CLICK n GO

Sunday, January 30, 2011

Nak Jadi Orang Alim?

Apa cita2 anda? Nak jadi orang alim.

Ada kita pernah dengar dialog seperti di atas? Yang selalu kita dengar nak jadi doktor, nak jadi usahawan, nak jadi cikgu. Sepatutnya kena jadi doktor yang alim, cikgu yang alim, usahawan yang alim, yang faham agama. Barulah hidup penuh barokah. Siapakah orang alim?

Saya petik dari halaqah.net tentang definasi orang alim ialah seperti berikut: Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya:"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.

Huraiannya:Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya
mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.

Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.


Apa yang terjadi dalam masyarakat ialah anak2 di nilai dari sudut berapa A dia dapat dalam UPSR, PMR dan SPM. Kelas tusyen untuk subjek English, Matematik, Sains melambak-lambak. Tapi nak cari kelas tusyen untuk Bahasa Arab, Tauhid, Feqah, Sirah, Al-Qur'an, Tasauf, Agama agak payah, kalau ada pun jarang2 atau kadang2. Mak bapak sanggup perabis beribu-ribu ringgit untuk kelas tusyen anak2 supaya dapat banyak A dalam periksa. Namun hakikatnya besok bila kerja, kalau gaji basic RM1,800 sebulan maka kalau 20A pun gaji basicnya RM1,800 jugak sebulan. Apa yang hebatnya?

Saya sekeluarga berpeluang mengikuti majlis di Surau Ros-2 malam tadi yang disampaikan oleh penceramah tersohor masakini iaitu Ustaz Haslin Bahrin. Ustaz memulakan ceramahnya dengan memuji imam muda yang mengimani solat maghrib seketika tadi. Katanya bacaannya sangat baik, suaranya sangat merdu dan jelas. Kata ustaz lagi jagalah dia kerana dia orang alim dalam bidangnya, elok bacaan Al Qur'an
nya. Dia sepatutnya menjadi imam di masjid2 besar bukannya di surau kampung begini. Kalau tuan2 tak jaga dia, saya akan syorkan kepada JAIS untuk mengambilnya menjadi imam di salah sebuah dari ratusan masjid2 besar di Selangor ini. Orang alim ini kena jaga, apa dia nak...bagi, jelas Ustaz lagi.

Ustaz menghuraikan kepentingan kita menjadi orang alim, kelompok terpilih yang Allah berikan kefahaman agama yang dengannya Allah akan kurniakan hidayahnya, insyaAllah. Jika Allah mengasihi seseorang maka Allah akan kurniakan kefahaman agama kepadanya. Ustaz menyeru para jemaah supaya menempatkan diri kita dalm kelompok orang alim yang faham agama ini iaitu sebagaimana terjemahan hadis di atas.
  1. Jadikan dirimu orang alim
  2. atau orang yang menuntut ilmu
  3. atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama
  4. atau orang yang mencintai 3 golongan tersebut (di atas)
  5. dan janganlah menjadi orang yang membenci mereka
  6. yang dengan sebabnya engkau akan binasa.
Sebagai ibubapa dan ahli masyarakat kita perbetulkan lah nilai yang sebenar, yang ada nilaiannya di sisi Allah bukan sekadar di sisi manusia semata. Baca Al-Qur'an dan fahami isi kandungannya. Jaga solat dan cintai majlis ilmu. Promosikan diri kita dan anak2 kita untuk menjadi orang alim, orang yang ada ilmu pengetahuan dan faham agama. Kerana tanpa agama kita umpama haiwan, hidup sekadar makan, minum, tidur, mengawan, berseronok. Tiada nilaian di sisi Allah.

