CLICK n GO

Tuesday, September 29, 2009

Khalid Memburu Syahid


Alhamdulillah buku Khalid Memburu Syahid karya Abdul Latip Talib yang mula saya membeleknya semalam sempena cuti sakit ghout 2 hari telah dapat saya khatamkan hari ini. Buku ini sebenarnya isteri saya pinjam dari perpustakaan awam KKB semenjak tiga minggu lepas.

Buku ini di olah dalam genre novel sejarah islam sangat menarik dan mengundang penumpuan untuk segera menghabiskan bacaan hingga ke bab terakhir. Banyak tarikannya di situ.

Khalid bin Walid memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dlm perang Uhud pada tahun 3H. Dia kekal menentang Islam hingga tahun 6H. Setelah mendapat hidayah dan memeluk Islam beliau berhijrah ke Madinah untuk bersama Rasulullah SAW dan di lantik menjadi panglima perang dan di gelar Saifullah atau pahlawan Pedang Allah.

Abu Lahab berusaha mengagalkan rancangan Khalid ke Madinah dengan memujuk rayu beliau dengan pelbagai tawaran tetapi semuanya di tolak oleh Khalid. Akhirnya beliau menawarkan hadiah 20 ribu dinar kepada pemuda Quraisy yang sanggup menghalang pemergian Khalid. Yazid seorang pengembara dari Yaman telah menerima tawaran itu tetapi sebenarnya menipu Abu Lahab kerana beliau sebenarnya berhajat melindungi dan menemani Khalid dalam perjalanan ke Madinah dan seterusnya menjadi penolong kanan Khalid dan panglima perang yang hebat.

Khalid Al Walid tidak menemui syahid walaupun memburunya sepanjang hayat di lebih dari 100 peperangan yang disertainya termasuklah peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir, dan menawan Baitul Makdis.

"Saya bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai . Akhirnya saya mati di atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini." Khalid bin Walid merintih ketika di ziarahi sahabat-sahabatnya semasa dia jatuh sakit.

Abu Zanad yang turut melihat parut-parut luka di tubuh Khalid berkata, " Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh."

"Mengapa?" tanya Khalid dengan nada hampa. Matanya mempamerkan seribu harapan yang tidak kesampaian.

"Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan." Abu Zanad menjawab dengan lembut.

Khalid bin Walid terdiam mendengar kata-kata itu, namun wajahnya masih kelihatan sedih dan hiba. Pemergian Khalid di usia 58 tahun diratapi oleh umat Islam. Jasa besar dan pengorbanannya tersemat dalam hati dan sanubari mereka.

Buku ini banyak juga menyelitkan kisah tokoh-tokoh lain yang hidup dan berjuang di jalan Allah pada zaman Khalid Al Walid antaranya:
  • Harith bin Umair - sahabat karib Khalid yang ditugaskan oleh Rasulullah menghantar surat perutusan kepada Maharaja Rom. Dia di bunuh oleh Syurahbil bin Amru penguasa Basrah (yang dilantik oleh Penguasa Rom) selepas merampas dan membakar surat perutusan dari Rasulullah itu. Rasulullah kemudian menghantar 3,000 bala tentera di bawah pimpinan Zaid bin Harithah menuju ke Muktah untuk menuntut bela.
  • Pahlawan Tiga Serangkai - Tentera berjumlah 200,000 orang akan ditentang oleh 3,000 tentera Islam di Muktah. Rasulullah SAW seolah-olah mengetahui tiga panglima itu akan syahid ketika memerangi tentera Rom . Baginda memberi wasiat sebelum mereka berangkat, "Apabila Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abu Talib menjadi penggantinya dan apabila Jaafar gugur, Abdullah bin Rawahah pula menggantikannya." Di medan peperangan Abdullah bin Rawahah yang juga penyair, mengucapkan bait-bait puisinya, "Saya datang bagi mencapai syahid dan tidak pulang membawa kekalahan. Saya tercium bau yang wangi dan yakin pintu syurga sudah terbuka untuk saya." Setelah Pahlawan Tiga Serangkai syahid, Thabit bin Arqad yang berada berhampiran dengan Abdullah bin Rawahah segera menyelamatkan panji-panji Nabi Muhammad SAW dan menjulangnya sebagai tanda tentera Islam masih mampu menentang musuh walaupun ketuanya sudah tewas, dan beliau menyerahkan panji-panji itu kepada Khalid bin Walid . "Saudara lebih layak memegang panji Nabi Muhammad ini daripada saya," katanya.
  • Ikramah Abu Jahal - kawan karib Khalid sebelum Islam, dan mengetuai tentera Quraisy menentang tentera Islam pimpinan Khalid semasa penaklukan Mekah. Setelah memeluk Islam mengetuai tentera Islam memerangi pengikut nabi palsu Musailamah al-Kazab. Menjadi seorang panglima tentera Islam dalam peperangan dengan tentera Rom dengan mengetuai 400 tentera berani mati yang berjaya mengucar kacirkan tentera Rom. "Panglima Khalid! saya pernah memerangi Nabi Muhammad dan saya juga pernah memerangi tentera Islam. Sekarang saya mahu menebus kesilapan saya dengan memerangi tentera Rom pula," teriak Ikramah semasa Khalid cuba menenangkan Ikramah.
  • Zubair bin Awam - mengetuai salah satu dari empat kumpulan tentera Islam untuk penaklukan Kota Mekah.
  • Abu Ubaidah bin Jarah - mengetuai salah satu dari empat kumpulan tentera Islam untuk penaklukan Kota Mekah.
  • Adi bin Hatim - utusan Khalid bin Walid untuk memujuk pengikut nabi palsu Tulaihah al-Asadi supaya bertaubat. Juga menjadi perunding dengan ketua penduduk bandar Qaryat.
  • Tiga Pahlawan - Dalam peperangan dengan tentera Rom antara mereka yang cedera parah ialah Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisham, dan Ayas bin Abu Rabiah. Mereka adalah pahlawan berani mati yang berjaya mengucar-ngacirkan tentera Rom. Harith yang terbaring di sebalah Ikramah berasa haus lalu meminta air. Seorang petugas datang membawa bekas berisi air dgn menyerahkan kepada Khalid bin Walid bagi diberikan kepada Harith. Belum sempat dia meneguk air itu, Ayas yang terbaring di sebelahnya pula meminta air. Harith memberi isyarat supaya air diberikan kepada Ayas terlebih dahulu. Ketika Kahilid bin Walid mahu menuangkan air itu ke mulut Ayas, tiba-tiba Ikramah pula meminta air. Mendengar suara Ikramah, Ayas berkata, "Berikan air itu kepada Ikramah. Dia lebih memerlukan daripada saya." Khalid beralih kepada Ikramah. Belum sempat dia meminum air, Harith pula berkata, "Saya berasa dahaga. Masih adakah air untuk saya?" Ikramah tidak jadi meminumnya. "Berikan air itu kepada Harith," ujarnya. Apabila Khalid berpaling kepada Harith, dia sudah meninggal dunia. Kemudian diikuti oleh Ayas dan selang beberapa saat kemudian, Ikramah pula menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kisah tiga panglima Islam yang lebih mengutamakan sahabatnya daripada diri sendiri itu menaikkan semangat jihad tentera Islam untuk bertempur dengan tentera Rom pada keesokan harinya.
  • Amru bin As - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk bandar Ailah di teluk Aqabah dan Palestin yang berada di bawah jajahan kerajaan Rom.
  • Syahrabil bin Hasanah - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk kota Tbuk dan Jordan.
  • Yazid bin Abu Sufyan - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk Damsyik.
  • Abu Ubaidah bin Jarah - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk kota Homs, kota Antiookia dan utara Syria.
Ungkapan Khalid ketika berdepan pihak musuh ialah memberikan tiga pilihan demi untuk mengelakkan pertumpahan darah, "Kami memberi saudara tiga pilihan. Pertama, saudara memeluk Islam dan seterusnya dibebaskan. Kedua, membayar jizyah sekiranya enggan memeluk Islam dan ketiga, kita berperang sekiranya kedua-dua syarat enggan dipatuhi."

