CLICK n GO

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Bapaku sebenarnya tokoh agama dan anak imam di kampung namun tidak menggunakan kelebihan yang ada sepenuhnya. Dia banyak menyimpan (holding back) hinggalah ke akhir hayatnya pada 23 Nov 2001 diusia 74 tahun. Namun aku lancar membaca Al-Quran hasil bimbingan bapa adalah hadiah terbaik buatku. Aku masih yakin bahawa bapa boleh membuat yang lebih baik dan menjadi tokoh yang lebih disegani dan berjaya. Antara tabiatnya ialah membaca Al Qur’an atau hafazan secara vokal dimasa lapangnya hinggakan seluruh isi rumah kami dapat mendengarnya. Itulah antara tabiat yang aku warisi, Alhamdulillah. Ini dapat memperbaiki dan melancarkan bacaan kita sebenarnya.

Bapa yang ku panggil “Abah” itu memiliki kesedaran tinggi tentang kepentingan ilmu walau hidup penuh kekurangan. Mungkin sangat faham bahawa itulah saja yang dapat merobah zuriatnya kepada kehidupan yang lebih baik. Aku ke sekolah rendah dengan hanya berbekal 10 sen, kekadang membawa bekal nasi berlauk telur goreng. Kawan-kawan biasanya membawa 30 sen atau 50 sen. Di sekolah rendah aku terus menerus dipantau hingga setiap kali peperiksaan aku sentiasa menggungguli dengan nombor 1 atau 2, paling teruk no.3. Hinggalah aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan darjah 5 dengan keputusan 4A dan 1C. C untuk English. Seingat aku, akulah satu-satunya pelajar dari daerah itu yang berjaya.

Masa kecilku di No.56 Jalan Pasar Wakaf Bharu Kelantan, sebuah rumah kedai kayu tempat berteduh dan mencari rezki. Ibu dan Bapaku bekerja sebagai tukang jahit. Kalau tak silap rumah kedai itu disewa dengan kadar RM30 sebulan berlantai tanah beratap rumbia sebelum dinaik taraf menjadi RM60 sebulan bila sudah beratap zink dan berlantai simen. Aku masih dapat mengingati kehidupanku bermula dari tahun 1971 semasa aku darjah satu dan seterusnya. Dapat kurasai kepayahan hidup kami. Bekalan letrik dan air pun tiada.

Masa kecilku penuh kenangan, aku berpeluang bermain bola dengan kawan-kawan, melastik burung di kebun-kebun getah dan hutan-hutan dara dipinggir kampung, mandi sawah, memancing, menyabung ikan laga dan mandi air telaga. Mungkin kerana selalu terkena air longkang, maka aku selalu dijangkiti kudis malam. Betisku berparut di sana-sini. Menonton TV pula hanya sekali seminggu iaitu malam Sabtu, cerita melayu di rumah jiran. Masa di masjid untuk solat Jumaat, budak-budak cukup seronok berbincang tentang cerita melayu yang akan di keudarakan malam nanti. Cerita-cerita Pontianak dan Hulubalang cukup hebat dan dinantikan. Pada masa tu TV adalah “luxury”. Membidas cicak di masjid juga adalah satu kegiatan yang menarik.

Dengan berbekalkan 4A 1C aku berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sek Men Sains Kelantan di Pengkalan Chepa, kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Faris Petra. Inilah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang dapat membantu anak-anak luar bandar seperti aku. Aku cukup bersyukur. Aku terhutang budi kepada bapaku yang begitu tegas dalam soal pelajaran hingga aku berpeluang ke SBP ini. Tempat penginapan, pembelajaran, buku-buku, makanan, dobi, semuanya di tanggung kerajaan. Aku belajar hidup berdikari bermula tahun 1977 itu. Bapaku mengingati aku bahawa berada di SMS itu ibarat kaca ditengah intan, maksudnya “you are no longer somebody, academically speaking” kerana para pelajar semuanya terpilih dan bijak-bijak belaka. Pesannya agar aku berusaha kuat demi menuntut ilmu dan mencapai kejayaan dalam hidup. Betul bagai disangka, dalam peperiksaan penggal pertama aku mendapat nombor 10 terkebelakang di dalam tingkatan 1 Alpha itu. Alpha adalah kelas terbaik dari empat kelas, yang lain ialah Beta, Delta dan Gamma. Bapaku sudah banyak memberi kebebasan kepadaku untuk berfikir sendiri menentu arah tuju setelah memberi sebuah asas yang kukuh. Dan dia memberi "support" dan sepenuh kepercayaan kepadaku. Dan aku memahami keadaan itu bila aku sudah meningkat dewasa.