Kalau sekadar dok mengejar A dalam peperiksaan akademik itu, maka itu tidak mencukupi.
Bukan untuk menidakkan kecemerlangan akademik tapi bercita-citalah untuk mengejar lebih dari itu iaitu menjadi manusia intelek yang faham tuntutan Allah, faham agama semoga dengannya hidayah Allah akan tiba dan hidup menjadi bahagia bukan sekadar di dunia yang sementara ini malah berpanjangan hingga kebahagiaan abadi di akhirat nanti. Usahlah di ikut jejak dan pegangan hidup manusia munafik dan golongan kufar kerana bagi mereka dunia inilah syurga mereka. Sebagai kesimpulannya marilah kita berazam untuk menjadi orang alim sebagaimana terjemahan hadis di atas.
  1. Menjadikan dirinya orang alim yang mengajar
  2. atau orang yang belajar
  3. atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama
  4. atau pun orang yang mencintai tiga golongan yang tersebut dengan mengikuti jejak langkahnya.

Ustaz mengakhiri kuliah maghrib dengan mengingati para jemaah dengan sebuah lagu puitis, "Hai Orang Muda, Jangan Ingat Mati Mu Tua. Hai Orang Tua, Jangan Ingat Tak Mati Langsung."

Sesungguhnya kematian kita hanya di depan sana. Bertaubatlah atas setiap kealpaan kita selama ini. Sesal dahulu pendapatan ses
al kemudian tiada berguna.

@@@

Wednesday, January 26, 2011

Muslimah First

When I read the Sun on the way to the office today, it's quite annoying to see on Page 4, "in Tenang state by election, the MCA claiming the reluctance of PAS candidate Normala Sudirman to shake hands with male constituents was a form of Islamic extremism."

Muslim Lawyers Association president Zainul Rijal Abu Bakar was quoted as saying, "Not shaking hands with persons of the opposite gender is a not a disability. On the contrary, it reflects strength of principal."

On Monday, BN deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin said the party did not want to exploit the issue. He said it was Normala's personal choice for reasons known only to her.

Nabi pernah bersabda, “Andaikata kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”.

What's the point Bro?

My point is when Islam say NO, then it is NO. When it say YES, then it is YES. As a muslim, Islam first no matter what. It will come a time what Islam want may contradict with what the munafik and the non-muslim wanted. No suprise here as it happens in front of our very own eyes everyday everywhere.

What differentiate us infront of GOD is Taqwa, fear of Allah, by abiding to Allah terms and conditions as spelled out in the Qur'an and Hadith.

Most of the time some of us are so ignorance to Allah Do and Dont's, and follow our brain and desire instead. The Hell Fire is forever ready for those.


















We shake on it. No TQ.


@@@

Sunday, January 23, 2011

Masa Depan


Orang tua-tua selalu berpesan, "belajar rajin-rajin nak, dapat masuk universiti, dapat kerja elok, cerah masa depan."

Mesej nya ialah kebendaan, kehidupan duniawi. Berjaya akademik jadi ukuran kejayaan anak-anak. Berjaya hidup mewah jadi ukuran kejayaan seseorang. Gah dengan bisnes yang berjaya, kereta mewah, rumah besar, isteri cantek, pangkat besar, anak-anak masuk universiti menjadi antara kayu ukuran masyarakat tentang definasi kejayaan. Tepatkah definasi ini? Sebenarnya kurang tepat benar tanggapan ini.

Hidup kita bukan sekadar di dunia ini. Tetapi melangkau atau "beyond" alam dunia. Kalau setakat alam dunia maka segalanya akan berakhir dengan detik kematian seseorang. Sekejap benar. Ramai yang mati di usia muda bawah umur 20an malah sebahagian besar mati di usia bayi lagi. Peringkat umur dewasa dari umur 20an hingga ke usia 60an juga merupakan peringkat usia yang sangat popular untuk menemui detik kematian. Kalau mengikut sunnah Rasulullah SAW kematian pada usia 63 tahun adalah yang paling afdal. Peringkat umur 70an ke atas adalah usia bonus yang Allah berikan.

