CLICK n GO

Sunday, March 29, 2009

Hari Kraf




























































Semalam saya berkunjung ke Hari Kraf Kebangsaan 2009 di Perbadanan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay KL. Last year pun kalau tak silap pergi juga. Menarik kerana banyak hasil seni kraf yang di pamerkan. Terdapat hasil seramik yang disertai oleh 32 syarikat dari Terengganu, Kedah, Melaka, Selangor, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, P.Pinang, Johor, Pahang dan Sarawak.

Barangan logam oleh 13 pengusaha dari seluruh negara. Perabot kayu oleh 5 pengusaha termasuklah D'Ilham Galeri dari Tanah Merah Kelantan yang mempamerkan perabut 'rough cut' yang di polish dari keratan balak dari jenis kayu merbau, tembusu dan cengal. Terkejut beruk bila tengok price tag sebuah kerusi santai kayu merbau berharga RM9,500.

Hasil Rimba (Forest Based) menarik penyertaan 106 peserta terutamanya dari Pahang, Sabah dan Sarawak. Ada 39 penyertaan untuk kategori Aneka Kraf dan sebahagian besarnya dari Sabah dan Sarawak. Memang saya dan isteri begitu teruja dengan daya kretiviti yang terserlah pada setiap barangan dan hasil produk yang di pamerkan.

Bahagian Aksesori menarik penyertaan 24 syarikat. Dan kategori Tekstil yang mendominasi koleksi batik, songket dan fesyen adalah kategori kraf yang terbesar iaitu dengan 150 penyertaan yang sebahagian besarnya dari Kelantan dan Terengganu.

Isteri dan anak2 sempat membeli beberapa barangan dengan harga patut seperti baju kaften batek Kelantan, tudung saji rotan Melaka , key chains kayu merbau dan kayu cengal Negeri Sembilan, dulang rotan Negeri Sembilan, beg mengkuang Terengganu, bola takraw Sarawak, cincin manek Sabah, dan pencil box batek dari Terengganu.

Di samping itu saya seronok juga menikmati persembahan 'live' dari kumpulan Belle Belle di pentas utama yang banyak mendendangkan lagu-lagu evergreen dan klasik. Ahli kumpulan ini terdiri dari warga emas yang berbakat seni di bidang muzik dan nyanyian. Para penonton siap berjogek lambak bersama di depan pentas.

Pelbagai pameran lain juga disediakan seperti pameran congkak, produk kraf kaca dan kristal, teknologi kraf, dan kaunter khidmat ushawan. Tidak ketinggalan acara2 khas dan demonstrasi seperti demonstrasi kraf, batik lukis, batik blok, tembikar, ukiran kayu, dan kraf logam. Aktiviti bersama pelukis termasuklah calitan kenangan atas canvas, pertandingan mewarna payung, dan melukis atas skrol.

Hari Kraf Kebangsaan ini akan berakhir pada 30 Mac ini. Jadi kalau ada kelapangan, silalah berkunjung sebagai sebuah aktiviti keluarga yang santai. Ia memang berbaloi.

Wednesday, March 25, 2009

Baca Qur'an Senafas


Alhamdulillah hari ni berlangsung ceramah perdana di ofis saya oleh pensyarah Universiti Antarabangsa Madinah, Ustaz Dr Azhar Yaacob di bawah tajuk "Penghayatan Sirah Rasulullah Dalam Konteks Hari Ini" bersempena Maulidur Rasul.

Ustaz memulakan dengan mood santai. Katanya memberi salam itu sunat. Menjawab salam tu pula hukumnya wajib. Memberi salam harus dengan suara yang lantang. Menjawab salam pula sunat dengan suara yang lebih lantang. Dan yang memberi salam lebih banyak mendapat pahala. Contohnya ustaz memberi salam, maknanya mendoakan kesejahteraan kepada 150 orang yang di depannya di majlis ilmu itu. Dan in return, 150 orang itu menjawab salamnya, maknanya 150 orang itu mendoakan kebahagiaan buat ustaz. Apatah lagi ustaz pun mengulangi memberi salam, maka, bergandalah kebaikan yang diperolehinya ....he he betul jugak tu.

Apakah tujuan Rasulullah SAW di utus ke muka dunia ini?

