CLICK n GO

Sunday, July 18, 2010

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  1. Memperbanyakkan puasa sunat . Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
  2. Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
  3. Bertaubat. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Rujukan: Blog Dakwah

@@@

Sunday, July 11, 2010

FINAL World Cup

Yes finally the Final is here, at 2:30am today over Stadium Astro at my favorite Mamak Stall. Spain vs undefeated Holland. What a perfect match. The best of the best teams in World Cup 2010. They have beaten all the pretenders and 'good but not good enough' Teams through out the tournament. What a fresh encounter, as either team will be the brand new nation to lift the prestigious World Cup. Both team are new comers in the Final. For me, both team deserve to be there tonight because they have the best total football, with Spain slightly ahead in term of overall skill set. Hence I think Spain should be given the edge. My score, I wish for thrilling 3-2, just like the entertaining game between Uruguay and Germany for 3rd place last night.


Sneijder - the star of Holland


David Beckham is one of the most iconic athletes and decorated football players of all time and I put up here what he think of the Final tonight:


What a game it promises to be on Sunday, two of the greatest footballing nations never to have won the World Cup. Looking at all the teams in this World Cup, these two teams have been playing the most attractive football, which bodes well ahead of the Final.


Looking at Holland first, they've always been a great attacking team over the years with players like Cruyff and Van Basten. This current side is no different with match winners like Robben, Van Persie and Sneijder in the team. However, this time round they have been very solid in defence with every player working really hard for the team.


David Villa for Golden Boot


I expect the current European champions, Spain, to have plenty of possession. Xavi, Iniesta and Alonso are so important to the midfield and they retain possession and pick out passes with ease. I've also been impressed with their defence in this tournament but they have quality all over the pitch. David Villa will want to not only win the World Cup but the Golden Boot as well.


I expect it to be close and hope, for a few goals in this match. There promises to be lots of interesting duels all over the park, but I can't wait to see Sneijder up against Xavi, two of the world's best footballers. Sometimes though it's who you least expect that will come up with a winner.


It's shaping up to be a great match and it might be that little bit of luck that helps decide the eventual winner. I would like to see Spain win as I have many happy memories from living there and I know how important it would be for the country. I have many friends there who would love to bring home the trophy to Spain for the first time. My boys have also asked for Spain shirts to watch the Final so I know who they will be supporting.


For many years, they have underperformed in World Cups considering their level of talent but this team has the look of winners but it will be close.

@@@

----update----

So the history goes...Spain is the world champion. A tough match with plenty at stakes. At the end Iniesta's World Cup winner ensured Spain 1-0 victory over Holland.

Thursday, July 08, 2010

Israk Mikraj

Semalam di Masjid BS diadakan satu program Forum Perdana Israk Mikraj bersempena Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. pada 27 Rejab. Antara yang diperkatakan ialah kedatangan bulan Rejab dan Syaaban sebagai bulan latihan dan persediaan kita dalam pengukuhan akidah dan ibadah bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kita kenalah rajin bersolat tahjud dan solat2 sunat yang lain, bersedekah, mengaji Al-Qur'an, membuat kebajikan di bulan Rejab dan Syaaban supaya kita akan memperoleh kejayaan cemerlang sepanjang bulan Ramadhan yang di sana penuh keberkatan dan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Ibarat pasukan bola di musim World Cup, latihan intensif diadakan untuk mencapai hasil terbaik. Jadi bulan Rejab dan Syaaban adalah peringkat latihan intensif ini, supaya musim Ramadhan nanti persembahan dan performance terbaik akan insyaAllah dapat kita tonjolkan demi meraih kejayaan cemerlang di sisi Allah.

Berikut saya paparkan intipati Peristiwa Israk dan Mikraj untuk sama-sama kita ambil iktibar demi pemantapan akidah dan ibadah kita.


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  2. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
  3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
  4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
  5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  10. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
  • Allah S. W. T : Ya Muhammad.
  • Rasulullah : Labbaika.
  • Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
  • Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
  • Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Rujukan: http://fullfilth.blogspot.com

Wednesday, July 07, 2010

Perjalanan Manusia

Hidup kita ini ibarat sebuah perjalanan yang jauh yang destinasi akhirnya adalah samada Syurga atau Neraka. Maka sama-sama kita insaf akan liku-liku yang bakal kita tempuhi menuju destinasi akhir itu. Bermula dengan sebuah kematian yang memindahkan kita dari alam dunia ke alam kubur atau alam barzakh. Kita akan bersemadi lama di sana hinggalah malaikat Israfil meniup sangkakala, kali pertama mematikan seluruh makhluk di langit dan di bumi, kemudian tiupan kedua yang menghidupkan semula makhluk dan berkumpul di padang Mahsyar selama 50,000 tahun.