Bagi umat akhir zaman ini. Usia bonus paling lama pun ialah mungkin setakat 120 tahun. Kebiasaannya warga emas di kira panjang usianya kalau mampu mencecah usia 80han ke atas. Makanya paling hebat pun manusia, setakat umur itulah saja hidupnya. Selepas nyawa sudah tiada, maka segala apa yang di definasikan sebagai "kejayaan" tadi akan di tinggalkan. Hanya kain kapan puteh yang akan reput dalam masa beberapa hari itu sajalah yang boleh di bawa ke liang lahad bersama mayat yang sudah terbujur layu.

Jangan tangguh buat kebaikan
Takut besok tiada kesempatan
Jangan berani buat dosa
Takut besok masuk neraka
Jangan ambil mudah soal dunia
Kerana ia penentu masa depan kita
Masa depan kita di akhirat sana
Cerahkah masa depan atau gelap gulita?

Bagi kita umat Islam, masa depan kita ialah kehidupan di Akhirat. Seseorang yang bijak ialah yang sentiasa mengambil berat dan berusaha kuat untuk mencapai masa depan yang gemilang. Seorang yang berjaya itu ialah yang sentiasa mengingati mati, memahami kemana perjalanan hidup selepas mati. Mengetahui dan menghayati "life-cycle" seorang insan bergelar manusia, Hamba Allah, yang juga Khalifah Allah ini. Bukan bermakna kita cukup hidup ala kadar atau hidup yang selekeh di dunia ini, bukan.

Cumanya jangan jadikan materialistik yang di anggap oleh majoriti manusia itu sebagai "kejayaan" itu sebagai objektif kita. Ia mungkin sebagai alat atau proses untuk menuju destinasi hakiki, bukan objektif utama. Ia bukan destinasi akhir. Ramai manusia yang mengejar kebendaan dan keseronokan dunia, apabila sudah mencapainya merasa puas tapi pada kadar sekejap cuma sebelum kembali merasa kosong dan tercari-cari kejayaan atau kepuasan yang lain. Ia bukan hanya berlaku pada masyarakat di Barat tetapi juga dalam masyarakat kita.

Kita ambil contoh para sahabat nabi yang kaya-raya seperti Usman bin Affan, Umar Al Khattab dan Abdul Rahman bin Auf. Apabila tidak menjadikan harta-benda itu sebagai objektif maka mereka sentiasa rela untuk infaq segala harta itu demi menegakkan agama Allah di muka dunia. Mereka golongan hartawan yang tidak sayang harta atau cinta dunia. Harta bukan objektif tetapi redha Allah yang di cari. Itulah objektif.

Syurga kaum munafik dan kafir ialah di dunia ini sebelum mereka di humban ke neraka di Akhirat nanti. Manakala Syurga seorang muslim ialah di akhirat dan kehidupan dunia mungkin "neraka".

Setiap hari kita bangkit dari tidur mendekatkan kita sehari lagi dengan detik kematian kita. Titik kematian itu ibarat satu papantanda di tepi jalan yang tertera, "Titik Kematian" si folan bin si folan. Dan kita dalam perjalanan di jalanan itu. Setiap saat dan detik berlalu akan mendekatkan kita pada papantanda kematian itu. Tiada jalan lain lagi. Kita terpaksa melalui "one way street" ini. Fahamilah keadaan ini. Usah lara lagi.

Saya begitu kagum dengan usaha dakwah yang dilakukan oleh para Da'ie dan Ulamak dalam menyampaikan mesej kebenaran kepada umat. Kalau kita rajin Google di internet atau search dalam You Tube maka kita akan berjumpa dengan site dan klip-klip video yang bermanafaat yang menonjolkan aktiviti-aktiviti dakwah ini yang mengajak manusia pada kebenaran dan meninggalkan kehidupan lara yang penuh kesesatan. Antaranya ialah:

  1. Islamic Research Foundation
  2. Watch Islam
  3. Peace TV
  4. The Deen Show
  5. Gain Peace

Masa depan yang gemilang terletak di tangan kita. Masa depan yang gemilang adalah apabila kita mendapat redha Allah yang dengan limpah dan rahmatnya melayakkan kita untuk dimasukkan ke dalam Syurga Allah untuk kebahagiaan hidup yang hakiki. Bukan kebahagiaan yang sebentar yang di salah anggap sebagai "kejayaan" yang dikejar di dunia fana ini.