Jawapannya ada dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 2:
  • Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin,
  • seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri,
  • yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya),
  • dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat),
  • serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Qur'an)
  • dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak').
  • Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Rasulullah diutus untuk:
  • Membaca Al-Qur'an
  • Membersihkan Hati
  • Mengajar Al-Qur'an dan Hikmahnya
Ayat Al-Qur'an memberikan kekuatan rohani, fizikal, memori, spritual dan emosi. Kita selalunya mudah terpengaruh dengan produk yang disogokkan untuk memberikan kesembuhan penyakit, menguatkan memori, dsb. Namun kita selalu meminggirkan Al-Qur'an. Kita lupa bahawa sahabat terbaik yang betul-betul dapat refresh memori, emosi & spiritual ialah Al-Qur'an. Itulah rahsianya. Manusia yang tidak membaca Al-Qur'an itu adalah ibarat ikan yang tabii' nya hidup dalam air tetapi melompat bergolek di daratan. Lama mana sangat ia dapat bertahan. Ikan keli ikan yang paling hebat mungkin dapat hidup di daratan itu sekadar 24 jam saja. Di tempat kerja misalnya, jika moral rendah, tenaga kerja tidak produktif, dsb maka bolehlah dibuat post-mortem. Jangan lupa bahawa ia bertitik tolak dari kurang membaca Al-Qur'an.

Bilakah tuan2 kali terakhir baca Al-Qur'an? dengan nawaitu untuk mendapat kekuatan dengan membaca Al-Qur'an. Mungkin ada yang menjawab "bulan lepas, di majlis kematian, baca Yaasin".

Rohani akan mati kerana tidak baca Al-Qur'an. Itulah punca kepincangan umat Islam hari ini. Di Kelantan sejak beberapa tahun kebelakangan diamalkan di masjid-masjid mukim Bacaan Qur'an Senafas. Apa tu? Setiap selepas solat subuh berjemaah, setelah selesai zikir dan doa, imam dan jemaah akan membaca Al-Qur'an sekadar 3-4 ayat. Iman baca, makmum ikut. Ada bacaan yang kurang betul imam akan tegur. Setelah itu dibacakan terjemahan ayat-ayat yang dibaca tadi. Hasilnya kini berkat 2-3 ayat bacaan sehari iaitu dengan "bacaan Qur'an senafas" maka mereka telah berjaya khatam, dan kini memulakan 2nd round pula. Ada aura dan keberkatan pada hari itu kerana memulakan dengan membaca dan memahami ayat-ayat Allah, sebelum meneruskan dengan urusan dunia yang lain. Maka method bacaan Qur'an senafas ini sangat boleh kita amalkan sebenarnya. Baca bukan sekadar baca tetapi faham pula terjemahannya.

Maka ada pula yang beri alasan tak ada masa nak ke masjid untuk solat subuh berjemaah, kerana dapat solat subuh kat umah tu pun kira ok kan. Maka ustaz mengsyorkan plan B. Iaitu membawa budaya baca Qur'an senafas ini di tempat kerja. Sediakan Al-Qur'an terjemahan di atas meja kat ofis. Setiap pagi sampai saja di ofis, sebelum on komputer dan start baca email dsb, maka spend sekadar 5 minit untuk baca Qur'an senafas. Baca 2-3 ayat dan kemudian baca terjemahannya. InsyaAllah barokahnya sepanjang hari. "Aku nak hidayah dan petunjuk Allah". Lubuk rahsianya ialah baca Qur'an. Sudah ramai benar ustaz2 datang berceramah. Sudah selalu sangat kita berada di majlis2 ilmu, tapi selalunya keinsafan kita sebentar cuma. Lepas itu hilang entah kemana. Betul tak?

Maka hari ini tuan2. Kita kena ada plan bertindak. Mulai esok baca Qur'an senafas nak start kerja. Itu plan bertindak kita. Reformasi. Wujudkan budaya ini demi membalas jasabaik Allah. Rasulullah pasti gembira untuk mengaku di hadapan Allah "inilah umat ku, berhak ke Syurga-Mu". Fenomena baca Qur'an senafas di tempat kerja, barulah engage dengan urusan dunia yang lain. What do you think? I think it is only fair. Bolehlah bagi mereka yang boleh. Tak bolehlah bagi mereka yang tak boleh. Itulah hakikatnya. Tepuk dada tanya iman.

Sebagai value added, tolong ubah budaya baca Al-Qur'an yang kita dok amalkan selama ini iaitu ambik Qur'an, buka dan baca....bla bla....sodakallahulazim. Kalau inilah metodologi kita maka tuan2 dan puan2 tak akan dapat hidayah dan petunjuk dari Al-Qur'an. Baca, hafaz, tegur, tapi tak tau makna sesen pun. Adakah kita terkesan?

Agenda bertindak: Baca dan tahu makna bacaan kita. Bagaimana? Esok beli Al-Qur'an yang ada terjemahan. Baca 2-3 ayat, tengok maknanya. Barulah ada rasa luarbiasa. Kita faham penyataan dalam Al-Qur'an. Pertamanya tentang perintah, mana yang wajib mana yang sunat. Keduanya tentang larangan, mana yang makruh mana yang haram. Ketiganya tentang garis panduan, mana yang haram, wajib, harus dan makruh. Dan keempat kisah2 sejarah sebagai garis panduan.