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pernah memberi wasiat perang, "Jangan berlaku khianat, jangan menipu, jangan bunuh lawan secara kejam, jangan bunuh anak-anak, lelaki yang lanjut usia, dan wanita. Jangan tebang pohon kurma ataupun pohon yang sedang berbuah, jangan lakukan pembakaran, jangan sembelih sapi, unta atau ternakan kecuali sekadar keperluan untuk dimakan dagingnya. Sekiranya bertemu dengan orang-orang yang sedang beribadat dalam biara atau gereja, biarkan mereka dan jangan ganggu mereka."

Islam bukannya tersebar melalui mata pedang. Hanya orang yang buta hatinya menilai Islam itu ganas dan bernadi dengan darah musuhnya. Khalifah Abu Bakar menceritakan, "Selepas kami berpindah ke Madinah, orang-orang Quraisy Mekah terus mengancam kami. Nabi Muhammad masih belum membenarkan kami berperang sehingga turun ayat al-Qur'an yang membenarkan kami memerangi mereka yang memusuhi kami. Ini menjelaskan kepada kita agama Islam bukan disebarkan secara kekerasan ataupun dengan mata pedang."

Buku ini berjaya mengupas siapa Khalid bin Walid dan perjuangannya menegakkan panji-panji Islam bersama panglima-panglima Islam yang lain dengan slogan kemenangan atau syahid di medan juang. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun." (riwayat Tarmizi)

@@@

Saturday, September 26, 2009

Open House Round One


Seperti di janjikan hari ni selamat berlangsung 'open house' untuk kawan2 anak kami Amir dan beberapa keluarga jiran dan kawan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tetamu kami mendapat layanan sewajarnya. Trademark 'open house' kami setiap tahun ialah segala hidangan adalah di masak oleh isteri saya. Tak pernah guna khidmat caterer. Segala resepi hidangan boleh di rujuk ke laman isteri saya iaitu FZ Menu.

Sekitar pukul 2 ptg tetamu pertama kami tiba iaitu jiran kami sebelah rumah Izam sekeluarga (6 orang). Saya pun mengambil kesempatan untuk join makan sekali. Maklumlah belum lunch lagi. Kemudian kawan anak kami tiba iaitu Nuuh bersama 4 orang rakannya. Seterusnya kawan saya Bakar dari Rawang bersama isteri dan tiga anaknya. En Din dari Jalan Semarak tiba bersama isterinya Kak Za dan empat anak lelaki mereka ( tiga anak perempuan tidak dapat ikut kerana tak muat kereta). Kemudian Hj Azman pengerusi persatuan penduduk di taman kami ini tiba dengan enam ahli keluarga mereka. Tidak lama kemudian Pn Midah dari Jalan Mawar bersama empat ahli keluarga tiba. Hj Mokhtar bersama isteri, anak dan menantunya, berserta tiga cucu mereka. Jadi rumah kami dah nampak agak 'crowded' tapi Alhamdulillah manageable. kami melayan mereka di ruang tamu sebelum mengajak mereka ke ruang makan.

Hidangan yang terletak di meja makan di ruang tengah dengan konsep 'self service' dan 'free seating' di nikmati para tetamu batch by batch. Saya menyediakan air sirap 'special' dan ais kosong di 'island' minuman. Anak2 sibuk menyediakan susunan pinggan, piring, gelas dan cawan secara 're-cycle', maksudnya kena basuh dan letak balik he he. Saya dan isteri pula bergilir-gilir melayan mereka samada di ruang 'living' atau di ruang belakang iaitu area dining. Untuk pengetahuan rumah kami ni 'open concept' di mana ruang belakang agak terbuka menghadap panorama bukit bukau. Para tetamu suka menikmati juadah di ruang belakang ini di belai angin sepoi2 bahasa.

Anak kami Amir tiba dari UIA bersama 15 orang kawannya dengan tiga biji kereta. Sebenarnya mereka ni berkawan semenjak zaman MRSM Kubang Pasu lagi dan ukhwah persahabatan itu masih kekal. Ada yang datang dari Putrajaya, Bangi, Keramat, Kelang, Sg Besar dan Puchong. Mereka sempat lepak2 main carrom dan sessi bergambar di sekitar taman perumahan hingga jam 6:30 petang. Anak saya Amir terpaksa kembali ke UIA menumpang mereka ini kerana terpaksa study untuk final exam yang masih ada dua paper iaitu isnin dan selasa ini.

Tetamu akhir kami pada hari ini ialah Azmi sekeluarga (5 orang). Alhamdulillah hidangan kami mencukupi. Saya dok risau jugak tadi bila melihat bilangan tetamu yang agak ramai takut terputus bekalan, rupanya isteri saya sudah estimate baik punye. Banyak lagi yang berlebihan dan boleh di simpan dalam peti ais. Menu hari ni ialah nasi minyak dengan lauk kerutuk ayam, daging hitam, gulai kunyit ikan aya, teresek, acar dan sambal lada. Ada nasi impit bersama kuah kacang siap dengan sambal. Isteri dan anak2 juga menyediakan kueh lopeh special dan agar2 merah. Dan tidak lupa juga FZ Homemade Cookies iaitu biskut raya Nestum Crispy, Oat Rings, Chip Sporties dan Kek Coklat. Iman pula menyediakan semangkuk besar gula2 kat ruang tamu.

Ok lah semua happy walaupun kepenatan. Cuma saya rasa nak demam pulak ni, mungkin sebab dok buat housekeeping clearkan semak2 kat belakang rumah dan buang almari buruk di kaki bukit di tengah panas terik. Ok lah need to go to bed now to recover back. Jumpa lagi di open house round two minggu depan. Layan kawan2 anak perempuan kami lak.

Friday, September 25, 2009

Program Raya


Malam raya kami sekeluarga pi shopping kat Jln TAR. Tu dia ramainya manusia. Macam2 ada. Selalunya beli baju melayu kat Wisma Yakin. Last year dapat harga RM90 rasa murah habis. Rupanya kat jalan TAR ni lagi murah. Depa kata lagi ke pagi lagi runtuh harganya.

Dipendekkan cerita saya dan anak sulong beli baju melayu yang sangat elok kualitinya dengan harga RM50 sepasang. Saya tengok jam dah dekat 1 pagi tapi pengunjung makin sesak. Rasa seronok pun ada. Saya ada tanya seorang peniaga tu, nak balik pukul berapa ni? Dia jawab saya selalunya pukul 5 pagi. On the way home saya perhatikan kereta2 banyak di parking di tepi jalan2 sehingga ke Wisma Sime Darby kat Jln Raja Laut. Polis pun bagi can, no saman.
Setelah ke masjid As Salam untuk solat raya, balik ke rumah menjamah juadah dan sessi bersalaman dan bergambar. Seterusnya ziarah ahli khariah di pagi raya bermula dengan rumah Hj Mokhtar, Hj Jo, dan Hj Pak Nor. Pada tengaharinya kami menerima kunjungan teman dari Jln Tanjung iaiatu Sdra Reduan bersama anak bongsunya. Pada petangnya kami berkunjung ke rumah Hj Kamaruddin dan malamnya ke rumah Hj Sharudin. Pada hari raya kedua kedua kami berkunjung ke rumah Hj Munir, rumah Che Din di Jln Semarak, dan kunjung balas ke rumah Reduan. Berakhir dengan kunjungan ke rumah Hj Hamzah dan Hj Azman. Malamnya kami menerima tetamu iaitu Hj Md Nor & isterinya Kak Mah.