Fikirkan Masa Depan untuk aku, keluarga aku, masyarakat aku, dan seluruh umat ini. Bermula dengan Aku. Suloh Diri. Masa depan? Smile in Heaven or Burn in Hell !!

@@@

Thursday, January 20, 2011

Nikmat Yang Hilang

Manusia di utus ke dunia sebagai Hamba Allah sekaligus sebagai Khalifah Allah. Kita punyai tanggung-jawab dan memegang amanah untuk membuat kebaikan membawa kemakmuran dan mencegah kemungkaran. Segala sesuatu yang kita miliki ini adalah pinjaman dari Allah kepada kita. Ia bukan milik kita tapi sekadar pinjaman. Allah bagi kita guna bagi kita nikmati. Maka adalah dituntut untuk kita menjaga amanah itu dengan sebaik mungkin.

Anak dan isteri yang kita ada ini bukan milik kita tetapi diberi pinjam oleh Allah. Menjadi tanggung-jawab kita untuk memberi kasih sayang, perlindungan, pendidikan, dsb. Kereta, rumah, kerja, kemewahan, semuanya nikmat yang di beri pinjam oleh Allah yang di sampaikan hajat kepada kita melalui pelbagai sunnah alam. Nikmat yang Allah bagi itu acap kali menjadikan kita lupa. Kita anggap semua itu milik mutlak kita hasil penat jerih kita berusaha dan bekerja.

Kita lihat pula anggota badan kita ini. Dari rambut, muka, mata, telinga, dada, perut, kaki, tangan, jari semuanya kurniaan Allah pada kita. Anggota dalaman pula umpamanya segala usus, salur darah, jantung, paru2, buah pinggang, tulang gemulang yang Allah ciptakan untuk kita gunakan. Cuba bayangkan kita tanpa salah satu anggota badan tadi?


Bukan sekali kita melihat seorang yang kaya menjadi papa, seorang yang berjaya dalam bisnes suatu ketika dulu kini merundum bisnesnya. Dulu punyai kerja bergaji RM10k sebulan tapi kini hidup kais pagi makan pagi. Seorang yang kematian anaknya. Seorang yang kematian suami atau isteri. Bukankah Allah mengambil balik apa yang dipinjamkannya?


Seorang yang miliki rumah tersergam indah, tiba2 suatu hari musnah kerana kebakaran. Sebuah bandar yang punyai 300,000 penduduk lesap di telan gelombang tsunami dalam beberapa minit. Bukankah Allah ingin mengingatkan umat sekelian bahawa kita ini sebenarnya tidak punya apa. Segala yang ada ini milik Nya. Dia bisa mengambilnya jika Dia mahu pada bila2 masa.


Dulu dia gagah perkasa tapi kini dia lumpuh dan terperuk di kerusi roda. Dulu dia muda remaja dan punya banyak tenaga tapi kini dia sudah tua dan kereput menunggu hari matinya. Dia dulu dapat melihat keindahan alam melalui sepasang mata bundarnya namun kini dia sudah rabun dan suatu hari mungkin terus buta akibat penyakit yang menimpanya. Pemuda itu kini kudung sebelah kakinya akibat kemalangan moto. Nikmat kesempurnaan anggota badan dan segala pancaindera ini rupanya milik Allah yang di beri pinjam untuk kita guna pakai. Jika Allah menghendakinya maka sekelip mata atau mungkin melalui sesuatu proses atau kejadian Allah boleh menarik balik nikmat itu.
Maka hargailah nikmat yang ada ini sebelum menjadi nikmat yang hilang.