Hikmah kedua adalah untuk manage hati kita. Manage Qalbu. Baik dan buruk individu ditentukan oleh hati. Bila hati kotor dengan sifat2 mazmumah maka ia akan membentuk kitaran ganas yang merosak hidup. Dosa pertama yang direkodkan manusia ialah Qabil membunuh Habil. Ini diiktiraf oleh dunia, Islam, Kristian dan Yahudi. Namun di sana sebenarnya ada dosa yang lebih awal iaitu Qabil yang punyai hasad dengki, dendam, bongkak, khianat, buruk sangka terhadap Habil. Segala sifat mazmumah itu bersarang di hati. Hingga membawa kepada dosa membunuh itu.

Suami isteri bergaduh, fedup, menyampah adalah kerana ada clash pada hati. Sirna yang baik seperti harmoni, syukur, redha, telus dan menerima seadanya membawa kepada intim, baik, ngam dan bahagia. Adik beradik tak bertegur sapa berebut harta pusaka adalah kerana hati yang kotor dan perasaan tamak. Jika ada rasa mengalah, berlapang dada, syukur, dan bening hati maka tiada akan ada masalah berebut harta itu. Zionis serang Gaza kerana tamak haloba. Bush serang Iraq kerana dendam kesumat.

Sebagai kesimpulan marilah kita bergerak kepada dimensi baru untuk manage hati, bersihkan hati. Hasad dengki itu apa? Hasa dengki itu SMOS. Senang Melihat Orang Susah. Susah Melihat Orang Senang. Kontra SMOS adalah redha, bandingkan dengan orang yang lebih rendah, dan terima seadanya. InsyaAllah hati akan bersih dan jiwa akan tenang.

Dan akhir sekali kenapa Rasulullah diutus adalah untuk mengajarkan manusia segala isi dan hikmah dari kitab Al-Qur'an itu. Maka berpeganglah kita dengan Al-Qur'an dan fahami terjemahan dan maknanya untuk mendapat petunjuk ke jalan yang lurus, menuju redha Illahi. Jazakallah.

Sunday, March 22, 2009

Di Atas Sejadah Cinta


Ok malam ni saya tamat membaca sebuah lagi buku karya Habiburrahman El Shirazy bertajuk Di Atas Sejadah Cinta. Ia adalah koleksi kisah2 teladan Islami, meneguhkan iman dan menenteramkan jiwa.

Antara yang terbaik bagiku ialah bab 35 bertajuk Nyanyian Cinta. Perihal Mahmud seorang mahasiswa di Fakulti Dakwah di Nasr City, dengan kuliah Sirah Nabawiyyah, Fikih Dakwah, Fikih A-Muqaranah, Qir'ah Sab'ah, Syeikh Fahim Abdullah, Syeikh Yahya Ash-Shabrawi, Prof Dr Abdul Aziz Abduh. Semuanya menjadi cahaya dalam dada. Mencintai Rasulullah seutuhnya. Tekad membaktikan diri sepenuhnya pada Allah.

Keikhlasan Mahmud mengembalikan sebuah beg yang tertinggal di tandas masjid atas dasar menunaikan amanah Allah. "Tidak perlu berterima kasih atas sebuah kewajipan. Bersyukurlah pada Allah", itulah yang dituturkannya apabila menolak dengan lembut untuk menerima sesuatu sebagai imbuhan dari Pak Raghib tuan punya beg itu. Beg yang punyai seribu satu khazanah yang begitu berharga.

Di akhiri dua tahun selepas itu apabila Allah membalas keikhlasan Mahmud dengan menjodohkanya dengan anak tunggal arwah Pak Raghib, pewaris segala harta kekayaan ayahnya. "Aku dan segala yang kumiliki sekarang ada dalam kuasamu", bisik isteri yang baru dinikahinya. Itulah kekuasaan Allah.

Friday, March 20, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Last weekend saya sekeluarga bertandan ke Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu. Kami meminjam 15 biji buku. My wife biasalah buku2 pasal okid. Anak2 pulak novel2 cinta. Bahagian saya ialah dua novel karya Habiburrahman Al Shirazy & sebuah buku kewangan karangan Gobala Krishnan.