Pada raya ketiga, Iman anak ketiga saya mengajak untuk berjalan ke KL. Isteri pulak mengajak singgah ke nursery Sg Buloh untuk membeli okid, baja nuggetnya dan rumput karpet jepun untuk di tanam di bawah rumah okid baru kami. Destinasi seterusnya ialah One Utama dan bersantai sambil membeli belah hingga ke malam. Anak2 siap main boling lagi.

Hari raya keempat di penuhi dengan aktiviti mengemaskini rumah luar dan dalam. Saya sibuk dengan aktiviti menanam rumput karpet. Petangnya anak sulong kami Amir Asyraf terpaksa berangkat ke UIA PJ di mana esoknya akan berlangsung peperiksaan akhir semesta untuk subjek Math. All the best my son !!

Pada raya kelima kami menerima kunjungan kawan sepejabat Sdra Yusof dan isteri bersama tujuh orang anaknya. Hidangan mee goreng, biskut raya, dan air sirap sejuk yang sempat kami sediakan. Mereka sebenarnya dari kampung di Permatang Pauh on the way balik ke rumah di Taman Melewar, langsung singgah untuk ziarah kali pertama. Terima kasih sudi ziarah dan membawa buahtangan guava tanpa biji dari Perak, my peberet.

Pada raya ke enam ini, saya menyambung dengan finishing touch untuk perojek rumput karpet jepun di rumah okid. Alhamdulillah settle akhirnya.

Isteri pada awal pagi menyiapkan pesanan biskut raya seorang kawan. Seterusnya isteri bersama anak2 membuat persediaan untuk 'open house' kami besok. Di jangkakan kami bakal menerima 70 orang tetamu termasuklah 15 kawan Amir dari UIA. Semoga semuanya berjalan lancar. Jazakallah.

Tuesday, September 22, 2009

Baca & Faham


Anak Pak Abu membawa pulang borang pinjaman buku teks untuk di isi bapa tercinta.

"Pak, cikgu pesan kena isi betul2 dan lengkap, kalau tidak tak dapat pinjaman buku teks, tak pasal2 kena beli lak." Ok le sampuk Pak Abu "mai sini bapak tengok". Aik lain macam pulak "aku mana faham basa orang puteh ni...". Relax pak, saya faham sikit2 nanti saya bantu. Ok la kalau macam tu. Ok engkau baca nanti bapak isi.

NAME = o tu nama la pak. Ok la engkau tulis je lah, takkan tak nau nama bapak.

ADDRESS = alamat. Ok, No 10 jalan melukut tepi gantang, rawang.

SALARY = gaji. Taruk RM 2850 sebulan.

NO TEL = 019- 3834 321

SEX = ??


"sex" biar betul cikgu kau ni?"


"betul la Pak."


"itu pun nak tau ke?"
"betul la pak, cikgu pesan kalau borang tak lengkap kena rejek nanti."

"ish, ish...aku heran betul la cikgu2 zaman sekarang ni. Zaman aku dulu mana ada soalan2 macam ni...gile ke apa !!"


"macamana Pak? nak isi apa ni?"

"betul ke cikgu kau nak tau ni?" "betul la Pak, apa la Pak ni, benda simpel pun berkira..."

"ok ok lah, engkau taruk le 3 kali seminggu."

Moral of the story: Baca & Faham
.

Zaman para sahabat dulu, Rasulullah SAW mengimami solat teraweh dan membaca surah Al-Qur'an dengan memahami maksudnya. Di kala membacakan ayat2 azab Allah maka nada suara turut sebak dan airmata mengalir tanpa paksa. Di kala menceritakan balasan kebaikan dan nikmat akhirat maka terukir kemanisan dalam senyuman. Kerana apa? Baca & Faham.


Makmum di belakang pula yang terdiri dari para sahabat yang memang berbangsa arab sudah tentu dapat mendengar bacaan dari Rasulullah SAW sekaligus memahami serta menghayati setiap bait kalamullah yang keluar memenuhi ruang masjid.


Kita bagaimana?


Imam hafiz yang membaca lancar dengan bertajwid elok dan bertarannum pula memukau para jemaah untuk setia mendirikan solat teraweh di dewan masjid saban malam sepanjang Ramadhan. Bila di tanya ustaz faham bacaan tadi? Setengah menjawab dengan yakin "faham". Setengah pula memberi respon 'InsyAllah" dan ramai imam yang menjawab "tak faham".

Makmum bagaimana?
Maklumlah kita ni bahasa arab pun tak faham. Jadi secara logiknya majoriti dari jemaah kalau tak semua pun akan mengalami nasib yang sama. Kita tak faham apa yang di baca dan di dengar dari mulut imam yang keluar di corong2 speaker masjid itu. Maka di situ lah "missing link" antara kita jemaah zaman ini kalau dibandingkan dengan para jemaah di zaman rasulullah SAW. Baca & dengar tapi tak faham.

Sebab itu lah ustaz menerangkan mempelajari bahasa Al-Qur'an iaitu bahasa arab itu adalah wajib. Kerana tak faham apa yang di dengar atau apa yang dibaca boleh mengundang salah faham. Sepatutnya A jadi B. Orang kata C dia ingat D. Sebab tak faham.


Moral of the story: Baca, Dengar & Faham.


Jadi untuk memenuhi kekosongan ini, iaitu perbezaan umat islam di zaman mutakhir ini berbanding dengan di zaman keagongan Islam dulu maka kita perlukan sessi tazkirah iaitu peringatan demi peringatan, penerangan demi penerangan supaya isi Al-Qur'an yang dibaca atau didengar tadi dapat kita fahami melalui sessi tazkirah oleh SME (subject matter expert) dan para ustaz tadi.


Maka saya melihat siri tazkirah ramadhan yang diadakan setiap malam di bulan ramadhan yang baru berlalu ini sangatlah berkesan dan bermanafaat besar. Lebih2 lagi jumlah jemaah yang begitu ramai yang 90% nya terdiri dari muka2 baru. Mereka tepu penuh minat di karpet masjid dan lantai masjid sambil peka mendengar dan menghayati kata2 yang keluar dari para murabbi professional yang petah2 perkataan 'crystal clear' menusuk gegendang telinga dan sesekali mengetuk pintu hati dan dedinding minda.

Bagi saya itulah objektif utama sebuah majlis ilmu. Kita doakan ada antara hati2 ini yang bakal menerima hidayah Allah untuk berhijrah menjadi muslim sejati yang dapat mencapai darjat Taqwa.


Moral of the story: Cintailah majlis Tazkirah.


Hari Raya ini kita raikan kemenangan melawan hawa nafsu dan segala kekufuran. Ramadhan lalu mengajar dan melatih kita menjana manusia berjiwa besar yang tahu mana yang haq mana yang bathil. Seorang muslim yang faham tuntutan agama, menjauhi segala larangan Allah dan mematuhi suruhan-Nya. Teruskan membaca Al-Qur'an, manual lengkap kehidupan dari Sang Pencipta buat hamba-Nya. Fahamkan dan amalkan dalam kehidupan. Qur'an itu adalah Way Of Life menuju destinasi hakiki ke Syurga abadi.


Biasalah kan Hari Raya sentiasa disambut meriah di negara kita. Budaya balik kampung sudah jadi sebuah ritual. Cuma kekadang tu akibat dari budaya balik kampung ini kita abaikan pula tumpuan ibadah untuk hari2 terakhir ramadhan. Maka rugilah kita. Tidak cukup dengan meninggalkan rutin ibadah tetap sepanjang ramadhan, kita cemari pula dengan kemaksiatan dan hiburan sebagai hadiah selamat tinggal ramadhan dan selamat datang syawal. Program2 TV direkacipta dengan padat untuk mencuri tumpuan masa berharga. Malah lebih teruk syawal yang sepatutnya menjadi bulan kesyukuran dan kasih sayang itu bertukar menjadi bulan kemaksiatan pula. Hingga boleh mengundang laknat Allah.