Di sini kita akan melalui Al-Hanshar iaitu manusia dikumpulkan, proses mendapat Syafaat, Penyerahan Kitab amalan, proses Hisab, Timbangan Al-Mizan, Telaga Al-Haudh, Ujian Keimanan Manusia, melalui Titian As-Sirat yang dibawahnya bakaran api Neraka, Al-Qanthorah, dan Syurga Allah.

Hidup di dunia sekadar persinggahan yang sangat sementara sedangkan kehidupan akhiratlah yang kekal abadi. Sehari (24jam) di akhirat itu bersamaan dengan 1,000 tahun kehidupan di dunia. Kalau di congakkan maka jika kita dipanjangkan usia dapat hidup hingga 100 tahun di dunia ini, sebenarnya bersamaan dengan hidup 15min sahaja di Akhirat itu. Kita telah ditipu oleh hiburan dan hiasan dunia sehingga kita lupa destinasi asal kita, iaitu Syurga Allah. Bukankah Datuk kita Nabi Adam dan Hawa asalnya dari Syurga?

Justru marilah kita perbetulkan nawaitu hidup kita untuk mencari redha Allah, supaya kita dapat balik ke tempat asal kita iaitu di Syurga. Marilah kita perbetulkan segala kesilapan dan kelekaan kita untuk melakukan yang terbaik iaitu menterjemahkan segala perlakuan kita ini menjadi sesuatu yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Marilah kita 24 jam sehari semalam beribadah kepada Allah SWT. Kerana tidak dijadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Nya. Jadikanlah kerja kita sebagai ibadah. Tuturkata kita sebagai ibadah. Makan minum kita sebagai ibadah. Tidur bangun sebagai ibadah.

InsyaAllah, semoga kita mendapat redha Allah SWT, yang melayakkan kita kembali ke tempat asal kita iaitu di Syurga Allah.

1. Alam Dunia


“Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat”. (Surah At-Taubah:38)


2. Alam Kubur


Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap..” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari)


3. Tiupan Sangkakala


“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing).” (Surah Az-Zumar:68)


4. Dihidupkan Semula


Sabda Rasulullah SAW: “Dibangkitkan setiap hamba (manusia) mengikut sebab kematian masing-masing”. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)


5. Al-Hanshar (Manusia Dikumpulkan)


“Pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan langit-langit begitu juga, dan mereka datang di hadapan Allah yang Maha Perkasa.” (Surah Ibrahim:48)


6. Syafa’at


“Dan tidak memberi syafaat itu melainkan daripada orang yang diredhai sahaja”. (Surah Al-Anbiya’:28)


7. Penyerahan Kitab


“Dan siapa yang diberikan kepadanya kitab di sebelah tangan kanannya maka dia akan dihisab dengan mudah dan dia akan kembali kepada kaum keluarganya dengan keadaan gembira.” (Surah Al-Insyiqaq:7-12)


8. Hisab


“Sesungguhnya kepada Kami mereka kembali. Kemudian itu urusan Kami memeriksa mereka”. (Surah Al-Ghasyiah:25-26)


9. Timbangan Al-Mizan


“Dan pada hari Kiamat kami letakkan timbangan yang betul sehinggakan satu diri pun tidak akan rugi walau sedikit sekali pun.” (Surah Al-Anbiya’:47)


10. Telaga (Al-Haudh)


Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya pada tiap-tiap nabi ada telaga dan mereka berharap siapa paling banyak pengikut yang meminumnya.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi)


11. Ujian Keimanan Manusia


“Dihari dibukakan betis dan diarahkan sujud tetapi mereka tidak mampu.” (Surah Al-Qalam:42)


“Pada hari ketika orang-orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang yang beriman, tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu…” (Surah AL-Hadiid:13)


12. Titian As-Sirat di Atas Neraka


“Sesungguhnya tiada seorang pun di antara kamu yang tidak melaluinya…” (Surah Maryam:71)