Anyway hari ni saya telah khatam salah sebuah buku itu iaitu Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1) buah tangan dari penulis muda Indonesia yang kreatif iaitu Habiburrahman El Shirazy, seorang novelis, sarjana Al Azhar University Cairo, dan penulis bestseller fenomena Ayat Ayat Cinta. Beliau lahir di Semarang pada tahun 1976. Pendidikan menengahnya di MTs Futuhiyyah Mranggen sambil belajar kitab kuning di Pondok Pesantren Al-Anwar. Kemudian lanjut ke Fakulti Ushuluddin, Jurusan Hadith, University Al Azhar Cairo (1999) & Postgraduate Diploma MA di The Institute for Islamic Studies in Cairo (2001).

Sebagaimana novel Ayat Ayat Cinta yang menceritakan watak hebat Fahri, kini dalam Ketika Cinta Bertasbih banyak mengisahkan Azzam seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut di Al Azhar Mesir, pelajar salaf metropolis dan musafir berjiwa entrepreneur.


Saya petik di mukasurat 404 & 405 (dari 451) apabila Azzam menasihati rakan serumahnya Fadhil yang menghadapi sebuah masalah cinta tak kesampaian dgn seorang mahasiswi bernama Tiara, "Cuba resapi baik2 kata2 Imam Ibnu Arthaillah, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenagan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana". Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan.

Kecintaanmu pada Tiara itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak akan boleh kau keluarkan, kau usir dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua hal.

Pertama, rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya manjadi kecil dan terusir.

Kedua, rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak kan sibuk memikirkan yang lain.

Kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindumu pada Tiara. Itulah yang membuatmu tersiksa. Padahal kau sudah tahu bahawa dia sudah dilamar dan dikhitbah Zulkifli temanmu sendiri. Kau harus tahu perasaan seseorang tidak dapat merubah hukum syari'at. Seberapa besar rasa cintamu pada Tiara dan seberapa besar perasaan cintanya kepadamu, tidak akan merubah hukum dan status Tiara, bahawa ia telah dilamar. Apalagi Tiara telah menerima lamaran itu.

Kedua mata Fadhil basah mendengar kata2 Azzam. Dia mengakui "Cinta memang bukan segala-galanya, tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya."

Benar. Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kau mencintai seseorang, ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak kan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak kan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengan-Nya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dengan-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Mendengar hal itu ada kesejukan yang mengalir di dalam jiwa Fadhil. Kesejukan yang membuat hatinya sedikit terhibur dan lega. jiwanya perlahan mulai menemui ketenangan.

***
Sebuah novel yang sarat pengajaran dan hikmah. Yang memberi saya sebuah kepuasan. Bersambung ke "KETIKA CINTA BERTASBIH 2".


Friday, March 13, 2009

What's Next After SPM?

Keputusan SPM telah diumumkan. Saya sekeluarga telah menemani anak kami Amir Asyraf ke MRSM Kubang Pasu. Kami bertolak selepas subuh melaui PLUS highway dan sampai ke sana sekitar pukul 12 tgh. Sudah ramai para pelajar di sana, ada yang terserlah kegembiraan dan ada juga yang a bit reserve. Ia mengembali nostalgia saya 27 tahun lalu semasa mengambil result SPM di SMS Kelantan bersama kawan2. Dulu ada kiraan agregate. Kalau dapat 10 agregate ke bawah tu kira best brain la kan. Kalau 11 hingga 16 agregate, kira among the best jugak la. Tapi sekarang semua kira berapa A dapat? Tiada yang A melainkan A belaka.

10,080 calon SPM 2008 memperoleh lebih 10A


PUTRAJAYA: Seramai 10,080 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pel
ajaran Malaysia (SPM) berjaya memperoleh 10A atau lebih, 5,863 memperoleh 9A dan dan 5,909 calon mendapat 8A. Mengumumkan keputusan SPM 2008 di sini pagi ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom, berkata daripada 442,936 calon yang menduduki peperiksaan itu, 347,443 lulus dan mendapat sijil, berbanding berbanding 347,032 pada 2007. Beliau berkata, aripada jumlah itu, 181,416 calon lulus semua mata pelajaran berbanding hanya 175,452 calon pada tahun sebelumnya.