Ab Rahim Hj Abdullah, itulah bapaku dan idola yang sangat berjasa padaku. Dia rela hidup susah, walaupun ada harta pusaka yang berupa 3 bidang tanah yang boleh dijual untuk menyara hidup atau sedikit bermewah. Namun dia berpegang kepada prinsip bahawa harta pusaka ayah bonda bukan untuk di jual beli tetapi untuk warisan anak-anak. Walaupun pernah melalui 3 detik perpisahan dengan isteri-isterinya mengikut turutan waktu sepanjang hidup berumahtangganya iaitu dua penceraian hidup kerana tidak panjang jodoh, satu penceraian mati (ibuku) kerana kematian bapaku itu. Betapa dia begitu prihatin kepada aku dan 3 lagi adik beradikku sebagai penyambung zuriatnya iaitu dua orang anak pada dua perkahwinan awalnya dan dua anak termasuk aku pada perkahwinan ketiganya. Bapaku juga berpegang kepada maruah dan harga diri. Salah satu prinsipnya ialah tidak akan memenuhi undangan atau sesuatu jemputan kalau sekadar mendengar dari orang ketiga atau wakil sahaja. Jika tidak tuan rumah itu sendiri yang menjemput maka jarang benar dia memenuhinya. Bukan niatnya menyombong diri atau tidak mahu bersiratulrahim, tetapi lebih kepada menjaga harga diri. Itulah bapaku walaupun hidup miskin tapi kaya dengan harga diri. Dalam ingatanku dia sangat di ‘respect’ oleh kawan dan lawan terutamanya saudara mara dan ahli kariah masjid di kampung asalnya. Aku sering mendapat tempiasnya kerana setiap kali bapaku berjumpa atau menziarahi mereka maka aku jarang pulang tangan kosong. Sehingga kini setelah 8 tahun dia meninggal dunia aku masih mendapat kesan 'respect' orang kepada bapaku itu di berikan mereka kepadaku pula. Jazakallah.


Aku terkilan kerana tidak sungguh-sungguh berusaha mengumpul dana bagi menghantarnya mengerjakan ibadah haji semasa hayatnya, selepas aku sudah di alam pekerjaaan. Kerana tiada kesedaran sebenarnya dan asyik lara dengan kehidupan yang sudah agak senang hingga lupa zaman kita pernah susah. Akhirnya dia berjaya pergi juga ke Tanah Suci dengan hanya ‘upah haji’ selepas kematiannya. Itupun dengan dana dari harta peninggalannya sendiri. Aku terkilan kerana tidak menghargai sangat segala pengorbanannya kepadaku semasa hayatnya.

Selamat Hari Bapa untuk arwah bapaku. InsyaAllah kini aku tidak lupa setiap hari untuk menyedekahkan pahala segala bacaan surah-surah Al-Qur’an ku kepadanya sebagai sebahagian dari doa anak soleh yang dapat memberi manafaat pada insan yang sudah meninggalkan Alam Dunia ini. Semoga sampailah hendaknya sumbangan kecilku itu kepadanya. Aku doakan agar Allah mengampuni segala dosa bapaku. Ya Allah selesakan kehidupan bapaku di Alam Barzakh itu dan beratkan timbangan amal baiknya di hari hisab nanti. Ditempatkan dia ke dalam golongan orang yang beriman yang mendapat syafaat dan keampunan-Mu untuk melayakkan dia mendapat nikmat Syurga-Mu. Ketemukan aku dengannya di Syurga-Mu nanti. Aku merinduinya ya Allah. Amiin.

Tuesday, June 16, 2009

Kuala Kubu

"Kuala Kubu...senyuman mu....di pagi ini...sungguh bererti..." dinyanyi ikut lagu famous Alleycats dalam perjalanan menghampiri pekan Kuala Kubu ini punyai auranya yang tersendiri.

Di sambung "kalau pergi Kuala Kubu...tulis nama atas batu" nyanyian Sudirman tu membuat saya terfikir batu mana agaknya yang dimaksudkan beliau. Saya membuat andaian mungkin batu di kawasan rekreasi Pertak di Kuala Kubu ni yang memang menarik suatu masa dulu, iaitu sebelum projek Empangan Selangor merobek dan menenggelam segalanya, termasuklah saya kira batu-batu yang terpahat nama-nama tadi.

Anyway, saya sebenarnya cuti hari ini dan ada urusan di Kuala Kubu tadi. Anak perempuan saya pula memang masih bersekolah dan tinggal di asrama di KKB ini. Anak sulong saya sebelum ni pun bersekolah di sini juga.

