CLICK n GO

Tuesday, September 23, 2008

Lailatul Qadar

Malam ni dah malam ke 24 Ramadhan. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya "Carilah Lailatul Qadar pada malam2 yang ganjil pada 10 hari yang terakhir bulan Ramadhan". Maka kita sebenarnya masih belum terlambat untuk memanfaatkan kurniaan Allah ini. Rasulullah SAW bersabda "Lailatul Qadar telah dikurniakan ke atas ummat ini (ummatku) dan tidak kepada lain2 ummat". Sebab2 pengurniaan ini banyak, menurut beberapa hadith, satu sebabnya ialah, Rasulullah SAW pernah memikirkan tentang umur umat2 terdahulu yang panjang2 dan apabila dibandingkan dengan keadaan umur pendek umatnya maka baginda pun sangat berdukacita kerana jika umat ini ingin berlumba dengan hal kesolehan dengan umat2 terdahulu, maka mustahillah mereka dapat bersaing atau mengatasinya lantaran umur mereka yang pendek. Maka dengan rahmat Allah SWT dikurniakanlah malam yang penuh keberkatan ini. Ini bermakna jika mana2 orang dari umat ini yang bertuah dapat menghabiskan masa sebanyak 10 malam yang sedemikian dalam menyembah Allah SWT maka pahala yang diperolehinya ialah sebanyak 83 tahun 4 bulan malah lebih banyak lagi. Jadi dapatlah umat ini bersaing kesolehan dalam amal ibadat itu dengan umat2 terdahulu, insyaAllah.

Masalahnya apakah kita grab this opportunity of the life time yang di offer special ini? Tak jugak. Kadang kita alpa macam biasa, sibuk tengok bola atau tidur nyenyak maka 10 malam terakhir itu berlalu bagai air kepam celah longkang. Apakah sebenarnya kita appreciate atau faham apakah itu Lailatul Qadar? Dalam surah Qadar dinyatakan "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam kemuliaan." Ayat ini merujuk kepada suatu kenyataan bahawa pada yang khusus ini, al-Qur'an telah diturunkan dari Luh Mahfuz ke Langit dunia (secara sekali gus). Penurunan al-Qur'an itu sendiri sudah memadai untuk menggambarkan kehebatannya. "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" Dengan kata lain, tahukah kamu betapa besar dan pentingnya malam ini? Tahukah kamu apakah kurniaan dan nikmat yang terkandung di dalamnya? Maka di sambung dgn ayat seterusnya dalam surah Qadar "Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan". Maksud yang sebenar daripada ayat ini ialah bahawa ganjaran bagi berjaga pada malam ini di dalam beribadah adalah terlebih besar daripada beribadah selama 1000 bulan, tetapi sebanyak mana yang akan diberikan, maka tidaklah kita diberitahu di sini.

Berbalik kepada kita apakah mahu dibiarkan Lailatul Qadar berlalu begitu saja sekali lagi pada tahun ini. Ingatlah ini adalah Ramdhan terakhir kita. Jangan jadi manusia yang bodoh, rugi dan papa di akhirat nanti. Carilah sebanyak mungkin harta untuk bekalan akhirat, inilah dia di Lailatul Qadar. Barulah nampak cerdik dan bijak di sini (dunia) dan di sana (akhirat). Bagi memastikan seseorang itu memperolehi keberkatan bulan Ramadhan, maka habiskanlah masa dengan beribadah setiap malam bermula daripada malam yang ke 20 hingga seterusnya. Tidaklah sesukar mana menghabiskan masa sebanyak 10 atau 11 malam beribadah jika dibandingkan dengan ganjaran yang terlampau besar bakal diterima. Kini hanya tinggal 7 malam terakhir. Siapa cepat dia dapat, InsyaAllah.

Cuba imagine ibadah kita contohnya 2 rakaat solat tahajjud malam esok (malam ke 25) katalah nilainya RM1,000. Dengan usaha kita yang penuh ikhlas dan pengharapan itu, Allah memberikan pulangan keuntungan atas pelaburan RM1000 itu dengan balasan RM1,000,000. Nampak tak brother? Kalau kita ini businessman yang sentiasa mencari pulangan juta2 di muka dunia yang sementara ini yang bila mati besok semuanya bakal ditinggalkan dan tak di bawa satu sen pun, maka jadilah kita a smart businessman for a change yang mendapat pulangan juta2 yang dapat di bawa untuk hidup mewah selama2nya.

Itulah Lailatul Qadar tuan2 dan puan2. Apa tunggu lagi......Action!!

@@

Monday, September 01, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerana di limpah rahmat Nya untuk kita sama2 sekali lagi dapat bertemu dengan Ramadhan, satu bulan yang agung lagi diberkati. Betapa beruntungnya kita kerana dipilih Allah dan menjadi the chosen one. Betapa ramai lagi kawan-kawan kita, saudara-mara kita dan umat terdahulu yang sudah tidak terpilih lagi untuk sama-sama menghirup oksigen di bulan mulia ini. Please value this opportunity the most. Marilah istiqamah untuk menempuhi Ramadhan kali ini dengan the best strategy ever. So that we will benefit from rahmat Allah dalam mendamba keampunan dari Nya agar di penghujung nanti sebelum kita menyambut Raya itu, kita semua bebas dari neraka Allah dan berjaya menempah tiket ke Syurga Nya. InsyaAllah. Ia banyak bergantung pada nawaitu kita, keikhlasan input dalam beribadah dalam melalui proses penyucian diri ini agar memperoleh keberuntungan output maksima.

Hazrat Salman RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'aban, mafhumnya:-

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan ini adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan ini adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat lalu berkata, "Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepda orang yang berpuasa untuk berbuka puasa." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Bulan itu adalah satu bulan yang pada awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan dari daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkan pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah SWT dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah SWT dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."