Wan Aminudin dan ahli keluarganya kelihatan begitu sibuk di Taman Perumahan Rahman Putra sedang packing beg dan barangan ke dalam sebuah MPV. Anak2 mereka yang tiga serangkai sangat gumbira untuk pulang beraya 'balik kampung' di Bukit Selambau. Sejak awal pagi lagi mereka bersiap sedia. Siap menyanyi lagu 'balik kampung' nyanyian arwah Sudirman. "Kenapa mama lambat sangat ni, bersiap mengalah ratu kebaya", jerit Wan Rohayu anak sulong mereka dari dalam kereta.


Mereka berlepas sekitar 8 pagi menuju lebuhraya PLUS ke utara. Laju Toyota Innova maroon itu di pandu membelah udara pagi yang agak redup itu. Mungkin kejap lagi hujan akan turun. Anak2 mereka sangat teruja dan galak bergurau-senda. Siti Komariah isteri Wan Aminuddin tersenyum penuh bahagia. Wan Aminuddin pula menjeling cermin depan melihat gelagat anak2 mereka dan mengukir senyuman ke arah isterinya. Perjalanan balik kampung sejauh 367km ini baru saja di permulaan. Jika di pacu sekitar 120km sejam maka insyaAllah memakan masa sekitar 4 jam bisik Wan Aminuddin melayan imaginasinya. Tapi jika berlaku kesesakan jalanraya maka segalanya hanya jadi impian. Sebaliknya mungkin mengambil masa yang berganda. Sebab itulah mereka bertolak agak awal pagi ini kerana mengagakkan jumlah kenderaan di lebuhraya belum banyak.


"Bang slow sikit bang, takyah laju2", bisik Wan Komariah kepada suami tercinta. Wan Aminuddin senyap je. Zuuuus, Innova 2 litre ini memotong sebuah van liteace puteh. Anak2 yang tadi bergelak ketawa, kini agak senyap mungkin sudah terlelap. Isterinya pun mula berdengkur. Wan Aminuddin pun dah agak mengantuk. Maklumlah semalam selepas balik teraweh, sibuk berkemas pulak. Pukul 1 pagi baru masuk tidur dan pukul 4 pagi sudah bangkit untuk bersiap dan bersahur. Kereta di jalanan juga mula sesak.

Wan Aminuddin memotong sebuah treler balak dengan kelajuan tika memotong tadi meningkat kepada 130km sejam. Track record Wan dalam pemanduan sangat baik kerana pengalaman memandu sejak menuntut di USA dulu dan dia merupakan pemandu yang berekeyakinan dengan skil pemanduan yang tinggi.
"Bang relax bang, takyah motong lori balak tu", tiba-tiba terdengar co-pilot nya memberi arahan. Terkejut Wan. Ingatkan isterinya masih diulit mimpi. "Alah relak le yang, abang ok je". Zuuupp....selamat di potongnya lori berkepala merah darah ikan tu, siap hon lagi.

"Tak payah laju2 bang. Biar lambat asal sampai", sambung isterinya resah.
Jeng jeng...kini dua buah kereta dipotongnya sekali gus. Timingnya untuk sampai ke kampung sekitar jangkamasa 5 jam akan tercapai jua, bisik hatinya. Pagi tadi dia ada menelefon maknya di kampung memberitahu mereka akan sempat berbuka di kampung hari ini.

"Bang bang, sabar bang. Tak payah memotong saya kata, kenapa abang ni?"
Namun Wan Aminuddin masih percaya skil yang ada padanya memberi keyakinan diri untuk bertindak. Dua buah lori dan sebuah kereta waja biru di depannya itu akan di potongnya sekaligus di jalan lurus itu. Jerit isterinya di sebelah seolah-olah masuk telinga kiri dan keluar kot lubang hidung je. Zappppp....dia menekan padel minyak RON97 nya. Berdesit Innova nya yang 'pick-up' nya memang berprestasi tinggi, kualiti Toyota la katakan. Elok di potongnya lori yang sarat muatan itu...selamat. Kini ada lori askar yang akan dipotongnya. Jalan lurus jadi tak ada masalah...line clear.

Tiba giliran waja biru itu pulak. Wan menekan pedal minyak rapat ke lantai kereta. Mungkin kelajuan mencecah 140km sejam. Saat inilah bala menimpa bila tiba2 muncul sebuah treler minyak petronas dari arah bertentangan. Wan cuba mencelah masuk ke kiri tapi tak mungkin kerana dipenuhi deretan tiga kenderaan yang di potong tadi tanpa ada ruang kosong. Treler minyak itu makin dekat. Pertembungan bakal berlaku. Wan terpaksa bertindak mengelak ke kiri jalan. Malangnya ada gaung sedalam 5 meter. Innova nya terbabas ke dalam gaung dan menghentam sebatang pokok. Habis remuk MPV baru itu. Bagi Wan Aminuddin segalanya gelap.


Apabila sedar dia membuka matanya dan memerhati sekeliling. Dia nampak emaknya ada di sisi. Kepalanya terasa berat dan matanya agak pedih. "Mak, saya kat mana?", dia cuba bertanya. "Mana isteri dan anak2 saya?", sambungnya lagi. "Mak, tolonglah jangan buat saya macam ni", rayu Wan Aminuddin. "Mana isteri dan anak2 saya mak?", suaranya mula hiba.


"Anak2 konon. Isteri pun tak dak, jangan nak mengada. Hang tu kawin pun belum", jerit maknya bagai nak rak.
"Itulah asyik tido je keja", marah maknya. "Orang beramal ibadat di bulan puasa ni, engkau tak, tido tido tido, tak ada yang tido melainkan tido je...hey rimas aku". Emaknya terus belah. Wan Aminuddin terpinga-pinga macam anak lembu tengah jalan.

Moral of the story:

1. Pandu berhemah di jalanraya (walaupun dalam mimpi)

2. Gantikan amalan tidur siang hari dengan amalan2 lain yang lebih bermanafaat.


Baiklah semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat. Saya sampai-sampaikan dari sessi tazkirah malam terakhir (29 ramadhan) yang lalu di Masjid As Salam oleh Ustaz Salahuddin Abd Aziz. Yang penting ialah Al-Qur'an istiqamah kita baca. Kemudian kita fahami terjemahannya. Seterusnya kita belajar tafsir dan berguru untuk menghayati apa yang sebenarnya maksud ayat2 Al-Qur'an yang kita baca itu. Dan akhirnya kita kena amalkan dalam kehidupan ini.

Apa yang kita belajar dan fahami tadi, kita sampai2kan pula kepada yang lain insyaAllah. Semoga ilmu akan terus berkembang. Teruskan mengunjungi masjid2 dan surau2 dan ikuti majlis2 tazkirah dan kuliah2 ilmu bagi pemantapan input dan proses. Kita doakan semoga dengan input yang berkualiti dan proses yang mantap, maka ia akan menghasilkan output yang first class yang bisa menjana ketaqwaan dalam diri, insyaAllah.


input --> proses --> output


@@@

Thursday, September 17, 2009

Salam Raya

Ramadhan sudah di penghujung. Para sahabat Rasulullah SAW dulu menangis sedih apabila tiba saat ini, ibarat sebuah kapal yang sarat dengan ganjaran dan kemewahan sudah mula meninggalkan pelabuhan atau satu "jumbo mega sale" sudah nak tamat. Kita bagaimana?