Kalau dulu kita makan segala makanan kegemaran kita yang enak dan lazat, maka suatu hari nikmat makan itu Allah tarik balik. Semua makanan tidak boleh di makan lagi kecuali sedikit benar. Itulah nikmat yang hilang.


Kalau dulu Allah kurniakan nikmat kesihatan, maka suatu hari Allah timpakan dengan pelbagai penyakit sehinggakan nikmat kesihatan tadi semakin menjauhi, maka itu adalah nikmat yang hilang. Segala nikmat yang Allah bagi wajarlah di syukuri banyak-banyak.


Nikmat kebahagiaan hidup berkeluarga kalau tidak di fahami dan di syukuri maka tidak mustahil akan berakhir dengan kecelarun, porak-peranda, dan penceraian. Gejala sosial anak2 muda dan masalah kerusakan akhlak dan jiwa kacau adalah hasil dari proses keluarga, masyarakat dan pendidikan yang celaru. Amanah yang Allah kurniakan tidak dijaga dengan terbaik malah banyak pula pecah amanah. Maka ia mengundang nikmat yang hilang.


Pandanglah dan fikir, kemudian suloh diri. Insaf diri. Apabila memandang saudara kita yang buta mata di pimpin untuk melintas jalan, insaflah bahawa Allah memberi nikmat terhebat untuk kita iaitu sepasang mata. Apabila kita melihat saudara OKU kita yang tidak punya kaki, maka insaflah dan syukurlah kerana Allah dengan sifat pemurah-Nya telah meminjamkan sepasang kaki untuk kita gunakan ke sana ke mari. Bayangkan kalau Allah tarik balik kemudahan ini dan menjadi nikmat yang hilang?

Marilah kita sama2 fahami firman Allah:
  1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
  2. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
  3. Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
  4. Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
  5. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
  6. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
  7. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
  8. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
  9. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
  10. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
  11. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
  12. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
  13. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar Rahman: 1-13)

@@@

Wednesday, January 12, 2011

Yang Remeh dan Temeh

Kekadang tu kita dok sibuk dengan benda besar2 hingga tidak memberi perhatian kepada benda kecik2. Top 10 pada perhatian saya ialah seperti senarai berikut:-
  1. Bila menguap cover la dgn tangan.
  2. Potong la kuku.
  3. Tak yah cakap la time dok ngunyah nasi.
  4. Takyah la shake hand ngan bukan muhrim.
  5. Lepas guna toilet tu flush la ye.
  6. Bila nak makan tu baca la Bismillah.
  7. Bila dengar azan tu terus la pi solat.
  8. Rajin2 la beri salam.
  9. Tutup lampu jimat letrik.
  10. You need a hair cut.

Itu lah senarai saya. Not necessary in that order.

@@@

Saturday, January 01, 2011

Potensi Tahun 2011

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

Alhamdulillah kita sudah melangkah ke tahun baru masehi 2011. Maka mengikut hadis di atas sepatutnya kita sama2 menanam azam supaya tahun 2011 ini lebih baik daripada tahun 2010 atas segala perlakuan dan aktiviti kita, insyaAllah. Kita kena juahi dosa dan dekatkan diri dengan pahala, kita cari manafaat bukan mudharat, kita buat baik dan tinggalkan kejahatan. Setiap pagi kita melangkah keluar rumah dengan niat "Ya Allah, jadikan segala aktiviti ku hari ini sebagai ibadah kepada Mu."