What's Next After SPM - Itulah tajuk briefing yang diberi kepada para pelajar dan ibubapa bermula pukul 2:30ptg di dewan besar MRSP-KP oleh guru kaunseling iaitu En Shamsuddin Bin Mahmud. Permohonan hendaklah dibuat dalam masa 10 hari ini. Secara umumnya ada 7 pilihan yang ada.
  • Program ke Luar Negara tajaan JPA atau MARA - ini adalah bagi para pelajar yang mendapat straight A untuk subjek teras dan subjek sains, the best of the best. Pelbagai jurusan di pelbagai universiti luar negara ditawarkan. Permohonan secara online boleh di buat di www.mara.gov.my.
  • Program ke Luar Negara tajaan swasta - termasuklah tawaran dari Petronas, TNB, TMB, BNM, Khazanah Negara, dsb. Keterangan lanjut boleh di dpati di laman web syarikat2 berkenaan dengan permohonan online. Ini juga untuk pelajar yang mendapat staright A.
  • Universitu swasta tajaan syarikat swasta di MMU, UTP, Uniten - maklumat boleh di dapati di laman web Telekom Malaysia, Petronas, dan Tenaga Nasional.
  • Matrikulasi Kementerian Pendidikan - panggilan pertama ialah bulan Mei 2009. Permohonan secara online telah dibuat sebelum SPM hari tu. Kementerian Pendidikan akan menawarkan tempat kepada mereka yang layak. Kepada para pelajar yang tidak mendapat offer matrikulasi, nama2 mereka akan dihantar balik ke pihak sekolah untuk tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Kementerian Pendidikan negeri masing2. Depending on the result, kursus matrikulasi ini adalah untuk jangka waktu 1 atau 2 tahun. Kursus dan universiti yang akan ditawrkan juga belum tentu dan banyak bergantung kepada keputusan di matrikulasi nanti, contohnya keputusan cgpa 4.0 sahaja yang layak untuk kursus perubatan.
  • Program melalui UPU - permohonan online hendaklah melalui password yang di beli di BSN. Antara yg ditawarkan ialah Asasi pengajian islam UM, Matrikulasi UAI, Diploma UPM, Diploma UTM, Asasi & pra UiTM, Tamhidi USIM, Diploma UPSI, dsb.
  • Politeknik, ADTEC, JMTIL, & Francais IPTA.
  • IPT Mara - Termasuk lah German Malaysia Institute (GMI), 12 campus UniKL temasuklah BMI, MFI, MSI, MICET, MIAT, & RCMP. Bagi pelajar MRSM, ni salah satu borang yang wajib di isi.
Bak kata En Samsuddin, collection first then selection. Maknanya jangan malu untuk apply sebanyak mungkin, dan bila dapat tawaran tu, maka pilihlah yang terbaik untuk diri kita. bawak berbincang dengan ibu-bapa, adik beradik, kawan2 & saudara-mara. Pilihan itu bakal mencorak masa depan kita. Jangan tersalah pilih. Beliau mencadangkan semua pelajar jadi jutawan agar dapat menjadi payung membantu anak bangsa dengan memberi peluang kerja kepada orang lain juga nanti. Yang penting bersesuaian dengan minat dan keinginan.

Ada satu cerita ibubapa yang sangat ingin anaknya menjadi doktor, tetapi anak sebenarnya nak jadi cikgu. Namun terpaksalah mengharungi medic school sehingga berjaya mendapat ijazah. Maka pada hari itu anak ini pun menyerahkan scroll ijazahnya kepada ibubapanya dan berkata nah saya sudah tunaikan hajat ibu & ayah. Dan kemudian beliau meneruskan pengajian diploma pendidikan untuk menjadi guru, untuk menunaikan hajatnya pula.

Perjalanan masih panjang. Tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang dan tidak cemerlang. A bukan segala2nya. Yang penting perbetulkan sikap. Ada hikmah disebalik keputusan SPM yang dicapai itu. Teruskan perjuangan. Belajarlah dari pengalaman. Beside academic excellence be a 'street smart' as well. Kalau dulu banyak enjoy atau belajar sambil lewa, maka result yang dicapai juga sederhana. Maka kalau di usaha lebih sedikit atau go all out maka result straight mungkin dalam tangan. Tidak guna mengenang yang sudah berlalu. Plan for the future. Dapatkan tempat di peringkat seterusnya. Usaha yang terbaik. Di peringkat Martrikulasi atau Program Asasi misalnya, keputusan cemerlang nanti membuka semula peluang pengajian ke luar negara dsb. Motivasi diri.

Ambil pengajaran dari Nik Nur Madihah anak nelayan di Kg Parang Puting, Pengkalan Chepa yang hidup serba kekurangan tapi berjaya mencapai keputusan 20A. Kerana kesukaran dan kemiskinan itu dijadikan pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib dan membela keluarganya. Bila ditanya wartawan apakah resipi kejayaannya, katanya paling penting banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat2 bertanya kepada guru dan selebihnya bertwakal. "Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan", tambahnya lagi.

Dalam akhbar semalam dinyatakan 41,000 berpeluang melanjutkan pelajaran di pelbagai jurusan di 20 IPTA seluruh negara. Ini tidak termasuk tempat yang ditawarkan di IPTS yang merangkumi 41 Universiti Kolej & 433 Kolej dalam negara.

