ke surau dan masjid apabila mendengar seruan azan.

Mata bukan sekadar untuk melihat tapi pandang dan fikir akan kebesaran Allah pada setiap ciptaan-Nya. Sihat walafiat jasad dan ruh, fisikal dan ruhani.

@@@

Saturday, November 05, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H


Alhamdulillah, kekenyangan betul. Apa taknya makan macam2 ada. Saya dan anak baru balik rumah. Tadi lepas isyak terus bertakbir raya rumah ke rumah. Bermula dengan kunjungan ke rumah Tuan Pengerusi surau. Kat situ makan mee goreng.

Kemudian jamaah berpecah kepada dua group. Group A dipimpin oleh Imam Hj Md Nor. Group B dipimpin oleh Ust Roslan. Saya dan anak ikut Group B. Ada 5 rumah yang akan
dikunjungi bagi setiap Group selepas keluar dari rumah Pengerusi Surau tadi. Rumah pertama ialah Hj Nawawi. Takbir solo oleh Hj Khairi. Doa dibacakan oleh Ust Roslan. Makan nasi dagang.

Rumah kedua ialah rumah Ust Roslan sendiri. Takbir solo oleh Sdra Asri. Kami dijamu bubur ubi. Rumah ketiga ialah Hj Azmi. Takbir solo oleh Ust Roslan. Makan satay dan martabat. Seterusnya rumah Hj Kalil. Takbir solo oleh Sd
ra Asri. Makan pulut kuning gulai daging dan mihun goreng.

Rumah terakhir ialah rumah Hj Said. Takbir solo oleh SOT. Jamuannya bermacam2 dari buah2an, koktel, jagung rebus, laksa penang, ketupat, rendang dan serunding. Kenyang betul. Target program tamat sebelum pukul 11 mlm menjadi nyata.

Besok raya. InsyaAllah di surau kami, solat raya bermula 8:30 pagi. Ibadah korban menyusul dengan 4 ekor lembu
korban. Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk seluruh umat Islam khasnya buat pengunjung laman SOT daripada SOT sekeluarga. Selamat berkorban untuk Islam.

*****


Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan Maha Agong
dan segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan Allah

Tiada yang kami sembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah



@@@

Wednesday, November 02, 2011

Fungsi Masjid Kita

Saya tertarik dengan topik yang utarakan di Laman Muhandis perihal protokol pengurusan Masjid dengan tajuk 'Pasal Tandas Pun Nak Kecoh...'

(Gambar Tandas Masjid Sultan Mizan, Putrajaya)

Di Zaman Rasulullah, Masjid berfungsi sebagai pusat masyarakat. Orang Islam atau bukan Islam tidak ada masalah untuk ke masjid dan menggunakan kemudahan masjid. Masjid menjadi tempat tumpuan bukan tempat asing.


Semoga kita kembali mengikuti sunnah Rasulullah dalam soal pengurusan masjid ini. Saya setuju sangat Masjid kena 'musafir friendly'. Untuk musafir tumpang tidur pun boleh sepatutnya.

Kalau masalah jenayah atau kecurian yg mahu dicegah, mungkin ruang utama masjid di kunci tapi bahagian anjung dan tandas usahlah dikunci. Apa yg nak dicuri di situ? Lagi satu, elok ditampal label warna merah darah, "AWAS Kalau Mencuri - Hukum Allah Potong Tangan" sebagai peringatan yang berniat baik untuk menyelamatkan bakal2 pencuri dari bakaran api neraka Allah.

Satu lagi soal kebersihan masjid, saya ingat dah sampai masa kita mengupah pekerja professional mungkin dengan gaji RM800-RM1,200 sebulan. Collection hari Jumaat pun purata dah RM12,000 sebulan. Tak termasuk collection tabung bergerak kuliah maghrib setiap malam. Dah kena maju ke depan kot, takleh nak harap tok siak je soal kebersihan masjid ni. Perasan tak kat ofis kita, tandas bersih giler. Rupanya cleaner tu cuci dua kali sehari beb, padanlah bersih.