13. Al-Qanthorah (Tempat Memebalas Hukuman)


Dari Abi Sa’ed al-Khudri telah berkata Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila orang-orang mukmin terselamat dari neraka maka mereka ditahan di satu tempat namanya Al-Qanthorah di antara syurga dan neraka. Maka diqisas (dibalas sebagaimana diperlakukan di dunia seperti tumbuk balas tumbuk) diantara mereka beberapa kezaliman sewaktu di dunia. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari)


14. Syurga


“Dan adapun orang-orang yang diselamatkan, tempatnya di dalam syurga, mereka tetap disitu selama ada langit dan bumi, melainkan menurut kehendak Tuhanmu. Pemberian yang tiada putus-putusnya.” (Surah Hud:108)


@@@

Sunday, July 04, 2010

Europe Rocks


Except for Uruguay to spoil the party, teams from Europe still conquer the World Cup 2010. Three out of four teams advance to semifinal stage are from Europe, nonsense about Latin America domination. Spain the last team to qualify. David Villa has scored in 83rd minute his 43th international goal, one goal shy of Raul's 44, Spain's all time record. He is also the first Spaniard to score in four consecutive FIFA World Cup matches. Good bye Paraguay. @@@

Argentina Hampas

Meluat betul aku tengok bola malam ni. Argentina memang takde klas langsung. Kena bantai sampai 4-0. Meluat betul aku. Indah khabar dari rupa. Messi really messy, main macam budak sekolah. Germany memang the ultimate lean machine, fast and furious. Tekangkang terus defense Argentina yang memang lembab tu. Forward Germany memang laju giler, sebijik macam depa bully England hari tu. Oooo memalukan Argentina ni. Ok lah aku tido dulu, Karang nak bangun tengok Spain vs Paraguay lak.

@@@

Saturday, July 03, 2010

Dreams Over For Brazil & Ghana

Kaka in despair - unbelievable !!


Brazil after seeing them in action last night at Kedai Mamak 42" Plasma TV, for me are "over confident" with all those fancy foot works in the first half. They manage to lead by 1-0 by half time. But the no-nonsense Holland keep focusing on the main issue, the result. And they got what they want, at the end its 2-1 in their favor, Brazil once again packing home with nothing to show.

Dunga the Brazil coach said "There's no doubt we're all down because, even though we knew this would be a very tough game, we weren't expecting this. After the interval we weren't able to play with the same style or level of concentration as we had in the first half. A World Cup match is decided by small details over the course of 90 minutes and unfortunately we fell short of our primary objective, the title. But the most important thing was to revive the spirit of the national team and if anybody were to go into the dressing room now and see the players' faces they'd realise we've done that."

Robinho one of the better performer last night said in frustration, "I can't explain it. We were excellent in the first half but conceded two silly goals in the second and got knocked out. Anyone who saw the first half would have thought we'd end up thrashing them but we ended up conceding twice. Everyone's gutted and we know we could have done better. Football's a great source of joy but today, unfortunately, the people of Brazil are sad."


A.Gyan of Ghana missed the extra-time penalty
very sad indeed but they stand tall in the eyes of the world.


Ghana missed the best chance in the world to be in the semi final. They play a very attractive and competitive game with the last minute penalty awarded to them in extra time to settle the score. But they missed the boat.


Milovan Rajevac the coach of Ghana has hailed his players after their dramatic defeat by Uruguay on penalties in their 2010 FIFA World Cup South Africa™ quarter-final.


With the scores at 1-1 in the last moments of extra time, Dominic Adiyiah's header was stopped on the goal-line by the hand of La Celeste forward Luiz Suarez, who was consequently sent off. However, Asamoah Gyan missed the resulting spot-kick before the Black Stars lost 4-2 in the shoot-out.


"I'm very proud. We managed to achieve a great result and the whole of Africa supported us. We didn't deserve to lose in such a way and it's difficult to talk about it at the moment. We had bad luck that's all I can say."


So that is it. Dreams over for Brazil & Ghana.

@@@

Friday, July 02, 2010

OKB


"Islam inginkan kita kaya", jelas Ustaz Fauzi pada ceramah perdana di ofis tempoh hari. "Lihatlah tuntutan Solat, Puasa, Zakat, dan Haji, semuanya memerlukan kita kaya dan bukan papa kedana." Uztaz Haslim pula mencelah, katanya "bukankah kalau kita kaya memudahkan kita untuk bersedekah, contohnya kita beli tanah tiga ekar dan infaqkan untuk di buat masjid, atau kita bina sebuah asrama untuk anak2 yatim, atau kita bagi biasiswa untuk anak jiran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di Arab Saudi, atau kita sponsor waris kita untuk mengerjakan ibadah haji." Apa yang dapat menghalang kita berbuat kebajikan dengan harta kekayaan itu?