Namun kedatangan Syawal dan Hari Raya itu sebenarnya adalah simbol meraikan sebuah kemenangan bagi manusia beriman dalam mencapai objektif kursus intensif Ramadhan itu. Semoga lahirlah kita sebagai manusia beriman yang mendapat rahmat Allah yang melimpah ruah, dapat meraih simpati dan keampunan atas segala dosa dan noda apabila segala taubat kita diterima Allah, dan sudah tentulah kemuncaknya ialah pengishtiharan bahawa engkau wahai Polan bin si Polan di bebaskan dari Api Neraka oleh Allah Yang Maha Esa. Hari Raya untuk bergembira kerana berjaya menghadapai segala ujian Allah dalam ibadah puasa itu sehingga berjaya menjana ketakwaan dalam diri. Level takwa itulah yang akan di bela Allah atas hamba-Nya, untuk nantinya di hadiahkan Syurga dengan redha-Nya.

Semoga madrasah Ramadhan yang akan kita tinggalkan ini berjaya meningkatkan iman dan ketakwaan untuk diteruskan pada bulan syawal dan bulan2 seterusnya. Rutin menjaga segala pancaindera kita menjauhi maksiat, meneruskan amalan bersedekah, mendirikan solat malam dan solat sunat yang lain, membaca Al-Qur'an dan bersederhana dalam segala hal. Alhamdulillah syukur kita kalau ini semua menjadi realiti bukan fantasi.

Yang sadisnya ialah apabila baki akhir Ramadhan ini mula menyaksikan jumlah jemaah masjid dan surau kembali mengecut. Yang malangnya apabila amalan balik kampung menyibukkan kita di jalanan dan terlepas rutin ibadah kita di masjid sepanjang Ramadhan. Anak2 sibuk bermain mercun dan bungapi yang ayah belikan. Ibu2 disibukkan dengan menyiapkan biskut dan kueh raya. Atau ke Jalan TAR bershopping raya. Telinga dibuai lagu2 raya hingga terleka untuk mengaji Qur'an seperti biasa. Seolah-olahnya Hari Raya yang sepatutnya menjadi hari kita merayakan kemanisan iman bertukar menjadi kejayaan syaitan dan nafsu menukarkan kita kembali ke azali iaitu leka dan lara dengan keduniaan.

Ustaz Amran dalam kuliah zohornya di surau syarikat kami semalam ada menyentuh beberapa amalan yang patut sangat kita elakkan pada Hari Raya ini iaitu:

  1. Makan minum yang berlebih-lebihan hingga memudaratkan atau membazir. Amalan ibubapa membeli bungapi dan mercun untuk anak2 juga suatu pembaziran.

  2. Bersalam-salaman dengan bukan muhrim. Ustaz mencadangkan untuk elakkan ini berlaku dengan mengatakan "saya ada wudhuk" jika wanita ini dihulur tangan oleh abang ipar (bukan muhrim) untuk bersalaman misalnya atau suami di hulur tangan oleh adik ipar yang sudah baligh. Lama2 orang akan faham akan batasan agama melarang kita untuk bersentuhan antara bukan muhrim.

  3. Amalan "open house" tapi "close masjid" di Hari Raya dan sepanjang syawal itu. Maksudnya masjid dan surau sudah dikunci rapat kerana tiada lagi jemaah untuk solat2 fardhu zohor dan asar misalnya. Meriah di rumah kita tapi sepi di Rumah Allah.

  4. Muslimat bergaya sakan dengan pelbagai fesyen kebaya atau kebarong yang menunjuk jelas bentuk badan dan ini tidak lagi menutup aurat kerana bentuk badan 32-24-36 itu juga adalah sebahagian dari aurat. Uztaz cadangkan pakailah jubah2 moden yang tidak kurang canteknya malah menyerlahkan lagi keayuan dan kesopanan pemakainya.

  5. Parking depan TV menonton pelbagai rancangan hiburan hingga tidak lagi berminat untuk amalan ziarah-menziarahi.

  6. Segala amal soleh yang rutin di sepanjang Ramdhan di tekan "emergency brake" stop terus seperti amalan bersedekah, membaca Al-Qur'an dan solat malam.

Demi apa yang kita perjuangkan sepanjang Ramadhan untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa maka marilah kita semua takut dan berhati-hati untuk tidak melanggar segala larangan Allah. Takut-takut dosa kita yang sudah di ampun kembali berkumpul dan bertambah dari sehari kesehari bermula dari Hari Raya itu sendiri. Alangkan malangnya kita. Jom kita berazam untuk mengikut segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangan-Nya. Jadilah kita orang yang bertakwa yang akan mendapat pembelaan di hadapan Allah di akhirat kelak. Kerana itulah saja yang menjemput redha Allah. Balasannya Syurga tempat asal datuk nenek kita Adam & Hawa.


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.


@@@

Tuesday, September 15, 2009

Hanya 4 Hari Lagi


Setelah dewasa begini perjalanan Ramadhan terasa sangat laju berbanding zaman kanak2 dulu. Apakah kerana masa akhir zaman ini sudah mengecut atau kerana disibukkan oleh pelbagai hal dunia. Apa yang nyata Ramadhan kali ini hanya berbaki 4 hari saja lagi. Hari2 yang berlalu tidak akan kembali lagi.

Maka yang berbaki ini bak kata Ust Azhar pada Kuliah Subuh ahad lepas mestilah kita pulun habis. Qur'an yang belum dikhatam itu baca terus tuan2 sampai khatam. Zakat fitrah kalau belum langsai tu segerakan. Sedekah jariah dan infak di jalan Allah perbanyakkan. Solat2 sunat tu lebih2kan. Iktikaf, bertaubat sungguh2 dan mohon keampunan. Zikrullah sepanjang masa. Pergi memburu Lailatul Qadr "Sesiapa yang berjaga dan solat pada malam Lailatul Qadr kerana ketaqwaan dan mengharapkan ganjaran, dosa2nya yang lalu akan diampunkan" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bulan Ramadhan adalah bulan dimana Al-Qur'an telah diturunkan bahkan kitab2 yang terdahulu juga diturunkan di bulan Ramadhan. Bagi mereka yang membaca Al-Qur'an pahalanya sangatlah lumayan seperti sabda Rasulullah SAW "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap2 kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Apabila kita membaca Al-Qur'an dan memahami isi kandungannya, kita akan menikmati kehidupan yang penuh kebahagiaan dan kejayaan kerana:


  1. Kita akan dapat membezakan di antara jalan yang benar dan yang salah seperti difirmankan oleh Allah SWT "...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)." (Baqarah: 185)

  2. Ia membebaskan kita dari perbuatan syirik, kepercayaan karut dan amalan2 bida'ah: "Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji." (Ibrahim: 1)

  3. Ia membongkarkan rahsia dan tipu helah musuh ketat kita; Syaitan dimana objektif utamanya untuk memastikan kita menyertainya di neraka jahannan. Allah berfirman "Syaitan itu memberikan janji2 kepada mereka dan membangkitkan angan2 kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipu belaka."

Al-Qur'an menuntut kita membaca, memahami, menghayati dan mengamalkannya. Harapan kita semoga selepas pemergian Ramadhan tahun ini amalan yang baik iaitu membaca Al-Qur'an akan sentiasa menjadi sebahagian daripada rutin harian hidup kita. Marilah kita mulakan hari kita dengan membaca Al-Qur'an kalam Allah sebelum membaca apa2 pun dari kalam manusia.

Pada tazkirah malam tadi, Ustaz Fauzi dari Kedah menyatakan hari yang paling bahagia baginya ialah apabila mendapat panggilan telefon anaknya yang berusia 12 tahun yang memberitahu berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Qur'an. Betapa beruntung seorang bapa yang punyai peluang mendapat syafaat dari anak penghafal Al-Qur'an di akhirat kelak.