Semalam Amir dan kawan2nya telah berkunjung ke PWTC untuk Karnival Pengajian Tinggi MARA. Nampaknya UniKL yang punyai 12 IPT itu menjadi pilihan, dengan program asasi di kampus matrikulasi di Kulim Kedah. Dengan kelayakan keputusan SPM nya itu, pegawai dari UniKL telah menerima borang permohonannya dan pengajian akan bermula pada bulan Mei ini.

Satu lagi program yang di daftar ialah program diploma di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan akan menghadiri temuduga pada 17 April ini. Kedua2 program di atas adalah dibawah tajaan MARA. MIAT telah menjadi pilihan utama beliau. InsyaAllah cita2nya yang kini menjurus kepada Bachelor of Aviation akan tercapai jua, bagi mengisi keperluan professional yang masih kekurangan di bidang berkenaan. All the Best !!

@@@

Monday, March 09, 2009

PPSMI

Pada Khamis lalu di stesen LRT Masjid Jamek ada beberapa orang sibuk mengedarkan phamplet perihal perhimpunan raksaksa 100 ribu hapuskan bahasa inggeris dalam pengajian sains dan matematik, yang bakal diadakan pada sabtu 7 mac 2009 2ptg di depan Istana Negara KL.

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) ini rupanya sudah jadi isu hangat.

Saya tidak memberi perhatian sehinggalah membaca akhbar semalam yang menceritakan bagaimana sekali lagi pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstarsi besar2an itu. Maka saya mencari2 phamplet yang saya terima tempoh hari untuk saya amat amati.

Di situ tertera - mengapa kami bantah penggunaan bahasa inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik antaranya ialah:
  • PPSMI adalah idea (mantan) Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.
  • PPSMI hanya menguntungkan anak2 yang ibubapanya bertutur bahasa inggeris di rumah.
  • PPSMI menguntungkan anak orang kaya2 di bandar.
  • Ibubapa yang tidak bertutur bahasa inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak2 mereka di rumah.
  • Anak2 keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.
  • PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera, dll.
  • PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.
  • Guru2 tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.
  • Cendekiawan dan cerdik pandai melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPMSI.
  • Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.
  • PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.
  • Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.
  • PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan2 bahasa inggeris.
  • Kaum cina pun menentang PPSMI.
  • Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan bahasa inggeris.
  • PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.
  • PPSMI menghina bahasa melayu.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu.
  • PPSMI gagal mengkayakan negara2 di benua India dan Afrika yang meminjam bahasa inggeris.
  • Semua negara maju di dunia menggunakan bahasa masing2.
  • Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kaya raya.
  • Di mana2 negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.

DS Hishamuddin Menteri Pelajaran mempertikaikan kenapa selepas 6 tahun PPSMI di laksanakan baru kini di adakan demonstrasi penentangan dan laporan polis dibuat. Hmmm...betul jugak tu.

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Sila klik di sini.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Dalam apa jua isu sudah tentu ada pro dan kontra. Kalau di korek dari sudut positif maka positif lah jadinya dan apabila kita lihat dari perspektif yang negetif maka apa yang nampak sudah tentulah segala kejoblokan, kehudohan dan kebusukannya.