Jadi Masjid pun kita cuci la dua kali sehari jugak, baru la bersih menciut-ciut, betul tak? Ni Tok Siak dok cuci sekali seminggu mana aci. Kalau upah cleaner professional (atau tok siak professional) ni make sure SOW complete termasuklah vacuum carpet, mop tiles, cuci tandas, cuci tingkap, susun kitab, lap mengelap, sapu dan buang sampah kawasan masjid. Amacam ada berani?

Sejadah2, telekung, dan kain sembahayang kat masjid tu pun kenalah hantar dobi sekali sebulan. Zaman bau hapak ni sepatutnya dah lama berlalu. Langsir2 tu pun boleh hantar dobi kot 3 bulan sekali. Kebersihan adalah perkara asas dalam Islam. Tunjukkan tauladan yang baik kepada umat sejagat dengan kebersihan Masjid.

Saya petik teks khutbah bersangkutan perkara ini bertarikh 16 Syawal 1421H :-

Apabila kita menyingkap sejarah perkembangan kegemilangan umat Islam khususnya di zaman baginda Rasulullah SAW , masjid merupakan pusat ibadat, muamalat, penyebaran Islam, pemerintahan dan pentadbiran.

Masjid juga menjadi pusat pembentukan keperibadian insan serta kegiatan yang dapat memberikan faedah serta mendatangkan manfaat kepada Islam dan penganutnya. Masjid merupakan lambang syiar Islam dan kedaulatan, ia merupakan pusat yang menghubungkan manusia sesama manusia dan hubungan manusia bersama penciptanya.

Rasulullah SAW mengambil langkah yang berkesan bagi meluaskan fungsi dan peranan masjid bagi mewujudkan perpaduan yang kukuh dikalangan umat Islam di Madinah dengan meletakkan dasar ketakwaan di dalam kehidupan mereka.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud :

‘Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa ( Masjid Kuba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang bersih’ .

*****

Beberapa lagi poin penting yang saya dapati dari blog BicaraMuslim untuk dikongsikan berkaitan topik ini :-

Sekiranya kita berjaya mengembalikan peranan dan fungsi masjid secara berkesan, cekap dan berkualiti pastinya masyarakat Islam dapat melihat dan mengecapi suasana kehidupan yang harmoni. Manakala perpaduan masyarakat dan pengembangan dakwah Islam secara menyeluruh bagi memperkasa dan memartabatkan umat berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. dapat dijayakan.

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud :

‘Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.'

Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat. Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:

  1. Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
  2. Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
  3. Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
  4. Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
  5. Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
  6. Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
  7. Tempat letaknya Baitulmal negara.
  8. Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
  9. Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.
  10. Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).


Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah:
  1. Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan.
  2. Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.
  3. Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid.

Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan. Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan. Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk:
  1. Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya.
  2. Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan.
  3. Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan.
  4. Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan
  5. Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam.

*****

Majlis2 ilmu yang berlangsung setiap malam di Masjid kita rekodkan dan 'upload' ke blog dan website untuk dikongsi dengan saudara kita yang lain di serata dunia contohnya capaian pelajar kita di Russia atau Jepun. Dengan itu mesej dakwah ini akan terus berkembang tanpa sempadan lagi di muka dunia Allah ini.

Sebagai konklusi, kita hendaklah maju ke depan dalam mengoptimumkan fungsi masjid dalam masyarakat setempat. Paparkan tauladan dan model Islam yang baik bermula dengan soal yang paling asas seperti kebersihan dan kemudahan tandas. Seterusnya mengembang luas kepada syiar dakwah dan penyampaian risalah Islam ke seluruh pelusuk negara. Lebih dari itu kita juga perlu punyai wawasan dalam era dunia tanpa sempadan untuk menjangkau seluruh umat ini dan menyampaikan nur Islam untuk menyuluh umat manusia pada cahaya kebenaran Islam.


@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...