Eloklah kita tengok beberapa point penting yang dapat di petik dari Hadis di atas iaitu pertamanya peringatan Rasulullah kepada orang ramai agar tidak satu saat pun dari bulan Ramadhan al-Mubarak berlalu dalam keadaan lalai. Kedua, penerangan kelebihan keseluruhan bulan tersebut, khasnya Lailatulqadar yang amat penting itu. Ketiga, ibadah sunat solat Tarawih yang datang dari Allah SWT. Kitab Fadhilat Amal yang saya rujuk ini seterusnya menjelaskan iaitu perlu diberi perhatian di sini bahawa terdapat dua sunnah yang berasingan iaitu membaca atau mendengar seluruh al-Qur'an di dalam solat Tarawih adalah sunnah tersendiri. Manakala bersolah Tarawih pada sepanjang bulan ramadhan adalah sunnah yang lain.

Seterusnya Rasulullah SAW mengajak kita supaya mengambil berat terhadap ibadah fardu dan sunat dimana ganjarannya berlipat kali ganda. Setiap dari kita perlu merenungkan setakat mana kita mengambil berat terhadap amalan fardu dan setakat mana terdapat peningkatan dalam amalan sunat. Kecuaian kita terhadap amalan fardu begitu ketara apabila kita tidur semula selepas bersahur sehingga solat Subuh terpaksa di qada ataupun setidak-tidaknya akan terlepas solat berjemaah. Seolah-olah kita sanggup bersyukur atas makanan yang dimakan ketika bersahur hanya dengan mengqada satu perintah yang paling penting di sisi Allah SWT atau setidak-tidaknya mendirikan solat dalam keadaan cacat kerana ulama fekah menyatakan bahawa menunaikan solat tanpa berjemaah adalah satu amalan yang cacat. Justru solat berjemaah itu adalah satu kemestian. Ramai yang terlepas solat Maghrib secara berjemaah kerana berbuka puasa dan ada juga yang terlalu ghairah menunaikan Terawih sehingga menunaikan solat Isyak sebelum waktunya. Zohor juga dikorbankan kerana kita tidur pada waktu tengahari, dan solat Asar disibukkan dengan urusan pejabat atau sibuk membeli juadah berbuka.

Seterusnya cuba kita lihat amalan fardu yang lain. Sejauh manakah amalan itu di ambil berat? Jika begitulah keadaan amalan fardu, maka keadaan amalan sunat bagaimana? Solat Isyrak & Dhuha dikorbankan kerana kita biasanya tidur atau sibuk segala macam urusan. Bagaimana pula kita akan dapat menunaikan solat Awwabin sedangkan baru saja berbuka puasa, dan akan tiba pula masa untuk solat Tarawih? Masa solat Tahajud pula bertepatan dengan waktu bersahur. Waktu manakah hendak dicari sebagai masa lapang untuk solat-solat sunat? Semua alasan itu sebenarnya kerana kurangnya kesungguhan. Maka tanyalah "kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih!" Amalan tadarus al-Qur'an iaitu seorang membaca dan seorang lagi mendengar secara bergilir, sebagaimana yang telah biasa dimalkan mengikut para ulama hukumnya sunat. Janganlah malu dan segan untuk bertadarus. Bacaan dan tajwid kita juga boleh dielokkan, sebab kita ni kadang tu syok sendiri, ingatkan bacaan dah cantek tapi hakikatnya banyak kesalahan di sana sini.

Rasulullah SAW juga di akhir Hadis di atas menarik perhatian kita kepada empat perkara untuk diperbanyakkan sepanjang Ramadhan ini iaitu:-

1. Kalimah Toyyibah (La Ila Hai llallah)
2. Istighfar.
3. Doa meminta Syurga.
4. Doa meminta perlindungan dari Neraka.

Rasulullah SAW menerangkan beberapa keistimewaan bulan ini dan adab-adabnya. Pertama, bulan ini adalah bulan kesabaran. Hadapilah dengan penuh semangat dan kesungguhan. Kedua, bulan simpati yakni bulan untuk membantu orang-orang fakir miskin. Ketiga, kelebihan memberi orang makan untuk berbuka puasa. Rasulullah bersabda yang mafhumnya, "Sesiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa Ramadhan daripada sumber rezki yang halal maka malaikat akan menghantarkan kepadanya rahmat pada malam-malam Ramadhan dan pada malam Lailatulqadar, Jibrail AS akan datang bersalam dengannya." Tanda orang yang disalami oleh Jibrail AS adalah hatinya menjadi sayu dan airmatanya akan mengalir.

Puasa adalah salah satu daripada ibadah yang sangat dicintai oleh Allah SWT. Oleh kerana itu Allah berfirman (di dalam hadis qudsi) yang bermaksud, "Ganjaran bagi setiap amal kebaikan akan diberi oleh malaikat tetapi ganjaran untuk puasa, Aku sendiri yang akan beri kerana puasa adalah khusus untuk Ku." Diberitakan dalam sebuah hadis bahawa puasa itu pintu segala ibadah. Iaitu puasa akan menjadikan hati bercahaya dan cahaya itu akan menimbulkan keghairahan terhadap setiap ibadah lain, dengan syarat puasa itu hendaklah puasa yang sebenar. Bukan sekadar berlapar tetapi berpuasa sambil menjaga segala adab-adabnya.

Marilah kita berazam pada 1 Ramadhan ini, dan berdoa ke hadrat Allah semoga ibadah puasa Ramadan tahun ini penuh kualiti dan ada nilaiannya di sisi Allah.....Amin!

@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...