Apa kata kita tengok secara rasional apa yang dibangkitkan dan ketidakpuasan hati yang timbul itu...
  • PPSMI adalah idea (mantan) Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea TM ni memang agak 'advance' dan kontrovesi sikit. Kita ada pendapat masing2 perihal PPMSI ini, ada yang sokong, ada pulak yang tak sokong. Itu biasa la kan.
  • Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI. Yang ni saya setuju...rasanya idea TM la kot.
  • PPSMI hanya menguntungkan anak2 yang ibubapanya bertutur bahasa inggeris di rumah. Hmmm...quite subjective. Tapi betul la kan kalau saya tak gheti berbahasa inggeris maka payahlah sikit nak menjawab apa yang di tanya anak. Masalahnya ramai gak ibubapa tak ambik peduli pun nak supervise anak2 time mentelaah kat rumah tu.
  • PPSMI menguntungkan anak orang kaya2 di bandar. Again, I think it is subjective. Pendedahan yang lebih banyak dalam BI, bisa jugak memberi kelebihan kepada para pelajar untuk menguasai dan memahami BI. Ini termasuklah anak orang miskin. Yang penting peranan ibubapa dan guru menyedarkan anak2 tentang masa depan dan visi yang ingin dicapai, dan di sertai dengan motivasi dan sokongan padu.
  • Ibubapa yang tidak bertutur bahasa inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak2 mereka di rumah. Saya setuju, namun boleh menolong dari segi lain contohnya pastikan anak2 belajar mengikut jadual dan disiplin.
  • Anak2 keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI. Mungkin betul. Tapi saya rasa sikap paling penting. Masih ramai anak2 keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar yang mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun.
  • PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera, dll. Hmmm...masalah nya bila di ipta atau ipts di dalam dan di luar negara, kebanyakan lecturer menggunakan BI sebagai bahasa pengajaran. Buku2 dan bahan rujukan pun dalam BI. Nak2 lagi jurusan kejuruteraan dan perubatan. Jadi kalau pelajar sudah menguasai BI maka ia memberi kelebihan. Jadi anak orang kampung dan orang miskin mempunyai lebih peluang untuk grad sebagai jurutera, saintis dan doktor. Masalah yang dibangkitkan mungkin peringkat kemasukan ke ipta, bila ramai yang tidak lepas syarat kemasukan kesan dari penguasaan BI yang lemah hinggakan subjek sains dan matematik tidak mencapai gred yang disyaratkan.
  • PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat. Eloknya di buat pungutan suara, forum2 rundingan, dan 'brain storming sessions' dan sebarkan hasil keputusan nya. Tapi yakinlah dalam setiap perkara kita tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pihak.
  • Guru2 tidak pernah bersetuju dengan PPSMI. Mungkin betul. Nak2 lagi kelompok guru yang memang yang tak berapa mahir ber BI, satu bebanan pulak. Kalau dah guru tunggang terbalik mengajar, hah para pelajar rasanya lagi la pening, betul tak?
  • Cendekiawan dan cerdik pandai melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPMSI. Ish, ish, ni memang tak patut. Bawak la berunding. Jangan pandai2 sendiri je. Kesan nya jangka panjang. Ini halatuju negara.
  • Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI. Maknanya dah ada penentangan sejak azali lagi le ni, tapi depa buat dak je, main redah, mentang2 lah depa ada power ye dak?
  • PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal. Adus, yang ni naya. Macam tipu diri sendiri ni. Main politik ke apa?
  • Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat. Adus...padan le keputusan rasmi periksa nampak meningkat setiap tahun. Main politik ke apa?
  • PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan2 bahasa inggeris. Biasa la tu, setiap agenda besar macam ni, ada saja lah yang dapat menangguk di air keruh.
  • Kaum cina pun menentang PPSMI. Depa nak protect bahasa ibunda, identiti bangsa.
  • Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan bahasa inggeris. Kelompok yang diasuh oleh penjajah.
  • PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara. No komen.
  • PPSMI menghina bahasa melayu. No komen.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu. No komen.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu. No komen.
  • PPSMI gagal mengkayakan negara2 di benua India dan Afrika yang meminjam bahasa inggeris. Setuju.
  • Semua negara maju di dunia menggunakan bahasa masing2. Come to think about it, betul jugak ni. Kita ambik contoh negara2 seperti Thailand, Jepun, Taiwan, China, France, Germany, Korea, dan Rusia - semuanya guna bahasa ibunda masing2.
  • Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kaya raya. Kena belajar sejarah. Learn from the past.
  • Di mana2 negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin. Sekali lagi kena tengok sejarah.
Apa yang jelas persoalan agama dan bahasa adalah dua elemen yang sentiasa sensitif di Malaysia. Dan mesti ditangani dengan penuh hemah. Kembali kepada tujuan dasar perlaksanaan PPSMI iaitu untuk memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Sekiranya perlaksanaan PPSMI ini lebih membawa kebaikan dari keburukan setelah diambil kira pelbagai aspek yang dibangkitkan, mungkin kewajaran untuk ia diteruskan itu ada. Namun jika ia hanya satu agenda yang sangat merugikan kita semua terutamanya orang melayu maka masih belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan dan membetulkan keadaan.

@@@

Sunday, March 01, 2009

Jalan2 Cari Makan


Hari Sabtu semalam bawak le isteri dan dua anak perempuan saya jalan2 cari makan. Mula tu singgah pos ofis pi ambik insuran kereta, perbarui cukai jalan dan ambik rebet yg gomen bagi tu. Kemudian zzup 120kmsj merentasi PLUS highway menembusi tol jln duta ke KL. Setelah itu terus le gi cari makan kat gerai ayam kampung yg famous sebelah stadium kg baru tu. Menu yg di order ialah ayam kampung, gulai kawah, teresek, ulam, sambal belacan dan budu. Minumannya pula fresh oren, milo ais dan teh o ais.

