CLICK n GO

Wednesday, December 07, 2005

Cuti Sekolah

Assalamualaikum semua. Lama dah saya dah menulis kat sini ye. Saya pun tak tau lah ada ke orang yg baca blog saya ni. Harap nya ada la ye. Kot kot syok sendiri je !! Tapi takpe at least I put forward my piece of mind for the public to see. Kalau tak pun, untuk anak-anak saya baca bila saya dah takda nanti.

Dulu saya rajin hantar komen pada isu-isu semasa kat ruangan forum Utusan Malaysia. Ehh ada gak la keluar 4,5 kali, latest yg pasal Awang Selamat cadangkan supaya cuti Hari Wilayah dimansuhkan....apa lagi saya bantai AS with fact and figures..ok gak. Seronok beb bila tengok tulisan terpapar di dada akhbar perdana. Apa lagi gunting elok-elok dan simpan dlm album, kalau tak pun laminate gantung kat dinding..he he.

Alhamdulillah saya sempat gak habiskan puasa 6 dlm bulan Syawal hari tu. Nyaris tak sempat...last day 30 Syawal tu pun puasa lagi. Rupanya puasa sunat ni pun banyak dugaannya. Saya rasa best lak puasa ni. Dapat rasa ketenangannya. Bila bangun pukul 5 pagi untuk bersahur. Kalau rajin pekena Qiyamullail seround. Pastu baca Quran jap sambil tunggu solat subuh pukul 5.45 tu, tenang lain macam beb. Pi ofis pun segar. Kalu nak diet lak, saya rasa puasa is the best. Saya bercadang nak puasa sunat sehari seminggu, probably setiap khamis, InsyaAllah.

So sekarang ni musim cuti sekolah. Bagi saya yg 2 dari 3 anak saya dok asrama ni, cuti sekolah is the best time to be with them. Jadi saya pun kalau boleh nak cuti gak la. Anyway masa cuti sekolah ni is the best time to spend those quality time with them. Tanpa disedari anak-anak saya ni dah masuk zaman remaja. Amir tu skrg dah sama tinggi ngan saya. Farihin lak dah sama tinggi ngan maknya. Shilah lak makin montel. Masing-masing dah ada handphone kecuali Shilah. Yg letih nya kadang tu papa yg kena top-up. Alhamdulillah gak la, surau Al-Faaizeen kat umah tu ada program cuti sekolah 3 hari seminggu. Jadi saya enroll lah mereka semua, RM70 seorang, so terisi lah sikit masa yg terluang tu. Si Farihin hari tu paksa papa beli novel cinta lak RM20 sebijik...dah remaja la katakan. Amir lak beli komik sekali beli 5 bijik habis RM35. Saya pun beli novel bertajuk IMAM, sekarang dah baca 32 mukasurat...he he. Masa kat Hong Kong Airport sempat I beli buku Donald Trump 2 bijik - How To Be Rich & How The Billionare Think, satu dah habis baca.

Lepas balik kampung beraya tempoh hari, beraya la kat KL lak. Second weekend tu I kena pi Hong Kong. Third weekend hari tu pi shopping kat 1-Utama, pastu tengok Harry Potter. Last week pi PC Fair, pastu makan kat KLCC and beli kasut & baju sekolah. This week nak pi Ilham Resort 2 malam. Next weekend naik Genting kot. Syok gak kan lepak-lepak. Or maybe pi picnic cum BBQ kat Sg.Tua, ok gak. But anyway enjoy cuti sekolah ni ye while u can. Hmmm.... buku sekolah lom beli lagi. Yuran lagi, fuyoo. Manyak pakai duit oooo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...