Semasa berborak dengan anak sulong saya tadi, saya membawa tiga senerio sebagai pembuka kata.
  1. Muhammad Firdaus bin Samsuddin, seorang jaga di Masjid Wilayah - setiap hari di masjid itu ada majlis2 ilmu, solat berjemaah 5x sehari semalam, pengajian Al-Qur'an, panggilan azan dan pelbagai aktiviti keagamaan. Jaga ini kekal setia sebagai jaga selama 12 jam setiap hari dengan gaji RM1,100 sebulan, Alhamdulillah. Namun yang sedihnya dia tidak menyertai solat jemaah, tidak mengikuti majlis2 ilmu atau mendekati pelbagai aktiviti ibadah di sana. Dia hanya menjalankan tugasnya sebagai jaga walaupun sebahagian besar dia tidak jaga kerana sedap melayan tidur.
  2. Fatah bin Ali, juruwang di Bank CIMB - dia bergelumang dengan wang ringgit setiap hari melalui aktiviti perbankan, ada yang datang untuk mengeluarkan duit dan ramai yang datang untuk mendeposit duit dalam akaun masing2. Seorang apek tua berseluar pendek datang ke kaunternya setiap hari dengan wang kertas RM50 setebal 6 inci yang dikat dengan getah untuk di deposit ke dalam akuan semasanya. Hmmm...kira2 RM5,000 setiap hari hasil perniagaan beliau, maknanya dalam lingkungan RM150,000 pendapatan bulanan. Hebat bukan. Namun Fatah hanya memandang segala transaksi yang berlaku ini dengan mata fisikalnya semata. Dia kekal sebagai juruwang dengan gaji RM1,600 sebulan untuk sekian lama.
  3. Aminah bt Daud bekerja sebagai pustakawan - setiap hari dikelilingi timbunan buku. Setiap terbitan baru buku akan di hantar oleh pembekal untuk kegunaan di perpustakaan itu pada setiap bulan. Buku adalah gedung ilmu namun sayangnya Aminah tidak gemar membaca buku2 ini. Banyak masa terluang nya di gunakan untuk melayari internet melalui PC yang ada di situ, tapi sekadar menghabiskan banyak masa di laman Facebook semata. Sayang seribu kali sayang dia tidak gunakan segala kemudahan di sekelilingnya untuk mencintai ilmu, menggali ilmu untuk menjadi orang yang berilmu.
Apakah pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari kisah2 benar di atas? Saya meneruskan perbualan seorang bapa dengan anaknya yang kini menuntut di asasi sains UIA, apabila kita melakukan sesuatu rutin yang sama tapi mengharapkan keputusan yang berbeza maka sebenarnya kita kurang cerdik malah ada pepatah mengatakan "if you keep doing the same things and expecting different result then you are insane". Kita kena hijrah. Melakukan sesuatu yang lebih baik. Ubah cara lama yang memberi kegagalan kepada sesuatu gerak kerja baru yang lebih berdisiplin supaya keputusan yang terbaik akan tercapai. Ketiga2 kawan kita pada watak di atas telah melepaskan peluang yang ada di depan mata dengan terus menerus mebuat rutin kerja yang lapuk hingga tidak mampu menganjak diri ke tahap yang lebih mantap. Kalau mereka mahu dengan sedikit keinginan untuk berhijrah sudah tentu mereka kini bisa menjadi insan2 yang lebih berjaya dari segi ilmu dan kemahiran hidup, bukan sekadar redha dengan apa yang ada sahaja. Peluang yang Allah berikan terbentang di depan mata. Kenalah berfikir di luar kotak.

Pesan saya kepada anak (penuntut UIA) ini, suasana pembelajaran dan kemudahan ilmu sudah terbentang. Jangan sekadar belajar itu hanya fokus untuk lulus dalam peperiksaan semata. Cintai ilmu. Ilmu yang didapati adalah untuk pemantapan diri. Jangan jadi ibarat gelas yang nampak penuh isinya namun hakikat nya isi kosong. Jadilah gelas yang nampak kosong tapi penuh berisi air. Jadilah seorang mahasiswa yang berilmu. Maka cintailah ilmu. Hadirilah segala program yang berbentuk majlis ilmu. Singgahlah di perpustakaan untuk membaca bahan2 ilmu, buku2 dan akhbar. Layari internet untuk mencari bahan ilmu bukan menghabiskan masa berchating tanpa haluan. Search audio video di You Tube yang boleh meransang minda seperti video Ahmad Deedat dan Zakir Naik. Dan layari tips berguna dengan search keyword "How to..." kerana internet kini adalah gedung ilmu contohnya "How to play Rubic Cube". Ia juga adalah alat untuk kita gunakan untuk kebaikan atau kejahatan. Ibarat pisau yang boleh digunakan untuk memotong sayur atau melukakan anggota badan, pilihan terletak di tangan kita. Penuhi potensi ini.