Ustaz yang punyai pengalaman berceramah di seluruh negara juga ada menyelitkan sebuah kisah di perkampungan orang asli di daerah pendalaman Dabong semasa beliau berceramah di sana. Tok Batin di situ adalah seorang yang celik Al-Qur'an dan beliau yang hafiz 20 juzuk mengimani solat dengan bacaan yang sunggah indah dengan lagu Imam besar Masjidil-Haram Abdul Rahman Sudais hingga berjaya menitiskan airmata para jemaah sekelian termasuklah Ustaz.

Tok Batin ini menceritakan pada satu hari dia telah berkunjung ke Bandar Kuala Krai untuk membeli TV kerana di kampungnya tak ada TV. Jadi setelah balik dengan teksi dan berjalan masuk ke perkampungannya membawa TV maka anak buah semuanya datang berkumpul ke rumahnya untuk melihat TV. Dia pun berkata "hah...tengoklah...TV9 ada Tv3 ada Tv1 ada.....tengok2 semua..." cuma satu masalahnya, kampung tu takde bekalan letrik lagi...ha hah. Itulah ibarat nya kata Tok Batin yang cerdik tadi jika kita memiliki Al-Qur'an tetapi tidak membaca dan mengamalkannya. Tajam tu.

Baiklah dalam detik2 kita untuk berpisah dengan Ramadhan tahun ini yang entah dapat berjumpa entah tidak lagi dengan Ramadhan yang akan datang, maka marilah gandakan amal soleh kita dalam baki dan sisa2 yang ada ini. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan "bahawa Nabi Muhammad SAW beruasaha lebih gigih dalam ibadahnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan berbanding dengan waktu2 lain, solat, membaca Al-Qur'an dan berdoa." Marilah kita sama2 mengikuti jejak junjungan besar kita itu.

Allah berfirman "Tiap2 yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu..." (Ali-Imran: 185)

Allah menghantar kita di dunia ini dengan tujuan kita mengumpul ganjaran yang telah disediakan supaya kita dapat membina satu kehidupan yang bahagia di akhirat. Dunia ini diibaratkan sebagai tempat untuk menabur benih sahaja dan hasilnya menanti di akhirat kelak.

Jadi wajarlah kita menggunakan masa yang singkat ini dengan menaburkan sebanyak mungkin benih2 yang baik dan berfaedah supaya hasil yang diperolehi kelak adalah hasil yang akan menempatkan kita di makam yang tertinggi di sisi Allah.

@@@

Wednesday, September 09, 2009

Al-Qur'an Mula Di Turunkan - Nuzul Qur'an atau Lailatul Qadar?

Saya rasa ramai antara kita yang mungkin keliru perihal detik peristiwa Al-Qur'an mula diturunkan, kerana setengah berpendapat ianya berlaku pada 17 Ramadhan iaitu pada hari kita kenali sebagai Nuzullul Qur'an itu. Dan dalam penerangan yang lain dikatakan Qur'an diturunkan pada Lailatul Qadar. Dalam pencarian saya maka saya terjumpa blog ini yang memberikan penerangan yang dapat menjelaskan perbezaan atau kekeliruan ini. Semoga ada manafaatnya.

Nuzulul Qur’an adalah waktu turunnya Al-Qur’an yang bertepatan dengan malam yang disebut Lailatul Qadar. Allah SWT menurunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadar. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surat Al-Qadr ayat 1-5.

Namun begitu, Nuzulul Qu’an sering diperingati pada malam 17 Ramadhan, sementara umum diketahui bahwa malam Lailatul Qadar jatuh pada sepertiga malam yang terakhir bulan Ramadhan. Mengapa bisa berbeda?
Allah SWT berfirman,


إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ. سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. Al-Qadr 1-5).

Para ulama berbeda pendapat tentang dlamir “hu” atau kata ganti yang merujuk kepada Al-Qur’an dalam ayat pertama. Apakah Al-Qur’an yang dimaksud dalam ayat itu adalah keseluruhannya, artinya Allah SWT menurunkan Al-Qur’an sekaligus dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul Qadar, ataukah sebagiannya, yaitu bahwa Allah SWT menurunkan pertama kali Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW, yaitu surat Al-‘Alaq Ayat 1-5 pada malam Lailatul Qadar?

Dalam sebuah riwayat disebutkan, Ibnu Abbas RA menjelaskan bahwa Al-Qur’an yang diturunkan pada Lailatul Qadar keseluruhnya; baru kemudian secara berangsur diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. (HR. Ath-Thabrani).

Sementara itu Nuzulul Qur’an sering diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, dengan mengadakan pengajian atau tabligh akbar, dan bukan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini didasarkan pada pendapat yang menyatakan bahwa pada tanggal tersebut Rasulullah SAW pada umur 41 tahun mendapatkan wahyu pertama kali. Yaitu surat Al-‘alaq ayat 1-5 ketika beliau berkonteplasi (berkhalwat) di gua Hira, Jabal Nur, kurang lebih 6 km dari Mekkah.


Nuzulul Qur’an yang diperingati oleh umat Islam dimaksudkan itu adalah sebagai peringatan turunnya ayat Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW yakni ayat 1-5 Surat Al-Alaq.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ. الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ. عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


Adapun Lailatul Qadar merujuk kepada malam diturunkannya Al-Qur’an dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah atau langit dunia.


Dikisahkan bahwa pada malam itu langit menjadi bersih, tidak nampak awan sedikitpun, suasana tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak panas.

Saya teringat tazkirah di Masjid As Salam malam tadi oleh Ust Zawawi Ismail yang menceritakan bahawa manusia ini yang asalnya dari datuk nenek kita iaitu Nabi Adam dan isterinya Hawa yang tempat asalnya dari Syurga. Maka kita mestilah dambakan kepulangan ke kampung asal kelahiran kita iaitu Syurga Allah. Itu adalah fitrah manusia. Kita bukan berasal dari dunia ini, dari Bukit Beruntung atau Tanjung Malim, bukan dari planet ini. Kita ni UFO, makhluk asing di sini. Persinggahan sementara. Maka apa sangat yang dikejar. Asal kita Syurga Allah. Hidup kekal abadi kita di Syurga sana.

Namun malangnya tidak semua kita akan dapat pulang ke Syurga, malah Ustaz menerangkan di Akhirat besok Nabi Allah Adam di minta memilih 999 orang untuk dimasukkkan ke Neraka dan 1 orang untuk dimasukkan ke Syurga, batch by batch. Maknanya kalau lah di Taman Perumahan kita ini 1000 penduduk maka hanya seorang saja yang layak untuk ke Syurga. Maka siapakah dia? Adakah kita? Maka ini kena tanya iman dan kena muhasabah banyak2. Ibarat hendak mencapai sebuah anugerah yang besar, maka ikhtiar dan teknik kena besar juga. Bukan ala kadar.

Untuk itu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang membantu kita. Wahyu Allah yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah iaitu Al-Qur'an menjadi petunjuk untuk kita mencari jalan pulang itu. Al-Qur'an juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan lain-lain lagi yang secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Maka berpeganglah pada Al-Qur'an sebagai peta untuk berada di jalan yang lurus menuju Syurga Allah.

Jibrail menjadi semulia-mulia malaikat dari kalangan para malaikat yang lain kerana Al-Qur'an ini. Rasulullah SAW menjadi semulia-mulia Rasul dari kalangan para Rasul ialah berkat Al-Qur'an ini. Tanah tandus Mekah dan Madinah menjadi semulia-mulia tempat kerana di sanalah Rasulullah menerima wahyu Allah iaitu Al-Qur'an tadi. Zaman para sahabat menjadi sehebat-hebat zaman kerana berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Dan daripada sebanyak-banyak umat manusia, umat Nabi Muhammad SAW adalah yang paling mulia dan diberi keutamaan untuk masuk Syurga terlebih dahulu. Maka kenapakah kita masih memandang sepi pada Al-Qur'an?