Kuala Kubu ini memang unik. Slow and steady. Kem komando kat depan masjid KKB (yang majestik) itu memang antara landmark di sini, bersebelahan dengan mini stadium. Pejabat2 kerajaan bagi daerah Hulu Selangor memang kebanyakannya berpusat di KKB ini termasuklah Mahkamah, Pejabat Pelajaran, JAIS, Pejabat Tanah dan MDHS. Kemudahan lain termasuklah pejabat MARA, hospital, perpustakaan awam, sekolah agama, sekolah cina, sekolah kebangsaan, padang golf, pusat latihan bomba, dan pelbagai bank komersial.

Saya masih ingat ketika anak saya di rawat di wad hospital KKB ini pada tahun 2002, saya pernah mintak pertolongan Ustaz Muhammad iaitu imam masjid KKB (sejak lebih kurang 10 tahun lalu) yang juga guru kanan di SAMTKKB. Dan hingga ke hari ini Ustaz Muhammad masih bertugas di kedua2 institusi ini dan masih berkirim salam melalui anak saya yang kebetulannya bersekolah di SAMTKKB. Jadi sememangnya Kuala Kubu ini punyai kenangan dan ingatan dalam memori saya kini dan selamanya.

Jadi kalau ada peluang singgah2lah ke Kuala Kubu. Kalau musim durian lagi la best. Durian kampung yang panas2 luruh dari pokok. Dilonggok di tepi2 jalan untuk harga patut. Kini ada perkhidmatan Komuter ke KKB. Go for it guys !!

Monday, June 15, 2009

Anak Bapak

Hari ni balik lewat dari ofis, monday yang banyak kerja. Pagi tadi attend training kat Symantec. Lepas lunch around pukul 3, kena attend kick-off meeting tender SCCM pulak. Saya kena jadi one of the Solution Architect. Pastu petang ni, e-mail saya buat hal. Ada synchronize error berulang kali. Ni kiranya first time berlaku. Mintak tolong teman2 tapi tak menjadi jugak. Pergi ke MIS Dept nak report tapi depa dah balik semua. Fedup betul. Kalau nak goes wrong memang at very wrong timing. Last sekali tinggal pesan je kat MIS Mgr supaya tolong selesaikan masalah ini besok. Kebetulan besok saya cuti pulak tu kerana ada checkup kat HKBB.

Malam ni lepas dinner, relax jap depan PC. Sambil tu buat new posting kat Keringat pasal buah betik dan pisang. Isteri pulak tengah tengok cerita Anak Bapak. Sesekali tergelak besar. Cerita P.Ramlee ni memang evergreen betul. Dah berpuluh kali tengok pun lawak nya masih buat kita tergelak. Lakonan AR Tompel pulak memeng kelas. "Boss jangan susah, kalau pasal boss, bila2 masa pun boleh", itulah dialog atok Halimah setelah memahami maksud kedatangan Tuan Haron (P.Ramlee) iaitu cucu Datok Mahfiz (AR Tompel) untuk memohon persetujuan menjadikan Halimah (Rosyatimah) sebagai isterinya yang sah. Anyway itulah kesimpulannya, setiap movie adegan P.Ramlee and the gang memang punyai kelas tersendiri yang kekal menghibur kita sepanjang zaman.

Jadi sambil cerita Anak Bapak in the background tu, saya pulak buat posting baru kat School Of Tots ni kerana sudah lama benar rasanya kekeringan idea.

Lagu2 P.Ramlee jugak sedap di dengar walaupun mula di nyanyikan sewaktu saya masih belum lahir lagi di era 50 dan 60an. Melodi dan senikata yang memang evergreen forever. Memang gifted betul. "Kami anak beranak sudah sepakat, besok malam boss boleh kawin dengan Halimah", itulah ungkapan atuk Halimah (yang jugak bekas pekerja Harun) kepada Harun mengakhiri pertemuan petang itu.