Maka yang membezakan orang kaya dengan orang kaya yang lain di sisi Allah ialah ketakwaannya. Maka afdal sangatlah kalau kita menjadi Orang Kaya Bertakwa (OKB).

Definasi zuhud sebagai meninggalkan dunia dan membuang harta sudah salah. Apa yang penting ialah zuhud dari perkara2 haram iaitu mengasingkan diri dari perkara2 haram seperti judi, rasuah, maksiat, dan penyakit2 hati. Maka zuhud mengajak kita sebenarnya untuk kaya tapi rajin beribadah, beribadah 24 jam sehari semalam. Kerana hampir2 kemiskinan itu membawa kepada kekufuran. Aku berlindung dengan Mu dari kekufuran dan kefakiran. Kita lihat isteri Rasulullah SAW, Khatijah adalah seorang yang kaya raya, cantek dan berakhlak mulia yang zuhud dan penuh ketakwaan, yang banyak membantu dan berkorban untuk perjuangan Rasulullah menegakkan agama Allah.

Semua orang ada harta bahkah ramai yang gila harta. Namun aset yang paling penting adalah agama, akhlak, jiwa dan akal. Harta dalam Islam bersifat progresif dan tidak boleh beku tidak berkembang. Justru infaq harta ke jalan Allah adalah sangat dituntut bagi kebaikan ummah. Pemilik harta di tegah bersifat bakhil. Harta yang kita miliki itu mengandungi hak orang fakir dan miskin dalam bentuk zakat dan sedekah. Semua orang ada harta tapi harta bukanlah rezkinya, ia bisa menjadi rezki orang lain. Rezki seseorang itu hanyalah apa yang di makannya, diminumnya, dipakainya, dinafkahkannya, dan rasakannya. Yang sudah maklum sangatlah terhad.

Seorang jutawan atau hartawan yang punyai harta berjuta-juta, dia tetap makan sepinggan nasi seperti orang lain juga, dia tetap pakai sehelai baju, naik sebuah kereta, atau tidur atas sebuah katil, atau minum segelas air juga. Dia tidak boleh pakai 10 helai baju misalnya, atau naik 10 buah kereta untuk ke sesuatu tempat, atau makan 10 pinggan nasi beryani pada sesuatu masa itu. Maknanya rezki nya hanyalah sangat terhad, walau pun dia orang kaya raya.
Kadang2 apa hendak di suap ke dalam mulut juga terjatuh dan tidak sampai ke dalam mulut kerana bukan rezki dia. Yang lebih sadis bila terpaksa makan roti kering dan air kosong saja setiap masa kerana ditimpa pelbagai penyakit kronik atau uzur melalui hari tua, sedangkan dia hartawan punyai harta berbillion ringgit.

Orang Kaya Bertakwa faham kedudukan hartanya yang sementara itu yang bukan rezkinya pun. Maka harta dia di dunia akan diguna pakai untuk mengembangkannya menjadi jariah bagi meraih keuntungan akhirat. Kerana dia gheti bahawa hidup di akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya. Akhirat itulah kebebasan dan tiada lagi kongkongan atau sekatan atau had. Akhirat itulah nikmat hakiki, kaya raya yang sebenar-benarnya. Dunia ini hanya hiburan dan tipu daya sahaja.

Bila mati kita hanya dibaluti sehelai kain kapan saja, walau di dunia gah dengan harta yang banyak dan mewah. Maka OKB zuhud dan patuh akan hakiki seorang hamba Allah. Dia mengerti mana realiti dan mana fantasi. Dia mengerti bahawa hidup 60 atua 70 tahun di dunia ini hanya sedetik sahaja kalau hendak di bandingkan dengan yang kekal abadi di Akhirat nanti. Maka dia sibukkan diri untuk menyiapkan diri bagi kehidupan akhirat, bukan menyibukkan diri dengan remeh-temeh tipu daya dunia. Hidup seorang OKB penuh dengan infaq dan kebajikan ke jalan Allah, sibuk menukar hakmilik harta dunia nya menjadi jariah akhirat. Syurga seorang OKB ialah di akhirat bukan di dunia yang fana ini.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...