Yang penting di sini ialah Allah telah memberi kita bahan rujukan utama sebagai panduan bagaimana hendak kembali ke Syurga. Apa dia? Itulah dia Al-Qur'an yang memang lengkap selengkap-lengkapnya sebagai penunjuk arah tuju samada hendak ke Syurga atau Neraka, yang membezakan yang mana salah yang mana betul, yang mana halal yang mana haram. Al-Qur'an itu di turunkan kepada kita bukan untuk dibiarkan di dalam almari atau rak buku tetapi untuk di baca, di fahami, di hayati dan di amalkan.

Al-Qur'an yang akan membawa kita kembali ke kampung asal kita iaitu Syurga Allah. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini yang begitu banyak tawaran dan ganjaran yang Allah hidangkan untuk kita ambil dan rebut bagi memudahkan kita dalam perjalanan pulang itu. Maka berlumba-lumbalah kita untuk balik kampung pada tahun ini, insyaAllah. Semoga kita termasuk ke dalam kelompok "one in a thousand" umat Islam yang akan selamat 'balik kampung'.

@@@

Tuesday, September 08, 2009

Maghfirah 10 Kedua


Alhamdulillah kita masih diberi ruang oleh Pencipta kita untuk masih berupaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Pejam celik pejam celik sudah hari ke 18 rupanya. Di Masjid As Salam BS nampaknya jumlah jemaah solat malam masih bertahan. Kiraan kasar saya dalam 15 sof x 40 iaitu sekitar 600 jemaah.

Tazkirah selepas 4 rakaat teraweh juga masih berjaya menarik tumpuan jemaah sekelian. Semalam nazir masjid menyampaikan tazkirah 30 minit mengingati tentang hikmah ibadah puasa yang mendambakan penghayatan first class kita pada amalan2 fardhu dan sunat, makan minum kita dengan waraq yakni dgn berhati-hati iaitu bersederhana dan tidak berlebih-lebihan, menahan diri dari segala larangan Allah, dan sabar dalam ketiga-tiga proses tersebut. Dan beliau juga mengingatkan jemaah tentang Nuzul Qur'an dan mukjizat Al Qur'an serta pentingnya bersedekah dan bagaimana Rasulullah SAW sangat memuliakan fakir miskin. Tazkirah di akhiri dengan beberapa kisah sahabat untuk dijadikan contoh tauladan.

Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat tiga bentuk ganjaran diberikan Allah kepada hamba-hambaNya sepanjang bulan Ramadan, iaitu rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itq min al-nar (bebas daripada api neraka). Rahmah terdapat di dalam sepuluh hari pertama bulan Ramadan, maghfirah terdapat di dalam sepuluh hari keduanya dan `itq min al-nar terdapat di dalam sepuluh hari terakhirnya.

Begitu mudah kita membilangnya, tetapi tidak semudah itu untuk kita mendapatkannya. Ia terikat dengan beberapa pra syarat yang ketat, tanpanya kita hanya akan mengalami lapar dan dahaga sahaja semasa kita berpuasa. Pra syarat tersebut adalah memahami erti puasa rukun dan syaratnya, melaksanakan adab dan etika berpuasa. Dengan kesempurnaan perkara-perkara tersebut, kita mengharapkan akan mendapat tawaran Allah, iaitu rahmah, maghfirah dan itq min al-nar.

Semalam kita cuti Nuzul Qur'an di Selangor dan beberapa negeri lain. Ramai yang pi shopping hingga jem teruk KL.

Peristiwa nuzulnya al-Quran terjadi pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
  1. Perkataan “nuzul” bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. Ia juga boleh dikiaskan sebagai berpindah daripada tempat yang mulia kepada tempat yang kurang mulia. Ia adalah permulaan kepada sebuah proses yang mengambil masa 22 tahun 2 bulan 22 hari.
  2. Perkataan “Al-Quran” pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu adalah untuk dibaca oleh manusia. Manakala ia dikatakan sebagai himpunan kerana di dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muammalat dan sebagainya.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail Alaihi Salam ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq, yang bermaksud:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(S. al-Alaq: 1-5).

Al-Quran di samping membawa maksud kitab bacaan, ia juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan lain-lain lagi yang secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Nuzul al-Quran adalah peristiwa penting yang harus diingati dan direnungi oleh setiap umat Islam. Bermula dengan peristiwa itu, zaman jahiliah yang dipenuhi kegelapan disinari cahaya, daripada kesesatan kepada kebenaran; hidup bertuhankan hawa nafsu kepada hidup bertuhankan Allah SWT. Dengan perkataan lain, peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat. Ini kerana al-Qur'an adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

Maka janganlah kita sekadar meraikan Nuzul Qur'an itu dengan bershopping sakan di Jalan TAR tapi lebih dari itu marilah kita membaca Al-Qur'an, memperbetulkan bacaan, dan memahami isi kandungannya, dan yang lebih utama ialah mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.

Maka 10 kedua terakhir Ramadhan ini ialah peringkat keampunan Allah. Di atas segala kekuatan amalan soleh kita di 18 hari pertama dan berkat Al Qur'an yang kita baca, marilah kita bertaubat di atas segala kesilapan dan dosa kita, menyesali dan berazam tidak mengulangi lagi dengan sungguh2 hingga menitis airmata supaya di sana ada ehsan Allah untuk menerima taubat kita dan memberi maghfirah yang dijanjikan-Nya itu. Supaya kita start fresh suci bersih ibarat kain puteh untuk melangkah ke 10 terakhir Ramadhan yang menjanjikan pembebasan kita dari api neraka Allah.
Alangkah hebatnya incentive demi incentive yang Allah berikan kepada kita maka sangat bodoh dan dungunya kita untuk hanya membiarkan ia berlalu begitu saja seperti tahun2 yang lepas. Apalagi objektif hidup kalau bukan bebas dari azab neraka Allah?

Ayuh, just do it !! Jangan tangguh lagi. Tawaran hebat Ramadhan hanya berbaki 12 hari lagi.

@@@

Thursday, September 03, 2009

Bubur Lambok


Bubur Lambok juadah popular buat berbuka puasa warga kota dan desa.

Tadi saya singgah solat asar di Masjid Jamek. Lepas solat je tu dia, jemaah beratur panjang untuk mendapatkan pembahagian bubur lambuk yang disediakan oleh pengurusan Masjid Jamek.


Saya sempat snap beberapa gambar untuk posting ini. Brother tu offer saya tiga pek tapi saya tak ambik sebab memang saya tak minat bubur lambuk ni begitu juga ahli keluarga saya kecuali anak kedua saya, tapi dia pula tinggal kat hostel.

Wednesday, September 02, 2009

Tazkirah Ramadhan



Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 12 kita menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan. Saya sekeluarga setakat ni istiqamah solat malam di Masjid As Salam. Tazkirah di adakan selepas 4 rakaat solat teraweh sekadar 30 minit. Dan saya bersaksi bahawa tazkirah yang memberi peringatan demi peringatan dan ilmu agama supaya kita tahu dan faham ini sangatlah baik. Alangkah ruginya selama ini apabila siri tazkirah Ramadhan disekat dan tidak dibenarkan diadakan di masjid-masjid terutamanya di Selangor ini. Maka benarlah kata penceramah dua malam lepas bahawa tidak selamatlah orang yang menentang tazkirah ini. Bala demi bala akan menimpanya.

Baiknya tazkirah Ramadhan yang diadakan di masjid-masjid ini ialah kerana audience nya yang ramai berbeza dengan program kuliah-kuliah maghrib yang diadakan selama ini di luar Ramadhan kerana audience nya sangat terhad dan terdiri dari muka-muka jemaah yang regular sekadar 20 hingga 30 orang sahaja. Tetapi tazkirah Ramadhan yang di adakan di pertengahan perjalanan ibadah solat teraweh itu berjaya menawan satu jemaah masjid yang berjumlah 800 hingga 1000 orang itu. Itulah peluang yang sangat berharga untuk menarik perhatian kepada mesej dakwah dan peringatan demi peringatan agama yang perlu disampaikan. Pendedahan ini sangatlah penting supaya menanam rasa kesedaran agama kepada umat. Semoga ilmu yang diperolehi oleh 1000 orang ini akan disampaikan pula kepada 1000 orang yang lain samada anak, isteri, suami, ibu, ayah, atau kawan2. Maka berkembanglah ilmu yang ada manafaat di sisi agama itu. InsyaAllah.