Sambil dok makan dihibur pulak oleh penyanyi jalanan, seorang wak yg agak saya sudah melewati umur 50an. Sedap jugak, lagu2 version unplugged gitar tong dgn suara sengau2 basah. Banyak gak lagu2 yg dia bantai termasuklah lagu mawi 'kian', sweet charity 'kamelia', ebit g ede 'berita untuk kawan, m.rizal 'abang beca', radja 'larut', dan jamal abdillah 'seroja'. Tapi tak ramai pulak yg pi contribute bubuh duit dalam kotak yg dia sediakan atas bangku....budaya memberi ni masih kurang nampaknya. Penat je wak tu dok jom heboh. Isteri saya berbisik 'elok nye cari kerja lain le pakcik'. Tapi yelah dalam usia begitu mungkin tak banyak choice yang dia ada. Kebetulan pulak dia minat menyanyi, jadi ke situlah usahanya untuk mencari sesuap nasi.

Kemudian kami singgah solat zohor di Masjid Negara. Rasanya last sekali ke sana ialah 2 tahun lalu. Banyak kosmetik telah di tampal dan di tempek hinggakan interior nya memang lawa berbanding beberapa tahun dulu. Namun elemen pembaziran tetap wujud kerana lampu2 kekal terpasang walaupun di siang hari. Rasanya kalau tidak di pasang pun tidak menjadi hal kerana cahaya matahari siang sudah mencukupi, kecuali bilek persalinan dan tandas di basement. Sebarang bentuk pembaziran bukankah di tegah dalam Islam? Contohnya rokok jugak (selain dari elemen bahaya) adalah diharamkan kerana dikatakan pembaziran.

Anyway saya sempat berimankan seorang abang pertengahan umur untuk zohor itu, namun sebelum itu dia sempat memberitahu bahawa dia solat jamak. "O ye ke", jawab saya. Tapi beliau terus menambah iaitu tidak mengapa untuk saya menjadi makmum kepada seseorang yang solat jamak, tetapi seseorang yang ingin solat jamak tidak boleh menjadi makmum kepada imam yang solat biasa. Kerana katanya sekiranya jika imam naik untuk rakaat ketiga contohnya, takkan makmum itu hendak memberi salam dan menghabiskan solat jamak nya pula. Hmmm...betul jugak. Panjang lebar brother tu memberi penerangan kepada saya. Katanya dia bermusafir dari Slim River.

Selepas meneruskan rakaat ketiga dan keempat saya, setelah brother itu memberi salam (salat jamaknya) dan meneruskan dengan jamak dan qasar asarnya, saya kekal di situ dengan doa selepas solat saya. Brother itu setelah selesai solatnya dan bila melihat saya masih di situ, maka beliau menyambung penerangan persoalan makmum yang berimamkan seseorang yang bersolat jamak tadi. Saya suka dengan sikapnya yang cuba berkongsi ilmu itu dengan saya. Seharusnya begitulah, sekiranya kita ini miliki ilmu walaupun satu, maka sangatlah elok di sampai2kan kerana dengan cara itu ilmu itu akan berkembang.

Kemudian misi seterusnya ialah membawa isteri ke suatu tempat kegemarannya iaitu ke Taman Orkid di Lake Garden KL. Ramai juga kelihatan para pelancung dari luar negara yang kelihatan menikmati kecantekan dan keunikan pelbagai spesis orkid di situ. Isteri memang penggemar orkid dan punyai koleksi berbagai spesis. Sila klik di sini. Selalunya kami membeli 'cutting' termasuklah dari Taman Orkid ini untuk disemai dan dibela. Dulu harga cutting murah saja sekitar RM10 untuk 5 cutting, tapi kini RM10 hanya layak untuk satu cutting saja. Terkejut kami dibuatnya. Kalau hendak dibeli yang rare spesis yang pokoknya tidak sebesar mana memang mahal iaitu sekitar RM35 sepasu. Kami meluangkan lebih kurang 2 jam di sini. Isteri membeli beberapa cutting spesis yang masih belum kami miliki dan 10 biji pasu kosong.

Pulang dari Taman Orkid, singgah pula di pusat nurseri Sg Buloh. Hujan mulai turun dengan lebat ketika kami berada di salah sebuah gerai di situ. Isteri mebeli tanah jepun, baja 'paksa bunga' untuk bunga kertas, baja hijau, dan racun siput.

Kemudian singgah di NSK Rawang untuk membuat grocery. Setelah solat maghrib di stesen petronas, anak2 ingin ke Parkson untuk membeli beberapa peralatan sekolah dan barangan dandanan (maklumlah anak perempuan). Kemudian terus menghala pulang ke rumah. Tetapi sempat singgah untuk dinner nasi goreng kampung di sebuah gerai peberet kami. Sampai ke rumah dalam pukul 10 malam dengan keletihan. Itulah jalan2 cari makan kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...