Che' Harun ialah seorang pengurus ladang getah kepunyaan bapanya sendiri. Dia seorang yang boros berbelanja dan sering keputusan wang. Walaupun begitu, dia juga seorang yang amanah dan tidak menggunakan wang pejabat. Dia banyak berhutang dengan ceti dan juga kenalannya Che' Normah seorang penyanyi kelab malam. Untuk menjelaskan hutang-hutangnya, Che' Harun terpaksa berbohong dengan bapanya Dato' Mahfiz dengan menyatakan yang dia memerlukan wang untuk melangsungkan pernikahan. Dato' Mahfiz yang tinggal berjauhan daripada anaknya sememangnya sudah lama mendesak Che' Harun supaya berkahwin. Mendengar berita gembira tersebut, Dato' Mahfiz tidak berfikir panjang lalu terus mengirim RM5,000 kepada anaknya. Sementara itu, Dato' Mahfiz yang sering terganggu kesihatannya telah dinasihatkan doktor supaya berehat dan bertukar angin. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur ditemani jururawat yang menjaganya iaitu Halimah. Sambil berehat dia juga ingin bertemu anak dan menantu barunya. Ketibaan bapanya menyebabkan Che' Harun serba salah kerana dia sebenarnya masih belum bernikah dan ini menyebabkan dia terpaksa meminjam isteri pemandunya Salleh...

Saturday, June 13, 2009

LRT di KL

LRT di KL adalah mod transport yang sangat popular. Antara stesen2 tumpuan terutamanya time peak, waktu nak pergi dan balik ofis ialah stesen Ampang Park, KLCC dan Masjid Jamek. Time peak ni suasana dalam LRT macam sardin cap ayam. Kat platform pulak kena beratur dalam barisan yang panjang. Selalunya 2, 3 kali LRT berlabuh kat situ baru dapat menyelit naik. Namun time non-peak hours dan kalau naik dari stesen2 yang belah permulaan seperti dari Jelatek atau Setiawangsa maka taklah bersesak sangat dan selalunya dapatlah duduk sepanjang perjalanan.

Tambangnya dari RM1 ke RM2.10 depend on destination, kira harga patut le. Pelbagai ragam manusia dapat kita tengok. Dari budak sekolah, remaja, retua, profesional, pak arab, mat bangla, mat indon, pak itam, cina, melayu, india, vietnam, laos, nepal, mat saleh, dan macam2 lagilah. Ada yang dok berdengkur tidur, ada yang dengan earphone kat lubang telinga, dok sms, main game, remaja yang speaking broken, yang bising yang senyap, yang berbau, yang wangi, semua ada. Saya cerita pasal LRT ni kerana hari2 sejak dua tiga menjak ni itulah mod transpot ke ofis. Rasa selesalah pulak.

Ok lah hari ni satu adegan yang tidak ingin kita lihat sudah berlaku. Kisahnya begini...biasalah saya naik LRT kat stesen Masjid Jamek around pukul 7 pagi untuk landing di stesen Jelatek. Bila sampai Dang Wangi dapat tempat duduk la pulak. So relax sambil baca The Sun (yang dapat free distribution kat stesen masjid Jamek). LRT terus meluncur laju sambil setia mengambil dan off load penumpang di Kg Baru, KLCC, Ampang Park & Damai. "Next station Dato Keramat". Ok lah sat lagi sampai la Jelatek. Entah macamana macam terlelap pulak. Tup tup pintu LRT dah tertutup semasa berada di stesen Jelatek. Alamak terlepas stesen.

It is ok. Saya cool je. Stop kat next station. Pastu patah balik ke Jelatek, no problem. Lagi pun awal lagi ni. So saya pun turunlah di stesen Setiawangsa. Turun tangga dan naik tangga sebelah sana. Nak naik LRT hala ke KL so that dapat patah balik ke Jelatek. Alamak ramai la pulak orang. Siap beratur, ada tak kurang dari 10 barisan. Setiap barisan pulak ada 7-8 orang. So what to do, beratur la saya macam orang ramai2 tu.

Jeng je jeng, LRT sudah mari. Zap pintu terbuka. Penumpang tak dapat naik. Why? Kerana dalam LRT tu dah padat dengan penumpang. Peak hour. Warga kota berkejaran untuk ke tempat kerja. LRT sudah jadi rutin kehidupan. Teman seperjalanan. Mod transport of choice. Hmmm. Takpa tunggu next one. Nasib baik frekuensi LRT ni kerap during peak hours, every 3-4 minutes gitu. Namun itulah keadaannya, hanya seorang dua penumpang yang dapat menaiki LRT bagi setiap barisan tadi. Saya hanya berjaya naik setelah LRT yang ke 8 tiba. Itupun terpaksa menyelit gile bersama backpack saya. Rupanya saya telah menghabiskan hampir 20 minit di stesen Setiawangsa ini. Tapi tak apalah, kini saya sudah di dalam LRT. Oklah dah sampai pun Jelatek. O o saya berdiri di sebelah sini. Sedangkan pintu yang akan terbuka adalah yang sebelah sana. Sudah terlambat untuk saya cross ke sana. Maknanya saya terlepas untuk berhenti di stesen Jelatek buat kali kedua. Hu hu apa sudah jadi.