Kekretivitian AJK masjid sangat penting supaya jemaah tidak rasa tertekan atau jemu selama menjalani ibadah solat terawih di bulan Ramadhan ini. Contoh yang sangat baik ialah AJK Masjid As Salam ini yang menukar kebiasaan teraweh 20 rakaat nya menjadi 8 rakaat sahaja pada malam-malam yang ada dijemput penceramah luar untuk memberi tazkirah 30 minit. Maka program teraweh tidak berakhir dengan terlalu lewat sehingga membebankan pula. Kerana pada malam pertama dulu selesai tadarrus sehingga menjangkau 1 pagi. Setakat ini saya perhatikan penceramah2 jemputan mempunyai gaya dan kelebihan yang tersendiri. Masing2 membawa topik yang berbeza-beza dengan penampilan yang professional dan adakalanya menghiburkan. Yang penting perhatian audience tertumpu dan fokus. Semoga ilmu yang di dapati itu bisa menjana ketaqwaan dalam diri kita semua.

Slot tazkirah itu pula boleh diisi oleh penyampai yang terdiri kalangan AJK Masjid sendiri yang diperuntukkan masa yang lebih pendek iaitu sekitar 10 hingga 15 minit selepas 4 rakaat teraweh. Dan diteruskan solat selepas tazkirah itu hingga mencukupi 20 rakaat dan diikuti dengan witir 3 rakaat. Sekiranya penceramah luar yang diundang tidak dapat hadir maka slot itu di isi oleh AJK Masjid surau tadi, yang setakat ini tidak mengecewakan dari segi gaya penyampaian dan isinya. Itulah yang kita mahu petugas-petugas yang berilmu bukan sekadar mahu mencari kepentingan semata.

Malam tadi isteri saya dengan cerianya bercerita bahawa masalah speaker (PA system) di ruang muslimah yang selama ini tidak baik kualiti bunyinya, berdengung dsb telah berjaya di atasi oleh pihak pengurusan masjid. Seronok isteri dan anak saya kerana telah dapat mendengar suara penceramah dengan jelas. Sebenarnya masalah berdengung PA system di ruang muslimah ini sudah bermula sejak masjid ini dibuka beberapa tahun yang lalu. Namun tiada tindakan diambil untuk mempebaikinya seolah-olah ianya bukan masalah sangat. Tapi jika di teliti akibat dari masalah kecil itu amat merugikan kerana jemaah kaum ibu dan isteri tidak dapat menerima ilmu yang disampaikan maka ilmu itu tidak berkembang, malah ramai yang asyik berbual-bual kosong sepanjang sessi ceramah atau tazkirah. Mungkin tak ada yang komplen secara rasmi, tapi yang nyata AJK Masjid sebelum ini tidak peka pada masalah ini. Ternyata tindakan pantas barisan AJK yang baru yang dipilih beberapa bulan yang lalu ini telah berjaya mengatasi masalah ini. Dengan usaha kecil itu maka kaum muslimah dapatlah fokus kepada ilmu yang disampaikan sepanjang tazkirah di bulan Ramadhan yang berbaki 17 malam lagi ini. Better late than never. Terima kasih kepada pihak AJK Masjid As Salam kerana peka.

Saya masih ingat penceramah luar pertama yang dijemput membawa style light & easy. Ustaz dari Rawang ini banyak berkongsi zikrullah wali2 Allah untuk sama2 diikuti oleh jemaah sekelian. Juga diselitkan dengan pantun2 nasihat dan sufi yang diciptanya dengan memetik kitab2 ilmu hadis. Mesej yang sampaikan santai tapi melekat insyaAllah.

Uztaz Wan Samsuddin bekas imam dan kini salah seorang AJK Masjid As Salam juga menyampaikan tazkirah yang sangat jelas dan tersusun. Mengetengahkan hikmah2 Ramadhan dan kepentingan solat witir.

Penceramah jemputan dua malam lepas pula membawa penampilan yang agak serius. Katanya masjid, contohnya Masjid As Salam ini adalah tempat yang selamat untuk kita berada dan beribadah. Tiada tekanan atau sekatan. Betapa beruntungnya kita namun tak ramai juga yang datang pada hari2 biasa kecuali agak penuh di bulan Ramadhan ini.

Berbeza dengan nasib saudara seagama kita di Myanmar yang ditindas dan ditembak sesuka hati oleh junta tentera pemerintah jika mempraktikkan Islam seperti mengambil wudhuk, mengerjakan solat atau membaca Al-Qur'an. Begitu juga di Bosnia, jangan kita ingat segala konflik sudah berakahir dengan berakhirnya perang pada tahun 1995, kerana provokasi dari bangsa Serb yang beragama Kristian pada bulan lepas saja telah mengorbankan 530 orang umat Islam Bosnia. Mereka memprovokasi dengan berak di depan masjid dan melontarkan najis mereka dan menyapu dengan penyapu macam menyapu cat di dinding2 masjid. Mereka lengkap bersenjata dan bertindak kejam membunuh umat Islam yang cuba melawan. Di China betapa kini umat Islam di tindas, masjid2 di tutup dan Al-Qur'an dan kitab2 agama di bawa ke Beijing dan memaksa imam2 untuk membakarnya. Di Kemboja, Al Qur'an tidak dibenarkan di masjid2 malah yang ada cuma 10 Al-Qur'an di setiap masjid, itu pun yang diseludup masuk. Jemaah terpaksa bergilir meminjam setiap 3 bulan dan mengajar anak2 membacanya di rumah masing2. Betapa payahnya saudara seagama kita di luar sana berbanding dengan kita di Malaysia ini.

Maka insaflah dan fahamilah bahawa musuh2 Islam sentiasa mencari ruang untuk menindas umat Islam. Janganlah biarkan Al-Qur'an berabuk tidak dibaca. Beribu-ribu umat Islam yang dibunuh tidak akan mendapat pembelaan dari PBB atau negara2 barat, tetapi jika seorang saja yahudi yang dibunuh maka CNN dan seluruh media dunia akan mengulang tayang peristiwa itu dan menuduh Islam sebagai pengganas. Itulah hakikat yang pahit yang bukan lagi cobaan tapi betul2 kejadian.

Dan malam tadi pula penceramah undangan dari Gombak bercerita keistimewaan Ramadhan kerana adanya ibadah puasa yang bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi juga adalah puasa mulut dari mengumpat, bercakap bohong dan dusta. Puasa mata dari melihat yang haram. Puasa telinga dari mendengar lagu2 rock tetapi gantikanlah dengan mendengar ayat2 Al-Qur'an dan zikrullah. Puasa hidung. Puasa kaki, puasa tangan, puasa hati, puasa minda. Pendek kata menahan diri dari melakukan maksiat kepada Allah. Seterusnya ada Nuzul Qur'an iaiatu permulaan turunnya 6666 ayat Al-Qur'an sepanjang tempoh 22tahun 2 bulan 22hari itu. Kemudian Ramadahan ini ada Solat Teraweh yang tidak wujud di bulan2 yang lain. Akhirnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

Maka sudah semesti seorang muslim sejati tidak akan melepaskan keistimewaan yang terhidang di depan mata ini. Ayoh ada berbaki 17 hari lagi untuk kita sama-sama melipat gandakan usaha agar kita kaya-raya di akhirat Allah nanti. Amiin.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...