Melangkah kita ke tahun baru 2011 ini adalah suatu milestone atau titik mula kepada hijrah kita. Ramai orang suka menanam azam baru. Bagi saya buatlah sesuatu yang mendatang kebaikan dan tinggalkan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan. Antaranya ialah mantapkan segala ibadah fardhu dan istiqamah dalam amalan2 sunat kita. Contoh kalau tahun lepas purata solat berjemaah kita hanya 3 kali sehari maka tahun ini tingkatkan menjadi 5 kali sehari semalam. Kalau dulu solatnya di penghujung waktu atau selalu melengah2kan solat maka tahun ini hijrahlah supaya medirikan solat di awal waktu 5 kali sehari. Tahun ini istiqamah untuk solat Dhuha misalnya atau solat sunat Qabliah dan Ba'diyah setiap kali berjemaah di masjid. Kalau dulu sedekah RM2 ke dalam tabung masjid maka tahun ini adakan peningkatan dengan bersedekah RM3 ke dalam tabung masjid setiap kali.
Walaupun kecil tapi ada peningkatan.

Semalam saya dan isteri sempat menghadirkan diri di masjid As-Salam pada bicara forum perdana bertajuk Perbandingan sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru. Realitinya masyarakat lebih cenderung untuk menyertai kemeriahan sambutan Tahun Baru. Malah pihak berkuasa sendiri begitu memberi sokongan kepada pelbagai program maksiat untuk menyambut detik 12 malam. Berbeza dengan sambutan Maal Hijrah yang ala kadar sahaja.


Kepunahan masyarakat terutamanya golongan belia adalah kerana mereka sudah tidak mengenal Tuhan. Kepincangan dalam sistem pendidikan negara yang meminggirkan pendidikan Agama adalah salah satu punca utamanya. Subjek Agama hanyalah matapelajaran alternatif bukan matapelajaran teras. Pengajian aqidah tidak ditekankan. Akibatnya ramai yang tidak kenal tuhan. Agama hanya pada nama. Tiada ruh dan penghayatan. Sedangkan Agamalah yang boleh memantau kehidupan yang bermakna. Agamalah yang mengajar halal dan haram. Agamalah yang memberitahu setiap perlakuan di muka bumi ini akan di ambil kira dan di hisab nanti yang hasilnya samada kita hidup bahagia di Syurga Allah atau terhumban ke Neraka-Nya.


Kesimpulannya tahun 2011 yang bermula hari ini penuh potensi untuk kita lalui. Buatlah pilihan yang boleh membina kekuatan aqidah, akhlak dan jatidiri. Kenal siapa kita dan kemana hala tuju kita? Mati itu pasti cuma kita tidak tahu bila? Selepas mati ada perhitungan amal. Setiap tiba tahun baru sebenarnya memendekkan lagi umur kita setahun lagi dan mendekatkan kita dengan detik kematian setahun lagi. Jadi sebelum mati, marilah pada tahun 2011 ini kita hijrah dari yang baik kepada yang lebih baik. Kumpulkan amal kebaikan semaksima mungkin sebagai bekal di hari perhitungan amal nanti. Semoga Allah limpahkan kita dengan rahmat-Nya, ampunkan segala dosa kita, dan membebaskan kita dari azab Neraka-Nya. Penuhi potensi ini. Amiin.


@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...