Ok lah learn from mistake. I better stanby on the other side to get out at the next station, Damai. O o wait seminit. I'm not sure which door will open next. The right or the left one? Confuse confuse confuse. To play safe I stop and wait in the middle just in case. Ahah...the left door. So I safely taking off at Damai station. So turun tangga naik tangga. I took the next LRT. And yes at last I manage to get out at Jelatek. Time now 7.45am. It is ok. Still enough time for me to reach office. Nevertheless this incident will always in my mind. What a day.

Wednesday, June 03, 2009

Tazkirah Pagi Rabu



Antara tugasan saya sejak 2 tahun ini ialah menyampaikan tazkirah ringkas di corong PA System di pejabat HR pada setiap hari Rabu jam 8:15 pagi. Ia nya berkumandang secara lintas langsung ke seluruh komplek pejabat tempat saya bekerja mencari rezki (sudah melangkaui 11 tahun). Suara saya akan menjelajah ke setiap ruang hatta ke bilek air sekali pun. Makanya tidak kurang dari 1600 keping gegendang telinga (800 staf) terpaksa menadah celotehan saya ini samada suka ataupun tidak.

Harapnya ada antara mereka mendapat manafaat dari apa yang cuba di sampaikan itu. Katalah 1% dari 800 staf itu, maknanya ada 8 orang. Kalau di congak untuk 2 tahun ini (2 tahun x 12 bulan x 4 minggu x 8 staf) mungkin 768 orang yang mendapat sedikit ilmu secara langsung. Not bad. Apatah lagi kalau mereka2 ini sudi pula sampaikan ilmu yang di dapat itu kepada isteri/suami/anak/kawan/saudara mereka pula. Apabila di Padang Mahsyar nanti dapatlah mereka2 ini menjadi saksi perihal sedikit usaha dakwah saya itu. Alhamdulillah.

Pada minggu lepas saya baru saja khatam kitab Khusyuk Dalam Solat karya TGNA iaitu 29 bab rahsia dan mutiara yang di gali dan di kupas lumat untuk mencapai sebuah solat yang khusyuk yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Dipendekkan cerita pagi ini saya menyampaikan tazkirah dengan membaca kitab baru bertajuk Fadhilat Solah karya Maulana Muhammad Zakariya. Dua hadith beserta penerangannya telah dapat dikongsikan dengan para pendengar budiman iaitu perihal kelebihan solah.

Hadith 1

Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda, "Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah SWT dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith 2

Hazrat Abu Zar r.a. berkata, "Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun2 gugur, lantas Baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun2 tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, ya Rasulullah." Kemudian Baginda SAW bersabda, "Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan Allah SWT, dosanya gugur seperti gugurnya daun2 ini dari pokok." (Hadith riwayat Imam Ahmad)


Hadith di atas rasanya biasa kita baca atau dengar sebelum ini. Namun tidak salah untuk kita amat-amati dan ulang-ulangi lagi dan lagi. Kerana solat itu tiang agama. Ibadah solat itulah yang akan di kira pertama-tama sekali di akhirat nanti. Baik solatnya maka ada harapanlah dapat markah dari ibadah2 yang lain pula. Semoga markah akhirnya LULUS.

Harapan saya ada pula saudara dan saudari yang sudi membaca posting ini dan mendapat ilmu dan manafaat darinya. Dan saudara dan saudari menyampaikannya pula pada isteri/suami/anak2/saudara-mara/kenalan maka berkembanglah ilmu yang bermanafaat, insyaAllah. Setiap kita punya tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah menyeru pada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Semoga yang malas solat akan rajin solat. Yang tak solat akan solat. Yang solat di penghujung waktu berubah untuk solat di setiap awal waktu. Semoga yang suka solat secara solo tergerak hati untuk istiqamah untuk solat secara berjemaah. Bagi yang rutinnya solat di rumah atau di ruang pejabat dapatlah apa kiranya bersolat di surau atau musalla pula. Yang solat merewang tumpuan entah kemana berusahalah pula untuk mencapai sebuah solat yang khusyuk dan penuh penghayatan.

Kita semua ini hamba Allah. Kita semua ini khalifah Allah di muka dunia ini. Tiada bezanya kita kecuali level ketakwaan kepada Allah. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah. Jadikan setiap kegiatan dan urusan harian kita ada nilaiannya di sisi Allah. Terjemahkan aktiviti kita itu menjadi ibadah. Semoga kita beruntung dalam perniagaan ini dan kaya di dunia dan berterusan dividen nya hingga ke akhirat, insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...